86
UNIT 2 PEMBELAJARAN BAB 4 TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

UNIT 2 PEMBELAJARANBAB 4 TEORI

PEMBELAJARAN

Page 2: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Pendekatan pengajaran guru bergantung kpd bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran.

Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran spt teori behaviorisme, teori sosial dan teori kognitif.

Pengenalan

Page 3: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Behaviorisme: berfokus kpd tingkah laku dan persekitaran.

Sosial: berfokus kpd tingkah laku dan pemikiran.

Kognitif: berfokus kpd pemikiran.

Teori Pembelajaran:

Page 4: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

BEHAVIORISME HUMANISTIK SOSIAL KOGNITIF KONSTRUKTIVISME

TEORI PEMBELAJARAN

Page 5: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada diri individu disebabkan oleh pengalaman.

Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yg boleh diperhatikan dan boleh diukur.

4.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Page 6: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Sesuatu benda yang wujud boleh diperhatikan.

Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi dari tingkah laku kita boleh buat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.

Tokoh-tokoh behaviorisme seperti ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.

sambungan…..

Page 7: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas.

Gerak balas: tingkah laku yg timbul akibat ransangan.

Ransangan: sebarang bentuk tenaga yg menimbulkan gerak balas.

Pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan antara ransangan dgn gerak balas.

4.1.1 Teori Plaziman Klasik Pavlov

Page 8: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Pelaziman adalah pembelajaran yg berlaku akibat perkaitan antara ransangan dengan gerak balas.

Pelaziman klasik adalah pembelajaran yg berlaku akibat perkaitan antara dua ransangan.

Ada tiga peringkat pelaziman: (a) sebelum pelaziman (b) semasa pelaziman (c) selepas pelaziman

sambungan…….

Page 9: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

SEBELUM PELAZIMANMakanan Air Liur(Ransangan tak terlazim) (Gerak balas tak terlazim)Bunyi loceng Air Liur(Ransangan terlazim) (Gerak balas tak terlazim)

SEMASA PELAZIMANBunyi Loceng Air Liur(Ransangan terlazim) (Gerak balas tak terlazim)Makanan(Ransangan tak terlazim)

SELEPAS PELAZIMANBunyi Loceng Air Liur(Ransangan terlazim) (Gerak balas terlazim)

Eksperimen Pavlov

Page 10: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(a) Generalisasi

(b)Diskriminasi

(c)Penghapusan

Tiga konsep penting dalam proses p&p melalui prinsip pelaziman klasik Pavlov:

Page 11: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(a) Generalisasi bermaksud ransangan yg sama akan menghasilkan tindak balas yg sama.(b) Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu ransangan yg tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yg lain.(c) Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yg tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.

Page 12: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Makanan tidak Air liur anjingdiberikan apabila semakinloceng dibunyikan berkurangan sehingga tidak keluar langsung

Rumusan Dapatan Kajian Pavlov

Proses Penghapusan

Page 13: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Makanan dan bunyi loceng diadakan Air liurserentak. Akhirnya keluar loceng sahaja semuladibunyikan

Pembelajaran Semula

Page 14: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Bunyi loceng diberhentikan Air liursementara keluardan kemudian jugadibunyikan semula

Pemulihan Semerta

Page 15: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Bunyi loceng diganti dgn Air liur keluar juga bunyi seakannya.

Generalisasi

Page 16: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Hanya bunyi loceng diberi daging. Bunyi Air liur hanya keluarseakannya tidak apabila loceng diberikan daging. dibunyikan.

Diskriminasi

Page 17: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.

Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan.

Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. ◦ contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan)

setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru.

Implikasi Teori Pelaziman Pavlov

Page 18: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim.

Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. ◦ Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi

dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini.

Page 19: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid.

Page 20: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya.

Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman.

Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. ◦ Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep

wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.

Page 21: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan.

Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja.

konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid

Page 22: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Teori Pelaziman Emosi Watson

Page 23: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Menjalankan kajian utk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.

(Tikus putih dan Albert) Watson menyarankan bahawa guru boleh

mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan.

Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilihrangsangan yang menyeronokkan.

4.1.2 Teori Pelaziman Klasik Watson

Page 24: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran.

Beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak –kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

Pengenalan

Page 26: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak –kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak –kanak tersebut pada tikus putih.

Page 27: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan.

Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.

Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.

