11
1.0 PENGENALAN Pendidikan Seni visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek pengapresiasian. Justeru, matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Guru juga perlu membina bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan RPH dan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Bahan bantu belajar ini akan dapat memantapkan dan menguatkan lagi pengajaran guru serta dapat membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. RPH juga disediakan bagi membantu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan bersistematik serta bertepatan dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu merealisasikan hasrat agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi jasmani dan sosial. Selain itu, RPH yang disediakan juga hendaklah bersesuaian dengan tahap mentalis murid agar relevan dengan usaha , cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyediakan murid bagi menghadapi arus globalisasi pendidikan negara yang terkini. 1

Rph Seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PSV

Citation preview

Page 1: Rph Seni

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Seni visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran

ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan

Pelajaran pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk

yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan

aspek pengapresiasian.

Justeru, matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk

melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni

visual. Guru juga perlu membina bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan RPH dan

aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Bahan bantu belajar ini akan dapat

memantapkan dan menguatkan lagi pengajaran guru serta dapat membantu murid memahami

isi pelajaran dengan lebih berkesan.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran

terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan

bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara

selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RPH juga disediakan bagi membantu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih teratur dan bersistematik serta bertepatan dengan usaha

memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu

merealisasikan hasrat agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi jasmani dan sosial. Selain itu, RPH yang disediakan juga hendaklah

bersesuaian dengan tahap mentalis murid agar relevan dengan usaha , cita-cita murni dan

semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyediakan murid bagi menghadapi arus

globalisasi pendidikan negara yang terkini.

1

Page 2: Rph Seni

2.0 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANTarikh : 20 Ogos 2014Masa : 9.30 – 10.30 pagiTahun : 1 AmanJumlah Pelajar : 34 orangBidang Kegiatan : Membuat Corak dan RekaanJenis Kegiatan ( Aktiviti ) : Membuat corak tidak terancang menggunakan teknik titisan

Isi KandunganTema : Alam BendaTajuk : Hiasan Dinding

Standard Kandungan :

1. Persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat

pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.

2. Mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan

media dan teknik dalam aktiviti seni.

3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea

melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,

dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

Standard Pembelajaran

2.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual

yang ada pada karya seni.

2.1.1 Unsur seni

2.1.1.1 Garisan - bersilang

2.1.1.2 Rupa - geometri

2.1.1.3 Warna - primer dan sekunder

2.1.2 Prinsip Rekaan

2.1.2.1 Kontra – warna

2.1.2.2 Imbangan – bentuk

2

Page 3: Rph Seni

2.2 Aplikasi Seni : Murid dapat menggunakan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni

dalam menghasilkan hasil seni.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

2.2.1.1 Alat - pembaris

2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, lilin atau oil pastel dan cat air atau cat poster atau dan bahan lain yang sesuai

2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta, teknik dan proses dalam

penghasilan karya.

2.2.2.1 Teknik – titisan lilin

2.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif.

2.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya.

2.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

berpandukan bahasa seni visual.

2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.

2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

Hasil Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:

1) Menghasilkan corak menggunakakn teknik titisan dengan menekankan bahasa seni visual.

2) Menghasilkan corak dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.

3) Membuat apresiasi terhadap karya.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat corak-corak hiasan dinding di rumah

dan di persekitaran mereka

Penerapan Nilai : kebersihan, ketelitian dan ketekunan

Penggabungjalinan : Penyerapan Matematik ( Bentuk Geometri segi empat )

KBKK : Menghubung kait, menjana minda, mereka bentuk

Strategi / Kaedah : Pembelajaran Masteri, Belajar Cara Belajar, Konseptual,

Demonstrasi dan tunjuk cara

3

Page 4: Rph Seni

Bahan Bantu Belajar : Dokumen Standard PSV KSSR, Buku Panduan PSV KSSR,

Buku Teks PSV KSSR Tahun 4, Komputer dan LCD

Alat, Bahan, Media : pensel, pembaris, kertas lukisan, lilin, pemetik api, warna poster,

palet, berus lukisan, surat khabar, kain pengelap, apron.

EMK : Elemen Kreativiti dan inovatif

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

BBM Catatan

Set Induksi( 3 minit )

Klip video

Sesi soal jawab

Soalan :

Apa yang anda lihat dalam klip video tersebut?

Jangkaanjawapan :

Corak hiasan dinding

Tajuk pelajaran :

Hiasan Dinding

1. Guru menunjukkan klip video berkaitan hiasan dinding

2. Murid diminta untuk menyenaraikan fakta tentang corak hiasan dinding.

Peralatan :Komputer riba,

LCD

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teori Kecerdasan Pelbagai

Langkah 1( 4 minit )

Pengenalan :Titisan lilin

Definisi titisan lilin :Titisan lilin ialah teknik menghasilkan corak menggunakan bahan seperti oil pastel / lilin dan warna air untuk mendapatkan hasil penerokaan warna

Pengenalan :1.1 Guru menyatakan definisi titisan.

1.2 Guru mempamerkan dua contoh karya yang menggunakan teknik titisan.

Persepsi Estetik1.3 Murid menyebut contoh unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat dalam contoh hasil karya yang menggunakan teknik titisan.

Contoh hasilkarya - titisan

Strategi :

Konseptual

4

Page 5: Rph Seni

Titisan lilin menyebabkan bahagian yang diliputi lilinl tidak menyerap air dan dalam keadaan asal.

