Upload
erreen-fazlin
View
241
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
1/26
Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin
1.0 Pengenalan
Disiplin dan tingkah laku baik adalah dua aspek yang mustahak di sekolah. Kedua-duanya adalah
penting atas sebab-sebab pendidikan, sosial dan moral. Sekolah merupakan institusi sosial yang
diwujudkan oleh sesebuah masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran, nilai,
ideologi dan norma masyarakat itu kepada pelajarnya. Keutuhan sesebuah masyarakat akan
bergantung kepada penerimaan nilai dan norma berkenaan oleh pemuda-pemudinya. Orang
ramai juga berharap sistem persekolahan akan menghasilkan warganegara yang
bertanggungjawab dan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menyumbangkan
kepada kemakmuran masyarakat.
Namun, organisasi pendidikan sering menghadapi masalah berkaitan dengan tingkah laku
dan disiplin pelajar. Di dalam sekolah dan di dalam setiap bilik darjah, masalah tingkah laku dan
disiplin memang berlaku, tidak kira apa jenis kepimpinan guru atau apa jenis kepimpinan yang
wujud termasuk disiplin arahan diri iaitu keadaan yang membuat murid-murid mematuhi
peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda, atau diberi ganjaran. Ini
adalah kerana murid-murid terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang mempunyai sahsiah,
intelek, jasmani, rohani dan sosioemosi yang berbeza-beza. Perkembangan masyarakat dengan
pelbagai pengaruh yang kurang sihat di alam sekitar, menyebabkan masalah-masalah disiplin
sekolah masa kini telah bertambah rumit dan kompleks. Masalah-masalah disiplin sekolah yang
timbul pada masa kini boleh dikategorikan kepada empat jenis, iaitu jenayah, kelakuan negatif,
membolos dan menipu. Punca guru tidak menunjukkan prestasi baik dalam aktiviti pengajaran
1
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
2/26
dan pembelajaran adalah kerana mereka gagal mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik
darjah.
Sesetengah pentadbir dan guru berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah dan disiplin
adalah sinonim. Golongan ini sentiasa mentakrifkan pengurusan bilik darjah sebagai kebolehan
guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran
dan mengurangkan tingkah laku dispruptif/mengganggu. Manakala mereka yang cenderung
kepada pendekatan pemusatan murid pula dilihat pengurusan bilik darjah sebagai satu persediaan
murid-murid untuk kehidupan apabila mereka dewasa nanti.
Kian lama disiplin dan pengurusan bilik darjah menjadi tajuk perbincangan hangat dalam
kalangan para pendidik dan orang ramai. Yang biasa menjadi isu ialah betapa serius masalah-
masalah disiplin di sekolah pada hari ini. Apakah sekolah-sekolah masa kini jauh berbeza
berbanding dengan sekolah-sekolah 10 atau 20 tahun yang lalu? Apakah kesan tingkah laku
bermasalah ke atas pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru dalam bilik darjah? Secara
umum, disiplin merangkumi usaha kita dalam membantu murid-murid berinteraksi dengan
rakan-rakan kelas, mengajar mereka berkelakuan selaras dengan norma dan piawaian sedia ada,
memberikan mereka peluang belajar daripada kesilapan, dan sedia menerima konsekuen akibat
keputusan yang mereka buat.
Berdasarkan keterangan di atas maka boleh dikatakan bahawa disiplin bertujuan untuk
membantu murid-murid menjadi individu yang bertanggungjawab dan berkeyakinan diri, boleh
berfikir untuk diri sendiri, prihatin terhadap orang lain dan menjalani hidup yang berguna serta
membawa kepada kepuasan diri.
2
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
3/26
2.0 Pengurusan Tingkah Laku
Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali maneggiare iaitu menangani.
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, pengurusan terdiri daripada pengarahan dan
pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang untuk tujuan
menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia
sering merangkumi sumber-sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semulajadi.
Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekmpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan. Menurut Wan Azmi Ramli, pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan
atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi bethubung dengan segala kaedah-kaedah,
peraturan-peraturannya, tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya.
Pengurusan tingkah laku dapat didefinisikan sebagai suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial. Ini bermakana
tanpa perubahan tingkah laku, pembelajaran tidak berlaku. Dalam hal pembelajaran, perubahan
tingkah laku menjadi kayu ukur bagi menentukan sama ada organisma telah mempelajari sesuatu
yang baru atau tidak, sama ada positif atau negatif. Menurut Dr.Ragbir Kaur a/p Joginder Singh
(2005) pengurusan tingkah laku juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik
yang sesuai. Setiap guru mestilah mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal
bebas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru juga mestilah mampu membimbing tingkah
laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta bebas daripada gangguan. Pengurusan
tingkah laku boleh dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk
perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai
tingkah laku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.
