12
Tugasan (2): Penulisan Akademik Berdasarkan satu kes kaunseling individu yang telah dikendalikan oleh guru kaunseling di sekolah, bincangkan aspek-aspek: i. Jelaskan latar belakang klien. Selepas kami berbincang dengan guru kaunseling di sekolah, kami mendapati klien tersebut merupakan : Maklumat Penerangan Gelaran A Jantina elaki Umur !2 tahun Masalah "egagalan #enga$al %mosi "emarahan (Anger #anagement) Tempoh masalah & tahun Anger #anagement boleh dikenali sebagai Pengurusan "emarahan' "emarahan adalah sebenarnya sesuatu yang normal, salah satu ekspresi emosi manusia' amun sekiranya ia berlakudalam situasi yang tidak terka$almaka ia pastiakan merosakkan, malah boleh menyebabkan masalah-masalah lain yang lebih kritikal ' #engikut pakar psikologi, marah adalah emosi sekunder' i belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya ya terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai' #arah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terka$al' Ahli psikologi r' *harles +pielberger mengatakan kemarahan adalah suatu keadaan emosional yang berbe a-be a dalam keamatan dari kesengsaraan .i$a yang ringan sehinggalah peringkat kemarahan yang terdedah secara melampau dan ganas'/ #enurut pandangan saya, marah itu adalah satu emosi yang terbangkit apabila sesuatu yang kita hargai atau sukai telah dibinasakan oleh orang lain' #arah, sekiranya tidak dika$al aka memba$a kepada perasaan dendam dan lain-lain' 0ntuk menyiapkan tugasan, saya telah meminta 1uru "aunseling untuk berkongsi pengalaman pengurusan kes-kes murid dengan saya' "lien A merupakan seorang murid yang menghadapi masalah pengurusan kemarahan' 1uru "aunseling telah menangani kes ini selama & tahun se.ak klien A bela.ar di Tahun ' Pada masa itu, klien A telah menun. 1

Edu Tugasan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Edu Tugasan 2

Citation preview

Tugasan (2): Penulisan AkademikBerdasarkan satu kes kaunseling individu yang telah dikendalikan oleh guru kaunseling di sekolah, bincangkan aspek-aspek: i. Jelaskan latar belakang klien.Selepas kami berbincang dengan guru kaunseling di sekolah, kami mendapati klien tersebut merupakan :Maklumat Penerangan

Gelaran A

Jantina Lelaki

Umur 12 tahun

Masalah Kegagalan Mengawal Emosi Kemarahan(Anger Management)