Langkah 2( 4 minit )

Pewujudan Konsep : 2.1 Guru mengenalkan media yang

akan digunakan bagi teknik titisan.

2.2 Guru membuat demonstrasi hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan kesan yang menarik.

Warna air, oilpastel / lilin,kertas lukisan, berus, palet, kain pengelap, gunting

Kaedah :demonstrasi

Langkah 3( 12 minit )

Tunjuk Cara :

3.1 Guru melakar bentuk segi empat di atas kertas lukisan.

3.2 Guru mewarnakan lakaran segi empat dengan menggunakan warna poster.

3.3 Guru nyalakan lilin dan titiskan lilin secara bebas di atas corak yang telah dibuat.

3.4 Titiskan lilin sehingga memenuhi ruang.

3.5 Sapukan warna hitam ke seluruh corak yang telah dihasilkan.

Teknik :Tunjuk cara

Strategi :Belajar Cara Belajar

Nilai :Kebersihan dan kekemasan

5

Page 6: Rph Seni

3.6 Setelah kering, dengan menggunakan pembaris,guriskan titisan-titisan lilin itu.

3.7 Corak yang dihasilkan cukup unik dan menarik

Langkah 4( 30 minit )

Penghasilan Produk

4.1 Murid-murid membentuk kumpulan kerja dan mengeluarkan alat dan bahan

4.2 Murid melukis corak geometri bentuk segi empat.

4.3 Murid mewarna corak geometri mengikut kreativiti mereka.

4.4 Murid meneruskan aktiviti penghasilan karya.

Strategi :PembelajaranMasteri

Nilai :kebersihan,kekemasan

mereka cipta

menjana idea

Langkah 5( 4 minit )

Apresiasi Seni 5.1 Murid mempamerkan karya masing-masing.

5.2 Murid menceritakan karya sendiri tentang warna yang mereka pilih dan teknik penghasilannya.

Hasil karyamurid

EMK :

Kreativiti dan inovasi

Penutup( 3 minit )

Rumusan :Isi pelajaran

Teknik titisan

Kognitif6.1 Murid merumuskan aktiviti yang berkaitan dengan teknik titisan Nilai :

6

Page 7: Rph Seni

Hargai alam sekitar Kerjasama dan kekemasan Kreativiti

6.2 Murid menceritakan kepentingan menjaga alam sekitar.

Sosial6.3 Murid menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti.

Menghargai benda-benda di persekitaran.

3.0 PENUTUP

Pengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat antara satu sama lain. Justeru, di sinilah

pentingnya kaedah, strategi dan teknik-teknik pengajaran di dalam kelas. Guru merupakan

watak utama untuk membimbing pelajar mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Ini semua

hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka

untuk mengikuti kaedah pengajaran ini dengan sebaik mungkin dan mengaplikasikanya di

dalam kelas terutamanya untuk membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan

keperluan menghadapi globalisasi.  Perancangan yang baik dan pengintegrasian yang menarik

juga membantu melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta murid juga lebih

berkeyakinan dan seronok untuk belajar.

Matlamat utama pendidikan di Malaysia adalah untuk menyediakan seseorang individu

memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Dalam usaha ini juga,

pendidikan menjadi suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan sesuai dengan

kemajuan dan pembangunan semasa. Justeru, sudah menjadi kewajipan dan tunggak bagi

para guru menyediakan para pelajar dalam merealisasikan harapan negara. Oleh itu, sudah

sewajarnyalah guru menjalankan tanggungjawab mendidik para pelajar melalui perancangan

RPH yang berinovatif dengan menggunakan perkaedahan pengajaran dan pembelajaran yang

mantap, efektif dan bersesuaian dengan murid serta dapat menarik minat mereka terhadap

pengajaran guru seperti penggunaan ICT, bahan-bahan maujud dan sebagainya. Semua ini

dapat menggalakkan murid lebih aktif, berdaya saing, berfikiran terbuka, bersemangat

kepimpinan dan diharap dapat melahirkan modal insan seperti apa yang diharapkan oleh

kerajaan dalam Pelan Induk Pembangunan Negara.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran Harian adalah

perkara yang perlu dititikberatkan supaya dapat menyediakan rancangan pengajaran yang

berkesan serta dapat menjalankan sesi pengajaran dengan lancar dan teratur. Justeru, bagi

mencapai sesi pengajaran yang baik, guru seharusnya menguasai segala strategi, kaedah dan

teknik- teknik dalam pengajaran. Secara tidak langsung penyampaian yang dilakukan juga turut

berkesan jika strategi pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian dengan apa yang ingin

diajar dan seterusnya sudah tentu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai. Namun

7

Page 8: Rph Seni

demikian, perlu diingat bahawa aktiviti pengajaran juga haruslah bersesuaian dengan pelajar

dan mengikut aras yang bersesuaian bermula dari aras rendah, sederhana dan tinggi. Selain

itu, bahan bantu mengajar bagi subjek Seni Visual ini juga amatlah penting supaya sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan secara berkesan dan dapat menarik perhatian

murid untuk penglibatan secara menyeluruh.

BIBLIOGRAFI

1.  Ikhsan Othman, Norila Md Salleh. (2005). Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah.

Perak: Quantum Books.

2. Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran .Perak: Multimedia

Sdn. Bhd.

3. Loy Chee Luen, Mazlina Che Mustafa, Norly Jamil, Azila Alias.(2011). Perkembangan Seni

dan Kraf Kanak-kanak. Selangor: Gerak Ilmu Sdn Bhd.

INTERNET

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html

https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=

8