ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    1/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN1

    TUGASAN

    SEPTEMBER 2013 SEMESTER

    KOD KURSUS EIT 311

    NAMA KURSUS TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER

    PEMBELAJARAN

    PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

    NAMA PELAJAR ROSITA BT DAHLAN

    NO. MATRIK E30209120829

    NAMA FASILITATOR

    AKADEMIKENCIK FADRICK MAJIU

    PUSAT

    PEMBELAJARANFAJAR INTERNATIONAL COLLEGE, MIRI

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    2/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN2

    Isi Kandungan Muka surat

    1. Muka depan 1

    2. Soalan Tugasan 3- 4

    3.

    Pendahuluan 5

    4. Bahagian A

    - Pengenalan

    - Penggunaan teknologi di sekolah 8 - 9

    - Pentingnya penggunaan tekonologi dalam

    pengajaran dan pembelajaran 10

    - Cabaran 10 -12

    - Jenis teknologi 12 - 13

    - Kesimpulan 13

    5.

    Bahagian B

    - Rancangan Pelajaran harian 14 - 17

    - Lampiran 1 18

    - Lampiran 2 19

    - Lampiran Pengayan 20

    - Lampiran Pengukuhan 21

    - Slaid Power Point 2224

    6.

    Bahan rujukan 25

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    3/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN3

    TUGASAN

    PENGENALANTugasan ini terdiri dariapada DUABahagianBahagain A dan Bahagain B.

    BAHAGIAN A: [10%] - 4 halaman

    Tulis satu esei pendek bertajuk:

    Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran

    di Sekokah Saya

    Nota: Pelajar program Pendidikan Awal Kanak-Kanak hendaklah merujuk

    kepada Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran di

    Prasekolah

    Memerhati dan merekod apa yang berlaku di sekolah anda tentangpenggunaan teknologikelengkapan teknologi yang disediakan.

    Tanya beberapa guru tentang penggunaan teknologi mengapa mereka

    menggunakan atau tidak menggunakan teknologi

    Berikan justifikasi mengapa penggunaan teknologi pentingnyatakan contoh-

    contoh relevan.

    Tahap kemahiran guru sekolah menggunakan teknologi

    Cabaran-cabaran yang dihadapai dalam penggunaan teknologi

    Jenis teknologi yang sesuai di sekolah rendah / prasekolah.

    Berikan contoh-contoh relevan untuk menyokong jawapan anda.

    Format esei ditentukan oleh anda Panjang esei4 halaman [1.5 langkau Font saiz 12 Times Roman]

    BAHAGIAN B: [30%]

    1) Rancangan Pelajaran Harian (15%)4-5 halaman

    Reka bentuk satu Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang berpandukan

    kepada Sembilan Elemen Gagne seperti menarik perhatian, mengimbas

    kembali, mendapatkan maklum balas, penyelesaian maaslah dan lain-lain

    Rujuk kepada Bab 3.

    Pilih pelajaran yang boleh disampaikan dalam tempoh 1-2 masa

    Tumpukan kepada mata pelajaran yang anda lazim mengajar.

    Anda boleh mengunakkan format berikut atau format lain

    o Tema

    o Tajuk

    o Fokus utama

    o Fokus sampingan

    o Pengisian kurikulum

    o Media

    o Prosedur:

    Langkah 1Jelaskan bagaimana dan bila slaid powerpointdigunkan...........

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    4/26

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    5/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN5

    Pendahuluan

    Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya saya dapat menyiapkan

    tugasan Teknologi Instruktional & Sumber Pembelajaran.

    Tugasan ini amat mencabar kerana ia memerlukan saya untuk mengkaji teknologi

    yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Teknologi

    masa kini membantu memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran namun tidak

    semua guru yang menguasai kemahiran mengendalikan teknologi ini.

