Upload
atiq-ishak
View
35
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
OUM,esemen , hadis
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
Tugasan ini adalah untuk mengakaji mengenai wabak dan penyakit yang datangnya daripada
amalan pemakanan yang kurang sihat dikalangan masyarakat Malaysia.
BagaimanakaHhubungan pemakanan berkait rapat dengan cara pemakanan harian kaum
melayu di Malaysia.
Wabak dan penyakit semakin berluasa di seluruh Negara. Tidak terkecuali juga
Negara kita Malaysia.Adakah kita memahami apakah maksud wabak sebenarnya. Wabak
bermaksud penyakit yang tiba-tiba merebak secara mengejut di dalam suatu kawasan
geografi di luar kadar biasa yang amat membimbangkan di kawasan tersebut. Contohnya
ialah Maut Hitam pada Zaman Pertengahan dan penyebaran wabak SARS dan influenza A
(H1N1) pada zaman moden.
Bagaimanapula dengan maksud penyakit. Penyakit adalah keadaan tidak normal pada
badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada
orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan
secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan
tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain
boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.Terdapat pelbagai jenis penyakit yang
mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun,
kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.
Menurut hadis dari Rasulullah S.A.W di bawah :
� َع�ْن� �ْن� الِم�ْق�َد�اِم �ِر�َب� َم�ْع�َد�ي ْب ِم�ْع�ُت�: َق�اَل� َك َس�وَل� َس� �ِه� َر� �ِه� الَّل�ِه َص�َّل�ى ـ الَّل �ْي �َم� َع�َّل َّل ـ َو�َس�
�ْق�وَل� ا َو�َع�اًء, آَد�َم�ٌّي) َم�أل َم�ا: َي ِر) ، َم�ْن َش� �ْط�ْن0 �َح�ْس�ِب� ْب �ْن� ْب �الٌت5 آَد�ِم� اْب �َك �ْق�ِم�ْن� ُأ �ِه� َي �َب �ْن� َص�َّل َف�ِإ
�اْن� �َة� ال َك ال �َّل�ٌث5 َم�َح� �ْط�ْع�اَم�ِه� َف�ُث �َّل�ٌث5 ل �ِه� َو�ُث اْب ِر� �َّل�ٌث5 ل�َش� ِه� َو�ُث �َف�ْس� �َن .ل
"Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan
dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap
makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk
berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan
perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi
kosongkan untuk bernafas."( Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Berpandukan huraian dan perbincangan dari hadis di atas, saya akan mengulaskan
tentang lebih lanjut mengenai hubungan makanan dengan kesihatan menurut kacamata Islam.
1
Kemudian saya akan bincangkan dan huraikan dengan terperinci berkenaan tabiat pemakanan
harian kaum melayu di Malaysia dan tabiat pemakanan Rasulullah S.A.W semasa hayat
Baginda. Dan akhir sekali saya akan membincangkan dan mencadangkan menu makanan
yang sesuai untuk dipraktiskan oleh umat Islam di Malaysia menurut tabiat pemakanan
sunnah.
2
2.0 HUBUNGAN MAKANAN DENGAN KESIHATAN MENURUT ISLAM
Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan
sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang
bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam
menjaga jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap
tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang
benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum
sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama.
Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah.
Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud :
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin
yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)
Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta dan
kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri
yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah "sihat" merupakan anugerah dari
Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat
tetapi jangan sampai melekakan. Rasulullah SAW bersabda :
“ Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia\ iaitu nikmat sihat
dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)
Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas
keyakinan (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan
ibadat juga turut terganggu. Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi SAW yang
bermaksud :
"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada
perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat
Ibnu Majah).
3
Oleh itu apakah hubungan pemakanan dengan kesihatan menurut Islam. Kenapakah
pentingnya hubungan pemakanan tersebut dengan kesihatan?
2.1 HUBUNGAN ROHANI DENGAN MAKANAN DAN JUGA KESIHATAN
Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga iaitu dari
semulajadi dari hati, yang berhubung dengan keperluan hidup iaitu jantung dan yang
terakhir ialah otak manusia. Oleh yang demikian, ketiga- tiga unsur ini penting dan
ianya memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Sehubungan
dengan itu, badan kita memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya. Oleh
itu, dengan cara mendapatkan zat yang terbaik untuk digunakan oleh tubuh badan
manusia. Kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubungkait dengan
kesihatan hati dapat dilihat dengan jelas di sini. Jantung dan otak sepertimana yang
kita tahu merupakan organ yang paling penting di dalam jasad manusia. Ianya juga
diperlukan dalam pembangunan jasmani dan rohani insan mengikut acuan yang
berlandaskan lunas- lunas Islam.
