Rancangan Pengajaran Harian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Citation preview

Rancangan Pengajaran HarianPendidikan Seni Visual

Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualTahun : 5 DedikasiBidang kegiatan : Membentuk dan membuat binaanTajuk: Kad hari ibu 3 dimensiTarikh : 29 September 2012Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagiObjektif pengajaran : Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat ,

i ) Memperkembangkan daya kreativiti membentuk objek 3D ii) Memupuk sikap bekerjasama dengan cermin iii) Dapat menggunakan kemahiran membentuk objek pada kad-kad pada masa hadapan.Keperluan alat : GuntingBahan : Gam, kertas warna, gambar kartunAlat Bantu Mengajar : lagu, lcd, komputer

Jadual Pelaksanaan

Perkara/MasaIsi KandunganAktiviti P&P Catatan (Kaedah/Strategi/ABM,nilai )

Set Induksi(5 minit )- Murid-murid diperdengarkan lagu 'ibu'.- Lirik lagu :Ibu ibuEngkaulah ratu hatikuBila ku berdukaEngkau hiburkan selalu

Ibu ibuEngkaulah ratu hatikuTempat menyatakan kasihWahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulahYang menyniari hidupkuSepanjang masa engkau berkorbanTidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibuEngkaulah ratu hatikuTempatku menyerahkan kasihWahai ibu- Menarik perhatian murid tentang tajuk yang akan diajar.- Guru menanyakan murid apakah hadiah yang akan diberikan kepada ibu semasa hari ibu .Kaedah : kelasStrategi : Murid mendengar lagu dan meneka tajuk pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru.ABM : lagu, alat pembesar suara,komputerNilai : kasih sayang terhadap keluarga

Langkah 1(10 minit )Pengenalan- Perbincangan mengenai contoh-contoh kad hari ibu yang pernah murid lihat di pasaran atau buatan sendiri.- Guru juga menerangkan jenis-jenis kad hari ibu yang selalu dijumpai oleh murid .Kaedah : kelasStrategi : Menunjukkan contoh kad hari ibu yang selalunya dijumpai oleh murid .

ABM : Kad hari ibu ,komputer

Langkah 2(10 minit)Tunjuk cara / demostrasi- Guru menayangkan video bagaimana menghasilkan kad hari ibu yang menpunyai unsur 'pop up'.- Membentuk dan membina bunga' pop up' 3 dimensi kad hari ibu .- Guru menayangkan satu video yang lengkap tentang langkah-langkah menghasilkan kad hari ibu.- Guru menunjukkan cara menghasilkan bunga 'pop up' 3 dimensi dengan cara melipat dan menggunting.-Murid dapat melakukan aktiviti melipat dan menggunting dengan bimbingan guru.Kaedah: inkuiriStrategi: guru mendemostrasi langkah-langkah membuat bunga 'pop up' 3 dimensi dan memberi peluang kepada murid untuk cuba.Nilai : BekerjasamaABM : Video, Alat-alat tulis

Langkah 3(20 minit)Gerak kerja- Menghasilkan kad hari jadi ibu secara kumpulan.-Murid murid dalam kelas dibahagi kepada empat kumpulan .- Setiap kumpulan akan menghasilkan kad hari ibu mengikut kreativiti masing-masing dengan syarat menggunakan unsur 'pop up' yang telah diajarkan oleh guru tadi.Kaedah : individu dan kelasStrategi : guru memberi perhatian dan membantu murid yang memerlukan bantuan.Nilai: BertanggungjawabABM : alat tulis

Kemuncak(10 minit)Penilaian- Penilaian hasil kerja murid dalam menghasilkan kad hari ibu.- Murid-murid mempamerkan hasil kerja masing-masing dan guru memberi komen terhadap hasil kerja murid.-Guru dan rakan-rakan kumpulan yang lain akan menilai tentang kad-kad yang dihasilkan .-Segala respons guru dan rakan lain akan dicatat untuk membuat penambahbaikan . Markah juga akan diberi kepada hasil setiap kumpulan yang berlainan.Kaedah: individu dan kelasStrategi : Guru memberi komen positif kepada hasil kerja murid.

Penutup( 5 minit )Membuat rumusan- Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti produk yang telah dihasilkan oleh murid.-Guru juga memberi galakan dan pujian kepada kumpulan yang mempunyai prestasi yang baik .Kaedah : kelasStrategi : Membuat rumusan tentang hasil pembelajaran murid pada hari ini.