    Jurang perbezaan di antara sistem pendidikan zaman dahulu dan zaman sekarang amat

    jauh ketara. Sistem pendidikan zaman sekarang telah banyak berubah seiring dengan

    kemajuan negara dalam arus teknologi. Sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan

    peralatan teknologi yang canggih. Semasa saya masih menuntut suatu masa dahulu,

    guru-guru hanya menggunakan ppapan hitam, kapur dan buku teks sahaja. Namun

    kini sistem pendidikan di Malaysia berkembang lebih ke hadapan dengan

    kecanggihan peralatan ICT. Sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan komputer,

    laptop, projector LCD, televisyen, radio, CD-ROM dan sebagainya. Penggunaan

    peralatan ICT ini diharapkan dapat meningkatkan memberi impak yang positif kepada

    semua pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Adalah diharapkan agar

    guru-guru bertindak lebih proaktif dan berani menerokai teknologi masa kini untuk

    melahirkan generasi yang dapat membanggakan negara.

    Jutaan terima kasih kepada Encik Fraderick Majium selaku AF saya yang banyak

    memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan

    kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi idea untuk tugasan ini. Selain

    itu juga, saya amat menghargai ahli keluarga saya yang begitu memahami dan

    memberi sokongan sepanjang saya mengikuti program pensiswazahan ini. Semoga

    dengan kesungguhan saya untuk mendapat segulung ijazah menjadi pendorong

    kepada anak-anak saya untuk terus berusaha kea rah kecemerlangan.

    Sekian

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    6/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN6

    Bahagian A

    Tulis satu esei pendek bertajuk : Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran &

    Pembelajaran di Sekolah Saya.

    Pengenalan

    Teknologi tidak dapat dipisahkan dari hidup manusia. Kita menggunakannya dalam

    kehidupan seharian. Teknologi yang kita gunakan itu ada pada benda-benda di sekitar

    kita, seperti radio. Radio dicipta oleh Guilelmo Marconi dari Italia sejak tahun 1895

    berkembang dari teori gelombang elektromagnetik. Radio berkembang pesat setelah

    Perang Dunia II dan membuka kemungkinan explorasi ruang angkasa.

    Teknologi pada dasarnya berkembang seiring dengan perkembangan peradaban

    manusia. Tamadun purba mengembangkan teknologi sederhana yang merupakan

    cikal bakal seni bina, pengangkutan, komunikasi, persenjataan, dan bahkan

    pengkomputeran. Mereka telah mengenal teknologi tinggi berabad-abad silam dalam

    hal membuat bangunan-bangunan besar, contohnya, piramid Mesir, Koloseum Rom,

    Taman Gantung Babilonia, Mohenjo Daro, Tembok Besar China, dan Borobudur.

    Perkataan teknologi sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani iaitu, techne yang

    bermaksud kemahiran. Galbaraith ( 1967 ) mendefinisikan teknologi sebagai : ..the

    systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to

    practical tasks.

    Teknologi merupakan pengetahuan terhadap penggunaan alat dan kerajinan, dan

    bagaimana hal tersebut mempengaruhi kemampuan untuk mengawal dan beradaptasi

    dengan lingkungan alamnya. Teknologi mempunyai banyak definisi. Antaranya

    adalah pengembangan dan aplikasi dari alat, mesin, material dan proses yang

    menolong manusia menyelesaikan masalahnya. Teknologi sering menggambarkan

    penemuan dan alat yang menggunakan prinsip dan proses penemuan saintifik yang

    baru ditemukan. Meskipun demikian, penemuan yang sangat lama seperti roda juga

    disebut sebuah teknologi.

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    7/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN7

    Menurut Wikipedia teknologi adalah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-

    barang yang diperlukan bagi kelangsungan dan keselesaan hidup manusia.

    Menurut Miarso (2007 : 62) teknologi adalah proses yang meningkatkan nilai tambah,

    proses tersebut menggunakan atau menghasilkan suatu produk , produk yang

    dihasilkan tidak terpisah dari produk lain yang telah ada, dan kare

    na itu menjadi bagian integral dari suatu sistem.

