31
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA NITCE ISA MEDINA BINTI MACHMUDI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI

BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN BAGI

MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA

NITCE ISA MEDINA BINTI MACHMUDI ISA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan
Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan
Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI

BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN BAGI

MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA

NITCE ISA MEDINA BINTI MACHMUDI ISA

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2003

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan
Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

iii

Ditujukan kepada suami tercinta

Mohamad Zainal Abdullah,

Arwah ayah,

Ibu

dan

adik-adik yang tersayang,

Terima kasih kerana kalian sudi menemani

disepanjang perjuanganku ini

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada Penyelia Projek

Sarjana Muda, Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom B. Noordin yang terlalu banyak

memberi panduan yang berguna disepanjang tempoh projek kajian. Tanpa

bimbingan beliau, adalah sukar bagi saya menyempurnakan projek kajian seperti

yang ditetapkan.

Dikesempatan ini juga ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan sokongan yang

diperlukan.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua

pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sama ada secara langsung atau

tidak langsung dalam usaha saya menyiapkan projek kajian ini.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

v

ABSTRAK

Salah satu perkara yang menjadi perhatian untuk memberikan kesan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah pemilihan bahan bantu yang

bermutu. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membina dan menilai status

kesesuaian tiga Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Sistem Pengangkutan. MPK

yang dimaksudkan terdiri daripada MPK 1 - Pengenalan Sistem Pengangkutan

Dalam Organisma, MPK 2 - Medium Pengangkutan Dalam Organisma dan MPK

3 - Sistem Peredaran Darah. Kesemua MPK telah dibina menggunakan Model

Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Penentuan status kesesuaian MPK ditentukan

melalui dua penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)

dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Seramai empat orang guru

Biologi terlibat dalam PFSS dan 10 orang guru Biologi terlibat dalam PFKK

sebagai responden. Penilaian formatif yang dijalankan turut mengambil kira

pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar guru. Penilaian dijalankan

menggunakan alat kajian set Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) (Guru) oleh Shaharom (1994). Kesemua data di analisis menggunakan

kaedah analisis statistik deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk min, sisihan

min, nilai maksimum dan nilai minimum. Dapatan kajian dalam PFSS dan PFKK

menunjukkan min keseluruhan MPK yang dibina adalah 92. 76 (PFSS) dan 108.

70 (PFKK) menunjukkan status Sesuai (PFSS) dan Amat Sesuai (PFKK) Tidak

terdapat perbezaan penilaian MPK merentas tempoh mengajar guru. Ketiga-ketiga

MPK Sistem Pengangkutan yang dibina adalah amat sesuai digunakan sebagai

bahan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Tingkatan Lima aliran Sains.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

vi

ABSTARCT

One of the most crucial aspects that are taken into consideration for

teaching and learning efficiency is the selection of a quality material. The aim of

this study is to design and evaluate the appropriateness of the three Self-

Instructional Modules (SIM) entitled Sistem Pengangkutan. The three SIMs

encompass MPK 1 - Pengenalan Sistem Pengangkutan Dalam Organisma, MPK 2

- Medium Pengangkutan Dalam Organisma and MPK 3 - Sistem Peredaran

Darah. These SIMs were designed using the ‘Teras-Cabang’ Model (Shaharom,

1994). The appropriateness of the SIMs status was evaluated through two

formative evaluations - the One to One Formative Evaluation (PFSS) and the

Small Group Formative Evaluation (PFKK). Four Biology teachers were involved

in the One to One Formative Evaluation (PFSS) and 10 Biology teachers were

involved in Small Group Formative Evaluation (PFKK) as the respondents. The

formative evaluations were based on one independent variable – respondent’s

teaching duration. The evaluations were carried out using the “Soal Selidik

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru)” set designed by Shaharom