3
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
4/26
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour
Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai
bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan
suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka
untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan atau
keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.
2.1 Konsep Tingkah Laku
Terdapat dua konsep utama tingkah laku murid iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku
negatif. Tingkah laku positif ialah seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar
cerdas dan proaktif manakala tingkah laku negatif pula ialah tingkah laku yang
menghalang (bergantung), mengganggu dan anti sosial. Tingkah laku negatif juga
dikenali sebagai tingkah laku distruptif.
Menurut Feldhusen (Levin & Nolan, 2004), istilah tingkah laku disruptif
ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran yang lancar.
Berpegang kepada pengertian ini, maka apa jua tingkah laku yang mengganggu
pengajaran guru boleh dianggap sebagai masalah disiplin. Bagi Emmer dan rakan-rakan
(Levin & Nolan, 2004) tingkah laku murid boleh ditakrifkan sebagai disruptif apabila ia
mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk satu jangka
masa tertentu. Manakala Shrigley (Levin & Nolan, 2004) menegaskan bahawa apa jua
tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak selamat dari segi
psikologi mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Justeru,
4
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
5/26
perbuatan seperti perbuatan berbual-bual sesama rakan-rakan kelas, berbuat bising,
berlari-lari dalam makmal sains, tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa
menggunakan radas sains, mengugut murid-murid yang lain, membuli, dan ejek-
mengejek dikatakan tingkah laku bermasalah bilik darjah.
2.2 Strategi Pengurusan Tingkah Laku
Terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk menguruskan tingkah
laku pelajar. Antaranya ialah pengukuhan interaksi antara guru dan pelajar di bilik darjah,
sistem merit demerit, dan pelan menguruskan tingkah laku pelajar.
2.2.1 Pengukuhan Interaksi antara Guru dan Pelajar di Bilik Darjah
Melalui strategi pengukuhan interaksi antara guru dan pelajar di bilik darjah, guru
memainkan peranan penting sebagai agen pembentukan budaya. Guru merupakan
agen sosial yang hampir kepada pelajar. Oleh yang demikian, sebagai agen
pembentukan budaya, guru hendaklah menerapkan budaya dan cara hidup yang
baik dan sihat kepada pelajar. Guru juga haruslah menginternalisasikan norma
dan nilai dalam diri setiap pelajar serta mengubah cara hidup pelajar yang tidak
baik. Selain itu, guru juga mestilah menggunakan kaedah penguatkuasaan dengan
mengetatkan kaedah peraturan dan hukuman serta meningkatkan komunikasi dan
interaksi dengan pelajar-pelajar.
Selain itu, guru juga dapat mengukuhkan interaksi dengan pelajar dengan
menggunakan teknik berfokus dan hentian. Teknik berfokus merupakan teknik di
mana guru meminta perhatian semua pelajar sebelum memulakan sesuatu
5
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
6/26
pengajaran. Teknik membuat hentian pula ialah guru berhenti selama lima hingga
10 saat supaya semua pelajar senyap. Teknik ini digunakan apabila pelajar
membuat bising yang menyebabkan pengajaran guru terganggu.
Di samping itu, untuk mengukuhkan interaksi antara guru dan pelajar,
guru perlu bersikap tegas dengan mempamerkan sikap seorang guru. Guru tidak
boleh lemah apabila berhadapan dengan pelajar yang bermasalah dan harus berani
menghadapi cabaran ini. Oleh yang demikian, guru dapat mengawal tingkah laku
pelajar melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam kalangan pelajar.
Contohnya melalui kata-kata yang mempersendakan, sindiran, memperkecilkan
pelajar serta paksaan. Segelintir pelajar akan berasa malu apabila menerima
sindiran dan akan mengubah tingkah laku negatif yang dilakukan. Bagi pelajar
yang mempunyai harga diri yang tinggi pula, apabila guru selalu mengkritiknya,
akan wujud niat dalam diri pelajar tersebut untuk melawan arahan guru. Bagi
menghadapi pelajar seperti ini, guru handaklah memberi kata pujian dan ganjaran
untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak dingini. Selepas mengkritik mereka,
guru harus berbincang dengan mereka sebab-sebab guru mengkritiknya untuk
menenangkan hati mereka yang dalam kemarahan.
