Tugasan 2 Viki

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Analisis kes kaunseling

Citation preview

ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELINGPBK3093

TUGASAN 2 : Merujuk satu kes pelaksanaan perkhidmatan kaunseling pada peringkat sekolah rendah, buat analisis berkaitan tingkah laku guru bimbingan dan kaunseling berdasarkan Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.1.0 PENGENALANDi Malaysia, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah. Melalui buku panduan ini, guru bimbingan dan kaunseling (GBK) dapat menguruskan program atau aktiviti bnk dengan cekap dan berkesan. Seterusnya, kod etika kaunselor yang terkini telah dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor yang menjadi pegangan bagi pengamalan kaunseling. Menurut Rafidah dan Lau (2013), kod etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesian lain serta masyarakat keseluruhannya. Di samping itu, kod etika kaunselor yang dikeluarkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) juga merupakan garis panduan kepada kaunselor dalam menyelesaikan isu etika yang tibul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Jadi secara ringkasnya, ketiga-tiga kod etika diatas menjadi garis panduan kepada GBK dan kaunselor untuk menunjukkan tingkah laku yang beretika untuk memberi perkhidmatan kaunseling yang sewajarnya. Selain itu, motif utama mereka untuk memberi peluang kepada murid atau klien untuk berkembang kearah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. 2.0 KAJIAN KESAliz adalah seorang guru bimbingan dan kaunseling yang hanya dilatih dalam bidang kaunseling selama 2 bulan. Cikgu Aliz seorang yang suka menjalankan sesi kaunseling dengan murid perempuan sahaja kerana dia berasa murid perempuan lebih bermesra dan mudah untuk meneroka perasaan. Seorang murid yang bernama Wahida dari tahun 4B meminta pertolongan kepada cikgu Aliz untuk membuat sesi dengan dia. Cikgu Aliz menganggap kes Wahida tidak begitu serius kerana Wahida adalah anak seorang pekerja buruh. Oleh itu, dia tidak menyediakan borang persetujuan termaklum dan hanya menyentuh secara ringkas tentang proses sesi. Selepas fasa penerokaan, Aliz mendapati bahawa Wahida pernah dirogol beberapa kali oleh abang kandungnya sendiri. Klien juga menyatakan perasaan yang dia ingin membunuh diri kerana tidak mempunyai pilihan lain. Ibu bapa Wahida pula tidak mengetahui tentang niat membunuh diri dia kerana dia tidak pernah memberitahu mereka atau sesiapa mengenai perkara ini. Oleh sebab itu, Wahida telah merancang beberapa pelan untuk membunuh diri tetapi belum berpeluang untuk melaksanakannya. Apabila mendengar luahan perasaan klien, cikgu Aliz menjadi sangat risau dan terus menghebohkan hal ini kepada cikgu lain tanpa berbincang terlebih dahulu dengan guru besarnya. Wahida berasa sangat malu dan tertekan kerana kebanyakkan guru bertanya tentang hal ini kepadanya. Perkara ini menyebabkan Wahida mengambil tindakan yang mengejutkan iaitu membunuh diri sebaik sahaja balik dari sekolah pada hari itu. Sebelum membunuh diri, Wahida menulis sepucuk surat bukti mengatakan bahawa cikgu Aliz penyebab utama kepada kematiannya. ( Adaptasi daripada Isu Profesional dan Etika dalam kaunseling dan psikoterapi oleh Rafidah dan Lau, 2013 )3.0 ISU YANG DITEMUI 1) Tidak bersikap adil GBK KPM : Bahagian A.72) Tidak menepati kerahsiaan GBK KPM : Bahagian A.23) Tidak membuat persetujuan termaklum (informed consent) Kod etika Lembaga Kaunselor : Bahagian A.24) Tidak menjaga kebajikan klien Kod etika Lembaga Kaunselor : Bahagian Bahagian A.1.a5) Tidak memberitahu tentang kes ini kepada majikan PERKAMA : Bahagian D.76) Tidak bertanggungjawab dalam Duty to Worn4.0 JUSTIFIKASI KESKes diatas menunjukkan bahawa guru bimbingan dan kaunseling (GBK) memilih klien untuk membuat sesi dan mengendalikannya dengan cara yang tidak betul. Beliau kurang beretika sehingga melakukan beberapa kesalahan berdasarkan kod etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, kod etika Lembaga Malaysia dan PERKAMA. Antara isu yang dikenalpasti dalam kes diatas ialah :

