of 23/23
MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI DESA ILMU, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK 2. SENARAI KANDUNGAN

Migrasi Dalaman Penduduk Di Desa Ilmu

  • View
    701

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of Migrasi Dalaman Penduduk Di Desa Ilmu

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI DESA ILMU, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

2. SENARAI KANDUNGAN

1.

PERKARA Penghargaan

MUKA SURAT

2.

Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

4. PENDAHULUAN

Saya dan rakan-rakan,iaitu Nur Zufeeka, Azlina Bt Ibrahim dan Mohd Izyan memilih tajuk Migrasi Dalaman Penduduk Di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.

Kami memilih kawasan ini untuk dikaji kerana kemajuan yang pesat di kawasan tersebut. Saya juga beranggapan bahawa kawasan inu juga mempunyai kadar migrasi yang tinggi berdasarkan kepada perkembangan kawasan pertempatan. Buktinya ialah melalui wujudnya taman perumahan di sekitar kawasan Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Saya dan rakan-rakan menjalankan kajian ini setiap hujung minggu dengan menggunakan masa lapang. Saya menulis laporan ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang telah dikumpulkan.

3. PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK(A) Sheikh Hj Othman Abdul Wahab kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan

kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn. Rosnah Bt Tangkong yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan wang ringgit kepada saya. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Desa Ilmu, Kota Samrahan yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian luar ini adalah untuk :

1. Memahami konsep migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Smarahan, Srawak, Malaysia.

2. Mengenal Pasti pola migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. 3. Mengkaji faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. 4. Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. 5. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. 6. Menerapkan unsur patriotisme dalam diri saya daripada hasil kajian.

6. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya kaji ialah Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Pada awalnya kawasan ini hanyalah hutan tebal yang digunakan untuk berkebun oleh penduduk-penduduk kampung yang berdekatan. Kemudian kawasan ini dimajukan dan dibina sebuah petempatan yang dinamakan

Desa Ilmu. Kawasan ini terus membangun dengan terbinanya bangunan-bangunan baru untuk pesat beli belah dan sebgainya. Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak terletak di timur ibu negeri Sarawak iaitu Kuching. Kawasan kajian saya ini juga berdekatan dengan Sungai Tuanag. Oleh itu, sebahagian kawasan perumahan ini merupakan kawasan paya gambut. Jarak antara bandar Kuching dengan Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak ialah antara 20km. Jika menggunakan kenderaan awam seperti bas, akan mengambil masa 45 minit dan tambangnya ialah antara RM 1 hingga RM 2. Manakala jarak kawasan kajiaan ini dengan pusat Kota Samarahan ialah 6km sahaja.

7. KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian tentang Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Antaranya ialah: Pemerhatian Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pandang darat kawasan kajian, saya telah menggunakan kedah ini. Kaedah ini juga saya gunakan untuk melukis peta kawasan kajian.

Temu Bual Di samping itu, saya turut menemu bual beberapa orang responden untuk mengetahui sejarah kawasan kajian dan nama-nama tempat di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.

Soal Selidik Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang migrasi penduduk pula, saya menggunakan kaedah soal selidik denagn menggunakan borang soal selidik. Bilangan responden pula ialah 30 orang.

Melayari Internet Saya telah melyari internet untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kawasan kajian seperti peta daerah Kota Samarahan.

Rujukan Saya telah merujuk buku untuk mengetahui maksud migrasi. Ini memudahkan saya untuk membuat kajian mengenai migrasi dan memahami konsep migrasi.

8. DAPATAN KAJIAN8.1 Konsep migrasi penduduk Migrasi dalaman ialah penghijrahan penduduk yang melintasi sempadan kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Migrasi dalaman ialah penghijrahan penduduk yang melintasi sempadan kawasan atau sempadan negeri. Contohnya seorang penduduk Kota Samarahan yang berpindah ke Kuching atau seorang

penduduk negeri Selangor yang berpindah ke negeri Sarawak. Seterusnya ialah migrasi antarabangsa. Migrasi antaranbangsa melibatkan penghijrahan dari sebuah negara ke sebuah negara yang laian dan melintasi sempadan antarabangsa. Sebagai contoh, perpindahan seseorang penduduk Australia ke Malaysia.