(1994) as the instrument of this study. Data obtained were analyzed using the

descriptive statistic in the form of mean, mean deviation, maximum and

minimum. The finding from the PFSS and PFKK of this study showed that the

overall mean for the SIMs are 92. 76 (PFSS) and 108. 70 (PFKK) which indicated

the status of Suitable (PFSS) and Very Suitable (PFKK). There were no

differences in the SIMs’ suitability status based on respondent’s teaching

duration. The three MPK Sistem Pengangkutan were very suitable to be used as

the teaching and learning materials for the Form Five Science stream students.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1. 1 Latar Belakang Masalah 5

1.1.1 Orientasi Isi Kandungan 7

1.1.2 Penggunaan Istilah 8

1.1.3 Penggunaan Gambarajah 9

1.1.4 Penggunaan Bahasa 9

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

viii

1.1.5 Takrifan Istilah 10

1.1.6 Saiz Tulisan 11

1. 2 Pernyataan Masalah 12

1. 3 Objektif Kajian 12

1. 4 Persoalan Kajian 13

1. 5 Rangka Kerja Konsep 14

1. 6 Kepentingan Kajian 16

1. 7 Skop Kajian 18

1. 8 Takrifan Istilah 19

1.8.1 Modul Pengajaran Kendiri 19

1.8.2 Penilaian Formatif 19

1.8.3 Responden 20

1.8.4 Tempoh Mengajar 20

1.9 Ringkasan 20

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 22

2.1 Model-model Pembinaan dan Teori 22

Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

2.1.1 Model-model Modul Pengajaran Kendiri 23

2.1.1.1 Model Burns 23

2.1.1.2 Model Eijl 25

2.1.1.3 Model Klingstedt 27

2.1.1.4 Model Meyer 29

2.1.1.5 Model Teras-Cabang 31

2.1.2 Penilaian Formatif 37

2.1.2.1 Penilaian Formatif 37

Satu Dengan Satu

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

ix

2.1.2.2 Penilaian Formatif 38

Kelompok Kecil

2.1.2.3 Penilaian Formatif 38

Lapangan Sebenar

2.2 Kajian-kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian 39

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

Di Dalam Dan Luar Negara.

2.2.1 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian 39

Kesesuaian MPK Dalam Bidang Biologi

Di Luar Negara.

2.2.2 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian 46

Kesesuaian MPK Dalam Bidang Biologi

Di Dalam Negara

2.3 Ringkasan 50

3 PENGKAEDAHAN

3.0 Pengenalan 51

3.1 Reka Bentuk Kajian 51

3.1.1 Model MPK 53

3.2 Responden Kajian 54

3.3 Alat Kajian 55

3.4 Tatacara Kajian 57

3.4.1 Kajian Tahap Pertama: Merekabentuk 59

dan Membina MPK Sistem Pengangkutan.

3.4.2 Kajian Tahap Kedua: Menjalankan 59

Kajian Rintis

3.4.3 Kajian Tahap Ketiga: Menjalankan 60

Penilaian Formatif Satu dengan Satu

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

x

3.4.4 Kajian Tahap Keempat: Menjalankan 60

Penilaian Formatif Kelompok Kecil

3.4.5 Kajian Tahap Kelima: Menganalisis 61

Data dan Maklumat

3.5 Analisis Data 61

3.6 Andaian Kajian 63

3.7 Batasan Kajian 63

3.8 Ringkasan 65

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 66

4.1 Hasil Kajian Rintis 67

4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK 68

4.2.1 Persoalan Kajian 1 68

4.2.2 Persoalan Kajian 2 70

4.3 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Mengajar 72

4.3.1 Persoalan Kajian 3 72

4.3.2 Persoalan Kajian 4 75

4.4 Ringkasan 77

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

xi

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 78

5.1 Ringkasan dan Perbincangan 78

5.2 Kesimpulan 85

5.3 Implikasi 86

5.3.1 Pelajar 87

5.3.2 Guru 87

5.3.3 Penggubal Kurikulum 88

5.3.4 Institusi Perguruan 89

5.4 Cadangan 90

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 91

5.6 Ringkasan 94

BIBLIOGRAFI 95

LAMPIRAN 102 - 124

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3. 1 Jadual Pemeringkatan Skala Likert 56