4.1 Tidak bersikap keadilan Menurut Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Mat (2009), GBK seharusnya memastikan bahawa dia sanggup menerima klien seadanya. Ini bermaksud kaunselor tidak memandang hina kepada klien walau bagaimana sekalipun keadaan klien. Situasi yang sama kita dapat melihat dalam kes ini iaitu cikgu Aliz memandang rendah tentang latar belakang keluarga klien dan tidak mengambil kes ini dengan serius. Selain itu, beliau juga suka memilih klien berjantina perempuan untuk mengendalikan sesi kaunseling. Tingkah laku cikgu Aliz yang kurang beretika ini dapat dikaitkan dengan kod etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 4.1.1 Kod etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kita dapat mengaitkan isu ini dengan kod A.7 iaitu GBK tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun. Tetapi cikgu Aliz bukan sahaja pilih kasih dalam memilih klien berjantina perempuan malah memandang rendah terhadap keluarga Wahida yang miskin sebelum mengadakan sesi dengannya. 4.1.2 Cadangan Tidak kira seseorang GBK adalah kaunselor berdaftar atau tidak tetapi tingkah laku dan nilai yang dipegang oleh GBK umpamanya mempengaruhi cara kaunseling yang dijalankan. Jadi, sebagai seorang GBK, cikgu Aliz perlu adil dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi berasaskan etnik, jantina, agama, status,ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun. Ia dapat mengangkat martabat seseorang profesian kaunselor setara dengan bidang profesional yang lain.

4.2 Tidak menepati kerahsiaanMenurut Gerald Corey, Marianne, Patrick (2014),School counselors have an ethical responsibility to ask for client permission to release information, and they should clearly inform students of the limitations of confidentiality and how and when confidential information may be sharedJika kita mengaitkan isu ini dengan etika kerahsiaan, kita mendapati bahawa cikgu Aliz tidak sepatutnya melanggar etika kerahsiaannya dengan memberitahu isu Wahida kepada guru-guru lain di sekolah tersebut. Tingkah laku cikgu Aliz yang tidak profesional ini menyebabkan Wahida membunuh diri. Perkara ini dapat dikaitkan dengan kod etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 4.2.1 Kod etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Aliz seharusnya mengamalkan kod A.2 iaitu GBK hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya. Walaupun Wahida menyatakan dia ingin membunuh diri atas perbuatan abang kandungnya, cikgu Aliz tidak sepatutnya menghebohkan hal ini kepada sesiapa tanpa maklum kepada klien. Tingkah laku cikgu Aliz menyebabkan Wahida berasa malu berhadapan dengan warga sekolah dan membunuh diri. 4.2.2 Cadangan Fisher (2008) dalam Rafidah dan Lau (2013) memperkenalkan satu model etika sebagai panduan untuk GBK atau kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka berkenaan dengan isu-isu kerahsiaan. Menurut model tersebut, terdapat enam langkah untuk menangani isu kerahsiaan. Langkah yang harus diamalkan oleh cikgu Aliz dalam kes Wahida ialah langkah yang ketiga iaitu memperoleh persetujuan sebelum membuat pendedahan. Cikgu Aliz sepatutnya berbincang dengan Wahida terlebih dahulu sebelum memanggil ibu bapa Wahida serta berbincang dengan guru besar bersama-samanya. Barulah dikatakan cikgu Aliz memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan profesional. 4.3 Tidak membuat persetujuan termaklum (informed consent) Menurut Rafidah dan Lau (2013), langkah pertama untuk melindungi hak-hak klien adalah melibatkan dokumen persetujuan termaklum. Persetujuan termaklum melibatkan hak klien untuk memberitahu tentang proses terapi dan membuat keputusan autonomi yang berkaitan. Perkara ini turut disentuhkan oleh Corey (2011) iaitu persetujuan termaklum merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses psikoterapi untuk menjamin kejayaan terapi terapeutik. Jadi, mengikut kes ini pula, cikgu Aliz tidak membuat sebarang persetujuan termaklum dengan Wahida kerana beliau bertanggapan awal bahawa murid ini tidak mempunyai kes yang serius. Tingkah laku cikgu Aliz yang kurang beretika ini dapat dikaitkan dengan kod etika Lembaga Kaunselor. 4.3.1 Kod etika Lembaga Kaunselor Sekiranya cikgu Aliz merupakan seorang kaunselor berdaftar, jadi isu ini dapat dikaitkan dalam bahagian A.2.a iaitu persetujuan termaklum di dalam perhubungan kaunseling. Mengikut kes ini pula, Wahida merupakan murid bawah umur, jadi cikgu Aliz perlu mendapatkan kebenaran Wahida untuk melibatkan ibu bapa Wahida di dalam membuat keputusan menurut kesesuaian keadaan. Cikgu Aliz haruslah membincang perkara-perkara ini dengan Wahida melalui menerangkan persetujuan termaklum terlebih dahulu. Tetapi cikgu Aliz gagal membuat sedimkian.4.3.2 Cadangan Walaupun kanak-kanak bawah umur biasanya tidak boleh memberikan persetujuan awal untuk rawatan, mereka boleh memberikan persetujuan untuk kaunseling. Kebenaran terhadap rawatan menunjukkan bahawa kaunselor melibatkan klien minor dalam membuat keputusan mengenai penjagaan mereka sendiri. Jadi, cikgu Aliz hendak membuat persetujuan awal dengan Wahida sebelum menimbang risiko seperti kematian Wahida.