Page 28: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Implikasi terhadap pengajaran & pembelajaran….

Kurikulum

Menimbulkan minat pelajar

Memberi rangsangan kepada pelajar untuk berfikir tentang berlakunya sesuatu perkara.

Guru dapat mengetahui respons / gerakbalas yang diberi oleh para pelajar terhadap rangsangan yang diberi.

Page 29: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Pengajaran

Guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan ransangan yang akan didedahkan kepadanya.

Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.

Guru dapat memilih rangsangan yang sesuai untuk diberikan kepada para pelajar mengikut minat mereka.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

Page 30: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Penilaian Memberi ganjaran dan peneguhan terhadap

respons yang betul

Sentiasa menilai tahap penerimaan para pelajar. (post mortem)

Memberi motivasi yang berterusan

Page 31: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Implikasi terhadap kanak –kanak berkeperluan khas Memberi respons yang baik terhadap

rangsangan yang diberi.

Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran.

Mempertingkat keyakinan diri pelajar

Memberi didikan kepada mereka supaya tidak membatasi keupayaan diri.

Page 32: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Behavioris pertama mengemukakan konsep “pelaziman operan”.

Menjalankan kajian ke atas haiwan spt kucing, ayam, anjing dan monyet.

Memperkenal pembelajaran “cuba jaya”. Thorndike berpendapat pembelajaran

berlaku hasil drp gabungan antara S-R, iaitu stimulus (ransangan) dan response (gerak balas).

4.1.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike

Page 33: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Thorndike percaya pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran spt:

(a) Hukum Kesedian

(b) Hukum Latihan

(c) Hukum Kesan

sambungan……

Page 34: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Hukum Kesediaan Hukum Latihan Hukum Kesan

Kesediaan dari Latihan yg Kesan yg segi psikomotor, diulang-ulang menyeronokkanafektif dan kognitif utk tingkatkan

meningkatkansebelum boleh kemahiran pertalian

belajar antara ransangan dan gerak balas

Hukum Pembelajaran Thorndike

Page 35: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(a) Hukum Kesediaan Menurut Thorndike(1913), apabila

seseorang itu bersedia utk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kpdnya.

Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita.

Kalau dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yg tidak sempurna.

Page 36: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Rumusannya Hukum Kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan yg perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.

Tiga aspek utama kesediaan: (i) Kesediaan psikomotor (ii) Kesediaan afektif (iii) Kesediaan kognitif

Page 37: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Menurut Thorndike, perkaitan antara ransangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yg diulang-ulang.

Individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan.

Hukum latihan menyatakan sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

Sesuai bagi latihan hafalan.

(b) Hukum Latihan

Page 38: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Hukum Kesan menyatakan jika sesuatu tindakan diikuti oleh perubahan persekitaran yg menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya.

Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yg menyeronokkan.

(c) Hukum Kesan

Page 39: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Kesan yg menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. ( Jika kucing dlm eksperimen Thorndike mendapat kejutan elektrik yg menyakitkan apabila keluar dari sangkar, ia tidak akan bermotivasi keluar dari sangkar lagi.)

Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dgn kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika diikuti dgn kesakitan ia akan lenyap.

sambungan…..

Page 40: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Mengadakan pelbagai ransangan utk mewujudkan kesan pembelajaran yg menyeronokkan.

Memberi ganjaran atau peneguhan utk respons yg betul.

Strategi p&p berdasarkan Hukum pembelajaran Thorndike

Page 41: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Menentukan persekitaran yg sesuai utk pembelajaran.

Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar

Guru memulakan pengajaran setelah mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif.

sambungan…..

Page 42: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

B. F. Skinner berpendapat perlakuan harus diperhatikan dlm jangka masa yg panjang.

Perlakuan yg kompleks dibentuk drp perlakuan yg mudah.

Eksperimen mengguna tikus dan burung merpati.

4.1.4 Teori Pelaziman Operan Skinner

Page 43: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Mencipta Skinner Box di mana tingkah laku binatang boleh dikawal dan gerak balas boleh diperhatikan dan direkod atau diukur.

Menurut Skinner(1953), dlm teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan(diulangi) atau dihapuskan(tidak diulangi), jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

sambungan…..

Page 44: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Peneguhan ialah perkara yg dilakukan utk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.

