RPH TAHUN 2

  • View
    9

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RPH

Transcript

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR (MATEMATIK)

Mata Pelajaran: MatematikTarikh: 19 Januari 2016Masa: 8.30a.m-9.00a.mTempoh: 30 minitTahun: 2ABilangan Murid: 30 orang (14 lelaki, 16 perempuan)Bidang Pembelajaran: Nombor dan OperasiTajuk: Tambah Dalam Lingkungan 1000Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 2.1 Menambah sebarang dua nomborStandard Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk: (ii) Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula dari (a) sa ke puluh Objektif pembelajaran: Murid-murid akan belajar: 1. Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula dari (a) sa ke puluh Hasil tambahnya hingga 1000.Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mengenal hasil tambah dalam lingkungan 100 dan mengetahui menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit.Penerapan Nilai: Kerjasama, Bersungguh-sungguh, Yakin diriBahan Bantu Mengajar: Blok asas, dekak-dekak, manik-manik,kad-kadEMK: i. Kreativiti: Membuat penggabunganjalinan kemahiran matematik, dengan disiplin ilmu yang lain.

FASAISI PEMBELAJARANAKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI

1. Set induksi( 3 minit)8:30 am-8:33 am

Pemerhatian dan analisis

Strategi: i) Tunjuk cara / demostrasiii) Soal jawab

TPK:Intrapersonal

BBM: Blok Asas

Nilai murni:Yakin Diri

1. Mengira jumlah objek.

Jawapan: 115

Jawapan: 226

1. Guru menunjukkan murid blok asas yang disediakan.

2. Guru menunjukkan sebilangan blok asas lagi.

3. Murid diminta berbincang apa yang dilihat.4. Murid diminta membentangkan apa yang dibincang di hadapan kelas.

a. Apakah yang anda semua perhatikan?b. Blok asas itu menunjukkan berapa?

c. Adakah jawapan pada kedua-dua jumlah hasil tambah blok asas itu adalah sama?

2. Imaginasi Perkembangan(10 minit)8:33 am-8:43 am

Penjanaan ideaSintesis idea

Strategi: i) Soaljawab

TPK:i) Logikai) Interpersonal

Teori:Kognitif

BBM: Dekak-dekakManik-manikNilai murni:Berani mencuba

1. Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula.

Jawapan: 341

Jawapan: 1711. Murid diminta menjelaskan gabungan dua blok asas.

2. Guru menunjukkan pertukaran blok asas sa ke blok puluh.3. Guru minta murid menulis proses dalam ayat matematik pada papan hitam. 226 + 115 = ___________

226

+115

Tambahkan:6 sa + 5 sa = 11 sa, Tukarkan kepada puluh jadi 1 puluh 1 sa.Tambah puluh:1 puluh + 2 puluh + 1 puluh = 4 puluhTambah ratus:2 ratus + 1 ratus = 3 ratusHasilnya:3 ratus 4 puluh 1 sa = 341

4. Guru menggunakan dekak-dekak untuk melakukan operasi tambah mengumpul semula .Contoh: 147 + 24 = _____________

5. Murid dibimbing untuk menambah dengan meletakkan manik pada dekak-dekak mengikut nilai tempat.

6. Guru menjelaskan bahawa apabila 7 ditambah dengan 4 jumlahnya 11, dimana 11 = 1 puluh + 1 sa dan 1 puluh hendaklah diletakkan pada nilai tempat puluh.

7. Murid diberitahu bahawa nilai pada setiap 1 barisan dekak-dekak pada setiap nilai tempat adalah tidak boleh melebihi 9.

a. Apakah yang dapat diperhatikan?

b. Bagaimanakah menuliskan ayat matematik pada soalan tersebut?

c. Berapakah jumlah yang dapat diperolehi?d. Berapakah bilangan manik yang perlu diletakkan di tempat nilai puluh?

e. Berapakah jumlah manik pada nilai tempat sa?f. Apakah yang anda faham dengan 1 puluh + 1 sa?

g. Berapakah jawapan yang dapat diperolehi?

3. Perkembangan( 10 minit )8:43 am-8:53 am

Penambahbaikan

Strategi: i) Koperaktif

TPK:i) Interpersonalii) Kinestatik

Teori:Konstruktivisme

BBM: Kad- kad

Nilai murni:Yakin DiriBekerjasama

1. Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula. 1. Murid akan dibahagi kepada 5 kumpulan.2. Guru memberi kad-kad nombor pada setiap kumpulan.3. Murid diminta menyelesaikan soalan tersebut dengan menuliskan ayat matematik.4. Setiap kumpulan perlu membentangkan kerja hasilan mereka di hadapan kelas.5. Guru memberi bimbingan dengan segera sekiranya murid membuat kesilapan.

a. Berapakah jumlah hasil tambah bagi soalan tersebut?

4. Tindakan(5 minit)8:53 am-8:58 am

PelaksanaanAmalan berterusan

BBM: Lembaran kerja1. Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja.2. Murid diminta mengira hasil tambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula.3. Muurid menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru.4. Guru bincangkan hasil kerja murid.a. Sila rujuk buku aktiviti.

5.Penutup(2 minit)8:58 am-9:00 am

1. Murid mengatakan jumlah hasil tambah akan menjadi besar atau banyak sekiranya operasi tambah dilakukan. Dengan itu, guru mengingatkan murid bahawa nilai pada setiap nilai tempat tidak boleh melebihi 9 dan setiap kali menjalankan operasi tambah, hendaklah bermula dari tempat rumah sa, diikuti dengan puluh, dan akhirnya ratus.

Pentaksiran

`