9
1.PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH HAJAH ZUBEDAH BTE ABDULLAH

Nota Sjh 3103

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aa

Citation preview

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH

1.PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAHHAJAH ZUBEDAH BTE ABDULLAH Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid tahun 4 di Tahap 11 dalam KSSR mulai tahun 2014.1.1 LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAHTujuan pembelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah adalah untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah.Selain itu supaya murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah dari peringkat awal.Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .Pelaksanaan kurikulum Sejarah telah disepadukan dengan elemen pengetahuan ,kemahiran,elemen kewarganegaraan dan nilai sivik di dalam dan luar bilik darjah.Kandungan mata pelajaran Sejarah disusn secara tematik dan mengikut kronologi yang membincangkan pengenalan negara dan identitinya,sejarah awal negara dan warisannya serta kedaulatan dan kejayaan negara.Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan kepada pembelajaran Sejarah di peringkat sekolah menengah sebagai satu didsiplin ilmu yang dinamik.Oleh itu pendekatan P&P mata pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis,kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah.Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan,kemahiran,elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.Dalam KSSR,elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan.Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara,kedaulatan negara dan kemakmuran negara.Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.

SEKIAN TERIMA KASIH