Menurut Rachlin(1991), peneguhan diberikan utk memuaskan kehendak individu, mengurangkan tekanan dan

meransang otak.Menurut Skinner, terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Page 45: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(a) Peneguhan positif(b) Peneguhan negatif(c) Dendaan(d) Prinsip Premack(e) Pelupusan.

Lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner:

Page 46: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yg menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.

Satu bentuk motivasi dlm aktiviti p&p.

Cth: memberi kata pujian, senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dsb.

Mendorong pelajar menghasilkan kerja yg bermutu tinggi

(a) Peneguhan Positif

Page 47: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Tingkah Laku

Kesan/Akibat Tingkah laku Masa Hadapan

Pelajar kemukakan soalan dgn baik

Guru memuji pelajar

Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yg baik

Peneguhan positif

Page 48: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Peneguhan positif yg diberikan mestilah jelas dan sistematik.

Hanya tingkah laku yg spesifik sahaja perlu diberi peneguhan.

Guru mesti ikhlas ketika memberi peneguhan.

sambungan……

Page 49: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Menurut Brophy(1981) ciri pujian (peneguhan positif) yg berkesan ialah:

(i) memuji secara ikhlas (ii) memuji dgn cepat (iii) memuji tanpa pilih kasih (iv) memuji usaha dan cuba jaya (v) memuji tingkah laku yg spesifik (vi) memuji jawapan atau respons yg

spontan

sambungan…..

Page 50: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Tingkah Laku Kesan/Akibat

Tingkah lakuMasa Hadapan

Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya

Guru menegur pelajar

Pelajar akan menyiapkan tugasan yg seterusnya tepat pada waktunya.

(b) Peneguhan Negatif Ransangan serta merta yg tidak

selesa atau menyakitkan yg diberikan selepas sesuatu tingkah

laku ditunjukkan.

Page 51: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Peneguhan boleh diberi secara berterusan atau berkala.

Jadual peneguhan utk membentuk tingkah laku yg diingini meliputi:

(i) peneguhan berterusan (ii) peneguhan berkala tetap (iii) peneguhan berkala berubah (iv) peneguhan berkala nisbah tetap

(v) peneguhan berkala nisbah berubah

Page 52: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Peneguhan diberi selepas setiap gerak balas.

Cepat memberi kesan.Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dgn cepat bila tiada peneguhan.

(i) Peneguhan berterusan

Page 53: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yg ditetapkan.

Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan.

Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yg pantas dlm gerak balas apabila peneguhan diberhentikan.

(ii) Peneguhan berkala tetap (fixed- interval)

Page 54: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Peneguhan selepas jangka masa yg berubah-ubah.

Pelajar akan lambat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan diberikan.

Apabila peneguhan diberhentikan ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas perlahan.

(iii) Peneguhan berkala berubah (variable-interval)

Page 55: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yg telah ditetapkan.

Cepat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan.

Apabila peneguhan diberhentikan, peneguhan hilang nilainya bila kerap diberikan peneguhan yg sama.

(iv) Peneguhan berkala nisbah tetap (fixed-ratio)

Page 56: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Peneguhan selepas beberapa bilangan gerak balas yg berubah-ubah.

Gerak balas yg sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walaupun peneguhan tidak diberikan.

Apabila peneguhan diberhentikan, gerak balas kekal tinggi.

(v) Peneguhan berkala nisbah berubah (variable-ratio)

Page 57: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Satu proses atau tata cara utk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yg tidak diingini.

Kesan negatif yg membawa kpd pengurangan dlm kekerapan berlakunya tingkah laku yg tidak diingini.

(c) Dendaan

Page 58: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah Laku Masa Hadapan

Pelajar membuat bising dlm kelas

Guru memberi amaran kpd pelajar

Pelajar berhenti membuat bising dlm kelas

Dendaan

Page 59: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(i) Dendaan persembahan (presentation punishment) Berlaku apabila sesuatu ransangan

menyebabkan berlakunya perubahan dlm tingkah laku diri pelajar tersebut.

Tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar spt larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan dsb.

Dua bentuk dendaan:

Page 60: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(ii) Dendaan penyingkiran (removal punishment) Berkaitan dgn penyingkiran ransangan, cth

tidak memberi kemudahan apabila pelajar tidak berkelakuan betul, tidak membenarkan menonton televisyen dlm tempoh seminggu sebab tidak membuat kerja rumah Matematik.

sambungan…..

