12
1 RATIGA A/P DADAYAN TEKNIK MENGENAL HURUF KECIL DALAM BENTUK KUMPULAN (TEMTTP) KEPADA MURID MASALAH PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH DAERAH GOMBAK: MEMPENGARUHI KUALITI TULISAN KEMAS RATIGA DADAYAN Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu KM 11 Jalan Gombak,Kuala Lumpur 53000 Selangor ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu 20 orang murid masalah pembelajaran dari Tahun 1 SK Sungai Pusu,Gombak bagi mengenal huruf kecil a-z dalam bentuk kumpulan “TEMTTP” iaitu BerTiang, BerEkor, Melengkung, Tajam, dan Titik Pendek. Antaranya adalah 7 Huruf Bertiang ( b / d / f / h / k / l / t ), 5 Huruf Berekor ( g / j / y / p / q ), 9 Melengkung ( a / c / o / e / u / s / m / n / r ), 4 Huruf Tajam ( v / x / w / z ), 1 Huruf Titik Pendek ( i ) yang dikenali “ TEMTTP”. Seramai 20 orang murid dari tahun 1 telah dipilih sebagai sampel bagi menggunakan teknik pembelajaran huruf kecil TEMTTP” yang saya hasilkan.Sepanjang penggunaan teknik huruf kecil “ TEMTTPtelah membawa perubahan kepada kekemasan tulisan murid secara tidak langsung. Contoh guru hanya memberi arahan ”huruf ekor cara menulis ekor kebawah” dalam buku garis satu dan garis tiga. Maka murid tidak akan menghadapi konflik semasa menulis huruf tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan teknik huruf kecil TEMTTP” ini boleh diteruskan pada masa akan datang bagi membantu murid lain yang belum dapat menguasai kebolehan mengenali huruf. 1.1 PENGENALAN

proposal pemulihan khas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: proposal pemulihan khas

1

RATIGA A/P DADAYAN

TEKNIK MENGENAL HURUF KECIL DALAM BENTUK KUMPULAN (TEMTTP) KEPADA MURID MASALAH PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH DAERAH GOMBAK: MEMPENGARUHI KUALITI TULISAN KEMAS

RATIGA DADAYAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu

KM 11 Jalan Gombak,Kuala Lumpur

53000 Selangor

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan untuk membantu 20 orang murid masalah pembelajaran

dari Tahun 1 SK Sungai Pusu,Gombak bagi mengenal huruf kecil a-z dalam bentuk

kumpulan “TEMTTP” iaitu BerTiang, BerEkor, Melengkung, Tajam, dan Titik Pendek. Antaranya adalah 7 Huruf Bertiang ( b / d / f / h / k / l / t ), 5 Huruf Berekor ( g /

j / y / p / q ), 9 Melengkung ( a / c / o / e / u / s / m / n / r ), 4 Huruf Tajam ( v / x / w / z ),

1 Huruf Titik Pendek ( i ) yang dikenali “TEMTTP”. Seramai 20 orang murid dari tahun 1

telah dipilih sebagai sampel bagi menggunakan teknik pembelajaran huruf kecil

“TEMTTP” yang saya hasilkan.Sepanjang penggunaan teknik huruf kecil “TEMTTP”

telah membawa perubahan kepada kekemasan tulisan murid secara tidak langsung.

Contoh guru hanya memberi arahan ”huruf ekor cara menulis ekor kebawah” dalam

buku garis satu dan garis tiga. Maka murid tidak akan menghadapi konflik semasa

menulis huruf tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan teknik huruf kecil

“TEMTTP” ini boleh diteruskan pada masa akan datang bagi membantu murid lain

yang belum dapat menguasai kebolehan mengenali huruf.

1.1PENGENALAN

Page 2: proposal pemulihan khas

2

RATIGA A/P DADAYAN

Konsep mengenal huruf bukan satu perkara yang mudah untuk dikenalkan terutama

pada murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Pengajaran mengenal huruf

adalah rumit dan bukan semudah dengan menyanyikan “ABCD” sahaja. “Research

suggests that a child’s knowledge of the alphabet is one of the best predictors of his or

her success in early reading” (Betty, 2009). Ternyata bahawa penguasaan huruf adalah

penting bagi menghasilkan seorang murid yang berjaya dalam menguasai “Literasi”

baik dari segi membaca dan menulis.