Tempoh masalah3 tahun

Anger Management boleh dikenali sebagai Pengurusan Kemarahan. Kemarahan adalah sebenarnya sesuatu yang normal, salah satu ekspresi emosi manusia. Namun sekiranya ia berlaku dalam situasi yang tidak terkawal maka ia pasti akan merosakkan, malah boleh menyebabkan masalah-masalah lain yang lebih kritikal. Mengikut pakar psikologi, marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal. Ahli psikologi Dr. Charles Spielberger mengatakan "kemarahan adalah suatu keadaan emosional yang berbeza-beza dalam keamatan dari kesengsaraan jiwa yang ringan sehinggalah peringkat kemarahan yang terdedah secara melampau dan ganas. Menurut pandangan saya, marah itu adalah satu emosi yang terbangkit apabila sesuatu yang kita hargai atau sukai telah dibinasakan oleh orang lain. Marah, sekiranya tidak dikawal akan membawa kepada perasaan dendam dan lain-lain. Untuk menyiapkan tugasan, saya telah meminta Guru Kaunseling untuk berkongsi pengalaman pengurusan kes-kes murid dengan saya. Klien A merupakan seorang murid yang menghadapi masalah pengurusan kemarahan. Guru Kaunseling telah menangani kes ini selama 3 tahun sejak klien A belajar di Tahun 4. Pada masa itu, klien A telah menunjukkan kemarahan yang tidak terkawal apabila dicetus dengan faktor-faktor tertentu. Akibatnya, klien A akan menjadi marah dan kehilangan waras serta menunjukan kelakuan yang agressif. Guru Kaunseling mendapati klien A mempunyai kecenderungan untuk berkelakuan agressif apabila kemarahan dicetuskan. Sudah beberapa kali klien A memukul rakan-rakan sekelasnya yang cuma ingin bergurau dengan dia. Tambahan, klien A mempunyai badan yang bersaiz besar daripada rakan-rakannya dan sekiranya dia melakukan kelakuan yang melampau, ini berkemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan berlaku. Selepas beberapa kali berlaku perkara tersebut, rakan-rakan sekelasnya mula mengesan tingkah laku klien A. Mereka telah mendapati bahawa klien A akan menjadi agressif apabila emosi kemarahan tercetus. Akhirnya, keadaan berkembang sehingga rakan-rakan sekelasnya mula berwaspada terhadap klien dan mengelakkan untuk bersembang dengan klien. Mereka juga melaporkan kes ini kepada pihak pentadbir sekolah. Akhirnya, masalah klien A ini mula diperhatikan oleh pihak sekolah dan Guru Kaunseling. Semasa klien A meneruskan pengajian ke Tahun 5, masalahnya telah menjadi lebih serius. Dia mula memukul rakan yang mengganggu dan menggurau dengan dia. Pada suatu hari semasa waktu rehat, kemarahan klien tercetus dan ini menyebabkan dia telah memukul rakannya dengan tidak terkawal. Selepas mengetahui insiden ini, Guru Kaunseling dan Guru Disiplin telah pergi ke kelas klien untuk memberhentikan tingkah laku ganas tersebut. Klien juga dibawa ke biik guru untuk menjalankan penyiasatan punca berlakuya insiden tersebut. Selepas penyiasatan, Guru Kaunseling mendapati bahawa kemarahannya tercatus sebab rakanya lawak terhadap dia. Perbuatan ini menyebabkan klien berasa sangat geram. Pada masa itu, klien hanya boleh melepaskan geram terhadap rakannya dengan cara melawan rakannya. Oleh sebab saiz badan klien agak besar dalam kalangan rakan-rakannya, malah rakan tersebut tidak berani untuk melawan balik. Rakan kelasnya pula serta merta untuk pergi melaporkan insiden kepada pihak sekolah. Selepas dibawa ke bilik guru, Guru Kaunseling mula mententeramkan emosi klien supaya boleh menjalankan penyoalan yang lebih lanjut. Guru kaunseling menyoal tentang perasaan dan pemikirannya semasa dia bertindak ganas. Guru kaunseling juga mengajar klien cara untuk mengawal emosi marah tersebut. Klien berjanji dengan Guru Kaunseling bahawa dia akan cuba menangani masalah emosi kemarahannya. Mereka juga membuat temu janji untuk tindakan susulan dari semasa ke semasa.Tetapi selepas beberapa kali ditahan oleh guru, klien masih gagal untuk mengawal emosi kemarahannya. Dia masih mengulangkan kesalahan yang sama iaitu melakukan tingkah laku yang agressif semasa emosi kemarahan tercetus walaupun diberi amaran. Akhirnya, Guru Kaunseling menyusul perkara tersebut dan membuat kesimpulan bahawa klien A telah mengalami masalah kegagalan menangani emosi kemarahan. Guru Kaunseling telah menyusul perkara klien kepada ibu bapanya dan menjemput mereka datang ke sekolah untuk berbincang kes klien. Selepas perbincangan dan pemahaman yang lebih dalam tentang masalah klien, Guru Kaunseling dapati walaupun klien berkecenderungan untuk menunjukkan tingkah laku agressif, tetapi klien tidak memukul ahli keluarganya malah sangat menyayangi dan melindungi ahli keluarganya. Selepas perbincangan dengan ibu bapa, guru kaunseling berpendapat bahawa klien mempunyai masalah pengurusan kemarahan. Klien A meneruskan pelajarannya ke Tahun 6. Klien A masih tidak suka orang lain menyatakan atau membincangkan tentang dia. Jika berbuat demikian, klien akan berasa marah lalu melakukan tingkah laku yang agressif. Sebab inilah rakan-rakan klien semakin menjauhi dia. Walaupun klien menghadapi masalah kesukaran dalam pengurusan kemarahan, tetapi dia seorang kanak, semua kanak perlu kawan untuk bermain. Apabila klien rasa kebosanan, klien mula mencari rakan untuk bermain. Sikap klien tersebut menyebabkan dia tidak digemari oleh rakan. Apabila klien dapati rakan bersindir dia, dia pun mula melakukan tingkah laku yang agresif terhadap rakannya. Masalah klien semakin hari semakin serius. Pada suatu hari, klien melepas geram dengan tanpa kawalan. Dia telah menjadi lebih agressif sehingga tiada orang dapat mendekatinya. Guru Kaunseling cuba mendekatinya dan cuba mengingatkan dia tentang perjanjian yang mereka pernah buat, tetapi gagal akhirnya. Klien tidak dapat berfikir secara rasional semasa kemarahan tercetus. Guru kaunseling terpaksa meminta pertolongan tiga orang guru lelaki untuk cuba memberhentikan perbuatan ganas klien. Selepas berjaya memberhentikan tingkah laku yang agresif itu, Guru Kaunseling cuba mententeramkan emosi klien. Guru kaunseling juga mengajar klien menggunakan pernafasan untuk menenangkan fikiran. Selepas klien menenangkan emosinya, barulah dia boleh berkomunikasi dengan biasa. Perkara ini berulang berlaku walaupun susulan dijalankan. Guru Kuanseling telah berbincang dengan ahli keluarga klien. Selepas perbincangan, ahli keluarga klien bersetuju untuk merujuk masalah klien kepada doktor kepakaran.

