2. Sarimah binti othman Siti shuhadah binti ayob Musyahadah
binti sawalErdayani binti mohd ismail Siti nur shafikawati binti
rahim Nurul najihah binti alias Nurul auni syamimi binti mohamed
rafi
3. 2.0 OBJEKTIF DAN PRINSIPPENGURUSAN ISLAM2.1 Memahami
prinsippengurusan dalam Islam. 2.1.1 Membincangkan prinsip
asasAs-syura Al-hurriyah Al-musawwah
4. Maksud dari segi bahasaAS-SYURA Bermesyuarat,berbincang dan
bermuzakarah untuk meyelesaikan masalah Maksud dari segi istilah
Maksud bagi kalimah al-Syura, al-Tashawur & al- Mushawarah
ialah perbincangan yang diadakan untuk membincangkan sebarang
perkara yang berkait samada dengan kepentingan individu ataupun
masyarakat, oleh kalangancendekiawan dan kumpulan ulama yang
mempunyai kepintaran dan pengalaman sertamampu memberikan suatu
pandangan mengenai sesuatu perkara. Di samping itu,mereka juga
dapat menjelaskan hujah-hujah bagi mencari suatu keputusan yang
terbaik.
5. Pe r t u k a r a n f i k i r a n d a n p a n d a n g a n t e
r h a d a p p e r k a r a - p e r k a r a y a n gMe n c a r i t i t
i k me l i b a t k a np e r mu a f a k a t a n d a n k e ma s l a h
a t a nk e b e n a r a n s e r t a mu s l i mi n b e r d a s a r k
a nk e t a a t a n k e p a d a k a e d a h y a n g s e s u a i .Al
l a h s .w .t .
6. Syura perintah Allah S.W.TSalah satu panduan dan perintah
Allah s.w.t. tentangperkara ini adalah amalan syura.Disebut oleh
Allahs.w.t. dalam al-Quran:Dan (untuk) orang-orang yang
memperkenankanseruan kepada Tuhannya dan mendirikan solatsedang
urusan mereka dengan bermesyuarat (syura)sesama mereka dan mereka
menafkahkan sebahagianrezeki yang Kami berikan kepada
mereka.(Al-Syura, 42:38)
7. perintah melaksanakan syura diletakkan seiringan dengan
perintah mendirikan solat dan melaksanakan infaq(membahagikan
hartanya lalu mendermakan) pada jalan Allah s.w.t. Ini merupakan
dalil yang cukup kuat betapa amalan syura ini amat dipentingkan
oleh Allah s.w.t.Salah satu perkara penting yang perlu dilaksanakan
oleh pucuk pimpinan adalah menghidupkan amalan syura. Ini merupakan
tanggungjawab pemimpin dan hak anggota organisasi.
8. Syura Amalan Rasulullah s.a.w Dalam sejarah perjuangan
Rasulullah s.a.w., syura merupakan amalan serta budaya baginda dan
para sahabat. Dalam kes menentukan strategi dalam Perang Badar dan
Uhud, syura dilaksanakan bagi menentukan kedudukan yang paling baik
bagi menempatkan tentera muslimin. Hasil syura dengan para sahabat
dalam Perang Khandaq juga telah menatijahkan kesepakatan untuk
membina parit bagi menghadapi kaum musyrikin.
9. Kelebihan kelebihan Syura Menghasilkan kebaikan yang sangat
banyak dan kualiti keputusan yang diperoleh pada kebiasaannya
adalah tinggi. Merupakan kaedah bagi merungkai perbezaan pandangan
yang semestinya wujud dalam mana-mana organisasi. Bagi organisasi
yang gagal menghayati amalan syura, sudah pasti akan timbul suasana
bantah- membantah dan ini telah diberi amaran oleh Allah s.w.t.
untuk kita mengelakkannya.