4. 1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu Oleh

Responden Terhadap Tahap Kesesuaian

MPK Sistem Pengangkutan 69

4. 2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh

Responden Terhadap Tahap Kesesuaian

MPK Sistem Pengangkutan 71

4. 3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh

Responden Merentas Tempoh Mengajar 73

4. 4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh

Responden Merentas Tempoh Mengajar 76

5. 1 Analisis PFSS dan PFKK dengan

Pemboleh Ubah Bebas 82

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 14

2.1 Model Teras-Cabang 36

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 58

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

xiv

SENARAI SIMBOL

∑ - Jumlah

x1 - Markat responden pertama

n - Bilangan markat

x - Min

xi - Setiap markat

= - Bersamaan

≥ - Lebih atau sama dengan

< - Kurang daripada

AS - Amat Sesuai

IM - Instructional Module

JPK - Jadual Skala Pemeringkatan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

PB - Pengajaran Bermodul

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

P dan P - Pengajaran dan Pembelajaran

S - Sesuai

SP - Sukatan Pelajaran

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kesesuaian Modul 103

Pengajaran Kendiri (Guru)

B Borang Pengesahan Bahan Kajian 109

C Borang Pengesahan Pakar Bidang 111

D Jadual Skala Pemeringkatan Untuk 112

Soal Selidik Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (Guru)

E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 113

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

Kementerian Pendidikan Malaysia 115

G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 117

H Huraian Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran

Biologi Tingkatan Lima 119

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan meliputi menyediakan bahan-bahan yang bermutu yang

boleh digunakan oleh para pelajar. Namun, proses pembelajaran dengan

menggunakan bahan-bahan tersebut memerlukan pengalaman, dan pembelajaran

boleh diperolehi melalui latihan atau apa jua bentuk aktiviti yang dilakukan dan

dialami sendiri oleh pelajar. Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

Kamaruddin Hussin dan Hazil Abd. Hamid, 1991:53) yang menyatakan bahawa:

“Dalam merancang satu program pendidikan yang boleh mencapai

objektif yang ditetapkan, kita menghadapi masalah untuk memutuskan

pengalaman pembelajaran yang harus diadakan, kerana melalui

pengalaman pembelajaran inilah pembelajaran akan berlaku dan objektif

pendidikan dapat dicapai”

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

2

Seperti satu pepatah Inggeris yang berbunyi “Practice makes perfect”

dapat kita katakan di sini bahawa perancangan berbagai bentuk bahan pengajaran

yang menyediakan gerak kerja yang sesuai dan pelaksanaannya akan mampu

menjana kemahiran-kemahiran yang ingin diterapkan dalam diri pelajar. Maka di

sini terletaknya kepentingan para pelajar menggunakan bahan P dan P yang

terpilih dan bermutu sahaja sebagai cara untuk mencapai objektif yang

dimaksudkan. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan MPK, kerana

dengan menggunakan MPK ini para pelajar diberi peluang untuk meneroka

sendiri topik pembelajaran berdasarkan kepada aras yang mampu dilakukannya.

Ini adalah kerana dengan perkataan lain, MPK dapat dianggap sebagai strategi

pengajaran yang penting kerana ia mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dapat

memenuhi keperluan setiap pelajar di dalam bilik darjah (Noran: 1981).

Dengan mengambil kira faktor tahap kesediaan para pelajar dan tahap

penguasaaannya, adalah diharapkan prestasi mereka untuk menguasai mata

pelajaran tersebut akan meningkat. Menurut Shaharom (1993: 2), menyatakan

bahawa:

“Pengajaran Bermodul (PB) menggunakan modul pengajaran kendiri

(MPK) telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran, misalnya dari segi

sikap pelajar terhadap mata pelajaran, pencapaian akademik pelajar,

ketrampilan dalam P dan P serta beberapa aspek lain. Disamping itu MPK

boleh dijadikan asas ke arah pendidikan berasaskan ketrampilan/

pendidikan berketrampilan (PBK)”