Pengukuhan interaksi guru dan pelajar di bilik darjah juga dapat dilakukan
dengan cara mengambil berat terhadap pelajar. Terdapat pelajar yang tidak
menumpukan perhatian dalam pengajaran. Oleh itu guru boleh berbincang dengan
pelajar berkenaan. Sekiranya didapati pelajar tersebut mempunyai masalah, guru
harus berusaha menolong menyelesaikan masalahnya. Namun sekiranya pelajar
tidak mempunyai sebarang masalah, guru juga boleh berbincang dengan pelajar
6
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
7/26
berkenaan untuk memberi gambaran bahawa guru mengambil berat terhadapnya.
Pelajar tersebut akan berasa malu kerana selalu leka semasa pengajaran guru dan
akan memperbetulkan tingkah lakunya. Guru juga perlu mengambil berat tentang
perkara lain iaitu selain daripada bidang akademik yang diajar. Secara tidak
langung, tindakan guru itu akan menyebabkan pelajar berasa guru mengambil
berat terhadap hal ehwal kelas mereka, dan akan menghormati guru serta memberi
kerjasama sepenuhnya terhadap pengajaran guru.
Bukan iu sahaja, malah untuk mengukuhkan interaksi antara guru dan
pelajar, guru boleh mewujudkan teknik menyoal. Teknik menyoal merupakan satu
keperluan dalam proses pengajaran dan dapat mengawal tingkah laku pelajar dan
disiplin dalam bilik darjah. Tujuan guru mengemukakan soalan adalah untuk
mengetahui sejauh manakah pemahaman pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pertanyaan soalan, secara tidak langsung guru dapat
membuka minda pelajar, mendapat maklum balas daripada pelajar, dan
membendung tingkah laku negatif pelajar. Bagi pelajar yang tidak memberi
tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh bertanya
mengenai apa yang telah dipelajari. Penyoalan guru ini akan mengingatkan
pelajar berkenaan agar menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Bagi
pelajar yang suka berbual-bual pula, guru boleh mengemukakan soalan kepada
pelajar berkenaan. Dalam hal ini, menyoal seolah-olah merupakan amaran
kepadanya supaya jangan berbual-bual.
7
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
8/26
2.2.2 Sistem Merit Demerit
Sistem merit demerit dilaksanakan untuk membendung tingkah laku negatif dan
masalah disiplin pelajar. Sistem ini bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit)
dan sumbangan (merit) pelajar. Setiap guru berhak menolak atau menambah
markah pelajar mengikut wajaran yang sesuai. Pelajar boleh melakukan kerja-
kerja amal dan markah merit boleh diberikan oleh guru berkenaan. Satu salinan
markah terkini mengenai merit demerit akan dipamerkan di papan kenyataan pada
setiap awal bulan supaya pelajar-pelajar tahu akan markah terkini masing-masing.
Bagi pelajar-pelajar yang markahnya ditolak melebihi 10 markah oleh
guru, tindakan disiplin perlu dilakukan oleh guru disiplin. Sistem ini
sememangnya berkesan kepada pelajar-pelajar. Hal ini kerana pelajar yang
markahnya ditolak pada sesuatu tahap akan dikenakan tindakan disiplin. Markah
dipamerkan di papan notis pada setiap awal bulan supaya pelajar berasa malu.
Guru juga akan memberi amaran kepada pelajar yang dikenakan tindakan disiplin.
2.2.3 Pelan Menguruskan Tingkah Laku Pelajar
Selain itu, guru juga boleh menguruskan tingkah laku pelajar dengan cara
menentukan satu pelan untuk menguruskan tingkah laku pelajar. Pelan ini adalah
dokumen yang menerangkan tingkah laku yang perlu diubah, strategi, ataupun
tingkah laku yang dipilih, dan disertakan sistem merekod. Apabila guru
menentukan pelan menguruskan tingkah laku, ini dapat menolong guru
menyatakan jangkaan tingkah laku individu pelajar ataupun seluruh kelas. Strategi
ini membolehkan guru-guru bertindak secara konsisten. Bukan itu sahaja, malah
8
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
9/26
teknik ini juga berupaya membantu guru-guru lain memperoleh maklum balas
dengan segera.
3.0 Peraturan dan Disiplin Murid
Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditentukan atau ditetapkan dan harus diturut dan
dipatuhi. Peraturan juga ialah ketentuan atau garis panduan yang dibuat oleh kerajaan berkaitan
dengan kuasa dan masyarakat. Dalam konteks pengurusan tingkah laku pelajar, peraturan
dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengawal tingkah laku dan melicinkan perjalanan hidup
warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada
sebarang gangguan. Oleh yang demikian, guru hendaklah menyenaraikan peraturan-peraturan
tertentu untuk menguruskan tingkah laku pelajar. Contohnya guru boleh menetapkan peraturan
dengan menghuraikan tingkah laku yang dikehendaki dan bukan perlakuan yang dilarang.