Malah dalam satu kajian Rahmalizah Ali,2009 telah menyatakan jumlah yang

tidak tahu membaca di Malaysia adalah semakin membimbangkan. Pada tahun 2006,

seramai 138,271 orang murid atau 35.52% murid tahun satu di Semenanjung Malaysia

tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-kawasan luar bandar di

Sabah dan Sarawak. Perkara ini harus dipandang serius kerana apabila seseorang

murid itu tidak boleh membaca bermakna mereka tidak menguasai sukukata. Manakala

sukukata adalah penghasilan daripada 26 huruf. Ini bermakna sekiranya murid ini

membaca, murid itu perlulah menguasai huruf terlebih dahulu

Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi

impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Mengikut Kamus Dewan

(Edisi Ke-4:2007), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga

pengasuh. Dalam tahun 1983, Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha

asas pendidikan, yang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas 3M dan

penekanan telah diberikan kepada pendidikan pemulihan (Jabatan Pendidikan Khas,

Edisi Ke2, 2006).

Program Pemulihan ini adalah bertujuan membantu murid-murid yang

menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M

(Menulis,Membaca,Mengira) iaitu buta huruf. Kesinabungan itu kerajaan telah menjawat

Guru Pemulihan bagi membantu menyelesaikan masalah buta huruf dikalangan murid

diperingkat awal persekolahan lagi. Sebagai guru pemulihan perlulah kreatif dalam

Page 3: proposal pemulihan khas

3

RATIGA A/P DADAYAN

menjalankan pengajaran bagi murid yang menghadapi masalah pembelajaran

terutamanya mengenalkan huruf sebagai primary utama sebelum meneruskan kepada

bahagian bacaan suku kata.

Huruf adalah kemahiran pertama yang akan dikenalkan pada peringkat awal

persekolahan seseorang murid itu. Guru akan memastikan murid menguasai 26 huruf

dan memahami bentuk setiap huruf agar mereka mempunyai keyakinan untuk

meneruskan kemahiran seterusnya. Namun objektif tersebut masih tidak tercapai

disebabkan kebolehan murid adalah berbeza. Oleh itu, satu teknik baru telah

digunakan dalam mengenal huruf kecil iaitu “BerTiang, BerEkor, Melengkung, Tajam,

Titik Pendek” (TEMPTT), dalam bentuk kumpulan bagi murid masalah pembelajaran ini.

Kajian teknik ini didapati menyenangkan murid yang menghadapi masalah

pembelajaran untuk mengikuti kemahiran mengenal huruf kecil dengan baik pada

jangka masa yang minimum berbanding mengenal huruf kecil dengan kaedah biasa

iaitu “a b c d e f g h i j k l m n o p r s t u v w x y z”. Malah teknik huruf kecil “TEMTTP”

dalam kumpulan mampu menghasilkan sebuah tulisan cantik pada murid masalah

pembelajaran ini diakhir pengenalan semua huruf kecil.

Teknik mengenal huruf kecil dalam kumpulan “TEMTTP” telah memberi keyakinan

dimana murid SKSP, Gombak telah berjaya mengenal semua huruf pada jangka masa

2 bulan walaupun murid-murid tersebut menghadapi masalah pembelajaran yang

lemah. Bentuk-bentuk huruf yang dijadikan dalam kumpulan telah menarik perhatian

murid dan secara psikologi saya dapat membawa pemikiran positif bahawa mengenal

huruf kecil adalah mudah pada diri murid tersebut.

Teknik ini menjadi berjaya lagi apabila disokong oleh satu kenyataan Buku

Panduan Pelaksanaan Pengamatan Pemulihan (Jabatan Pendidikan Khas, Edisi Ke2,

2006) iaitu, murid mula sedar tentang keadaan sesuatu benda yang dilihat pada usia

lima bulan. Kesedaran itu datang secara berperingkat-peringkat. Mereka juga mula

memahami sesuatu benda dengan bentuk. Disebabkan, bentuk memainkan peranan

dalam memudahkan penaklukan murid, maka kajian dengan mencipta beberapa

Page 4: proposal pemulihan khas

4

RATIGA A/P DADAYAN

kumpulan bagi huruf-huruf kecil tersebut jelas murid dapat menguasai sepenuhnya.

