TEORI-TEORI PEMBELAJARAN & LATAR BELAKANG TOKOH-TOKOHNYA SERTA IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • View
    1.635

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Psikologi Pendidikan

Text of TEORI-TEORI PEMBELAJARAN & LATAR BELAKANG TOKOH-TOKOHNYA SERTA IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAJARAN DAN...

1.0

Pengenalan

Teori merupakan prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Manakala pembelajaran didefinisikan suatu perubahan dalam diri individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Manusia mula belajar apabila dilahirkan dan semua pembelajarannya hasil daripada pengalaman. Pembelajaran boleh berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Manakala teori pembelajaran pula merupakan upaya untuk mendeskripsikan bagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita semua memahami proses pemikiran yang kompleks dari belajar. Ada 4 prinsip yang berkait dengan teori pembelajaran iaitu :

i.

Terdapat banyak kecenderungan cara pembelajaran pelajar dan kecenderungan ini sudah dimiliki oleh pelajar sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.

ii.

Adanya struktur pengetahuan iaitu : a. Struktur pengetahuan mestilah mampu membawa suatu informasi yang sangat luas b. Struktur tersebut mestilah mampu membawa pelajar kepada perkara yang baru, melebihi informasi yang guru akan jelaskan c. Struktur pengetahuan mestilah mampu meluaskan skop pemikiran pelajar dan mengkombinasikannya dengan ilmu-ilmu lain.

iii.

Hubungan yang bersifat optima. Perlu adanya hubungan yang mudah tentang sesuatu yang akan diajarkan oleh guru agar murid lebih mudah memahami informasi tersebut.

iv.

Penghargaan dan hukuman.

Bagaimana guru dapat membantu pelajar menumpukan perhatian dan proses pemikiran mereka agar dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang cekap ? Oleh yang demikian, ada tiga perspektif utama dalam teori pembelajaran, iaitu Behaviorisme, Kognitivisme, dan Konstruktivisme. Pada dasarnya teori pertama dilengkapi oleh teori kedua dan seterusnya, sehingga ada variasi, gagasan utama, ataupun tokoh yang tidak dapat dimasukkan dengan jelas termasuk yang mana, atau bahkan menjadi teori tersendiri. Namun hal ini tidak perlu kita perdebatkan. Yang lebih penting untuk kita pahami adalah teori mana yang baik untuk diterapkan pada kawasan tertentu, dan teori mana yang sesuai untuk kawasan lainnya. Pemahaman sebegini penting untuk dapat meningkatkan kualiti pembelajaran.1

2.0

Teori Pembelajaran Behaviorisme Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sabagai faktor

yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli - ahli behaviorisme melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan - kecenderungan tingkah laku termasuk tret - tret, bakat, nilai - nilai, kepercayaan, aspirasi dan lain - lain adalah dipelajari. Antara andaian ahli Behaviorisme ialah tingkah laku boleh diperhatikan, diukur dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalu ganjaran dan dendaan. Ahli - ahli Behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran. 2.1 Pelaziman Klasik Pavlov Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,

2

mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa. 2.1.1 Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Konsep ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov, seorang fisiologis berbangsa Russia. Konsep ini melibatkan pemasangan antara rangsangan nutral dengan rangsangan yang akan menimbulkan gerak balas tertentu sehingga rangsangan yang sebelumnya bersifat nutral itu berupaya menghasilkan gerak balas. Pavlov telah menggunakan anjing untuk mejelaskan konsep pelaziman klasik ini. Beliau mendapati bahawa pengeluaran air liur anjing akan bertambah apabila beliau meletakkan makanan ke dalam mulutnya. Jumlah pengeluaran air liur anjing kemudiannya diukur. Pavlov kemudiannya mendapati bahawa anjing - anjing tersebut turut mengeluarkan air liur apabila mereka ternampak penjaga - penjaga mereka yang membayangkan seolah - olah mereka akan diberi makan. Penemuan ini membawa kepada pengumpulan data bagi pelaziman klasik. Pavlov kemudiannya memperkenalkan beberapa konsep. Beliau menjelaskan bahawa reaksi spontan atau refleks anjing (pengeluaran air liur) ialah gerak balas tidak terlazim terhadap rangsangan semula jadi. Makanan ialah rangsangan tidak terlazim. Ia membawa kepada gerak balas tidak terlazim (pengeluaran air liur). Rangsangan yang pada asalnya bersifat nutral, apabila dipasangkan berulang - ulang kali dengan rangsangan tidak terlazim disebut rangsangan terlazim.

3

2.1.2 Proses pelaziman klasik boleh digambarkan seperti yang berikut :Sebelum Pelaziman 1. Makanan (rangsangan tidak terlazim) pengeluaran air liur (gerak balas tidak terlazim)

2. Bunyi loceng (rangsangan terlazim)

tiada pengeluaran air liur

Tahap pelaziman

3. Makanan dan bunyi loceng (dipasangkan berkali - kali)

pengeluaran air liur

(Rangsangan tidak terlazim) + (gerak balas tidak terlazim)

Selepas pelaziman

4. Bunyi loceng (rangsangan terlazim)

pengeluaran air liur (gerak balas terlazim)

Rajah menunjukkan Uji Kaji Pelaziman Klasik Pavlov Pavlov juga menyatakan bahawa gerak balas terlazim akan akhirnya terhapus jika peneguhan (rangsangan terlazim) tidak diberikan. Ini dikenali sebagai pupusan. Pemulihan spontan pula berlaku apabila rangsangan terlazim diberi semula secara tiba - tiba akan menimbulkan gerak balas terlazim (walaupun tiada peneguhan diberikan). 2.1.3 Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov i. Penguasaan Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat - peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.4

ii.

Generalisasi (penyeluruhan) Dalam eksperimennya, Pavlov juga menggunakan bunyi loceng yang berlaianan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

iii.

Diskriminasi Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar loceng anjing nada bunyi loceng anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang asal, anjing berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.

iv.

Penghapusan Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama - kelamaan organisme itu tidak bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat - peringkat terhapus.

2.2

Latar Belakang Pavlov Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada hukum perkaitan (Law of Association) yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini5

organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau. 2.3 Pelaziman Operan

Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama: a) PENEGUHAN (reinforcement) yang terbahagi kepada PENEGUHAN POSITIF dan PENEGUHAN NEGATIF. b) y DENDA (punishment) Peneguhan Positif (Positive Reinforcement)

Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif. Contoh:1. Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkah laku itu dengan harapan mendapat makanan. 2. Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu. 3. Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan? Perlu diingat bahawa ses