Penguatkuasaan peraturan harus dlakukan tanpa bersifat tolak ansur. Dendaan harus
dilaksanakan bagi pelajar yang telah melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Sebaliknya bagi pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang baik, pujian harus diberikan
kepada mereka dengan cara berharap agar mereka dapat mengekalkan tingkah laku yang baik
dan memberi teladan yang baik kepada pelajar yang lain.
Disiplin pula ialah suatu istilah yang merujuk kepada perkara-perkara yang wajar diikuti
dan bertujuan mendidik, melakukan sesuatu dengan sempurna. Menurut Kamus Dewan (2005),
disiplin dapat didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri
sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya
berkelakuan baik, atau kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Menurut P.F. Olivia
(1956), disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, dan cara
9
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
10/26
menetapkan. Menurut Mok Soon Sang (1995) pula, pada peringkat sekolah, disiplin adalah
peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku
mereka melalui hukuman atau ganjaran. Foucault (1977) pula mendefinisikan disiplin sebagai
suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979 pula mendefinisikan disiplin sebagai kesanggupan seseorang untuk
melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang
baik, dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
Disiplin terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu disiplin asas dan disiplin
intrinsik. Disiplin asas adalah disiplin yang melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih
besar sementara disiplin intrinsik atau kendiri pula ialah disiplin yang lahir dari dalam diri
individu tanpa sebarang unsur paksaan. Disiplin intrinsik ini merangkumi sifat empati iaitu
seseorang melalui apa yang dilalui oleh orang lain. Individu ini juga mempunyai kesedaran sivik,
moral, agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat. Objektif utama pelaksanaan disiplin
di sekolah adalah untuk melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan
bertanggungjawab serta peka terhadap peraturan dan undang-undang sekolah. Ia juga adalah
untuk melahirkan seorang ahli masyarakat bertatasusila, bersatu padu, demokratik adil, liberal
serta progresif. Selain itu, untuk melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri serta
rasional dan bijaksana. Di samping itu, disiplin dilaksanakan untuk melahirkan pelajar yang
menyayangi dan menghormati diri sendiri serta alam sekitar, membentuk pelajar yang
bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta menjadikan sekolah sebagai pusat menuju ke
arah kecemerlangan hidup.
10
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
11/26
Disiplin yang dibentuk juga mewajibkan setiap kelas menyediakan sudut disiplin yang
dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan
disiplin serta pekeliling-pekeliling dari kementerian pendidikan dan jabatan pelajaran berkaitan
dengan peraturan dan notis tertentu. Selain itu, borang perjanjian juga harus ditandatangani oleh
pelajar yang masih mengulangi pelanggaran disiplin. Borang ini merupakan bukti untuk
penguatkuasaan dan tindakan seterusnya serta mengelakkan sebarang tindakan yang diambil
dipertikaikan dan juga jaminan supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan disiplin lagi. Ia
disaksikan oleh penjaga pelajar sendiri.
Sekolah perlulah melakukan penguatkuasaan disiplin secara tegas dan berterusan. Usaha
yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuhkan, memperjelas dan menentukan
kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-
perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan dan
ini meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. Sifat
berdisiplin, akhlak yang mulia, berbudi pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu
disemai dari rumah lagi. Seterusnya ia dipupuk di sekolah dan disemarakkan oleh masyarakat.
Sekolah dan masyarakat perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada
perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.
Bagi memastikan disiplin sekolah selaras dengan keperluan bidang pendidikan, sesebuah
sekolah perlu membentuk jawatankuasa yang bertangungjawab terhadap perancangan
membentuk disiplin pelajar, mengambil tindakan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan, dan
kursus motivasi bagi membentuk akhlak pelajar. Antara jawatankuasa yang perlu dibentuk
termasuklah Jawatankuasa Pelaksana dan Bertindak Sekolah, Jawatankuasa Hal Ehwal Murid,
Jawatankuasa Disiplin, dan juga Jawatankuasa Pengawas Sekolah. Di antara sistem disiplin lain
11
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
12/26
yang boleh diambil oleh sesebuah organisasi sekolah adalah penggunaan borang kawalan kelas
yang digunakan oleh setiap guru mata pelajaran, perkhemahan, dan ceramah motivasi serta
mengadakan kelas keagamaan sememangnya dapat membantu mengurangkan permasalahan
disiplin pelajar. Ia juga bertujuan mengawal masalah disiplin pelajar dan membentuk sahsiah
pelajar supaya masalah sosial seperti ponteng, vandalisme, merokok, dan buli atau gangsterisme
dapat dibendung.