Kenapakah pentingnya peranan hati dalam daban kita? Sesungguhnya ianya tidak
dinafikan oleh alhli sains dan perubatan itu sendiri dari zaman dahulu hinggalah
sekarang. Bahkan, Islam juga memandang bahawa hati mempunyai peranan yang
besar dalam kehidupan manusia di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan
4
Hati Jantung Otak
peribadi dan akal seseorang. Sepertimana yang telah dikatakan dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
"Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging
Itu maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak maka
rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati".
Berdasarkan oleh hadis diatas itu tadi jelaslah bahawa dari segi sains, makanan
yang baik adalah penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi
penting untuk tubuh antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah,
mengkumuhkan bahan- bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel
darah merah , menukarkan glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta
banyak lagi fungsi- fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan
manusia. Dari segi pandangan Islam pula, makanan yang baik lagi halal mampu
membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang
kepada pembentukan ummah yang terbilang.
2.2 MENCARI MAKANAN DAN MENGATUR MAKANAN SERTA
MINUMANNYA DARIPADA SUMBER YANG HALAL
Di dalam tafsir Al- Azhar, Prof Hamka mengingatkan agar manusia tetap mencari
makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber yang halal dan
bukannya daripada sumber penipuan seperti rasuah, dicuri atau dipaksa. Ia adalah
kerana untuk memelihara jiwa kita daripada dikotori oleh makanan yang tidak halal
sumbernya. Kerana makanan yang tidak halal akan menjejaskan hati kita dan haram
disisi Allah S.W.T. Dalil-dalil dari Al-Quran juga ada menerangkan tentang
pengambilan makanan halal
“Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di
bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana
sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah al
Baqarah:168)
5
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik
yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-
benar hanya kepada Allah kamu menyembah.” (Surah al Baqarah:172)
Allah SWT juga menjelaskan dalam kitab Taurat dan Injil tentang salah
satu ciri Rasulullah s.a.w, iaitu menghalalkan hal-hal yang baik dan
mengharamkan segala yang buruk, sebagaimana firman-Nya:
“(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang
(namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi
mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang
mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka
segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan
membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada
pada mereka.” (Surah al A’raaf:157)
Walaupun makanan yang kita cari itu ialah halal , namun begitu kita
hendaklah berhati-hati dan mengelak ia daripada dicemari dengan makanan yang
haram seperti arak ataupun tercapmurnya dengan sumber yang haram.Ini kerana,
seperti yang dinyatakan diatas hubungan makanan makanan adalah untuk kesihatan
hati yang member kesan kepada tingkah laku kita sebagai manusia dan membuat kita
dapat berfikir dengan waras. Makanan yang kita makan hendaklah Halalan Tayyiba
seperti yang dikehendaki dalam Islam itu sendiri.
Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa seorang sahabat
Rasulullah yang terkenal iaitu Saad Ibn Abu Waqqas memohon kepada Rasulullah
agar baginda memohon kepada Allah supaya apa sahaja yang doa permohonan yang
disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan. Rasulullah bersabda:
" Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan
Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada
dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu
suapan yang haram ke dalam peritnya, maka tidaklah akan diterima amalnya
selama empat puluh hari. Dan Barangsiapa di antara hamba Allah yang
tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik
baginya".
6
Melalui hadis diatas ini kita dapat lihat bahawa supaya kita menjauhi makanan
yang haram. Jika kita mahukan doa kita diterima oleh Allah S.W.T, jagalah
pemakanan kita.
2.3 PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG MAMPU MEMELIHARA
TUBUH BADAN KITA DARI SEBARANG PENYAKIT YANG
MEMUDARATKAN
Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis
masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya untuk
membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti harian. Namun
begitu pengambilan makanan ini hendaklah besederhana dan seimbang. Al-Quran
menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum
sebagai panduan untuk kebaikan. Allah berfirman bermaksud:
“Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.”