Perbezaan individu yang wujud di kalangan para pelajar adalah

merupakan satu faktor yang perlu diambil kira oleh para guru dalam aspek

pengajaran masing-masing. Ini adalah untuk memastikan para pelajar yang kurang

cerdas tidak ketinggalan dalam pelajaran dan para pelajar yang cerdas tidak

mudah berasa jemu dengan proses pembelajaran yang dilaluinya. Persoalannya,

bahan pengajaran seperti manakah yang terbaik dapat digunakan bagi memenuhi

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

3

setiap keperluan pelajar yang berbeza-beza ini? Dalam soal ini, penggunaan MPK

yang berkonsepkan modul pengajaran atau IM (Instructional Modules)

merupakan satu jalan penyelesaian yang dilihat mampu memenuhi keperluan

tersebut. Ini disokong oleh kenyataan yang dinyatakan oleh Barbara dan Marcel

(1973: 15) yang berbunyi:

“Many studies have recently re-emphasized what teachers have known all

along: There are great differences in how each student learns. Thus, there

emerges the need for instructional systems which can make higher

education available to large numbers of students and, at the same time,

offer an individualized learning experience”

Para guru mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan program

pendidikan dan ini merupakan tanggungjawab yang berat untuk menunjukkan

kemampuan para pelajar hingga mencapai aras kriteria tertentu. Salah satu

perkara yang perlu dilakukan untuk memenuhi tanggungjawab tersebut adalah

menghasilkan bahan P dan P yang boleh meningkatkan kejayaan para pelajar.

Antara contoh bahan pengajaran yang boleh dihasilkan oleh para guru adalah

MPK. Penghasilan MPK mengambil kira tatatingkat pembelajaran yang tertentu,

membolehkan para pelajar menguasai isi pelajaran peringkat demi peringkat.

Keperluan aspek tatatingkat dalam proses P dan P dinyatakan oleh Okey (1978:

110) seperti berikut:

“Instructional hierarchies show the sequence of learning tasks for most

students and help teacher’s direct students to mastery of simpler

prerequisite skills if they are to be successful on more complex ones”

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

4

Daripada banyak kajian-kajian yang telah dilakukan dalam proses P dan P

di berbagai-bagai peringkat pengajian, ternyata bahawa penggunaan MPK berjaya

meningkatkan pencapaian akademik para pelajar (Shaharom dan Yap: 1993).

Jelaslah di sini penggunaan MPK wajar diperluaskan demi meningkatkan mutu

bahan yang digunakan dalam P dan P di samping itu secara tidak langsung

meningkatkan tahap pencapaian para pelajar.

Adalah diharapkan langkah ini dapat mengatasi masalah pencapaian yang

masih lemah dikalangan para pelajar kita, terutama sekali dalam bidang sains dan

matematik. Dalam satu laporan akhbar tempatan, terdapat sumber yang dipetik

berkata bahawa negara kita Malaysia hanya mampu menduduki tempat ke-16

dalam pencapaian matematik manakala sains di tempat ke-22 daripada 38 buah

negara yang dianalisis pencapaian pelajarnya dalam kedua-dua mata pelajaran

tersebut (Utusan Malaysia, Disember 2002). Apa yang ingin ditekankan di sini

adalah betapa negara kita masih belum mampu untuk menyaingi tahap pencapaian

bagi mata pelajaran yang sama berbanding dengan negara lain walaupun mata

pelajaran tersebut telah diajar sekian lama di negara ini.

Jika keadaan ini berlanjutan, maka tidak hairanlah jika matlamat yang

telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Sains seperti yang telah digariskan

oleh Kementerian Pendidikan sukar untuk tercapai sama seperti yang diharapkan.

Kesemua matlamat- matlamat yang digariskan adalah bertujuan untuk memupuk

budaya sains dan teknologi dalam diri para pelajar dengan memberi tumpuan

kepada perkembangan individu yang dapat menguasai ilmu sains dan

berketrampilan dalam bidang teknologi.