ii. Pilih salah satu teori kaunseling yang dipelajari, kaitkan dan analisa faktor-faktor yang menyumbang kepada pemasalahan klien.

Guru Kaunseling telah menyusulkan kes ini dengan menyatakan punca-punca berlakunya. Punca peristiwa ini dijejaskan oleh dua faktor utama, iaitu faktor kendiri dan faktor persekitaran.

Faktor pertama yang menjejas klien islah faktor kendiri. Faktor kendiri seperti karakter klien dan respons klien kepada rangsangan tingkah laku dan persekitaran telah menentukan sikap klien terhadap rangsangan luar. Sikap klien sangat sensitif, maka dia sangat peka terhadap tindakan orang lain terhadap diri sendiri. Jika dia merasai orang lain sedang mengutuknya dan menjauhkan dia, dia akan berasa sangat marah dan jika gagal mengawal emosi kemarahannya, maka dia akan bertindak dengan agresif. Klien juga terjejas dengan faktor persekitaran. Contoh faktor persekitaran datang daripada ibu bapa, rakan sebaya dan media massa. Dalam perbincangan, saya dapati klien sangat menyayangi dan melindungi ahli keluarganya. Jika terdapat orang lain mengumpat tentang ahli keluarga, maka dia akan kehilangan kesabaran dan bertindak ganas. Rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yeng mengakibatkan kegagalan pengurusan kemarahan klien. Interaksi antara klien dan murid akan merupakan kunci utama. Hal ini kerana klien akan bertindak kasar terhadap rakannya jika mereka menunjukkan sikap tidak bertolak ansur, tidak menghormati dan mengurau terhadap klien. Faktor akhir ialah faktor media massa. Pada zaman ini, television menjadi alat komunikasi yang utama dalam kehidupan kita. Kita menerima maklumat terbaru dari program television. Walaupun television memberi kita maklumat terkini, tetapi unsur-unsur yang tidak sihat seperti keganasan juga tersebar melalui program television yang tertentu terutamanya dari wayang. Kanak-kanak tidak tahu membeza unsur-unsur yang positif dan negatif. Jadi, kanak-kanak mungkin rasa menyelesaikan masalah dengan keganasan adalah perbuatan seorang wira. Bagi kes ini, mungkin klien terserap unsur keganasan semasa menonton wayang-wayang dan ini menyebabkan dia cenderung terhadap penggunaan keganasan untuk menyelesaikan masalahnya.Untuk menyelesai masalah emosi klien, saya telah memilih Teori Terapi Tingkah Laku, atau dikenali sebagai Behavioris. Behaviorisme melihat kecelaruan psokologi sebagai akibat ketidakbolehan membuat pengubahsuaian selepas pembelajaran. Behaviorisme mengandaikan bahawa semua tingkah laku dipelajari dari persekitaran dan tanda-tanda yang diperoleh adala melalui pelaziman klasik dan operan. Teori ini dianggap sebagai kognitif kerana ia mengambil kira peristiwa yang berkaitan dengan pemikiran dan perasaan. Kini, teori ini menjadi asas kepada psikoterapi yang dikenali sebagai Cognitive-Behavioral Therapy or CBT.Berdasarkan kepada teori yang dinyatakan di atas, klien dipercayai telah mempelajari tingkah laku daripada sekitar untuk bertindak kasar. Apabila klien berasa marah, klien hanya akan dijejas oleh pemikirannya yang mendorong klien untuk bertindak kasar. Sikap yang terbentuk akibat persekitarannya telah mengannggukan dia untuk membuat keputusan semasa emosi kemarahan. Saya tekah memilih teori ini untuk menangani kes ini sebab klien selalu melakukan tingkah laku yang di luar dugaan semasa kegagalan pengurusan kemarahannya. Jadi, tingkah laku yang positif ini harusah diutamakan dan perlu dibentuk dalam