10. Maksud firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anfal,ayat 46:Dan
taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, danjanganlah kamu
berbantah-bantahan; nanti kamulemah (kalah) serta hilang
kekuatanmu, danhendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya
Allahbersama-sama orang-orang yang sabar.
11. Organisasi hendaklah sentiasa meningkatkankeikhlasan dan
ketakwaan kepada Allah s.w.t.dalam melaksanakan perintah Allah
s.w.t. untukmelaksanakan syura bagi mencapaikecemerlangan
organisasi. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran, ayat 159,
yang bermaksud:
12. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenaikesalahan yang mereka
lakukan terhadapmu),dan pohonlah keampunan bagi mereka, dan
jugabermesyuaratlah (syura) dengan mereka dalamurusan itu. Kemudian
sesudah engkau berazam(setelah melaksanakan syura untuk
membuatsesuatu) maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yangbertawakal kepada-Nya.
13. KEPENTINGAN SYURA DALAM PENGURUSANSyura dalam pengurusan
dapat menentukandan menyatukan kata sepakat dalam
sesuatuorganisasi.Ini dapat dilihat jika ahli sesuatuorganisasi
tersebut mengeluarkan pandanganmasing-masing dan di sinilah fungsi
syura amatpenting bagi menentukan keputusan yangbetul.Syura juga
penting dalam pengurusankerana ia dapat mengekalkan keharmonian
sertamenghormati pendapat dan pandangan ahliorganisasi tersebut
tanpa menguris hati danperasaan orang lain.
14. Bilangan Ahli :Bilangan ahli syura tidak ditetapkan kerana
bergantung kepadakeadaan. Contohnya pada zaman Rasullulah terdiri
daripada ketuagolongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat
dan panglimatentera.Kelayakan Ahli :Adil, berilmu, sejahtera
anggota tubuh badan, mempunyaipemikiran yang waras dan tajam serta
tahu ilmu siasah(mempunyai visi /wawasan terhadap masa depan
negara, beranidan warak. )
15. Kedatangan Islam telah membebaskan manusia dari sistem
perhambaan. Islam juga menjamin kebebasan aqidah, individu,
bersuara berpersatuan dan berpolitik, hak milik, pendidikan, dan
juga mencari rezeki.
16. Islam tidak melarang umatnya untuk menyatakan pendapat
serta buah fikiran selagi tidak melanggar al-Quran dan al-Hadith .
Tidak menzalimi hak orang lain atau menggangu kebebasan orang
lain.Kehidupan dalam Islam ialah kehidupan bermasyarakat. Islam
mewajibkan umatnya untuk melaksanakan amal maruf nahi mungkar
.Setiap dari kita berhak untuk menegur serta menyatakan pendapat
kita kepada sesama muslim.
17. Maksud sabda Baginda:Sesiapa ada melihat kemungkaran di
hadapan kamumaka hendaklah kamu mengubah dan mencegahnyadengan
tangan kamu (dengan kuasa yang ada padakamu), jika kamu tidak mampu
(dengan tangan kamu)maka hendaklah kamu ubah dengan lidah. Jika
kamumasih lagi tidak mampu, maka hendaklah kamu ubahdengan hati.
Itu adalah selemah iman. Hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan Ibnu
Majah
18. Dalam Islamprinsip kebebasan dalam menentukan
suatukeyakinan atau memeluk suatuagama mendapatkan perhatian dalam
al-Quran.Seperti dalam surah Q.S. al-Baqarah (2):256 Allah swt
berfirman.ertinya: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki)agama (
Islam);sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripadajalan
yangsesat".
19. Kebebasan : Bebas daripada mengikut kehendak nafsu syahwat
Bebas daripada mengikuti kehendak diri kerana fokus kepada kehendak
(ketaatan) kepada yang Esa Bebas daripada mengikuti resam (adat)
dan kesan (pengaruh luar) terhadap perkara-perkara yang akan
memusnahkan diri mereka daripada mendapat tajalli (jelmaan cahaya
hikmah) daripada Tuhan.