3.1 Jenis-jenis Disiplin
Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis,
iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan, dan disiplin
arahan diri.
3.1.1 Disiplin Arahan Guru
Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.
Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-peraturan bilik
darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid-murid dalam bilik darjah.
Tugas guru seperti menentukan peraturan-peraturan, mengawal murid-murid
supaya mematuhinya dalam bilik darjah, dan menghukum murid yang melanggar
disiplin merupakan jenis disiplin arahan guru.
Disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru mempunyai
kuasa yang mutlak ke atas kawalan, arahan, pengurusan, dan hukuman
berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya mematuhi
12
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
13/26
segalanya untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah.
Oleh kerana guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan,
jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum.
Kedua-dua disiplin arahan guru, iaitu ciri autokratik dan cirri menghukum
telah menjadi amalan guru dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Dengan
perkataan lain, di bawah disiplin arahan guru, murid-murid diwajibkan mematuhi
segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya terdapat murid yang melanggar
disiplin, dia akan dihukum mengikut peraturan atau cara yang difikirkan sesuai.
3.1.2 Disiplin Arahan Kerja
Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh
guru perlu diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin
jenis ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta
kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan
mengikut jadual.
Disiplin arahan kerja ini mempunyai cirri motivasi yang positif, kerana
disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk
kebaikan dan kepentingan sendiri. Sememangnya, tidak semua murid mempunyai
disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru supaya menyempurnakan tugasan
mereka mengikut jadual. Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada
kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan. Pada amnya, disiplin
arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik,
13
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
14/26
bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai
dengan umur dan keupayaan murid itu.
3.1.3 Disiplin Arahan Kumpulan
Disiplin arahan kumpulan diwujudkan di antara ahli-ahli dalam dinamika
kumpulan yang sedia ada, atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan
dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk
berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu,
tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya.
Proses penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan berlaku,
menghasilkan kawalan disiplin di antara ahli-ahlinya. Murid yang tidak mematuhi
norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian dan
penyingkiran yang berlaku di antara ahli-ahli dalam dinamika kumpulannya
menghasilkan disiplin arahan kumpulan. Guru yang cekap dalam pengurusan bilik
darjah, biasanya boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal
sesetengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah. Bimbingan yang
sesuai harus diberikan kepada ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan
kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin
bilik darjah.
Disiplin arahan kumpulan juga boleh diwujudkan dalam aktiviti
kumpulan, misalnya semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan
atau melaksanakan sesuatu kerja projek. Di dalam aktiviti-aktiviti tersebut, tugas
14
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
15/26
kawalan disiplin murid biasanya diserahkan kepada ketua kumpulan mereka. Di
bawah kawalan ketua kumpulan, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti
kumpulan secara sistematik, teratur serta lancar. Keadaan seperti ini boleh
disamakan dengan kewujudan disiplin arahan kumpulan di kalangan murid-murid
dalam kumpulan mereka.
3.1.4 Disiplin Arahan Diri
Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bukunya Ilmu Pendidikan Pedagogi (1984)
mentakrifkan disiplin arahan diri sebagai keadaaan yang membuat murid-murid
mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda, atau
diberi ganjaran. Takrif disiplin arahan diri ini membawa implikasi bahawa murid-
murid mematuhi peraturan-peraturan sekolah secara sukarela, tanpa dipaksa atau
diarah oleh guru. Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa
mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-
mata untuk kebaikan murid-murid sendiri.
Disipin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila
murid-murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara
rasional. Bagaimanapun, nilai disiplin jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan
bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi
peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid , menyerapkan nilai-nilai murni
seperti keadilan, hormat-menghormati hak orang lain, timbang rasa, toleransi dan
kerjasama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-
kurikulum.
15
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
16/26
Di antara keempat-empat jenis disiplin yang disenaraikan, disiplin arahan diri merupakan jenis
arahan displin yang paling berkesan dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Apabila murid-
murid mulai sedar betapa pentingnya mematuhi peraturan-peraturan sekolah, masalah disiplin di
sekolah akan dapat dikurangkan ke peringkat yang minimum.
3.2 Strategi Menangani Masalah Disiplin di Sekolah
Strategi menangani masalah disiplin di sekolah boleh digolongkan kepada dua
pendekatan, iaitu disiplin dikenakan dari luar (externally imposed), dan disiplin dipupuk
dan dihayati dalam diri seseorang (internally induced). Di antara strategi-strategi untuk
mewujudkan suasana psikologi yang menggalakkan penyuburan nilai-nilai disiplin yang
kondusif adalah dibincangkan dalam empat bidang utama seperti berikut :
3.2.1 Mengukuhkan struktur, sistem organisasi dan pentadbiran sekolah
Pihak pentadbiran perlulah mewujudkan sistem pentadbiran sekolah dan
pengurusannya secara teratur dan sistematik. Selain itu, pihak pentadbir juga
hendaklah mengamalkan prinsip demokrasi dan tindakan bersama untuk
melaksanakan segala aktiviti pendidikan. Bukan itu sahaja, malah pihak yang
terlibat juga perlu membentuk peraturan-peraturan sekolah berdasarkan prinsip
keadilan dan merancangkan sistem kawalan disiplin yang rapi. Peraturan-
peraturan ini merangkumi kegiatan ko-kurikulum, penggunaan kemudahan-
kemudahan sekolah, keceriaan sekolah, sistem peraturan bilik darjah, dan sistem
pengawas.
16
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
17/26
3.2.2 Mewujudkan iklim persekolahan yang harmoni
Pihak pentadbir hendaklah memupuk semangat kekitaan, mesra, dan perpaduan
dalam kalangan anggota-anggota sekolah, dan membentuk masyarakat penyayang
di dalam sekolah. Guru juga mestilah memupuk sikap dan sifat bertanggungjawab
terhadap diri dan sekolah serta mewujudkan kebersihan dan keindahan
persekitaran sekolah.
3.2.3 Menggunakan unsur-unsur perlambangan untuk penyuburan nilai-
nilai murni
Pihak sekolah perlu mewujudkan pakaian seragam dan identiti khas seperti cogan
kata, lambang sekolah, lagu sekolah, dan bendera sekolah. Guru juga mestilah
mewajibkan semua murid menyanyi lagu sekolah, lagu negeri, dan lagu
kebangsaan semasa perhimpunan sekolah. Di samping itu, pihak pentadbir
sekolah juga perlulah menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat menonjolkan
identiti sekolah seperti menerbitkan majalah sekolah.
3.2.4 Mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
untuk membantu perkembangan intelek, sosial, jasmani, dan emosi
pelajar
Guru hendaklah melaksanakan rancangan pelajaran secara sistematik dan menarik
serta bermakna. Guru juga perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai serta teknik
variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid belajar. Penggunaan strategi
17
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
18/26
pemusatan murid dan bahan-bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sememangnya amat sesuai untuk dilaksanakan.
Selain itu, guru hendaklah menghormati murid-murid dan melayan mereka
dengan baik untuk mengeratkan dan merapatkan perhubungan guru dengan murid,
demi mengelakkan murid-murid daripada menimbulkan masalah disiplin dalam
bilik darjah. Guru juga hendaklah menghargai dan memuji murid-murid yang
berkelakuan baik ataupun yang menunjukkan prestasi dan pencapaian yang
memuaskan dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di samping itu, guru mestilah
bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan dan ganjaran yang
diberikan serta mengajar murid-murod mengikut kebolehan mereka, sama ada
pengajaran keseluruhan kelas, kumpulan atau individu.
Guru juga mestilah memberikan aktiviti pemulihan untuk murid-murid
yang masih belum menguasai kemahiran atau memperoleh kefahaman pelajaran
yang diajarkan. Aktiviti pengayaan juga boleh diberikan kepada murid-murid
yang telah menguasai kemahiran serta memperoleh kefahaman tentang
pelajarannya semasa guru membimbing murid-murid lain dengan aktiviti
pemulihan. Selain itu, guru juga mestilah mengamalkan gaya kepimpinan
demokratik dan melayan soalan serta cadangan murid dengan sikap terbuka.
Bukan itu sahaja, malah guru juga hendaklah mengingat setiap nama murid di
dalam kelas agar mereka sedar bahawa guru ada memberi perhatian dan benar-
benar mengenali mereka.
18
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
19/26
Guru juga perlu menunjukkan keyakinan diri agar murid-murid sedar
bahawa guru memang mempunyai kebolehan mengajar serta mengawal mereka.
Guru mestilah bertutur dengan suara lantang, jelas, dan mudah difahami oleh
murid-murid serta berdiri semasa mengajar di suatu tempat yang sesuai supaya
guru dapat memerhati gerak-geri setiap murid dalam bilik darjah. Penggunaan
teknik penyoalan juga boleh digunakan oleh guru supaya murid-murid
menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Melibatkan murid-
murid dalam aktiviti pembelajaran secara aktif serta sesuai dengan kebolehan dan
minat mereka masing-masing boleh dilaksanakan oleh guru.
4.0 Pengurusan Devian dan Salah Laku
Salah laku atau devian merupakan satu bentuk tingkah laku yang menyimpang daripada norma-
norma sosial masyarakat. Devian bermaksud melanggar peraturan. Pelajar yang melanggar
peraturan sekolah dikenali sebagai pelajar salah laku atau pelajar devian.
4.1 Teori Punca Salah Laku
Terdapat beberapa teori punca berlakunya masalah salah laku dalam kalangan pelajar. Di
antara teori-teori tersebut ialah teori fungsionalisme, teori konflik, teori subbudaya dan
deprivasi status, teori interaksionisme, teori label dan teori anomie. Merujuk kepada teori
fungsionalisme, devian bertindak sebagai disfungsi pada struktur sosial. Dalam teori
konflik pula, devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang
menindas. Bagi teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat bahawa, devian
berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar.
19
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
20/26
Deprivasi (pencabutan,kehilangan) adalah berpunca daripada kekurangan ekonomi dan
kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang
tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak
melakukan devian.
Bagi teori interaksionisme, devian dilihat sebagai sesuatu yang subjektif dan
merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku tertentu mengikut
kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasikan sesuatu. Kajian
Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik
neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian
iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan
mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya
lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan) dan menentang (menolak matlamat
persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain). Manakala dalam teori label
pula, guru yang memberikan label tertentu kepada pelajar dan dalam teori anomie, devian
berpunca daripada kekecewaan seseorang mencapai hasrat.
4.2 Strategi Pengurusan Devian dan Salah Laku
Terdapat beberapa strategi pengurusan devian dan salah laku yang boleh dilakukan oleh
guru. Strategi-strategi tersebut ialah bimbingan dan kaunseling, hukuman dan dendaan,
mendapatkan sokongan dan bantuan pengurusan sekolah, mendapatkan bantuan dan
kerjasama daripada ibu bapa, mendapatkan kerjasama daripada masyarakat dan
organisasi luar, dan merujuk pekeliling sekolah.
20
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
21/26
4.2.1 Bimbingan dan kaunseling
Bagi menguruskan devian dan salah laku, guru seharusnya mendapatkan bantuan
dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Khidmat kaunseling membimbing
pelajar mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.
Kaunselor akan cuba akan memahami dengan mendengar dan memberikan
layanan serta interaksi yang baik manakala pelajar memperihalkan masalah yang
dihadapi. Kaunseling dapat menggerakkan pelajar memahami diri dari segi
kelemahan yang mengakibatkan masalah dalam hidup. Bimbingan pula
melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mangandungi maklumat
agar sesuatu matlamat tercapai.
4.2.2 Hukuman dan dendaan
Walau bagaimanapun, seseorang guru tidak sewenang-wenangnya dapat
melakukan tindakan hukuman atau dendaan terhadap seseorang pelajar. Tindakan
yang dilakukan guru adalah di atas garis panduan yang telah ditetapkan. Hal ini
demikian kerana telah termaktub hukuman dan dendaan kepada guru jika
melakukan tindakan diluar bidang kuasa guru.
Di antara kanun keseksaan yang mengikat guru ialah Seksyen 320(cedera
parah), Seksyen 323(seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera), seksyen
324(dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau
lain-lain benda yang merbahaya), dan seksyen 325(seksaan kerana dengan sengaja
menyebabkan cedera parah). Oleh yang demikian, guru harus peka, berinovatif
dan bertenang ketika menjatuhkan hukuman dan dendaan kepada pelajar. Guru
21
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
22/26
tidak seharusnya dikawal oleh emosi dan perasaan marah yang melampau.
Hukuman yang berkesan ialah hukuman yang memberi peluang kepada pelajar
untuk mengubah sikap serta memahami sebab mereka didenda.
4.2.3 Sokongan dan bantuan pengurusan sekolah
Sekolah terdiri daripada beberapa dimensi interaksi, iaitu pihak pengurusan, guru,
dan pelajar. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di sekolah seharusnya
tidak membebankan pelajar. Suasana sekolah yang berstruktur dan sistematik
harus dibina untuk mengatasi konflik di antara pelajar dengan guru.
4.2.4 Bantuan dan kerjasama ibu bapa
Sebelum guru melakukan apa-apa tindakan atau hukuman, guru sepatutnya
memahami latar belakang sosial dan budaya murid. Guru perlulah mendapatkan
bantuan dan kerjasama daripada ibu bapa untuk membolehkan mereka lebih
memahami sikap pelajar dan pergaulan rakan sebaya. Oleh yang demikian, guru
boleh berbincang dengan ibu bapa dan mencari jalan penyelesaian. Kerjasama
daripada ibu bapa amat penting dalam membantu guru menguruskan tingkah laku
pelajar.