karakter klien. Mengikut teori kognitif tingkah laku, orang yang marah mempunyai cara berfikir yang berbeza dari orang yang tidak marah. Klien mungkin mengganggap bahawa marah merupakan cara yang menunjukkan perasaannya. Klien juga mengganggap marah dan bertindak kasar merupakan satu perlindungan bagi diri sendiri dan menjadikan diri lebih hebat dan selamat. Tetapi, orang yang marah sering membuat interpretasi yang salah dan negatif. Pemikiran ini telah menjuruskan mereka untuk beranggapan bahawa sesuatu situasi itu adalah lebih teruk daripada perkara yang sebenarnya. Selain itu, interpretasi yang salah juga mungkin menyebabkan mereka melakukan tindakan yang salah seperti gaduh.Selepas berbincang dengan klien, saya dapati klien akan berasa kesal selepas bertindak kasar terhadap rakannya, tetapi sampai masa dia berasa marah, dia tidak dapat mengawal kemarahannya sehingga bertindak kasar. Klien akan kehilangan kawal untuk memukul rakannya sehingga kemarahan dia reda. Masalah ini telah menyebabkan klien sering pandang rendah terhadap diri sendiri. Menurut ahli-ahli terapi, pemikiran dan perasaan adalah sukar untuk diukur. Oleh itu, tumpuan seharusnya ditumpukan kepada tingkah laku klien. Bandura telah menekankan bahawa fokus ke atas rangsangan dan tindak balas adalah terlalu mudah untuk menerangkan kerumitan pemikiran dan tingkah laku manusia. Mereka juga percaya bahawa tingkah laku yang dysfunctional adalah disebabkan oleh pemikiran yang dysfunctional dan pemikiran dibentuk oleh kepercayaan individu. Merujuk ke atas, kita boleh menyataka kepercayaan menentukan cara seorang individu bertindak. Oleh itu, untuk membentuk kepercayaan yang positif dalam karakter klien, klien boleh dipujuk untuk berfikir secara konstruktif dan tidak berfikiran secara negatif. Bandura juga menyatakan peranan kognisi ke atas pembelajaran. Proses kognisi akan terbentuk melalui pemerhatian terhadap model-model tertentu. Selepas pemerhatian, pemerhati boleh menggunakan simbol-simbol tertentu untuk mewakili tingkah laku yang dilakukan oleh model. Pendapat Bandura ini terkandung dalam konsep penentuan recipocal (recipocal determinism). Bagi kes ini, klien telah menyatakan bahawa dia ternampak guru merotankan murid-murid yang nakal apabila marah. Jadi, dia tidak rasa salah untuk bertindak kasar. Tetapi selepas analisa daripada Guru Kaunseling, klien telah memahami bahawa guru merotan murid-murid yang nakal bertujuan untuk meneguh tingkah laku yang tidak baik, bukanlah untuk melepaskan geram. Kesimpulannya, klien yang mengalami kegagalan mengawal tingkah laku apabila marah telah menunjukkan kecelaruan psikologi dia. Semasa klien berasa marah, klien gagal membuat keputusan yang rasional untuk bertindak. Dia hanya mahu bertindak ganas untuk melegakan kemarahannya. Jadi, kecelaruan psikologi ini perlu bantuan guru untuk membimbing klien menyelesaikan. Guru telah membuat beberapa senarai untuk menguji perkara yang akan menyebabkan kemarahan klien dan menjadikan klien bertindak ganas. Guru telah membuat rumusan tentang tingkah laku dan kegagalan mengawal emosi adalah masalah klien yang perlu ditangani dengan segara melalui bantuan kepakaran seperti doktor psikologi. Jadi, berdasarkan kepada kenyataan di atas, saya berpendapat bahawa terapi Tingkah laku ini adalah berguna dalam mengubati kecelaruan dengan psikologi yang tidak terkawal terutamanya seperti ketidakupayaan untuk mengawal kemarahan.