    Teknologi dibuat atas dasar ilmu pengetahuan dengan tujuan untuk mempermudah

    pekerjaan manusia. Namun jika pada kenyataannya, teknologi mempersulit. Dengan

    kecanggihan teknologi, maka semakin banyaklah ciptaan manusia yang tidak mengira

    untuk tujuan kearah positif dan negative. Ciptaan yang kearah positif akan membantu

    sesebuah Negara manakala sesuatu yang negatif akan membawa keburukan

    contohnya, dengan penghasilan senjata-senjata untuk peperangan.

    Namun penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dilihat

    sebagai satu langkah yang positif. Dengan penggunaan teknologi di sekolah, aktiviti

    pembelajaran pelajar akan lebih menarik dan berkesan. Di samping itu juga, dengan

    adanya pendedahan kepada teknologi yang terkini juga akan melahirkan pelajar yang

    berwawasan. Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan

    teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991)

    Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani

    keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat

    yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).

    Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk

    memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan,

    penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).

    Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan

    proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Oleh itu, guru

    perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    8/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN8

    memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Penggunaan teknologi di sekolah

    Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner pada Disember 1997 selepas

    berpindah dari Limbang. Ketika itu sekolah ini hanya mengandungi dua blok kelas

    dan beroperasi dua sesi yang mana pelajar Tahap 2 bersekolah pada sesi pagi dan

    pelajar Tahap 1 bersekolah pada waktu petang. Pada ketika itu, sekolah ini berkongsi

    satu kawasan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut. Dari sudut penggunaan

    teknologi pada masa itu, hanya radio dan televisyen saja yang digunakan. Namun

    hanya radio saja yang kerap digunakan terutama sekali untuk mata pelajaran muzik.

    Televisyen jarang-jarang digunakan kerana semasa program TV pendidikan disiarkan

    tidak menepati jadual guru-guru.

    Setelah sekolah menengah berpindah ke tapak baru, maka barulah sekolah ini

    mempunyai bangunan dan bilik yang mencukupi dan hanya beroperasi untuk satu sesi

    sahaja. Pada masa kini, pelajar sekolah ini adalah seramai 1201 orang yang terdiri

    daripada berbilang kau dan bangsa. Untuk memajukan pelajar dan membantu

    pengajaran guru, kerajaan telah berbelanja berbilion-bilion ringgit dengan

    membekalkan laptop, projector LCD dan lain-lain lagi. Saya masih ingat laptop

    pertama yang dihantar ke sekolah adalah laptop MIMOS TETRA bagi membantu

    pengajaran Sains dan Matematik pada ketika itu.

    Rungutan sering kedengaran dari guru senior kerana kurang mahir mengendalikan

    peralatan tersebut. Sejak mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam

    bahasa Inggeris mula diperkenalkan, maka sekolah mulai dibekalkan dengan laptop,

    projector LCD, troli dan skrin secara berperingkat-peringkat. Walaupun banyak

    rungut yang disuarakan oleh guru senior, namun secara perlahan-lahan mereka

    berusaha untuk menggunakan teknologi tersebut dengan bimbingan guru-guru yang

    telah mahir menggunakan peralatan tersebut. Walaupun penggunaan teknologi

    tersebut jarang-jarang digunakan, namun secara tidak langsung guru-guru tersebut

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    9/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN9

    sudah didedahkan dengan kaedah dan strategi yang berbeza dalam menyampaikan

    ilmu kepada pelajar.