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

5

Maka dapat diperhatikan di sini bahawa kepentingan mutu bahan yang

digunakan para pelajar akan memberi kesan jangka panjang kepada matlamat

negara untuk membentuk masyarakat yang menguasai ilmu sains dengan baik.

Maka perlunya kajian yang menyelidik mutu bahan P dan P seperti ini dijalankan

oleh para penyelidik. Ini bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:81):

“Penyelidikan yang lebih berguna ialah penyelidikan yang menguji

sesuatu aspek pandang-dengar untuk menentukan kesannya terhadap

pembelajaran. Setelah sesuatu aspek penyampaian pandang-dengar itu

didapati membawa kesan, pengeluaran bahan pengajaran akan dapat

dirancangkan berpandukan kepada pendapat-pendapat dari penyelidikan

tersebut.”

1.1 Latar Belakang Masalah

Beberapa masalah yang timbul melibatkan bahan P dan P seperti bahan

yang kurang bermutu, bilangan jumlah bahan yang tidak mencukupi dan

monopoli penerbit bahan yang hanya mementingkan untung daripada isi

kandungan bahan itu sendiri perlu diambil kira. Ho (2003:2) menyatakan:

“Pelbagai jenis sumber bahan pembelajaran dapat diperolehi dengan

mudah di pasaran sama ada dalam bentuk nashkah buku atau sebarang

cakera padat (CD) yang sebahagiannya diterbitkan oleh kumpulan pakar

dan sebahagiannya pula diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang bukan

pakar dalam bidang ini. Oleh itu, mutu bahan pembelajaran yang ada di

pasaran hari ini menimbulkan kemusykilan”

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

6

Fenomena ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua pihak,

khususnya yang terlibat dalam pendidikan. Ini kerana masalah seperti ini dapat

memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada para pelajar yang

menggunakannya.

Terdapat banyak sebab mengapa pembelajaran di kalangan para pelajar

menjadi kurang berkesan dan di antara faktor-faktornya adalah jenis bahan

pembelajaran yang kurang sesuai dan organisasi bahan kandungan adalah kurang

terancang (Shaharom: 2000). Malangnya pada masa kini, kebanyakan para guru

masih menggunakan bahan kurang bermutu yang sedia ada seperti buku teks

dalam proses P dan P.

Proses pengajaran menjadi tidak bermakna kepada para pelajar jika para

guru hanya mementingkan untuk menghabiskan SP di sepanjang tahun, tanpa

mengambil kira bahan yang digunakan dalam proses pembelajaran. Dalam banyak

situasi pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah, buku teks masih dianggap

sumber yang terpenting, sedangkan keberkesanan penggunaannya masih lagi

diragui. Shukor dan Yunus (1982: 12) menyatakan bahawa:

“Walaupun buku teks adalah penting dari segi proses P dan P, namun

kesan serta sumbangannya terhadap pencapaian akademik telah

menimbulkan banyak persoalan dan kontradiksi”

Antaranya masalah yang dihadapi berkaitan bahan pengajaran yang

digunakan oleh para pelajar pada masa kini adalah seperti berikut:

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

7

1.1.1 Orientasi Isi Kandungan

Isi kandungan dan cara penyampaian di dalam buku teks perlu mengambil

kira perbezaan individu yang terdapat pada para pelajar supaya lebih mudah untuk

isi pelajaran itu difahami dan dihayati. Ini kerana buku teks yang terdapat pada

hari ini hanya mementingkan fakta semata-mata tanpa mengambil kira faktor-

faktor lain yang berkaitan. Dalam kajian yang telah dijalankan, banyak fungsi dan

sumbangan buku teks dipersoalkan, terutamanya mengenai keberkesanan dan

pengaruhnya terhadap P dan P murid (Shukor dan Yunus: 1982). Keadaan ini

bukan sahaja boleh menyebabkan pelajar mengalami kesukaran semasa

pembelajaran, malah boleh membawa kepada hilangnya minat kepada mata

pelajaran yang berkaitan.