Dengan itu, sasaran utama guru terhadap murid masalah pembelajaran adalah

kejayaan murid dalam menguasai sepenuhnya dalam mengenal huruf kecil serta teknik

tersebut membawa kepada perubahan tulisan yang kemas.

1.2 Penyataan MasalahGuru Pemulihan Khas merupakan pembimbing, pemudahcara dan pendidik untuk

murid-murid masalah pembelajaran di sekolah. Peranan guru pemulihan khas dalam

pembentukan murid buta huruf kepada murid arus perdana yang mampu berdikari dari

segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Pengetahuan guru pemulihan dalam

melihat kesukaran pengamatan murid penting kerana murid pemulihan merupakan

kumpulan murid yang menghadapi pelbagai masalah pembelajaran antaranya lambat

membuat sesuatu pengolahan, cepat lupa, lambat sekali untuk menukar tumpuan

perhatian dari satu situasi kepada situasi yang lain, berfikir terlalu lama untuk membuat

sesuatu kerja dan membuat kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti (Jabatan

Pendidikan Khas, Edisi Ke2, 2006).

Guru kebiasaanya akan cenderung menggunakan kaedah biasa dalam mengenal

huruf maka masalah menguasai huruf tidak akan berkurang dan selesai. Guru juga

sibuk dengan kerja-kerja sampingan sehingga tidak fokus cara atasi masalah dalam

mengenal huruf kepada murid ini. Sekiranya guru kurang celik mengenai cara atau

teknik pengajaran berlainan dalam mengenal huruf kecil yang bersesuaian dengan

keupayaan murid, maka pembelajaran didalam kelas tidak akan berkesan. Guru perlu

sentiasa menambahkan pengetahuan agar dapat melakukan ubahsuaian terhadap

proses pengajaran. Faktor ini akan menjadi cabaran untuk guru dalam melaksanakan

pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

1.3 Tujuan / ObjektifKajian ini bertujuan melihat sejaumanakah teknik baru dalam mengenal huruf kecil

secara kumpulan “TEMTTP” dapat berjaya memudahkan penerima dan tenaga

Page 5: proposal pemulihan khas

5

RATIGA A/P DADAYAN

pengajar. Oleh itu Menurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama

pelaksanaan sesuatu kajian tindakan. Pertama penambahbaikan, yang melibatkan tiga

perkara iaitu:

i)penambahbaikan terhadap amalan

ii)penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal

iii)penambahan terhadap situasi di mana amalan diamalkan

Kedua tujuan kajian adalah melibatkan diri, di mana ia merujuk kepada penglibatan

pengamal yang mengamal sesuatu bidang.Ini bermakna, tujuan kajian bukan sahaja

membantu memahami amalan serta menambah baik sesuatu teknik, malah membantu

menyesuaikan teknik tersebut dengan perubahan yang berlaku di luar. Antara objektif

yang difokus adalah

i) Memastikan tempoh masa murid masalah pembelajaran dapat menguasai

sepenuhnya 26 huruf dengan teknik “TEMTTP”.

ii) Kajian ini juga akan menilai tahap kesanggupan guru melakukan ubahsuai

terhadap pengajaran di dalam mengenal huruf kecil.

iii) Mengkaji sejauhmana teknik mengenal huruf kecil dalam bentuk kumpulan

“TEMTTP” membantu membentuk tulisan kemas.

1.4 Persoalan KajianPersoalan utama dalam kajian ini ialah :

i. Adakah teknik mengenal huruf kecil dalam bentuk kumpulan “TEMTTP”

mampu menarik kefahaman murid dalam mengenal abjad?

ii. Adakah guru-guru bersedia mengenalkan cara baru dalam mengenal

huruf kecil kepada murid masalah pembelajaran?

iii. Adakah tulisan murid dapat dikemaskan dengan menggunakan teknik

“TEMTTP”

1.5 Kerangka TeoriBagi tujuan mengenalpasti teknik “TEMTTP” berkesan dan mampu memberi impak

yang cepat kepada murid masalah pembelajaran dalam mengenal huruf kecil, model

Page 6: proposal pemulihan khas

6

RATIGA A/P DADAYAN

Kemmis dan Mctaggart (1998) telah digunakan. Model ini dirasakan adalah bersesuaian

dengan kajian ini kerana model ini diketengahkan kepada empat fasa perkembangan

utama seperti rajah 1 dibawah;

Rajah 1 : Model Penyelidikan Tindakan oleh Kemmis dan Mctaggart (1988)

Fasa 1:

Menyediakan satu pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku.