iii. Jika anda sebagai kaunselor yang mengurus kes tersebut, bincangkan matlamat sesi dan beri justifikasi anda.

Jika saya sebagai kaunselor yang menguruskan kes ini, saya akan mengadakan aktiviti berdialog dengan klien A. Matlamat aktiviti berdialog ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Semasa menjalankan dialog, saya akan memahami sebab klien A melakukan perbuatan ganas tersebut. Selain itu, saya juga akan memberitahu murid A terhadap tanggungjawab yang harus ditanggung terhadap mangsa-mangsa yang dicederakan olehnya. Klien A bertindak ganas sebab dia tidak sedar tentang tanggungjawabnya jikalau tercedera orang lain. Bagi klien A, dia anggap jika melakukan sesuatu perbuatan jahat, dia tidak perlu memikul sebarang tanggungjawab sebab orang lain seperti ibu bapa dan guru-guru di sekolah akan menolongnya untuk menguruskan hal tersebut. Sebaliknya jika klien A sedar bahawa dia perlu menanggung kesalahan yang dibuat, maka dia akan berfikir dahulu sebelum bertindak ganas. Apabila seseorang klien melahirkan satu perasaan yang menyakitkan dirinya, maka dia kelihatan akan cuba lari dari perasaan tersebut. Oleh itu, kaunselor boleh menggalakkan kliennya untuk terus meneroka perasaan yang menyakitinya supaya dapat terus merasai dan terus mengalaminya. Dalam sesi ini, saya akan meminta klien A berani untuk menghadapi masalah perasaan yang tidak diingini iaitu kemarahan. Saya akan menjelaskan bahawa setiap orang memiliki perasaan yang berbeza-beza dan tidak menjadi kesalahan jika mempunyai perasaan marah, takut dan lain-lain lagi. jikalau klien dapat menguruskan kemarahannya dengan baik, maka klien boleh mempunyai kehidupan yang normal. Semasa proses klien merasa kemarahannya, saya akan mewujudkan keadaan yang akan akan mencetus kemarahan klien A. Saya akan membimbing klien mengurus emosinya supaya dia boleh berfikir positif dan bertindak rational. Saya juga akan memberitahu klien A jika dia gagal mengawal perasaan marahnya, maka ia akan menghalang dia daripada mencapai kejayaan dalam kehidupannya pada masa depan. Sekiranya murid A dapat menghadapi perasaan marah dan dapat dikawal dengan baik, maka murid A dianggap sebagai seorang yang sempurna dalam kehidupannya.Sebagai seorang kaunselor, saya akan cuba mendekati klien A supaya dapat menjadi kawan baik klien A. Mula-mulanya, saya akan mewujudkan perhubungan yang mesra antara saya dengan klien. Kemudian, saya akan cuba meminta klien A untuk mengatakan tentang masalah diri sendiri. Sekiranya murid A sanggup berkongsi masalah dengan saya, saya akan cuba menganalisasi masalahnya dengan klien untuk mendapat keyakinan daripada klien. Kemudian, saya akan membimbing klien A untuk berani menghadapi perasaan kemarahannya. Saya juga akan mengajar klien A cara-cara yang betul dan berkesan untuk meluahkan perasaannya seperti berbincang dengan guru kaunselor, menggongsi perasaan dalaman dengan kawan baik, menenangkan hati dengan bernafas dalam dan sebagainya. Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati klien A supaya tidak memendamkan perasaannya sepanjang masa sebab sekiranya masalah dipendamkan dalam hati, kita akan terasa ketidakselesaan dan lama kelamaan berkemungkinan besar akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit sakit jiwa dan penyakit mental. Selain itu, saya juga akan membimbing klien A untuk memahami situasi orang lain dengan cara menukar peranan. Saya akan mengarah klien A untuk menukar peranan dengan mangsa-mangsanya yang tercedera sebab tindakan ganas klien. Melalui aktiviti tukar peranan ini, klien A boleh memahami perasaan rakan-rakannya yang dipukul oleh klien A. saya juga akan menyurug klien cuba merasa kesakitan yang ditimpa oleh mangsa-mangsa pada bahagian badan yang tercedera. Sekiranya murid A memahami perasaan tersebut, dia akan insaf terhadap perbuatannya dan akan cuba memikir perasaan orang lian sebelum bertindak ganas. Akhir sekali, saya akan meminta klien A bersama-sama untuk membuat satu kontrak. Tujuan membuat kontrak adalah untuk mendisiplinkan klien A supaya tidak menggulangi tingkah laku yang ganas tersebut. Semasa menentukan syarat-syarat kontrak, saya akan meminta pendapat klien A supaya syarat-syarat yang dikuatkuasakan adalah adil dan tanpa paksaan. Selepas penentuan syarat-syarat, saya akan menyenaraikan syarat-syarat dalam kotrak dan disertai dengan dendaan yang akan dikenakan jikalau klien A melanggar syarat-syarat tertentu. Kemudian, saya akan menyediakan 2 set kontrak dan meminta klien A untuk menandatangani di atas kontrak tersebut. 1 set kontrak akan diberi kepada klien sebagai pengingatan, san 1 set lagi disimpan oleh saya sebagai bukti. Malalui cara ini, saya bukan sahaja boleh mendisiplinkan klien, tetapi juga dapat memupuk sifat tanggungjawabnya. Sekiranya klien A melanggar mana-mana satu syarat yang telah disenaraikan dalam kontrak, maka dia hendak menerima dendaan seperti yang disertai bersama kontrak dan tidak boleh melawannya. Dengan menggunakan cara ini, klien A akan berfikir dahulu sebelum bertindak ganas.

