21
Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah saya, Nurul Suhaida Binti Samad dan sahabat saya, Nur Syamimi Binti Hanapi menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En. Fahrurrazi Bin Mahyun kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar mengenai cara mengukur, menanda, memotong serta memberi panduan dan bantuan mengenai cara menggunakan alatan tangan dan mesin kepada kami sepanjang menjalankan tugasan projek kayu ini. Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat tugasan projek kayu ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman membuat projek kayu ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kami.

projek kerja kayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

you can do it

Citation preview

Page 1: projek kerja kayu

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA

dapatlah saya, Nurul Suhaida Binti Samad dan sahabat saya, Nur Syamimi Binti Hanapi

menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah kami iaitu En. Fahrurrazi Bin Mahyun kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar

mengenai cara mengukur, menanda, memotong serta memberi panduan dan bantuan mengenai

cara menggunakan alatan tangan dan mesin kepada kami sepanjang

menjalankan tugasan projek kayu ini.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam

membuat tugasan projek kayu ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat

diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman membuat projek

kayu ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kami.

Sekian Terima Kasih.

Page 2: projek kerja kayu

Pendahuluan

Bagi melengkapkan tugasan mengenai projek kayu ini, saya dan rakan saya akan

menyediakan laporan hasil kerja amali bagi projek ini.

Kami telah mengambil masa selama lima minggu untuk menyiapkan tugasan untuk

projek kayu ini. Kami telah dibimbing oleh En. Fahrurrazi dalam pelbagai aspek seperti cara

menggunakan mesin dan sebagainya. Kami juga telah dikenalkan dengan pelbagai jenis tanggam

kayu oleh beliau.

Dalam melaksanakan tugasan ini kami harus memilih jenis kayu yang sesuai untuk

dijadikan sebagai bahan utama projek kayu kami. Kami telah menggunakan tiga jenis kayu yang

berbeza untuk dijadikan sebagai sisi kotak, bingkai dan tapak serta penutup kotak.

Bagi proses mencantum, kami telah diarahkan oleh pensyarah kami agar menggunakan

dua jenis tanggam kayu iaitu tanggam temu dan tanggam lekap siku. Penggunan tanggam pada

pencantuman kayu adalah sangat bagus kerana ianya akan menjadikan pencantuman itu lebih

kukuh.

Untuk menjadikan projek kayu kami lebih sempurna kami telah melakukan kemasan

pada projek kayu kami. Kertas las dan syelek merupakan bahan utama dalam proses kemasan

kami.

Oleh itu, untuk menghasilkan projek kayu yang sempurna kita seharusnya melaksanakan

kerja-kerja tersebut dengan teliti dan berhati-hati, “Ukur biar berkali-kali potong hanya sekali”

Page 3: projek kerja kayu

Pengenalan

Tugasan projek kayu kami merupakan tugasan yang sangat mudah iaitu menghasilkan

sebuah kotak yang diberi nama sebagai “Kotak Alatan”.

Kotak ini merupakan kotak serbaguna yang bersaiz satu setengah kaki. Kotak ini boleh

dijadikan sebagai kotak meletak pakaian lama, kasut yang tidak digunakan ataupun buku-buku

terpakai dan sebagainya.

Kotak ini juga mempunyai kelebihan dan keburukannya. Antara kebaikannya adalah

kotak ini boleh dikategorikan selamat kerana kotak ini mempunyai bingkai yang membuatkan

kotak ini sukar terbuka dengan sendirinya. Manakala keburukannya pula adalah kotak ini

mempunyai berat yang menyukarkan kita membawanya kemana-mana.

Walau apa pun kelebihan dan keburukannya kotak ini, kami sebagai pencipta kotak ini

tetap akan berpuas hati dengan hasil kerja kami kerana kami telah bekerjasama dengan

bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kotak ini.

Peralatan

Page 4: projek kerja kayu

MESIN PELELAS MUDAH ALIH (SANDER)

Mesin ini berfungsi untuk meratakan dan melicinkan permukaan kayu sebelum

melakukan proses kemasan.

RAGUM MEJA

Fungsi utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa kerja mengergaji,

mengetam kayu, mengerudi dan sebagainya.

Page 5: projek kerja kayu

MESIN KETAM (PLANNER)

Fungsi mesin ini adalah menghaluskan permukaan satu demi satu sisi kayu.

MITER SAW

Fungsi miter saw ialah membelah atau memotong kayu yang bersaiz kecil.

PAKU

Fungsi paku ialah untuk mengukuhkan cantuman kepingan kayu dengan kayu ataupun

kepingan logam dengan kayu

Page 6: projek kerja kayu

MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK

Fungsi mesin ini ialah memudahkan kerja-kerja membuat lubang dan pemasangan skru.

