RPH T4 (1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tyxc

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTahun: 4 Bil. Murid: Masa: Tarikh: Tema: Sentiasa SelamatTajuk: Sediakan Payung Sebelum HujanSTANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal.1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:1. Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya.1. Berbual tentang maklumat yang terdapat dalam sebuah gambar.Sistem Bahasa : Sebutan dan intonasi Tatabahasa - kata ganti nama Kosa kata - dia, poster, nama, lampu, motosikalPengisian Kurikulum Ilmu: Keselamatan Jalan Raya Nilai murni: rasional, bertanggungjawab Kreativiti: Imaginasi dan visualisasi.Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Kemahiran berfikir : Menjana idea, mengenal pasti Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, interpersonal dan kinestatik. Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan pengalaman sedia ada.Bahan Bantu BelajarKomputer, LCD, video, gambar, lembaran teksPengetahuan Sedia Ada : Murid pernah memakai pakaian keselamatan semasa di jalan raya.

LangkahIsi pelajaran

Aktiviti PdPCatatan

Induksi Set5 minit Tayangan video Pakai Topi Keledar

1. Guru menayangkan video, murid menonton video dengan tekun.2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video.3. Murid menyatakan kebaikan memakai topi keledar.4. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.BSPP: komputer, lcd, video

Nilai : kesyukuran

ENT:KBT: Menjana ideaKP: interpersonal

Langkah 1 15 minit Soal jawab tentang keselamatan

Teks dialog

1. Guru meminta dua orang murid untuk ke hadapan kelas.2. Murid yang lain diminta bertanya tentang keselamatan yang biasa mereka lakukan.3. Dua orang murid di hadapan berbual sesama mereka tentang soalan.4. Secara rawak, murid diminta berbual tentang teks dialog yang tidak lengkap dengan menggunakan kata ganti nama diri yang betul.5. Aktiviti diulang dengan meminta murid yang lain.

BSPP: Buku teks

Nilai : berdisplin

ENT: KBT menjana ideaKP: verbal-linguistik, interpersonal

Langkah 2 20 minit Kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya

Simulasi0. Guru meminta murid menyebut kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya yang terdapat semasa aktiviti perbualan tadi.0. Murid menyatakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya yang mereka tahu.0. Murid secara berpasangan diminta untuk ke hadapan dan melakukan simulasi sesuatu situasi.0. Murid menyatakan kata ganti nama diri yang digunakan dalam situasi tersebut.Strategi : Berpusatkan murid

Teknik : Latih tubi

BSPP: Lembaran

Nilai : Berdisiplin

ENT: KBT- menghubungkait, menjana ideaKP: - Verbal-linguistik, interpersonal, kinestatik

Langkah 315 minit Gambar keselamatan semasa menunggang motosikal1. Guru menayangkan gambar pakaian dan kelengkapan untuk menunggang motosikal.2. Wakil murid dipilih secara rawak untuk berbual tentang kelengkapan motosikal berdasarkan gambar.3. Murid berbual mengikut pengalaman hidup.4. Guru mengulang aktiviti dengan memanggil murid lain.

BSPP : gambarENT: KBT- menghubungkait, mengenal pastiKP: - Verbal-linguistik

Penutup5 minitRumusan

- kognitif- sosial

1. Guru membuat rumusan tentang pelajaran.2. Guru menerapkan nilai murni yang ada semasa pengajaran.Nilai murni: -

kesyukuran, kerjasama, berdisplin