Bandar ke Luar Bandar

Luar Bandar ke Luar Bandar

Pola Migrasi

Bandar ke Bandar

Luar Bandar ke Bandar

8.2 Pola migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.Penduduk Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak mengalami dua jenis pola migrasi. Pola migrasi tersebut ialah : 1. Luar Bandar Ke Bandar Pola ini menunjukkan perpindahan seseorang yang tinggal di luar bandar ke kawasan yang membangun iaitu bandar. Pola ini ditunjukkan oleh penduduk kampung berdekatan seperti Kampung Pinang, Kampung Entingan dan Kampung Mang yang berpindah ke Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Malah pola ini ditunjukkan oleh penduduk yang menetap jauh seperti Simunjan dan Asajaya yang turut serpindah ke kawasan kajian.

2. Bandar ke Bandar Maksud migrasi bandar ke bandar ialah perpindahan seseorang yang tinggal di Bandar yang lain. Pola migrasi dalaman ini pula ditunjukkan oleh penduduk di bandar Kuching, Miri dan Sibu yang berpindah ke kawasan kajian.

8.3 Faktor yang mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Faktor ini terbahagi kepada dua iaitu faktor tolakan dan faktor tarikan. 1. Melanjutkan pelajaran Antara faktornya adalah kerana melanjutkan pelajaran ke universiti dan maktab perguruan yang berhampiran denagn kawasan Desa Ilmu,Kota Samarahan, Sarawak. Universiti yang terdapat di kawasan kajian seperti Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta kewujudan Maktab Perguruan Tun Abdul Razak merupakan faktor tarikan di kawasan kajian.

2. Peluang pekerjaan Selain itu, migrasi dalaman penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak turut dipengaruhi oleh peluang pekerjaan yang terbuka luas disebabkan kemajuan di sekitarnya. Ini juga menambahkan faktor tarikan di kawasan kajian. Kadar upah yang tinggi juga turut menjadi faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman. 3. Kemudahan asas Penyediaan kemudahan asas seperti telefon awam, tandas awam, klinik, dan sebagainya berdekatan kawasan kajian menambahkan lagi faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Tanpa kemudahan yang lengkap, penduduk tidak akan dapat hidup dengan selesa.

4. Meningkatkan taraf hidup Di samping itu, migrasi penduduk di kawasan kajian juga adalah untuk meningkatkan taraf hidup. Seperti perpindahan seseorang dari kampung yang terpencil ke kawasan kajian. Pendapatan yang agak lumayan di kawasan kajian juga dapat menigkatkan taraf hidup kerana dengan gaji yang diperolehi mereka mampu untuk memiliki kehidupan yang lebih selesa.

Saya bersyukur kerana Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak semakin maju sama ada dalam aspek pembangunan atau aspek lain.

faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Desa Ilmu melanjutkan pelajaran peluang pekerjaan ikut keluarga darjah ketersampaian jumlah

bilangan 9 10 4 7 30

faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Desa Ilmu bilangan12 10 8 6 4 2 0 melanjutkan pelajaran peluang pekerjaan ikut keluarga darjah ketersampaian

Sumber : 30 orang

8.4 Kesan migrasi Dalaman penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.Migrasi penduduk sama ada dari luar Bandar ke Bandar atau Bandar ke Bandar telah meninggalkan dua kesan. Kesan-kesan tersebut ialah kesan positif dan kesan negatif.

