9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Tarikh : 13 September 2014 Masa : 8.00 – 8.30 pagi Bilangan pelajar : 28 orang Tempat : Gimnasium Tahun : 3 Harmoni Tajuk/ Tema : Menggelecek Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : Psikomotor : o Melakukan kelecek bola 5 daripada 8 percubaan dengan cara dan teknik yang betul Kognitif : o mengenal pasti ruang yang sesuai untuk bergerak dengan bola. Afektif : o menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti menghantar bola.

Rancangan Pengajaran Harian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lp

Citation preview

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh : 13 September 2014

Masa : 8.00 – 8.30 pagi

Bilangan pelajar : 28 orang

Tempat : Gimnasium

Tahun : 3 Harmoni

Tajuk/ Tema : Menggelecek

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

Psikomotor :

o Melakukan kelecek bola 5 daripada 8 percubaan dengan cara dan teknik

yang betul 

Kognitif :         

o mengenal pasti ruang yang sesuai untuk bergerak dengan bola.

Afektif :           

o menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti

menghantar bola.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian

Pengalaman sedia ada : Murid-murid pernah menonton perlawan bola baling dan bola keranjang di televisyen.

Penerapan nilai : Disiplin, Bekerjasama, Keyakinan Diri

KBKK : Membuat analisis tentang konsep kemahiran semasa melakukan gelecekan

Pengabungjalinan : Matematik dan Bahasa Inggeris

EMK : Keusahawanan – sikap keusahawanan

Sumber/BBM : Wisel, Skital, Bola, Jam, Cone, Gelung rotan

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian

Bahagian/ Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan/ Catatan

1. Permulaan:

( 3 minit )

Memanaskan badan Aktiviti: Lari bebas seperti kapal terbang.

- Setiap murid dikehendaki

untuk mendepakan tangan

pada paras bahu.

- Wisel pertama : Berlari

seperti kapal terbang dan

bebas bergerak dalam

ruang yang telah

ditetapkan.

- Wisel kedua :

Aktiviti memanaskan

badan tamat.

- dalam kawasan yang telah

ditetapkan

- secara kumpulan kecil - Skital (4)

- Wisel (1)

2. Perkembangan:

( 6 minit )

Langkah 1 :Pengenalan isi pelajaran.

Aktiviti 2 : ‘Feel The Ball’

- Guru memperkenalkan tajuk pelajaran iaitu menggelecek menggunakan tangan.

- Murid dibahagikan kepada

2 kumpulan.

- Murid pertama dari setiap

kumpulan akan membawa

- Skital (4)

- Bola (2)

- Skital

- Pelajar

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian

Aktiviti 3 : Menggelecek zig zag

bola menggunakan

sebelah tangan dari Skital

A ke Skital B meter

kemudian balik semula.

- Ulang pelakuan

menggunakan tangan

yang bertentangan pula

sehingga tamat di pelajar

yang terakhir.

- Fokus Pembelajaran:

I. Kawal bola

dengan selesa

dan kemas.

II.  Bawa bola

menggunakan

bahagian tangan

yang dirasakan

selesa.

- Skital ( 18)

- Bola (4)

- Pelajar

- skital

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian

III.  Bawa bola secara

zig zag di antara

kon yang disusun.

3. Kemuncak:

( 8 minit )

Permainan Kecil : Berapa boleh jaring

1. Murid dalam dua kumpulan.

2. Setiap kumpulan cuba membuat hantaran bola ke kawasan gol.

3. Kumpulan A menggelecek bola dan cuba menghantar bola ke kawasan gol.

4. Kumpulan B bertahan dengan merampas bola dari ahli kumpulan A dan mengawal kumpulan lawan dari kawasan gol.

5. Kumpulan yang berjaya menjaringkan bola mendapat satu mata.

5. Kumpulan yang paling banyak mendapat mata dalam masa 10 minit dikira pemenang.

6. Tukar peranan.

- Skital (4)

- Bola (1)

- Wisel (1)

- Jam (1)

- gelung rotan (4)

- Gelung rotan

- Pelajar

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian

4. Penutup:

( 3 Minit)

Aktiviti :1. Menyejukkan

badan

1.    

         

. Rumusan Afektif

-   Penerapan Nilai

-   Pujian / Teguran

·   

-- Berpasangan, tepuk otot-otot

rakan perlahan-lahan.

2.    - Tarik nafas tiga kali perlahan

dan hembus panjang yang

terakhir.

-  Kita perlu bekerjasama dan berani menerima cabaran yang diberikan.

Refleksi :

Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Semua pelajar menunjukkan minat dan

dilihat bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik menggelecek dengan betul. Objektif pembelajaran juga tercapai apabila

semua pelajar berjaya melakukan gelecekan menggunakan bola melebihi 5 kali daripada 8 percubaan. Selain itu, para pelajar juga

dilihat menerima cabaran yang diberikan dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti menggelecek bola

Namun, terdapat beberapa kelemahan ketika saya mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Pertama, ketika aktiviti

memanaskan badan dilakukan iaitu setiap murid dikehendaki mendepakan tangan pada paras bahu dan berlari seperti kapal

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian

terbang, beberapa pelajar dilihat tidak tertarik dan melakukan aktiviti tersebut dengan tidak bersemangat. Pada pemerhatian saya,

aktiviti memanaskan badan tersebut perlu ditukar supaya ia menjadi lebih menarik kepada para pelajar.

Komen pensyarah :

________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________