(Surah al-Araf, ayat 31)
Sesungguhnya pemakanan yang sihat dan seimbang mampu memelihara
tubuh badan kita dari sebarang penyakit yang memudaratkan. Pengambilan dan
penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan
jasmani yang diambil daripada makanan yang seimbang. Apabila tubuh kita kuat
dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna
sekaligus dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah dan
berbakti kepadanya. Untuk memilih makanan yang baik, Islam ada mengajar
kepada kita tentang adab- adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi
pengamalan seharian kita. Adab sebelum dan selepas makan, adab semasa makan
dan adab makan bersama tetamu, semuanya telah digariskan dan diajar oleh Islam
yang mana ia melambangkan kesyumulan Islam juga melambangkan tinnginya
darjat umat Islam.
Manusia makan untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah makan semata-
7
maata untuk hidup. Makanan memainkan peranan penting dalam menentukan taraf
kesihatan seseorang. Walaupun bergitu kita harus berjaga kerana pada zaman kini,
sumber yang terdapat didalam makanan dapat meracuni badan kita. Namun,
sebagai manusia yang banyak kelemahan, kita seharusnya menyedari bahawa kita
boleh mencegah sesuatu penyakit itu berlaku dengan menghadkan dan
mengurangkan pengambilan sesuatu makanan itu. Rasulullah S.A.W bersabda yang
membawa maksud:
" Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan
sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan".
Hadis ini menyatakan makanlah apabila perlu dan janganlah pula mekan
secara berlebihan mengikut nafsu. Disebabkan kita mengikut nafsu inilah banyak
umat Islam kita terutama di Malaysia dijangkiti penyakit dan sebagainya. Ibnu Sina
ada menyarankan kepada kita agar kita mengelak daripada makan dengan
sekenyang- kenyangnya sehingga tiada ruang lagi untuk baki makanan lain di
dalam perut. Malah perasaan ingin makan tersebut hendaklah ditahan kerana
keinginan untuk makan itu merupakan sebahagian daripada tuntutan lapar yang
akan hilang sendiri selepas satu jam.
8
3.0 TABIAT PEMAKANAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA
Di setiap tempat, Negara ada tabiat pemakanannya sendiri. Di Malaysia, Melayu boleh
dikatakan salah satu kaum yang selalu dibelenggu dengan penyakit kesihatan. Ini adalah
kerana tabiat daripada pemakanan kaum melayu itu sendiri. Sangat jarang bagi kaum
melayu kita di Malaysia yang menyukai sayur-sayuran atau mengamalkan pemakanan
yang sihat kerana salah satu alasan yang diberikan adalah tidak sedap. Oleh itu, mereka
lebih cenderung kepada pemilihan pemakanan yang kurang seimbang seperti makanan
segera, manisan, berminyak dan berlemak yang memberikan kesedapan dan kepuasan
bagi umat Melayu kita.
9
Gambar : Manisan, makanan
berminyak,makanan berlemak dan makanan segera.
Siapa tidak tergoda dengan mekanan-makanan diatas ini. Manisan yang manis
memberikan kita satu kepuasakan yang teramat dengan kemanisan seperti kek dan coklat.
Ada orang menyatakan, jika kita marah, makan benda manis dapat menurunkan
kemarahan kita namun ianya tidak dapat dibuktikan dengan lebih jelas.
Sesungguhnya, makanan diatas membuka pintu dan memanggil penyakit datang
dalam diri kita seperti sakit jantung. Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada
penyakit jantung antanranya pengambilan makanan berasaskan mentega seperti kek atau
barang bergoreng yang mennggunakan mentega, minyak sapi, daging berlemak turut
member kesan kepada jantung manusia akibat pengambilan lemak yang terlalu tinggi.
Kenapakah cenderungnya Melayu Malaysia dan juga kaum lain di Malaysia kita
kepada makanan segera? Gaya hidup masyarat Malaysia kini telah menjejaskan gaya
pemakanan mereka. Salah satu faktornya ialah kerana bilangan wanita bekerjaya semakin
meningkat saban hari yang menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri
di rumah. Oleh itu, solusi bagi masalah ini ramai yang memilih untuk membeli makanan
segera seperti Marry Brown, Pizza Hut, dan Burger King kerana mudah dan cepat
10
disediakan. Namun, sekiranya diteliti dengan bijak mampukah makanan sebegini
menyaingi khasiat makanan yang di masak di rumah?atau hanya mampu memberi
kelazatan semata-mata.