8.4.1 Kesan positif

1. Penduduk bertambah Antara kesan positif yang ditinggalkan ialah pertambahan penduduk. Kesan ini disebabkan oleh faktor tarikan seperti melanjutkan pelajaran di universiti berdekatan. 2. Struktur penduduk berubah Selain itu, faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak telah membentuk masyarakat berbilang bangsa dan kaum serta agama. Tidak kira kaum bumiputra Sarawak atau tidak. 3. Masyarakat majmuk Pertambahan penduduk dan pembentukan masyarakat majmuk mewujudkan perpaduan sesama rakyat dan menjadikan negara aman.

8.4.2 Kesan negatif

1. Masalah sosial Kesan negatif yang wujud pula ialah pertambahan masalah sosial dikalangan rakyat yang berbilang kaum. Seperti lumba haram, perjudian serta kumpulan kongsi gelap. 2. Pengangguran Di samping itu, masalah pengangguran turut meningkat kerana peluang pekerjaan yang sedikit. Seperti peluang pekerjaan sudah tidak mencukupi. 3. Masalah perumahan atau setinggan Masalah lain seperti masalah rumah setinggan juga wujud kerana kekurangan rumah. Hal ini disebabkan penduduk tidak mampu untuk membeli rumah berkos sederhana. Namun begitu, saya bersyukur kerana kesan ini belum meningkat ke paras bahaya.

Kesan migrasi

Positif

Negatif

Masalah sosial Pengangguran Penduduk bertambah Buruh bertambah Masyarakat majmuk Struktur penduduk berubah Komposisi penduduk berubah Pasaran bertambah Taraf hidup meningkat Hasil pertanian bertambah Persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan Masalah perumahan / setinggan Struktur penduduk berubah Komposisi penduduk berubah Tanah terbiar Hasil pertanian merosot Pasaran bertambah / berkurang

8.5 Langkah-langkah mengatasi kesan migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, SarawakOleh kerana terdapat negatif di kawasan kajian, beberapa langkah telah dicadangkan untuk mengatasi masalah tersebut. 1. Mewujudkan rukun tetangga Salah satu langkahnya adalah dengan mewujudkan Rukun Tetangga. Langkah ini adalah untuk mengatasi masalah sosial sebelum menjadi lebih parah. Rukun tetangga juga mewujudkan perpaduan dalam masyarakat di kawasan kajian.

2. Peluang pekerjaan Seterusnya adalah dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sama ada untuk penganggur mahupun penduduk yang ingin meningkatkan taraf hidup di kawasan kajian. Ini juga dapat mengurangkan masalah sosial di kawasan kajian seperti kes ragut dan pecah rumah.

3. Membina rumah kos rendah Untuk mengatasi masalah rumah setinggan pula, kerajaan perlulah membina rumah kos rendah seperti pangsapuri. Langkah ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan kajian.

Saya bersyukur kerana terdapat pihak yang prihatin dan telah menjalankan langkahlangkah untuk mengatasi kesan negatif tersebut. Semoga kerjasama ini akan membantu dalam kemajuan negara.

9. RUMUSAN

Sebagai rumusan kajian, Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak merupakan kawasan yang amat aktif dalam proses migrasi dalaman sama ada dalam pola migrasi luar bandar ke bandar mahupun pola migrasi bandaer ke bandar. Faktor yang mempengaruhi migrasi juga kebanyakannya adalah faktor tarikan berbanding faktor tolakan. Walaupun faktor tersebut menimbulkan kesan negatif terdapat juga kesan positif yang dihasilkan. Contohnya mewujudkan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa serta agama yang dianuti. Kesan ini membawa kepada kebaikan kerana mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat kawasan kajian. Manakala kesan negatif yang timbul dapat diatasi dengan langkah yang sistematik, cepat dan berkesan. Seperti masalah rumah setinggan yang dapat diatasi dengan membina rumah kos rendah atau percuma. Dengan itu, kemajuan negara tidak akan terjejas malah semakin meningkat dan lebih menyerlah di mata dunia. Saya besyukur kerana Malaysia semakin maju dalam aspek pembangunan mahupun aspek-aspek yang lain.