SESIKU SERONG

Fungsi sesiku serong ialah untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi

serong.

MESIN PENCANAI

Fungsi mesin ini ialah untuk mencanai hujung mata pemotong yang sudah tumpul seperti

pahat, gerudi serta meratakan sesuatu permukaan.

Page 7: projek kerja kayu

MESIN “RADIAL ARM SAW”

Mesin ini berfungsi untuk memotong kepingan kayu yang mempunyai pelbagai saiz.

1. STAPLES GUN ANGIN KOMPRESOR Alat ini digunakan dalam proses mencantum kepingan kayu.

2. APIT G Fungsi apit G ialah mengepit kayu semasa proses mengglukan dua kepingan kayu

serta memegang kayu yang hendak digerudi, dipahat dan sebangainya.

3. SESIKU L Fungsi sesiku L ialah untuk menguji sudut 90 serta menguji sesuatu permukaan

bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu.

Page 8: projek kerja kayu

4. APIT RENCONG Fungsi apit rencong ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang

bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan.

5. TOLOK PENANDA Fungsi tolok penanda ialah untuk menandai ukuran tebal atau lebar kayu.

6. PITA UKUR Fungsi pita ukur ialah untuk mengukur panjang sesuatu benda.

7. TUKUL KAYU fungsi tukul kayu ialah untuk memaku paku

8. KIKIR PARUT Fungsi kikir parut ialah untuk meratakan dan membentuk lengkuk pada penjuru

kayu

9. PAHAT PERAUT Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan

acuan yang mempunyai pelbagai bentuk.

10. APIT PANJANG Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu,

tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.

Prosedur kerja

Page 9: projek kerja kayu

Pada minggu pertama

o Proses memilih kayu

o Proses mengukur dan menanda

o Proses memotong

Pada minggu pertama saya dah rakan saya telah pergi ke stor kayu untuk memilih kayu yang

sesuai untuk membuat sebuah kotak. Setelah memilih kayu yang sesuai, kayu tersebut di bawa

masuk ke dalam bengkel untuk melakukan proses seterusnya.

Proses seterusnya ialah proses mengukur dan menanda. Kayu tersebut diukur dengan

menggunakan pita pengukur mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan ditanda menggunakan

pensel bagi memudahkan melaksanakan proses seterusnya iaitu proses pemotongan.

Kami telah menggunakan mesin radial arm saw untuk memotong kayu pada bahagian sisi kotak,

tapak kotak serta penutup kotak. Seterusnya kami menggunakan mitre saw untuk memotong

Page 10: projek kerja kayu

kayu yang mempunyai saiz yang kecil iaitu kayu pada bahagian bingkai yang akan dipaku di

bahagian penutup kotak. Selesai proses memotong kami telah menggunakan sander untuk

melicinkan permukaan kayu.

Pada minggu kedua

o Proses membuat tanggam

o Proses pencantuman

Pada minggu kedua kami telah menuruskan tugasan kami dengan membuat tanggam pada kayu

agar pencantuman yang kami akan lakukan menjadi lebih kukuh. Kami telah menggunakan

tanggam temu untuk mencantumkan bahagian sisi kotak. Manakala bagi bahagian bingkai kami

telah menggunakan tanggam lekap siku.

Proses membuat tanggam ini sangat mudah. Antara alat yang di perlukan untuk membuat

tanggam ialah tolok penanda, pita ukur dan pensel. Tolok penanda digunakan untuk menanda

ketebelan kayu. Pita ukur pulak digunakan untuk mengukur separuh daripada ketebalan kayu

yang ingin dipotong. Setelah itu pensel digunakan untuk melorek bahagian separuh kayu yang

ingin dipotong.

Untuk membuat pemotongan pada tanggam kami telah menggunakan mesin radial arm saw dan

pahat tepi serong. Pahat tepi serong digunakan untuk membersihkan lebihan kayu yang

tertinggal.

Proses seterusnya ialah proses mencantum. Sebelum kami membuat cantuman yang lebih

kukuh, kami membuat cantuman mengguna glu kayu terlebih dahulu. Sementara menunggu glu

Page 11: projek kerja kayu

tersebut kering dalam masa 30 minit, kami telah menggunakan sesiku L untuk memastikan sudut

setiap kayu itu sama. Setelah glu kayu tersebut kering kami telah mengguna kan air gun untuk

membuat pencantuman yang lebih kukuh pada setiap sudut tanggam tersebut.