Persembahan isi kandungan dalam buku teks lebih berorientasikan untuk

menjawab soalan di dalam peperiksaan jika dibandingkan dengan kehendak dan

perbezaan para pelajar sebagai individu yang menggunakan buku teks tersebut.

Fenomena ini ditambah lagi dengan sikap para guru yang banyak bergantung

kepada buku teks sebagai panduan utama untuk menyampaikan fakta, iaitu

dengan memfokuskan kepada sekadar membolehkan para pelajar menjawab

soalan dalam kertas peperiksaan. Ini jelas ketara kerana para guru banyak

bergantung kepada kandungan buku teks semasa proses pengajaran bagi

memastikan para pelajar dapat memberi fakta yang memenuhi kehendak soalan

dalam peperiksaan (Zainal Abidin: 2001).

Jika terdapat kesalahan fakta yang disampaikan di dalam buku teks, maka

secara tidak langsung para guru juga akan menyampaikan fakta yang salah kepada

para pelajarnya. Contohnya seperti yang terdapat di halaman 148 pada buku teks

Biologi Tingkatan Empat terbitan Pelangi Sdn. Bhd, terdapat fakta yang

menyatakan mengenai gejala kekurangan sulfur pada daun akan mengakibatkan

penguningan daun bermula dari daun muda. Namun begitu gejala kekuningan

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

8

daun ini akan bermula dari daun yang lebih tua dan bukan daun muda (Simpkins

dan Williams, 1982)

Maka dengan itu, pentingnya MPK digunakan sebagai salah satu

alternatif dalam proses P dan P kerana isi kandungan MPK bukan sahaja akan

menyampaikan fakta yang diperlukan tetapi juga turut mengambil kira bagaimana

ianya disampaikan mengikut kesesuaian para pelajar. Fakta yang diberikan di

dalam MPK boleh dipercayai kerana pembinaannya juga melibatkan proses

penilaian oleh para guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Di samping

itu, MPK biasanya dibina untuk keperluan para pelajar dan boleh dikatakan

hampir semua MPK yang ditulis adalah untuk menyenangkan pembelajaran para

pelajar supaya lebih berkesan (Sharifah Alwiah, 1986).

Selain para pelajar, para guru juga boleh mendapat banyak manfaat jika

MPK digunakan dalam pengajaran kerana MPK mengandungi bukan sahaja isi

kandungan pelajaran tetapi juga strategi-strategi, tindakan-tindakan dan gerak

kerja yang boleh digunakan pembelajaran para pelajar dan penilaian berdasarkan

isi kandungan mata pelajaran tersebut (Sharifah Alwiah, 1986).

1.1.2 Penggunaan Istilah

Penggunaan beberapa istilah yang tidak tepat di dalam buku teks dan

sesetengah buku rujukan boleh menimbulkan kekeliruan kepada para pelajar.

Dalam buku teks Biologi Tingkatan Empat terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd,

bab yang membincangkan mengenai fotosintesis contohnya, istilah ‘tindak balas

gelap’ digunakan bagi menerangkan tindak balas fotosintesis yang berlaku pada

stroma kloroplas.

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

9

Namun begitu, dalam banyak situasi, para pelajar menganggap

fotosintesis berlaku dalam keadaan gelap iaitu pada waktu malam, sedangkan

sebenarnya proses fotosintesis tidak boleh berlaku dalam keadaan gelap walaupun

proses metabolisme lain seperti respirasi boleh diteruskan seperti terjadinya pada

waktu siang (Simpkins dan Williams, 1982). Istilah lain yang boleh digunakan

bagi menggantikan istilah tersebut adalah ‘tindak balas tanpa cahaya’, kerana

dalam keadaan ini, fotosintesis masih tetap berlaku tetapi bukan berlaku dengan

kehadiran cahaya sebagai komponen utama.