20. Inilah hakikat kebebasan yang perlu ada di sisimanusia.
Apabila mereka bebas daripada ketiga-tiga unsur tersebut maka
itulah hakikat manusiasebenar iaitu dengan menjadi hamba
kepadaAllah taala yang Esa.
21. CONTOH AL-HURIYAH DALAM PENGURUSANa. Kebebasan diri. Setiap
individu berhak untuk mendapatkan perlindungan
daripadaundang-undang yang dikuatkuasakan dan tidak boleh dinafikan
haknyamelainkan melalui perintah undang-undang.b. Kebebasan
beragama. Islam sama sekali tidak boleh memaksa penganut-penganut
agama lainuntuk memeluk agama Islam.C. Kebebasan untuk mencari dan
memiliki harta. Kebebasan jenis ini hendaklah menjadi keutamaan
kepada pihak organisasiatau jabatan dalam ertikata pihak-pihak
tersebut hendaklah jugamemberikan keutamaan kepada para pekerjanya
untuk sama-sama merasaidan memiliki keuntungan syarikat atau
jabatan dengan pembayaran gaji,imbuhan serta elaun yang
setimpal.
22. Bermaksud manusia adalah sama di sisiperaturan dan
undang-undang syarie tidak mengira pangkat mahupun kedudukan.
23. Persamaan yang dimaksudkan dalamkonteks ini ialah mengenai
persamaan tarafdan kedudukan setiap pentadbir, pengurusataupun
setiap individu di sisi undang-undangatau peraturan dalam
memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau
statuskemanusiaan.Semua manusia berasal daripada satuketurunan yang
sama dan hanya berbezadari sudut amalan, tanggungjawab danketaqwaan
sahaja
24. Firman Allah S.W.T.Wahai umat manusia! Sesungguhnya
Kamiciptakan kamu dari lelaki danperempuan, dan Kami telah
jadikankamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
berkenal-kenalan.Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disis Allah
adalah orang-orang yangpaling bertaqwa. Surah Al-Hujurat
ayat13
25. Ayat ini membawa maksud manusia adalahsama dan terikat di
sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa
sebarangpengecualian atau keistimewaan.Tiada sesiapa yang boleh
menjatuhkan tarafdan kehormatan orang lain melainkan jika
ianyadibenarkan oleh undang-undang.Islam menentang keras kewujudan
sistem kastaiaitu membezakan manusia berdasarkan warnakulit,
bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asalketurunan dan sebagainya.
26. Sistem kasta mengundang pelbagai masalahterhadap masyarakat
serta mencetuskanperbalahan dan persengketaan yang
mungkinberpanjangan.Maka, manusia seharusnya diberi persamaandari
segi tanggungjawabterhadap undang-undang, hukuman serta agihan
danpenerimaan kemudahan-kemudahan
27. Kesamaan dari segi: Tanggungjawab Terhadap Undang- Undang
Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama
tanpadibezakan bangsa, keturunan, pangkat, warna kulit dan
lain-lain. Undang-undangtidak boleh digubal hanya untuk
dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsatertentu sahaja
28. Tanggungjawab terhadap hukumanSetiap manusia mesti
dipertanggungjawabkandengan hukuman yang telah dijatuhkan
tanpamengira kedudukan, taraf, warna kulit, bangsaataupun keturunan
seseorang.Semua manusia juga terikat dengan undang-undang,
peraturan dan hukuman yang sama.Hukuman tidak boleh dijatuhkan
berbeza denganmengikut taraf dan darjat seseorang.
29. Agihan dan Penerimaan Kemudahan- KemudahanHarta yang telah
diiktiraf sebagai hartaawam seperti sekolah, hospital, jalanraya
serta taman permainan dansebagainya haruslah dikongsi
bersama.Penafian terhadap hak ini akanmenimbulkan konflik sosial
yangmengakibatkan kesan negatif sepertirusuhan kaum dan tunjuk
perasaan.