    Kebanyakan guru kurang minat menggunakan teknologi yang dibekalkan ke sekolah

    kerana faktor kekangan masa. Penyediaan peralatan tersebut memakan masa apalagi

    jika guru tersebut kurang mahir mengendalikan peralatan tersebut dan ini akan

    mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu juga, sekolah ini dibekalkan dengan schoolnet pada awalnya. Walaupun

    mempunyai pelajar yang ramai, namun sekolah ii tidak dibekalkan dengan makmal

    komputer. Guru hanya dapat melayari internet menggunakan dua buah komputer yang

    diletakkan di bilik Gerakan dan terpaksa menunggu giliran masing-masing. Kini,

    sekolah ini telah mempunyai WIFI yang membolehkan guru-guru melayari internet

    melalui laptop dan telefon pintar masing-masing. Dengan adanya WIFI, maka

    member ruang utuk guru-guru mencari dan memuat turun maklumat tambahan untuk

    pelajar. Ini dapat membantu memperkembangkan pengetahuan pelajar.

    Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian yang saya buat di sekolah ini, terdapat

    jurang perbezaan di antara guru-guru yang seramai 64 orang. Ada dikalangan guru-

    guru yang langsung tidak suka melakukan kerja yang melibatkan komputer dan

    laptop. Mereka akan memberi pelbagai alasan untuk menggelakkan melakukan kerja

    menggunakan teknologi ini. Guru-guru ini tidak suka pada perubahan dan sentiasa

    selesa dengan cara lama. Guru-guru sebegini terdiri daripada guru senior atau guru

    veteran. Selain itu juga, ada dikalangan guru-guru yang sekadar tahu menggunakan

    teknologi tetapi tidak mahu mengaplikasikannya kerana menurut mereka, ianya hanya

    menyusahkan serta membuang masa sahaja.

    Akhir sekali, guru-guru yang suka kepada perubahan. Guru-guru ini sentiasa proaktif

    dengan penggunaan teknologi. Guru-guru ini sentiasa ingin mendapat sesuatu yang

    baru dan memberi maklumat tambahan dan terkini dalam pengajaran dan

    pembelajaran mereka. Penggunaan teknologi ini dapat membantu keberkesanan

    sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Proses menyampaikan maklumat amat mudah.

    Guru-guru ini sentiasa menyahut cabaran serta sentiasa berusaha menjadi yag terbaik.

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    10/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN10

    Pentingnya penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

    Kepentingan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah

    seperti berikut :

    a. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

    b. Menjimatkan masa, tenaga dan kos.

    c.

    Mengekalkan minat dan menarik perhatian murid.

    d. Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang

    diajar.

    e.

    Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan

    memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas.

    f. Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid.

    g. Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum.

    h. Memperkayakan pengalaman murid.

    Cabaran

    Teknologi masa kini merupakan penggunaan berkonsepkan era digital yang mana

    masyarakat umum tidak lagi menggunakan sistem analog dalam aktiviti seharian dan

    sebagainya. Dengan ertikata lain kita sekarang melalui era modenisasi yang menuntut

    individu celik komputer kerana penggunaan secara meluas bahan digital seperti bahan

    audio visual dan komputer.

    Penggabungan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran dan

    komitmen guru secara tekal dan berfokus. Kehendak kerajaan yang inginkan rakyat

    Malaysia celik IT secara tidak langsung mencabar kewibawaan seorang itu. Peranan

    guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses

    pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian

    selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.. Kegagalan guru dalam membuat

    perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pengajaran

    dan pembelajaran kurang berkesan. Di samping itu juga, kekangan masa dan beban

    tugas yang bertimbun-timbun sering menjadi halangan kepada komitmen guru dalam

    mengintergrasikan ICT di dalam kelas dengan berkesan.

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    11/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN11

    Hanya sebilangan kecil sahaja guru-guru yang betul-betul berkemahiran dalam ICT.