-iaitu menyediakan teknik mengenal huruf “TEMTTP” untuk mengubah teknik

pembelajaran lama dalam mengenal huruf

Fasa 2:

Bertindak ke atas/ mengikut pelan tersebut

-Menjalankan pengajaran dan pembelajaran terhadap murid bermasalah pembelajaran

dalam mengenal huruf kecil.

Fasa 3:

Memerhatikan kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ianya

berlaku. Memerhati sejaumanakah penguasaan murid dalam memahami huruf kecil

tersebut.

Fasa 4: Membuat refleksi

-Membuat catatan refeksi bagi membuat penambahbaikan.

TINJAUAN / REFEKSI AWAL

REFEKSI PERANCANGAN

PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN

Page 7: proposal pemulihan khas

7

RATIGA A/P DADAYAN

Model yang sama juga akan digunakan bagi melihat kualiti tulisan murid dalam masalah

pembelajaran ini dengan mengunakan teknik huruf kecil dalam kumpulan “TEMTTP”.

Menurut mereka lagi, keempat-empat fasa tersebut merupakan sebahagian daripada

pusingan atau kitaran yang berterusan. Ini bermakna, refleksi secara kritikal yang

berlaku dalam Fasa 4 menyediakan asas kepada menyediakan pelan tindakan dan

refleksi seterusnya.

1.6 Metodologi KajianReka bentuk kajian ini adalah lebih berfokuskan kepada kaedah pemerhatian turut serta

dan pemerhatian tidak turut serta. Berdasarkan teori Model Kemmis dan Mctaggart

(1998), pemerhatian akan dijalankan sewaktu pengajaran dalam bilik darjah bersama

guru dan murid masalah pembelajaran.

PEMERHATIAN TURUT SERTA-akan melibatkan penyelidik berinteraksi dengan murid-murid tersebut cara mempelajari

teknik pengenalan huruf-huruf kecil dalam bentuk kumpulan (TEMTTP). Penyelidik juga

akan berada dalam dua situasi pemerhatian turut serta.

PEMERHATIAN TIDAK TURUT SERTAPenyelidik tidak akan terlibat sewaktu P&P mengenal teknik huruf-huruf kecil dalam

bentuk kumpulan (TEMTTP), tetapi hanya sekadar memerhati pengajaran yang

dijalankan oleh guru-guru kepada murid masalah pembelajaran di bilik darjah masing-

masing.

PENSEMPELAN SISTEMATIK

Page 8: proposal pemulihan khas

8

RATIGA A/P DADAYAN

Rajah 2: Pensempelan SKSP

Sampel ialah kumpulan murid yang dipilih iaitu murid masalah pembelajaran di

SKSP, Gombak yang menjadi sumber informasi yang diperlukan untuk mengkaji.

Seramai 20 orang murid dari tahun 1 SKSP telah dipilih menjadi sampel kajian.

Pemilihan akan dijalankan mengikut strategi iaitu melalui penialai Ujian Saringan yang

dijalankan pada awal sesi persekolahan murid tahun 1 SKSP.

SOAL SELIDIK

Aspek-aspek dalam teknik pengenalan huruf-huruf kecil dalam bentuk kumpulan

(TEMTTP) serta pengaruh dalam membentuk tulisan kemas akan dijalankan terhadap

guru-guru tahun 1 yang menjalankan Teknik “TEMTTP”. Jenis soal selidik yang dipilih

adalah Soalan Tertutup dimana ia mempunyai soalan jenis berstuktur pilihan tetap atau

alternatif yang sudah disediakan oleh penyelidik. Soalan tertutup lebih popular dalam

kajian kerana ia mewujudkan satu keseragaman dalam jawapan.