4.0 PENUTUPPembangunan dan perkembangan yang sedang dialami oleh Negara telah mengundang pelbagai perubahan serta kesan sampingan kepada masyarakat. Perkembangan dan kemajuan telah menimbulkan pelbagai kesan sosiopsikologikal kepada masyarakat. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang sangat penting supaya dapat membantu kita dalam pengurusan kehidupan serta mencari kesejahteraan dan keseimbangan dalam kehidupan.Pada zaman terkini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah diperkenalkan dan diterapkan dalam sistem pendidikan Negara. Bimbingan dan Kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional. Proses menolong ini melibatkan interaksi sekurang-kurangnya dua orang. Dalam terma kaunseling, orang yang menolong digelar kaunselor dan orang yang ditolong digelar klien. Kaunselor bertindak membantu klien meneroka aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah baginya. Menjadi seorang kaunselor bukanlah satu kerja yang senang. Seorang kaunselor perlu menguasai kemahiran-kemahiran yang tertentu dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan, maka ia mengakibatkan kehilangan keyakinan dan kepercayaan klien terhadap kaunselor.Selain menguasai kemahiran-kemahiran, seorang kaunselor juga harus mempunyai personaliti yang positif. Kaunselor perlu mempuyai personality yang positif supaya klien boleh berasa mesra semasa proses bimbingan dan kaunseling dijalankan. Contoh-contoh personaliti positif yang harus dipegang oleh seorang kaunselor ialah mesra, jujur, prihatin, berempati dan lain-lain lagi.Sebagai kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam sekolah. Setiap guru haruslah menguasai kemahiran kaunseling yang asas supaya guru boleh mengatasi masalah murid-murid sebelum masalah tersebut berkembang besar.

13