    Untuk mencapai matlamat yang elah ditetapkan oleh kerajaan, maka guru-guru yang

    terlibat dalam program pembestarian sekolah seharusnya seorang yang profesional,

    sahsiahnya baik, bermotivasi, kreatif dan inovatif, menguasai kaedah pengajaran, dan

    berkemahiran dalam bidang ICT. Guru-guru yang kurang mahir telah diberi

    pemantapan ilmu dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan

    penyertaan ke kursus-kursus dan seminar. Selain itu juga, guru-guru juga diberi

    kursus secara in house training yang dijalankan di sekolah bagi meningkatkan

    kemahiran dan penguasaan dalam penggunaan peralatan digital terutamanya

    komputer, LCD projector dan peralatan IT yang lain agar proses pengajaran dan

    pebelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

    Melatih dan menyediakan guru yang mahir ICT juga merupakan satu cabaran dalam

    era pendidikan kini. Justeru itu, guru-guru lama dan baru perlu dilatih cara

    menggunakan komputer. Sehubungan itu juga, guru-guru perlu diberi pendedahan

    untuk mengintegrasikan komputer ke dalam pelajaran. Guru perlu diajar dan dilatih

    tentang cara menyampaikan pelajaran dengan bantuan komputer secara berkesan.

    Mahir menggunakan komputer atau peralatan ICT lain tidak membawa apa-apa

    makna jika gagal mengaplikasikannya secara berkesan di dalam bilik darjah. Adalah

    lebih penting untuk mengwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

    menarik di mana pelajar lebih seronok belajar dengan komputer.

    Penggunaan teknologi pada masa kini dianggap sebagai suatu kemestian dalam

    memudahkan sistem pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam

    pendidikan sudah tentu akan melibatkan pengintegrasian teknologi seperti CD-ROM,

    pangkalan data, multimedia dan internet. Perubahan pendidikan melalui revolusi

    teknologi maklumat sedikit sebanyak memberi cabaran kepada kredibiliti kaum guru.

    Peranan guru akan berubah daripada pengajar serta pendidik kepada pemudah cara

    pengetahuan, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid dan bukan lagi sebagai

    penyampai atau pemberi ilmu. Guru-guru dan institusi sekolah berperanan

    mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran. Perubahan peranan guru

    memerlukan guru-guru dilatih dan didedahkan dengan kemahiran baru supaya mereka

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    12/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN12

    tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan di

    sekolah.

    Infrastruktur sesebuah sekolah juga memaninkan peranan yang penting dalam

    penggunaan teknologi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan

    infrastruktur di sekolah merupakan salah satu cabaran dalam membudayakan

    penggunaan internet di kalangan pelajar. Permasalahan ini dapat dilihat apabila

    terdapat sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik hingga menjejaskan

    pembekalan kemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta proses

    pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan sekolah rendah hanya dibekalkan dengan

    elektrik satu fasa. Untuk mengadakan makmal komputer, bekalan elektrik perlu

    dinaik taraf kepada tiga fasa. Selain itu, hanya terdapat beberapa komputer sahaja

    dalam sesebuah makmal komputer di sekolah. Jumlah komputer yang sedikit ini

    tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai di sesebuah sekolah. Untuk

    menggunakan teknologi dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

    banyak perkara yang perlu di ambilkira khususnya dari segi kewangan. Adalah tidak

    adil jika hanya sebilangan sekolah saja yang terpilih dan dibekalkan dengan teknologi

    ICT yang canggih.

    Jenis-jenis teknologi

    Teknologi dalam pendidikan merangkumi media elektronik dan bukan elektronik.

    Media elektronik berkonsepkan bahan elektronik. Media elektronik yang sesuai

    digunakan ialah seperti televisyen, radio, komputer, laptop, kamera dan projektor

    sesuai digunakan untuk pelajar sekolah rendah dan prasekolah. Untuk media bukan

    elektronik, kebanyakan sekolah menggunakan buku teks, majalah, surat khabar,

    papan tulis, buku rujukan dan pen marker. Walaupun kedua-dua media ini berbeza

    namun ianya dapat membantu menyampaikan maklumat yang berguna kepada pelajar.

    Teknologi pembelajaran yang merangkumi media elektronik terbagi kepada tiga iaitu

    teknologi auditif, visual, dan audio visual. Teknnologi auditif lebih kepada

    mengandalkan suara sahaja seperi radio, kaset rekorder. Namun media ini tidak sesuai

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    13/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN13

    untuk pelajar kurang upaya yang pekak, tuli atau mempunyai kelainan pendengaran.