Memang tidak dinafikan kebanyakan makanan segara mempunyai rasa yang mampu
menarik kita untuk mencubanya. Selain itu, rasa makanan segera yang lazat juga
menyebabkan pengguna ketagih untuk menikmatinya terutama golongan kanak-kanak dan
remaja. Hal ini kerana, terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk
menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Contohnya, minuman cola amat kaya
dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol
besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiat tetapi disebabkan rasanya
yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya sebagai minuman walhal
mereka memerlukan nutrien yang tinggi dalam pembesaran.
Namun begitu pemakanan yang kurang sihat ini haruslah dielakkan kerana ianya
mengundang kepada pelbagai penyakit. Kaum kita perlulah mengubah tabiat makanan
supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang sihat dan bebas penyakit.
4.0 TABIAT PEMAKANAN RASULULLAH
Rasullullah S.A.W adalah idola umat Islam.Jadi kita perlulah mencontohi baginda dalam
semua perkara. Adakah kita tahu bagaimanakah tabiat pemakanan baginda yang dapat
membuat badan kita selalu sihat dan bebas penyakit? Ada yang tahu da nada yang tahu
dan tidak endahkannya kerana tabiat pemakanan sekarang lagi enak dan menyelerakan.
Rasulullah S.A.W ialah kekasih Allah dan kesempurnaan baginda tiada tolok
bandingnya dan baginda menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet atau tabiat
pemakanan Baginda.
Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan
seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa
lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”
11
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan gaya hidup mewah masa
kini (makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkan peningkatan
penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan
kanser. Oleh itu mari kita sama-sama melihat bagaimanakan tabiat pemakanan baginda
yang kita harus contohi.
4.1 SUKA MINUM SUSU, TIDAK MAKAN IKAN BERSAMA
DAGING, TELUR ATAU DAUN SALAD.
Rasulullah S.A.W amat menggemari susu. Susu kaya dengan protein, kalsium,
vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu
badan serta ianya sangat bagus untuk pembentukan antibodi melawan
penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita
semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang.
Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat
dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin) dan
Vitamin D.
Namun begitu, Rasulullah S.A.W tidak minum susu sewaktu baginda
memakan daging, ayam ataupun ikan kerana dikhuatiri akan mengundang
penyakit. Baginda juga melarang sahabat makan daging,ayam atau ikan
bersama susu.Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan
ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-
(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan
terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu
menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
Al-Quran ada melarang manusia memakan makanan darat bercampur
makanan laut seperti memakan nasi berlaukkan ikan dan ayam. Haiwan di laut
dan di daratan mengandungi sejenis ion yang berbeza didalam dagingnya dan
jika ianya dicampurkan ketika memakannya, ianya akan menyebabkan system
usus kita mencjadi rosak dan penyakit juga tidak segan untuk datang bertapak
di dalam badan kita.
12
4.2 RASULULLAH S.A.W MEMAKAN BUAH-BUAHAN TERLEBIH
DAHULU.
Rasulullah S.A.W mengamalkan memakan buah-buahan ½ jam sebelum
memakan nasi dan bukan setelah memakan nasi. Budaya barat menyatakan
bahawa kita perlu memkan buah selepas makan nasi sebagai pencuci mulut.
Buah-buahan menpunyai serat yang tinngi dan apabila kita mengamalakan
memkannaya sebelum memakan nasi, ianya akan membantu kita untuk kurang
memakan nasi kerana perut kita telah penuh dengan serat-serat dari buah-
buahan tadi.
4.3 RASULULLAH S.A.W BIASA MEMAKAN BIJIRIN SEPERTI
HABBATUS SAWDA’, BARLI DAN OAT/ ROTI YANG DIPERBUAT
DARIPADA GANDUM ASLI.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali
mati.”
Biji-bijian kaya dengan bahan phytonutrients dan satu jenis makanan
yang sangat menyihatkan badan. Bahan-bahan yang ada di dalam bikirin
seperti Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang
mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung,
mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga
mampu mencegah kanser.