4.4 Tidak menjaga kebajikan klien Menurut Lembaga Kaunselor Malaysia, kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien mengikut cara-cara yang memupuk kepentingan dan kebajikan klien melalui jalinan hubungan yang sihat. Melalui kes tadi, cikgu Aliz menunjukkan tingkah laku yang tidak berminat menolong Wahida untuk mengatasi masalahanya tanpa membawa sebarang keancaman kepada Wahida. Ini dapat dikaitkan dengan kod etika Lembaga.4.4.1 Kod etika Lembaga Bahagian A.1.a. menunjukkan tanggungjawab utama iaitu tanggungjawab utama kaunselor ialah menghormati maruah dan memupuk kebajikan klien. Jadi sekiranya cikgu Aliz seorang kaunselor berdaftar, fokus utama beliau adalah untuk menolong kliennya dengan seikhlas hati dan bertanggungjawab atas kliennya. Tetapi cikgu Aliz mengendalikan kes Wahida secara tidak profesional iaitu tidak menepati etika kerahsiaan dan membawa kemudaratan kepada Wahida. Nampaknya, cikgu Aliz langsung tidak pernah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menolong Wahida dalam menyelesaikan masalah peribadinya. 4.4.2 Cadangan Cikgu Aliz harus bersikap kongruan dan bertanggungjawab atas Wahida walaupun dia murid miskin, pernah dirogol oleh abang kandungnya dan sebagainya. Beliau perlu menjalankan sesi dengan seikhlas hati untuk menolong Wahida ; bukan sekadar menyelesaikan masalahnya tanpa mengira keburukkan yang akan berlaku atas tingkah laku beliau. 4.5 Tidak memberitahu tentang kes ini kepada majikan GBK sekolah diperlukan untuk mengimbangi tanggungjawab etika dan undang-undang mereka dengan tiga pihak iaitu murid mereka, ibu bapa atau penjaga dan sistem sekolah. GBK sekolah perlu menyedari tentang tanggungjawab mereka untuk melindungi hak privasi murid terutamanya apabila guru atau guru besar meminta GBK mendedahkan maklumat pelajar. Oleh itu, perkara ini dikaitkan dengan PERKAMA. 4.5.1 PERKAMA Andaikan cikgu Aliz seorang kaunselor berdaftar, beliau seharusnya mengikut kod tatalaku D.7 iaitu kaunselor hendaklah memberitahu kepada majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya. Perkara ini menunjukkan apabila cikgu Aliz mengetahui Wahida mengalami situasi yang sangat tertekan dari segi emosi dan fizikal, beliau seharusnya membawa kes ini kepada guru besar dan ibu bapa Wahida terlebih dahulu. Tetapi cikgu Aliz menghebohkan isu ini kepada guru lain dalam keadaan tidak mengetahui langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah klien.4.5.2 Cadangan Cikgu Aliz seharusnya memberitahu tentang kes Wahida kepada guru besar dan ibu bapa Wahida tanpa membawa kemudaratan kepada klien. Pada masa yang sama, beliau perlu berbuat demikian dalam cara yang memimumkan pengancaman privasi seseorang pelajar dan menunjukkan penghormatan kepada klien. Oleh yang demikian, GBK diharapkan memikul tanggungjawab untuk menjalin hubungan kerjasama yang baik dengan ibu bapa dan kakitangan sekolah. 5.0 PENUTUPGBK yang mengamalkan segala etika yang ditetapkan akan membawa kepercayaan kepada klien untuk memberitahu isu sebenar yang terpendam dalam diri klien. Tidak kira GBK atau kaunselor, beliau seharusnya menjalankan sesi kaunseling berpandukan kepada etika kaunseling supaya dapat menyumbang kepada keberkesanan pengamalan kaunseling yang dijalankan.

1