    Teknnologi visual merupakan teknnologi yang hanya mengandalkan indera

    penglihatan. Media ini ada yang menampilkan gambar diam seperti film strip, slides,

    foto, gambar atau lukisan, dan cetakan. Selain itu juga ada yang menampilkan gambar

    atau simbol yang bergerak seperti film bisu, dan film kartun. Yang seterusnya adalah

    teknnologi audio visual iaitu teknnologi yang mempunyai unsur suara dan unsur

    gambar.

    Kesimpulan

    Untuk memastikan penggunaan teknologi memberi kesan yang positif serta

    melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral, pelajar perlu diberi pendidikan

    awal dan penerapan nilai-nilai murni adalah penting. Sekiranya didikan nilai-nilai

    murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah

    komputer dan jenayah siber yang membimbangkan generasi akan datang.

    Penggunaan teknologi seperti komputer perlu didedahkan dan diperluaskan

    terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Ini bertujuan untuk memastikan lebih

    ramai pelajar mendapat faedah dari kemajuan ICT ini. Justeru itu usaha perlu

    dipergiatkan untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan

    pembelajaran berteraskan komputer terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar.

    Sehubungan itu juga, selain pelajar, masyarakat perlu diberi pendedahan kepada

    teknologi contohnya computer seperti mana yang diwar-warkan oleh kerajaan, 1

    Rumah 1 Komputer. Inisiatif ini perlu diambil oleh setiap individu itu sendiri. Setiap

    individu hendaklah cuba mempertingkatkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran

    terkini. Malah membudayakan masyarakat dengan literasi komputer akan menjadi

    lebih mudah sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dan

    kerjasama yang serius.

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    14/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN14

    Bahagian B ( 1 )

    Rancangan Pelajaran Harian : Reka bentuk satu Rancangan Pelajaran Harian (

    RPH ) yang berpandukan kepada Sembilan Elemen Gagne seperti menarik

    perhatian, mengimbas kembali, mendapatkan maklum balas, penyelesaian

    masalah dan lain-lain.

    RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN

    MODEL ROBERT GAGNE

    Mata Pelajaran Dunia Sains & Teknologi

    Kelas Tahun 2 Bestari

    Masa 07450845 ( 60 minit )

    Bilangan Murid 40 orang

    Tajuk Haiwan

    Standard Kandungan 2.4 Memahami pergerakan haiwan

    Standard Pembelajaran

    2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan,

    merangkak, terbang, berenang, mengengsot, merayap,

    berlari dan melompat.

    2.4.2 Menjalankan simulasi untuk menggambarkan cara

    haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang,

    lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput

    babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak

    melompat.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :

    1. Menyatakan dan menjelaskan sekurang-kurangnya 5

    cara haiwan bergerak.

    2. Melakukan 5 cara haiwan bergerak dalam aktiviti

    berdasarkan kad tugasan yang diberikan oleh guru.

    Pengetahuan Sedia Ada

    Murid telah biasa melihat cara pergerakan haiwan yang

    terdapat di sekeliling kawasan kediaman seperti semut,

    kucing, anjing, cicak dan lain-lain lagi.

    KPS Memerhati

    KB Mencirikan, Menjana Idea

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    15/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN15

    Bahan Bantu Mengajar Slaid powerpoint, Video, Topeng & Kad Tugasan

    Penilaian Lembaran Kerja

    Refleksi

    Fasa Pengajaran Aktiviti

    Set Induksi ( 5 minit)

    Pencetusan Idea

    ( 10 minit )

    - Guru menunjukkan slaid pertama iaitu lirik lagu Gerak

    Binatang.( Slaid 2 )

    - Murid diminta membaca lirik tersebut beramai-ramai.

    - Murid menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik.