22
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
23/26
4.2.5 Kerjasama daripada masyarakat dan organisasi luar
Bagi mengawal dan menguruskan tingkah laku pelajar, guru juga hendaklah
menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan organisasi luar. Terdapat beberapa
organisasi yang terlibat dalam menangani masalah tingkah laku pelajar seperti
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah
Kebangsaan , Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia, dan Jabatan Penjara.
Guru memerlukan kerjasama daripada pihak polis dimana ceramah yang
disampaikan oleh pihak polis perlu diadakan untuk mengurangkan kes disiplin di
sekolah. Guru juga hendaklah melaporkan kepada polis dengan kadar segera
tentang kes disiplin yang kronik. Organisasi sekolah seharusnya dijadikan sebagai
anak angkat kepada balai polis yang berdekatan. Ceramah oleh pihak polis
perlu diadakan minimum dua kali setahun dan memberi penekanan terhadap
masalah sosial pelajar.
Kerjasama di antara sekolah dengan Agensi Dadah Kebangsaan pula dapat
mewujudkan Program Minggu Anti Dadah di sekolah di mana pelaksanaan
program ini memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok. Program ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup pelajar untuk menjamin
kesejahteraan hidup. Ceramah perlu disampaikan oleh doktor atau pegawai
kesihatan dengan memberi fokus tentang bahaya merokok terhadap minda dan
kesihatan, kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, dan panduan
mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala merokok. Justeru itu, Klinik
Berhenti Merokok dilancarkan bagi membantu pelajar yang telah terjebak
dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. Agensi Anti Dadah
23
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
24/26
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
25/26
5.0 Kesimpulan
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Jiwa pelajar yang rapuh mudah ditembusi anasir dan perilaku negatif yang akan merosakkan
akhlak remaja. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman
yang akan merugikan negara dalam jangka masa yang panjang. Guru harus berkeupayaan untuk
mengawal tingkah laku dan salah laku pelajar. Masalah sosial dalam kalangan pelajar harus
dibendung dan diambil serius oleh guru agar ianya tidak menjadi lebih serius seterusnya akan
merugikan negara. Sejajar dengan perubahan paradigma bidang pendidikan dan cabaran yang
semakin padat, keadaan memerlukan kita merenung kembali kepada falsafah pendidikan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjwab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sewajarnya cabaran ini disambut dengan baik walaupun terpaksa menghadapi
kesukaran. Usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020
amat memerlukan tenaga dan kepakaran di pelbagai peringkat pengetahuan dan kemahiran
dengan penuh disiplin serta etika yang tingg bagi membentuk keperibadian pelajar yang utuh.
Remaja merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan generasi pengganti pemimpin
pada masa akan datang. Oleh itu, perubahan tingkah laku remaja ke arah positif adalah amat
baik. Sebelum mengubah tingkah laku pelajar remaja ke arah kebaikan, terlebih dahulu kita
sebagai guru perlulah mengetahui sikap pelajar tersebut dan dari situ kita akan mula memahami
kenapa seseorang pelajar itu berkelakuan buruk dan seterusnya langkah modefikasi haruslah
dijalankan.
25
8/6/2019 Pen Gurus An Tingkah Laku Dan Disiplin
26/26
Proses modifikasi yang dilakukan melalui kaedah peneguhan merupakan satu proses
yang amat penting dalam usaha mengubah tingkah laku remaja. Kaedah peneguhan terbahagi
kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif menyediakan
pencetus yang terancang dan sesuai serta memungkinkan pengulangan atau peningkatan tingkah
laku yang dikehendaki. Manakala peneguhan negatif pula ialah pencetus yang diberikan kepada
remaja tetapi tidak sesuai . Hal ini mungkin ganjaran dan harapan tidak menyenangkan remaja.
Oleh guru haruslah bijak dalam menentukan modifikasi tingkah laku agar pengurusan tingkah
laku dalam kalangan relajar dapat dijalankan dengan efektif serta dapat mengurangkan tingkah
laku negatif pelajar.
Selain itu para guru boleh mengaplikasikan kaedah modifikasi, peneguhan dan teori
behaviorisme dalam bilik darjah. Hal ini dapat membantu guru dalam mengawal susunan dan
keadaan dalam kelas agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Kebaikan
dari mengubah tingkah laku ini melalui pelbagai aspek iaitu individu, masyarakat, dan
sebagainya. Oleh sebab proses pengubahan tingkah laku remaja memerlukan perhatian yang
serius dari semua pihak agar masalah salah laku dan disiplin pelajar dapat di atasi dengan
berkesan.
26