Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku

Embed Size (px)

Citation preview

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU~PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH~(MODEL KOUNIN: PENGURUSAN KELOMPOK) (TEORI REALITI DALAM KAUNSELING : WILLIAM GLASSER)

OLEH: HAQIRUH AFIQ FARHAN BIN MD DZULKIFLI

MODEL KOUNINKounin Teoris disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat Integrasi pengajaran dengan disiplin.

TEKNIK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESANWithitness Kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal. Bertindih (Overlapping) Kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama. Momentum Kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran. Kelancaran Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

Kewaspadaan Kumpulan Memusatkan perhatian semua murid lain apabila respons seorang murid sedang diberikan. Menggalakkan Akauntabiliti Komunikasi kepada semua murid bahawa penyetaan mereka sedang diperhatian dan ditaksir. Format Penyertaan Tinggi Menggunakan pelajaran untuk mentakrifkan tingkah laku murid apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung. Peralihan Kelancaran peralihan di antara dua aktiviti.

IMPLIKASI MODEL KOUNIN TERHADAP TINGKAH LAKU BERMASALAH

Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Dikenali sebagai kesan riak (ripple effect)

Guru harus sedari semua aktiviti yang berlaku di dalam bilik darjah pada setiap masa. Dikenali sebagai withitness.Kebolehan memberi peralihan yang lancar di antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan yang berkesan.

Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunyai akauntabiliti dalam pembelajaran dan memastikan pembelajaran optimal berlaku. Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam belajar bilik darjah.

TEORI REALITI DALAM KAUNSELING: WILLIAM GLASSER

Diperkenalkan oleh William Glasser

Ahli psikologi dari California

Memperkenalkan teori realiti dalam kaunseling pada tahun 1950-an Menambah teori kawalan dalam teori kaunseling pada awal tahun 1980-an. Rukun Asas Teori Kawalan -Mengandaikan tingkah laku manusia sebagai usaha untuk mengawal dunia kita sebagai sebahagiannya, dengan tujuan

ANDAIAN TEORI KAWALAN(a)

Bahasa AktifMenurut Glasser, bahasa aktif menyatakan tingkah laku yang digunakan oleh orang apabila mereka berusaha mengawal alam sekitar untuk memenuhi keperluan mereka.

(b) Keperluan AsasKeperluan hidup dan reproduksi Keperluan kasih sayang, berkongsian dan bekerjasama

Keperluan kuasa dan statusKeperluan kebebasan Keperluan keseronokan

(c) Gambar MentalGambar-gambar mental penting untuk memahami teori kawalan kerana tingkah laku selalu bermula dengan gambar mental kita, dan perbezaan di antara gambar mental (yang kita perlukan) dengan apa yang sebenar di alam sekitar (yang kita ada) menentukan tingkah laku kita.

Apabila terdapat perbezaan ini, kita bertindak untuk mengurangkan perbezaannya.

(d) Tingkah Laku MenyeluruhBertindak Meliputi tingkah laku aktif atau gerakan voluntari.Berfikir Pemikiran voluntari dan involuntari, misalnya mimpi. Berasa Merangkumi perasaan gembira dan duka cita. Fisiologi Meliputi mekanisme badan voluntari dan involuntari, misalnya berpeluh.

Contoh:

Apabila seorang individu sedang bersedih

o

Komponen bertindak untuk bersedih: duduk dengan gaya tidak bermaya.Komponen berasa: sakit, murung dan sengsara. Komponen berfikir: kecewa dan apa guna. Komponen fisiologi: tidak dapat tidur dan sakit badan.

o

o

o

Glasser menyamakan tingkah laku menyeluruh sebagai kereta dengan empat roda.

KOMPONEN BERTINDAK

KOMPONEN BERASA

BELAKAN G DEPAN

KOMPONEN BERFIKIR

KOMPONEN FISIOLOGI

IMPLIKASI TEORI KAWALAN DALAM KAUNSELING

Mengikut teori kawalan, orang yang memerlukan kaunseling ialah orang yang memilih tingkah laku destruktif dengan tujuan memperoleh semula kawalan hidup mereka. Orang itu biasanya menggunakan tingkah laku bersedih, sakit dan sengsara untuk mengawal orang lain, demi memenuhi keperluan-keperluannya.

INGAT!!!!!

Prinsip asas teori kawalan adalah jangan membenarkan orang menggunakan sakit atau sengsara untuk mengawal orang yang berharap agar membantu memenuhi keperluankeperluannya.

KAUNSELING REALITI

Tujuan: Mengajar klien mengawal hidup diri sendiri.Matlamat Untuk mengajar klien membentuk rangka kerja berdasarkan teori kawalan agar memahami tingkah laku sendiri. Untuk membantu klien bertanggungjawab atas pilihan baru yang bukan menjadi mangsa pilihan dahulu.

Untuk membantu klien mengenal pasti dan memahami keperluannya dari segi hidup, kuasa, keupayaan, kebebasan dan keseronokan.

Untuk membantu klien membina gambar mental yang realisitik demi memenuhi keperluan asas mereka. Untuk membantu klien membina dan mengamalkan tingkah laku yang boleh menolongnya supaya memenuhi keperluan masa kini dan masa depan. Untuk membantu klien mengelakkan daripada kawalan tingkah laku yang negatif terhadap orang lain.

PROSES KAUNSELING BERDASARKAN TEORI REALITI DENGAN TEORI KAWALANPeringkat 1 : Membina Hubungan Kaunselor-Klien (Pelajar) Peringkat 2 : Pengajaran Dengan Teori Kawalan Peringkat 3 : Penilaian Tingkah Laku Menyeluruh Peringkat 4 : Perancangan Dan Perubahan Tingkah Laku Peringkat 5 : Tindakan Susulan

RUMUSAN

Pengurusan bilik darjah adalah penting untuk membentuk iklim bilik darjah yang kondusif agar keberkesanan P&P dapat dipertingkatkan. Iklim bilik darjah yang kondusif dapat diwujudkan melalui aplikasi pelbagai model disiplin seperti:

Modifikasi Tingkah Laku Skinner Disiplin Asertif Canter Akibat Logikal Dreikaurs Model Kelompok Kounin Terapi Realiti Glasser

SEKIAN TERIMA KASIH