1.1.3 Penggunaan Gambarajah

Penggunaan gambarajah yang tidak memberi gambaran sebenar yang jelas

kepada para pelajar bukan hanya tidak membantu mereka memahami fakta yang

disampaikan tetapi juga turut menimbulkan kecelaruan dalam usaha memahami

konsep yang diketengahkan. Di dalam buku teks Biologi Tingkatan Empat iaitu

tajuk Respirasi halaman 188, rajah struktur insang dan aliran air melalui struktur

insang menunjukkan kedudukan lamela insang pada bahagian insang tersebut.

Jika diteliti, bahagian jalur-jalur yang dimaksudkan bukan merupakan lamela

insang tetapi adalah filamen insang. Lamela insang yang dimaksudkan tersusun di

atas filamen tersebut, tetapi pada rajah ia tidak dinyatakan dengan jelas. Ketidak

tepatan fakta seperti ini boleh membawa kepada salah konsep berkaitan respirasi

kepada para pelajar.

1.1.4 Pengunaan Bahasa

Fenomena penggunaan Bahasa Inggeris yang di ‘Melayu’ kan oleh pihak-

pihak yang menghasilkan bahan pengajaran boleh membawa kepada kesan

pencemaran Bahasa Melayu. Dalam buku teks Biologi Tingkatan Empat terbitan

Pelangi Sdn Bhd pada halaman 201 contohnya, penggunaan perkataan ‘kadar

Page 28: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

10

ventilasi’ yang terdapat dalam fakta mekanisme kawal atur kandungan gas dalam

badan tidak wujud dalam Bahasa Melayu. Asal perkataan ini adalah daripada

perkataan Bahasa Inggeris ‘ventilate’ yang bermaksud ‘mengudarakan’. Maka

yang dimaksudkan di sini adalah ‘kadar pengudaraan’ dan bukannya ‘kadar

ventilasi’.

Selain itu, terdapat perkataan ‘penyahhutanan’ digunakan untuk

menerangkan mengenai aktiviti pembukaan hutan pada halaman 251 di buku yang

sama. Perkataan ini sebenarnya diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris

‘deforestation’. Perkataan ‘penyahhutanan’ yang digunakan di dalam buku teks

ini tidak didaftarkan ejaannya oleh Kamus Dewan.

Terdapat juga perkataan ‘disinfektan’ yang digunakan pada halaman 242

juga pada buku teks yang sama, di alih bahasa secara mudah dari perkataan

‘disinfectant’. Penggunaan perkataan ini bertujuan untuk menerangkan

penggunaan bahan yang boleh membunuh mikroorganisma yang membawa

mudarat kepada manusia. Perkataan ini lebih sesuai jika digantikan dengan ‘ubat

pembasmi kuman’

1.1.5 Takrifan Istilah

Terdapat istilah-istilah penting yang memerlukan takrifan lengkap yang

perlu diketahui oleh para pelajar tetapi tidak dinyatakan demikian. Takrifan istilah

‘fotosintesis’ misalnya, tidak diterangkan dalam tajuk yang membincangkan

mengenai fotosintesis. Manakala di dalam tajuk Respirasi di dalam buku teks

Biologi Tingkatan Empat pula, ‘fotosintesis’ merupakan ‘proses tumbuhan

membina makanan’. Takrifan perkataan fotosintesis sebenarnya bukanlah hanya

dengan menyatakan proses tumbuhan membina makanan, tetapi lebih dari itu.

Dalam buku Biologi, Sel, Mamalia dan Tumbuhan Berbunga yang telah

Page 29: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

11

diterjemahkan oleh Noran dan rakan-rakan, Simpkins dan Williams (1982: 235)

memberi takrifan fotosintesis sebagai:

“Proses penggunaan cahaya matahari oleh tumbuhan hijau untuk

menghasilkan molekul-molekul organik”

Manakala dalam buku Biology, Campbell dan rakan-rakannya (1999: G-

17) menakrifkan fotosintesis sebagai:

“The conversion of light energy to chemical energy that is stored in

glucose or other organic compounds, occurs in plants, algae and certain

prokaryotes”

Jelaslah di sini bahawa sesetengah penulisan yang melibatkan takrifan

hanya dianggap mudah oleh sesetengah penulis tanpa mengambil kira maksud

yang ingin disampaikan kepada para pelajar.

1. 1. 6 Saiz tulisan

Penggunaan saiz tulisan yang kecil dan jarak langkau yang rapat di antara

satu perkataan dengan perkataan yang lain di dalam buku teks dan buku rujukan

boleh menyebabkan timbulnya kebosanan kepada para pelajar. Bahan bacaan

yang mengandungi ayat atau perkataan yang panjang berjela-jela, kompleks dan

menyampaikan lebih dari satu idea dalam satu ayat adalah merupakan ayat yang

tidak sesuai digunakan dalam proses pembelajaran kerana tulisan ini sukar dibaca

dan difahami oleh mereka (Rodney dan Doris: 1977). Salah satu faktor yang perlu

diambil kira oleh para guru dalam memilih bahan P dan P adalah tulisan bahan

tersebut, iaitu perlu dalam saiz yang sesuai, jelas dan tidak jemu untuk dibaca

walaupun berulang-ulang kali. Namun hakikatnya, kebanyakan buku teks dan

bahan P dan P yang terdapat di pasaran kini tidak mengambil kira faktor tersebut.

Page 30: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

12

1. 2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang permasalahan yang telah diutarakan,

dapat dinyatakan bahawa masalah utama yang ingin dinyatakan di sini adalah

seperti berikut:

Adakah MPK Sistem Pengangkutan bagi mata pelajaran Biologi untuk

pelajar Tingkatan Lima aliran Sains yang telah melalui penilaian formatif

sesuai digunakan dalam proses P dan P?

1. 3 Objektif Kajian

Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik dalam kajian ini adalah

merangkumi:

1. Membina tiga MPK Sistem Pengangkutan bagi mata pelajaran Biologi

mengikut SP Sekolah Menengah (PPK, 2001) untuk digunakan oleh

pelajar Tingkatan Lima bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Menilai kesesuaian ketiga-tiga MPK Sistem Pengangkutan yang telah

dibina supaya dapat digunakan oleh para pelajar Tingkatan Lima aliran

Sains yang mengambil mata pelajaran Biologi.

Page 31: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN … · 2.1.1 Model-model Modul Pengajaran ... Pusat Perkembangan Kurikulum P dan P - Pengajaran dan ... Pendapat ini disokong oleh Tyler (Terjemahan

13

1. 4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini lebih berkait rapat dengan penilaian formatif yang

dilakukan ke atas MPK Sistem Pengangkutan oleh para responden, iaitu para guru

yang mengajar mata pelajaran Biologi di sekolah-sekolah menengah di sekitar

Johor Bahru. Persoalan kajian yang dilihat adalah seperti berikut:

1. Adakah PFSS oleh para responden yang mengajar mata pelajaran Biologi

terhadap MPK Sistem Pengangkutan yang telah dibina sesuai digunakan

dalam P dan P bagi mata pelajaran Biologi untuk para pelajar Tingkatan

Lima aliran Sains?

2. Adakah PFKK oleh para responden yang mengajar mata pelajaran Biologi

terhadap MPK Sistem Pengangkutan yang telah dibina sesuai digunakan

dalam P dan P bagi mata pelajaran Biologi untuk para pelajar Tingkatan

Lima aliran Sains?

3. Adakah faktor tempoh mengajar para responden mempengaruhi penilaian

terhadap kesesuaian MPK Sistem Pengangkutan bagi mata pelajaran

Biologi untuk para pelajar Tingkatan Lima aliran Sains dalam PFSS?

4. Adakah faktor tempoh mengajar para responden mempengaruhi penilaian

terhadap kesesuaian MPK Sistem Pengangkutan bagi mata pelajaran

Biologi untuk para pelajar Tingkatan Lima aliran Sains dalam PFKK?