Pada minggu ketiga

o Proses mencantumkan tapak kotak dengan sisi kotak

o Proses mencantumkan bingkai pada penutup kotak

Proses mencantumkan tapak kotak dengan sisi kotak adalah proses yang sangat mudah. Sebelum

kami membuat pencantuman menggunakan paku, kami telah menggunakan apit G untuk

mengapit bahagian tapak dan sisi kotak agar ianya tak bergerak ketika hendak memaku. Saiz

paku yang kami guna adalah bersaiz sederhana

Page 12: projek kerja kayu

Seterusnya proses mencantumkan bingkai pada penutup. Sebelum melakukan proses ini, kami

telah mengunakan alat gerudi untuk membuat lubang bagi memasang tombol pada penutup

kotak. Setelah itu, bingkai ini berfungsi untuk mengetatkan bahagian penutup. Proses ini

memerlukan ketelitian untuk memastikan kedudukan bingkai tuh berada ditengah-tengah

bahagian penutup kotak. Sekiranya kedudukan bingkai itu tidak dicantum dengan sempurna

maka ianya akan menggangu proses yang seterusnya.

pada minggu keempat

o proses memasang engsel

o proses memasang skru

pada minggu ini kami akan memasang engsel pada penutup kotak dengan sisi kotak. Kami telah

menggunakan engsel panjang kerana engsel ini lebih mudah. Untuk memotong engsel panjang

tersebut kami telah menggunakan gergaji besi. Setelah memotong engsel panjang dengan ukuran

yang sesuai kami meletakkan engsel tersebut pada sisi dan penutup kotak untuk menanda

bahagian yang perlu dibuat lubang untuk memasang skru.

Page 13: projek kerja kayu

Bagi membuat lubang untuk memasang skru kami telah menggunakan tukul kuku kambing serta

paku. Paku tersebut tidak perlu dibenamkankan terlalu dalam. Setelah selesai membuat lubang

kami telah memasang skru dengan menggunakan pemutar skru. Sebelum melakukan proses ynga

terakhir kami telah menggunakan mesin sander sekali lagi untuk melicinkan permukaan kayu

supaya proses seterusnya berjalan dengan lancar.

Pada minggu kelima

o Proses kemasan

Pada minggu terakhir ini kami telah melakukan proses kemasan. Sebelum menyapu syelek, kami

telah menggunakan tepung penyumbat untuk menutup kecacatan pada kayu. Apabila tepung

penyumbat tersebut telah kering kami telah menggunakan kertas las untuk melicinkan kawasan

tersebut. Setelah selesai dengan proses tersebut kami telah bekerjasama menyapu syelek pada

permukaan kayu dengan satu lapisan terlebih dahulu. Apabila telah kering kami sekali lagi

mengguna kan kertas las untuk menggosok permukaan kayu tersebut agar kelihatan cantik.

Selesai proses menggosok permukaan kayu sekali lagi kami menyapu syelek agar kelihatan lebih

berkilat dan bersinar.

Page 14: projek kerja kayu

Kesimpulan

Setelah menyiapkan tugasan projek kayu ini, kami telah mendapat pelbagai pengalaman

seperti menggunakan mesin-mesin yang berkuasa tinggi. Kami turut dapat mengenal nama-nama

alatan tangan dan mesin beserta fungsinya. Pengalaman seperti ini amat berguna untuk masa

depan kerana dengan adanya cara asas menggunakan mesin-mesin tersebut kita akan lebih arif

menggunakannya pada suatu hari nanti.

Di samping itu, kami juga lebih berdisiplin dalam melaksanakan tugasan ini. Buktinya

kami telah mnggunakan alatan tangan mahupun mesin-mesin dengan sangat berhati-hati

sehingga tiada berlaku sebarang kemalangan besar ataupun kecil. Kami juga telah dapat

menyiapkan tugasan ni dalam masa lima minggu.

Kesimpulanya, tugasan projek kayu ini bukan sahaja dapat memberikan pengalaman

kepada kami tetapi ianya turut dapat meningkatkan disipin diri daripada segi menepati masa,

sentiasa berhati-hati dan sebagainya. Oleh itu, kami berharap agar tugasan ini dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan kami dari pelbagai aspek.

Page 15: projek kerja kayu

Isi kandungan

BUTIRAN MUKA SURATPENGHARGAAN

PENDAHULUAN

PENGENALAN

PERALATAN

PROSEDUR

HASIL KERJA

KESIMPULAN

Page 16: projek kerja kayu

JABATAN KEJURUTERAAN

AWAM

LAPORAN HASIL KERJA AMALI

Nama / No Matrik : Nurul Suhaida Binti Samad (06DKA13F1040)

: Nur Syamimi Binti Hanapi (06DKA13F1032)

Tarikh Mula : 1 Julai 2013

Tarikh Akhir : 29 Julai 2013

Nama Pensyarah : Encik Fahrurrazi Bin Mahyun

Page 17: projek kerja kayu

Tarikh Hantar : 14 Ogos 2013