Gandum asli mempunyai ada bezanya dengan tepung gandum proses
kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang
13
mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan
50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan
juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan
kesihatan manusia.
4.4. RASULULLAH S.A.W SUKA MAKAN BUAH TAMAR DAN
MEMINUM MADU
Rasulullah S.A.W mengamalkan memakan buah tamar dalam kehidupan
baginda. Buah tamar merupakan makanan yang sempurana dan mempunyai
pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.Kandungan serat
yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang
terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa
digemari dan menjadi hidangan penting bagi Rasulullah.S.A.W dan
keluarhanya. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti
karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk
melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Pada zaman Baginda S.A.W, ada sejarah menceritakan bahawa wanita
Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata
bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma
yang dimakan oleh Baginda SAW. Oleh kerana itu, Rasulullah S.A.W
mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai
orang miskin.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada
(untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan
kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.”
Rasulullah S.A.W juga selalu megamalkan meminum air sejuk
bercampur madu pada setiap pagi bagi menghindari segala penyakit. Madu
14
kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk
kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk
membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan
keradangan.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam
warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan–(An-Nahl: 68-69)”
5.0 CADANGAN MENU MAKANAN HARIAN TEMPATAN YANG MENEPATI
SUNNAH
Kita sebagai umat Islam haruslah bermuala dari sekarang dalam mengubah cara pemakanan
kita supaya kita menjadi sihat dan dihindari dari pelbagai penyakit. Seperti yang dinyatakan
diatas iaitu tabiat pemakanan Rasulullah S.A.W, menu makanan harian umat melayu haruslah
diubah sedikit cara pemakanannya supaya dapat mengikuti Sunnah pemakanan Rasulullah
S.A.W.
5.1 MEMINUM AIR SEJUK/SUAM BERCAMPUR MADU SEBELUM
MAKAN SARAPAN PAGI.
Madu banyak kahasiatnya dan dapat membantu diri kita menghindari
penyakit. Walaupun setengah orang melihatnya sebagai sesuatu yang leceh, tidak
salah kalau mita mengganti kannya dengan secawan the atau kopi yang diambil pada
setiap pagi
5.2 MEMULAKAN SARAPAN PAGI DENGAN BIJI-BIJIAN.
Biji-bijian seperti yang telah dinyatakan diatas penuh dengan serat. Mulakan
sarapan pagi kita dengan biji-bijian atau oats. Walaubagaimanapun pemilihan biji-
15
bijian dan oats ini perlulah dilihat dengan teliti. Belilah dan amalkan biji-bijian yang
organic kerana ianya baik untuk kesihatan dan rendah kolestrol. Orang melayu kita
cenderung kepada makan nasi berlauk pada waktu pagi dengan alasannya supaya
kenyang. Tetapi jika terlalu kenyang akan menjejaskan kerja kita pula. Oleh itu
tukarlah dengan mengambil biji-bijian dengan susu pada waktu pagi. Sesungguhnya
susah untuk mengubah budaya melayu memakan nasi berlauk pada waktu pagi.
Namun begitu tidak salah untuk kita mengamalkan Sunnah Rasulullah S.A.W ini.
5.3 MENUKARKAN ROTI GANDUM BIASA KEPADA ROTI GANDUM
ASLI (WHEAT-BREAD)
Melayu kita suka memakan roti untuk dibuat sandwich, makan burger buatan sendiri
dan sebagainya. Tetapi kebanyakan roti yang digunakan adalah roti gandum putih
yang biasa. Kebanyakan melayu kita tidak suka memakan roti gandum (wheat-bread)
kerana ianya tidak sedap dan rasanya ada sedikit tawar berbanding dengan roti putih
biasa. Rasanya juga agak kelat dan susah ditelan bagi sesetengah orang. Namun
begitu, roti gandum asli ini sagat banyak khasiatnya dan Rasulullah S.A.W juga selalu
menagamlkan pengambilan roti gandum asli ini.
5.4 MENGAMALKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN SEBELUM MENU
BERAT/MEMAKAN NASI
Kaum melayu suka mengikut cara barat dalam semua perkara. Begitu juga dengan
tabiat pemakanan. Kita suka makan buah selepas makan nasi yang kononnya sebagai
pencuci mulut. Barat mengamalkan demikian untuk mencuci mulut daripada lender-
lendir makanan yang telah dimakan. Namun begit, Rasulullah S.A.W mengajar kita
untuk memakan buah-buahan sebelum makanan berat supaya kita tidak terlebih
makan dan menyebabkan kekenyangan yang teramat.