Page 61: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Dilakukan segera. Mesti tahu mengapa dia dihukum. Untuk mengubah kelakuan dan bukan

sebagai balasan perlakuannya. Hendaklah tekal.

Ingat: Dendaan berterusan boleh membentuk tingkah laku negatif.

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif;

Page 62: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Mengaitkan aktiviti yg kurang diminati dgn aktiviti yg lebih diminati utk mengukuhkan tingkh laku terhadap aktiviti yg kurang diminati.

Dikenali sebagai “Grandma’s Rule”. Guru boleh selang seli aktiviti menarik dan

kurang menarik utk meningkatkan kadar pembelajaran.

(d) Prinsip Premack

Page 63: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Perlakuan yg tidak diberi peneguhan akan lupus dgn sendirinya.

Dapat diatasi jika; -peneguhan utk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. -peneguhan itu tidak lagi digunakan. -guru sanggup bersabar dlm menghadapi proses pelupusan.

(e) Pelupusan

Page 64: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Pemberian peneguhan positif hendaklah secara bersistematik.

Ganjaran harus sesuai dgn umur pelajar. Ganjaran mengikut kadar kepayahan. Berhati-hati memberi peneguhan negatif,

jangan sampai menjadi hukuman. Gerak balas hasil dari ransangan haruslah

dikukuhkan utk membentuk pelaziman. Beri keutaman kpd latihan dan gerak balas

yg berulang.

Aplikasi Teori Skinner Dalam Bilik Darjah

Page 65: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Diasaskan oleh Albert Bandura. Dinamakan semula sebagai Teori kognitif

sosial oleh Bandura sendiri(Moore,2002). Menyatakan bahawa faktur sosial, kognitif

dan tingkah laku memainkan peranan penting dlm pembelajaran(Santrock,2001).

Faktor kognitif mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya, faktor sosial termasuk pemerhatian tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut

4.2 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Page 66: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Menganggap manusia sebagai makhluk yg aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses perkembangan utk memperihalkan peritiwa serta berkomunikasi dgn orang lain.

Ahli-ahli psikologi sosial termasuk Albert Bandura, Walter Mischel,Julian Rotter, Martin Seligman dll.

Albert Bandura mengemukakan “Model Determinisme Timbal Balik” dan “Teori Pembelajaran Peniruan”.

sambungan…….

Page 67: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Mengandungi tiga faktor utama iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran yg saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran.

Bandura berpendapat perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri (kognisi) dan persekitaran.

(a) Model Determinisme Timbal Balik

Page 68: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, orang yg di tiru itu secara spontan menjadi model kpd si peniru.

Cara peniruan spt proses tiruan mudah, tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan dan tiruan melalui elisitasi.

Empat langkah proses peniruan iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi.

(b) Teori Pembelajaran Peniruan

Page 69: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yg aktif utk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu.

Fokus kajian kpd proses aktif minda individu utk memahami persekitarannya.

4.3 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Page 70: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Cara individu berfikir tentang situasi (termasuk kepercayaannya, jangkaannya dan perasannya) mempengaruhi fakta yg individu pelajari dan cara dia belajar.

Berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yg diperolehi adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yg mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998)

sambungan…..

Page 71: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Anderson et al. (dlm Woolfolk, 1998) menyatakan bahawa manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa yg berlaku dlm persekitaran bagi mencapai matlamat mereka.

sambungan……

Page 72: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Slavin(1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yg berfokus kpd maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada utk membuat pemilihan.

Ahli psikologi kognitif termasuklah Max Wertheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler (ahli psikologi Gestalt)

sambungan……

Page 73: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Kohler dlm kajian ke atas cimpanzi, Sultan menemui pembelajaran melalui “celik akal”(insight).

Pandangan ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks and Thompson, 1995).

Edward Tolman memajukan konsep pembelajaran latent (pembelajaran berlaku tanpa peneguhan) yg diguna juga oleh Jean Piaget, Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne.

sambungan…..

Page 74: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental penting iaitu:

(i) persepsi (pengamatan) (ii) pembentukan konsep (penanggapan)Gagne menyatakan proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat.

sambungan…..

Page 75: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Ausubel mengemukakan pembelajaran resepsi dan pembelajaran bermakna.

Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

sambungan……

Page 76: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Fahaman psikologi gestalt menjadi asas kpd perkembangan psikologi kognitif.

“Gestalt” perkataan Jerman yg bermaksud “pola” (pattern atau configuration).

Teori gestalt dirumuskan sebagai “the whole is greater than the sum of its part”.

Kohler mengemukakan konsep ‘celik akal’ yg bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap (tetapi perlu masa utk berfikir dan mengaitkan unsur persekitaran dengan pengalaman lepas).

4.3.1 Teori Pembelajaran Gestalt

Page 77: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Psikologi gestalt ditubuhkan oleh Kohler, Koffka dan Wertheimer.

Mengemukakan prinsip berkaitan organisasi persepsi dan penanggapan manusia.

Idea fahaman gestalt diguna dan dikembangkan oleh aliran psikologi kognitif dan aliran psikologi humanistik.

sambungan……

Page 78: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yg berkaitan dgn menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula utk digunakan (Woolfolk, 1998). Model memproses maklumat terdiri drp: (a) ingatan deria (sensory memory) (b) ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short- term or working memory) (c) ingatan jangka panjang (long-term memory)

4.3.2 Model Pemprosesan Maklumat

Page 79: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Proses Kawalan Eksekutif

Ransangan Ingatan Ingatan Simpanan Ingatan dari Sensori Perhatian Jangka Ingatan Jangka Persekitaran Pendek Semula Panjang

Lupaan Lupaan Lupaan Simpanan

Simpanan Sementara Tetap

Model Memproses Maklumat

Page 80: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(a) Ingatan Deria Merupakan ingatan jangka pendek. Masa simpanan ialah antara 1 hingga 3

saat. Jika tidak diproses, maklumat hilang. (b) Ingatan Jangka Pendek Kapasitinya kecil. Masa simpanan ialah

antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau

disintesis dan dihantar ke stor ingatan jangka panjang utk disimpan.

Cara menyimpan maklumat baru ialah secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal)

Page 81: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(c) Ingatan Jangka Panjang Mempunyai kapasiti besar. Menyimpan maklumat lebih lama

iaitu lebih drp beberapa minit hingga

kebeberapa tahun. Mengandungi: (i) ingatan episodik (ii) ingatan semantik (iii) ingatan prosedural

sambungan…..

Page 82: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(i) Ingatan episodik Ingatan tentang peristiwa yg dialami

sepanjang hayatnya, lengkap dgn masa dan tempat.

(ii) Ingatan semantik Ingatan tentang “makna”, iaitu

menyimpan konsep, fakta, hukum, skema atau mesej.

(iii) Ingatan prosedural Ingatan tentang bagaimana melakukan

sesuatu, terutama yg melibatkan aktiviti fizikal yg berurutan.

sambungan……

Page 83: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Ciri Ingatan Deria

Ingatan Jangka Pendek

Ingatan Jangka Panjang

Kemasukan maklumat

Praperhatian

Perlukan perhatian

Perlukan pengulangan

Pengekalan maklumat

Tidak boleh

Perhatian berterusan/ulangan

Ulangan/latih tubi/penyusunan

Kapasiti Besar Kecil/Terhad Besar/Tidak terhad

Perbezaan Antara Tiga Tahap Ingatan

Page 84: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Ciri Ingatan Deria

Ingatan Jangka Pendek

Ingatan Jangka Panjang

Kehilangan maklumat

Tidak digunakan

Gangguan,Terlalu banyak Usang

Mungkin tiada, Gangguan, Usang

Lama ingatan

1 hingga 3 saat

5 hingga 20 saat

Beberapa minit hingga beberapa tahun

Mengingat semula

Automatik Perlu proses mencari

sambungan……

Page 85: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

Menurut Gagne pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak drp peringkat paling mudah kpd peringkat paling kompleks.

Ada lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yg lebih awal.

4.3.3 Teori Pembelajaran Gagne

Page 86: TEORI PEMBELAJARAN.pptx

(a) Pembelajaran Isyarat(b) Pembelajaran Gerak Balas(c) Pembelajaran Rangkaian Motor(d) Pembelajaran Pertalian Bahasa(e) Pembelajaran Diskriminasi(f) Pembelajaran Konsep(g) Pembelajaran Hukum(h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Lapan Peringkat Pembelajaran Gagne