    - Guru bersoaljawab tentang lagu tersebut :

    Contoh soalan :

    Apakah yang awak faham tentang lagu yang baru kita

    nyanyikan tadi?

    Langkah 1 ( Slaid Powerpoint )

    - Guru akan menunjukkan slaid pelbagai jenis haiwan yang

    terdapat di sekeliling murid. ( Slaid 35 )

    - Murid menyatakan nama haiwan tersebut.

    - Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang

    cara haiwan bergerak berdasarkan pemerhatian mereka di

    rumah dan di kawasan sekeliling rumah dan sekolah.

    - Beberapa orang murid akan di panggil untuk menceritakan

    apa yang mereka tahu tentang cara haiwan bergerak.

    - Guru juga mengutarakan soalan yang berkaitan tajuk

    minggu lepas untuk memastikan pelajar masih mengingati

    pelajaran minggu lepas.

    Contoh soalan :

    Bolehkah kamu namakan haiwan yang terdapat dalam

    slaid?

    Nyatakan cara haiwan tersebut bergerak?

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    16/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN16

    Penstrukturan

    Semula Idea

    ( 20 minit )

    Aplikasi Idea

    ( 18 minit )

    - Guru menjelaskan objektif pembelajaran pada hari ini.

    Langkah 2

    - Tayangan video dari slaid powerpoint. ( Slaid 6 )

    - Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri

    daripada 4 orang.

    - Guru memaparkan tayangan video tentang cara haiwan

    bergerak.

    - Setiap kumpulan dibekalkan dengan lembaran kerja

    kumpilan.( Rujuk Lampiran 1 )

    - Selepas tayangan video tersebut, murid-murid akan

    berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan cara

    haiwan-haiwan tersebut bergerak dengan melengkapkan

    lembaran kerja yang telah guru bekalkan.

    - Wakil kumpulan diminta untuk membentangkan hasil

    perbincangan.

    - Kumpulan lain digalakkan menyoal.

    - Guru membimbing serta membuat semakan dan

    pembetulan hasil kerja setiap kumpulan.

    Langkah 3

    - Guru membaca topeng haiwan.

    - Beberapa orang murid akan dipanggil ke hadapan kelas

    untuk memakai topeng tersebut.

    - Murid yang memakai topeng diminta untuk menghayati

    dan menunjukkan cara haiwan tersebut bergerak.

    - Murid lain diminta menyebut cara haiwan tersebut

    bergerak.

    Contoh soalan : Bagaimanakah arnab bergerak?

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    17/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN17

    Penutup / Refleksi

    ( 7 minit )

    Jawapan murid : Arnab melompat cikgu.

    Langkah 4 ( Penilaian )

    - Guru edarkan lembaran kerja.

    ( Rujuk Lampiran 2 )

    - Murid dikehendaki menjawab dan menyiapkan latihan

    tersebut.

    - Setelah siap guru dan murid berbincang tentang jawapan.

    - Latihan tersebut disemak bersama murid di dalam kelas.

    - Latihan pengukuhan dan pengayaan bergantung dengan

    pencapaian pelajar.

    Rumusan

    - Guru menunjukkan slaid powerpoint tentang mengapa

    haiwan bergerak. ( Slaid 79 )

    - Guru bersoaljawab dengan murid tentang kepentingan

    pergerakan kepada haiwan.

    - Guru membuat rumusan tentang pergerakan haiwan yang

    berbeza-beza dan menerangkan kepentingan pergerakan

    haiwan dengan membetulkan maklumat salah yang

    diberikan oleh murid jika ada.

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    18/26

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    19/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN19

    LAMPIRAN 2

    Lembaran Kerja

    Nama : _________________________________ Tarikh : ________

    Kelas : Tahun 2 Bestari

    Nyatakan bagaimanakah haiwan-haiwan ini bergerak di ruang yang disediakan.