5.5 MENGAMALKAN MAKAN SAYUR-SAYURAN
Rasullullah suka mengamalkan makan sayur-sayuran hijau. Sayur-sayuran baik untuk
kesihatan kita kerana beberapa khasiat yang terdapat didalamnya. Walaupun begitu,
kaum melayu kita tidak suka makan sayur-sayuran sekarang ini. Pemakanan sayur-
sayuran ini perlulah diterapkan dari awal lagi kepada anak-anak kita kerana
sesetengan sayur seperti lobak merah sangat baik untuk mata dan tomato baik untuk
16
kulit. Oleh itu, dari sekarang kita perlulah memakan sayur-sayuran yang berkhasit
seperti Rasulullah. S.A.W.
6.0 KESIMPULAN
Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang
baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika tubuh sihat, ibadah
yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan. Apalagi, mari kita
mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.
(Hadis Riwayat Huzaifah)
Islam menitik beratkan penjagaan kesihatan umatnya. Oleh itu kita sebagai umat Islam
perlulah menjaga kesihatan kita dan tidak dibelenggu sebarang penyakit yang dapat
membahayakan kesihatan kita. Dalil-dalil dan hadis daripada Al-Quran juga ada menyatakan
tentang pentingnya pemakanan seharian yang diambil oleh kita kerana makanan itu boleh
menjadi ubat dan juga racun kepada badan kita.
17
Kita umat Islam dan juga kaum melayu terutama di Malaysia ini selalu cenderung
kepada tabiat pemakanan yang kurang sihat kerana banyaknya kita terdedah kepada jenis-
jenis makan yang kurang sihat seperti makanan segera dan sebagainya. Oleh itu kita haruslah
mengubah tabiat pemakanan kita kearah yang lebih baik dengan mencontohi tabiat
pemakanan Rasulullah S.A.W. Tabiat makanan Baginda telah membuatkan Baginda sihat dan
terhindar dari segala penyakit mahupun racun-racun yang diberikan oleh orang yang ingin
menyaniayai Baginda.
Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W seharusnya diikuti dan
dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan
penyempurnaan ibadah yang bermutu. Jadi, jika kita kaji semula dari apa yang ditinggalkan
oleh amalan Rasulullah S.A.W yang cukup indah ini, pasti kita akan mengerti kenapa,
pelbagai sakit misteri, kronik semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita kini. Ini
semestinya kerana, kita lupa untuk meneladani amalan atau tabiat pemakanan yang
ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Oleh itu, ingatlah pesanan dari Rasulullah S.A.W dan cuba untuk mengubah tabiat
makanan seharian kita supaya hidup kita menjadi lebih sihat. Sabda Rasulullah S.A.W.
“Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan
bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa
sakit dan hatinya keras.”
18
7.0 RUJUKAN
10 Penyakit Utama Di Malaysia. Dimuat turun pada November, 2, 2014.
From http://personafikasisosial.blogspot.com/
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Razi., (2000) Konsep Kesihatan Melalui Makanan : Pendekatan Islam dan Sains, Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd.
Diet Pemakanan Rasulullah. Dimuat turun pada November, 2, 2014.
Dari http://www.usahawan.com/kesihatan/diet-pemakanan-rasulullah-saw.html
Maksud Penyakit. Retrieved on November, 1, 2014.
Dari http://kaumusdewan.online//Penyakit
Maksud Wabak. Dimuat turun pada November, 1, 2014. From http://kaumusdewan.online//Wabak
Gaya Hidup Masyarakat Malaysia Retrieved on November, 2, 2014.
Dari http://kami10-dianna.blogspot.com/
Pemakanan Sihat. Dimuat turun pada November, 2, 2014. Dari http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7486-pemakanan-sihat-mampu-lahir-generasi-cemerlang
19
Penjagaan Kesihatan Mengikut Islam. Dimuat turun pada November, 2, 2014. Dari http://wahdatulummah.blogspot.com/2011/09/islam-mementingkan-penjagaan-kesihatan.html
20