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Murid Tahun 1

Sampel Murid Masalah Pembelajarn

Page 9: proposal pemulihan khas

9

RATIGA A/P DADAYAN

Aspek-aspek dalam teknik pengenalan huruf-huruf kecil dalam bentuk kumpulan

(TEMTTP) serta pengaruh dalam membentuk tulisan kemas dianalisa mengikut model

Penyelidikan Tindakan oleh Kemmis dan Mctaggart (1988).

BIL NAMA HURUF

TIANG

HURUF

TAJAM

HURUF

MELENGKUN

G

HURUF

BEREKOR

BERTITIK

PENDEK

MInggu

Pertama

1 Fahim *

2 Tengku * *

3 Syimeir * *4 Wahidah * *5 Nureliya * *6 Hafiz * *7 Haziq *

8 Iman * *9 Ayuni * *10 Hunain * *Jadual 1: Menganalisa tahap pencapaian mengikut mingguan.(Minggu 1)

Penguasan murid dalam masa 5 Minggu:

Minggu 1 :  Huruf Bertiang

Minggu 2 :  Huruf Tajam

Minggu 3 : Huruf Melengkung

Minggu 4 : Huruf Berekor

Minggu 5 : Huruf Bertitik Pendek

** Guru menanda huruf yang telah dikuasai oleh murid.

Page 10: proposal pemulihan khas

10

RATIGA A/P DADAYAN

Nama b d k l f t h v w x z i

Fahim / / / /

Tengku / / / / / / / / / / /

Syimeir / / / /

Wahidah / / / / / / /

Nureliya /

Hafiz /

Haziq /

Iman / / /

Ayuni /

Hunain

Jadual 2: Huruf-huruf kecil yang telah dikuasai

Page 11: proposal pemulihan khas

11

RATIGA A/P DADAYAN

Data kajian ini akan diproses dan dianalisis mengunakan SPSS (Statistical Product and

Service Solutions) versi 21.0 dengan menggunakan ANOVA (“Analysis of Variance”)

untuk membezakan min 4 bidang pendidikan yang telah ditentuka

1.7 Rangka Jadual Kerja

Semester Perancangan

Semester 1 Memahami penyataan masalah dan melakukan

perbincangan.

Melakukan pemerhatian terhadap murid masalah

pembelajaran di SKSP, Gombak.

Merancang dan membina soalan-soalan mengenai kaji

selidik.

Semester 2 Mengagihkan dan mengutip kembali kaji selidik dari guru-

guru tahun 1 Bahasa Malaysia SKSP

Semester 3 Mengumpul,memasukkan dan menganalisis data

menggunakan SPSS.

Semester 4 Membuat rumusan dan membentangkan hasil kajian.

1.8 Kepentingan JadualJadual rangka kerja ini akan dilaksanakan mengikut perancangan agar segala

maklumat dapat dikutip dan dianalisis mengikut masa. Tempoh perlaksanaan perlu

dijalankan secara teratur dengan mengambilkira kesediaan guru-guru tahun 1 untuk

menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini memerlukan kerjasama guru-guru dalam

membantu murid masalah pembelajaran dalam teknik mengenal huruf-huruf kecil dalam

teknik “TEMTTP”

1.8 Rujukan

Page 12: proposal pemulihan khas

12

RATIGA A/P DADAYAN

Kamus Dewan Bahasa Pustaka, edisi ke-4 (2007). Dawama Sdn.Bhd.

Morhaini Yusuf (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur :

Karya Bestari.

Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan. Selangor: Pearson Prentice Hall.

Tajul Azhar Bin Abdul Wahab. (2006). Kenali Abjad : Buku Koleksi Kertas Kerja

Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms 199

Yahya Othman. (2004).Mengajar Membaca: Teori dan aplikasi.Bentong: PTS

Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Zaidatun Tasir & Cecelia Likun. Perisian Multimedia bagi Pembelajaran Mengenal Huruf

dan Nombor untuk pelajar Prasekolah

Internet

http://alphabetadventurekindergarden.wordpress.com/introduction

http://kimvaughn.wordpress.com/literature-review

Literature

1. Literature Review (2010) Every Children Ready to read.

2. Developing Early Literacy Skill: A Meta-Analysis of Alphabet

3. Reading Disabilities: Why Do some Children Have Difficulty Leraning to Read?

What Can Be Done About It?

4. The Origin of Alphabet by F.F Bruce, Esq., M.A