    ____________________________ ____________________________

    ____________________________ ____________________________

    ____________________________ ____________________________

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    20/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN20

    LEMBARAN PENGAYAAN

    Nama : _________________________________ Tarikh : ________

    Kelas : Tahun 2 Bestari

    Tandakan ( ) pada ruang pergerakan haiwan yang sesuai.

    Pergerakan Berjalan Berenang Melompat Memanjat Merangkak Terbang

    Zirafah

    Rama-rama

    Ayam

    Itik

    Kangaru

    Buaya

    Tupai

    Panda

    Ketam

    Belalang

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    21/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN21

    LEMBARAN PENGUKUHAN

    Nama : _________________________________ Tarikh : ________

    Kelas : Tahun 2 Bestari

    Suaikan haiwan berikut dengan cara pergerakan yang betul.

    MERAYAP

    MERANGKAK

    TERBANG

    MENYUSUR

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    22/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN22

    2. Slaid Powerpoint (15%)

    E311 - SAINS TAHUN 2.pptx

    SLAID 1

    SLAID 2

    GERAK BINATANG

    Katak melompat,

    Tepi perigi,

    Ikan berenang,

    Di dalam kolam,

    Ayam dan itik,Berlari-lari,

    Burung gembira,

    Terbang di awan.

    ROSI TA DAHLAN E30209120829 1

    SLAID 3

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_6/E311%20-%20SAINS%20TAHUN%202.pptxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_6/E311%20-%20SAINS%20TAHUN%202.pptx
  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    23/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN23

    HAIWAN-HAIWAN DI

    SEKELILING KITA

    ROSI TA DAHLAN E30209120829 1 SLAID 4

    HAIWAN-HAIWAN DISEKELILING KITA

    ROSI TA DA HLAN E30209120829 4

    SLAID 5

    HAIWAN-HAIWAN DI

    SEKELILING KITA

    ROSI TA DAHLAN E30209120829 5

    SLAID 6

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    24/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN24

    PERGERAKAN HAIWAN

    ROSI TA DA HLAN E30209120829 6 SLAID 7

    MENGAPA HAIWAN BERGERAK?

    Haiwan bergerak untuk :

    Mencari makanan

    Melarikan diri daripada musuh

    ROSI TA DAHLAN E30209120829 7

    SLAID 8

    ROSI TA DAHLAN E30209120829 8

    Haiwan bergerak untuk :

    Mencari tempat tinggal

    SLAID 9

  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    25/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN25

    ROSI TA DAHLAN E30209120829

    9

    Haiwan bergerak untuk :

    Mencari pasangan untuk membiak

    RUJUKAN

    Daripada Laman Web

    http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunika

    si.pdf

    http://atinconan.wordpress.com/2012/12/02/224/

    http://omref-refai.blogspot.com/2011/06/masalah-penggunaan-ict-di-sekolah.html

    http://www.slideshare.net/kerjait/impact-of-ict-in-society

    http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/bab2-rekabentuk-model-pengajaran

    http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengajaran.pdf

    Daripada Nota AEU

    Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengajaran.pdfhttp://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdfhttp://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdfhttp://atinconan.wordpress.com/2012/12/02/224/http://atinconan.wordpress.com/2012/12/02/224/http://omref-refai.blogspot.com/2011/06/masalah-penggunaan-ict-di-sekolah.htmlhttp://www.slideshare.net/kerjait/impact-of-ict-in-societyhttp://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/bab2-rekabentuk-model-pengajaranhttp://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengajaran.pdfhttp://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengajaran.pdfhttp://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/bab2-rekabentuk-model-pengajaranhttp://www.slideshare.net/kerjait/impact-of-ict-in-societyhttp://omref-refai.blogspot.com/2011/06/masalah-penggunaan-ict-di-sekolah.htmlhttp://atinconan.wordpress.com/2012/12/02/224/http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdfhttp://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdf
  • 8/10/2019 ROSITA DAHLAN E30209120829 EIT311 Teknologi Instruksional

    26/26

    EIT 311

    TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN26