4
Aplikasi model Model ASSURE Heinich, Molenda dan Russell (1982) Model ASSURE Model ini memberi tumpuan pada perancangan persekitaran bilik darjah menggunakan media dalam keadaan sebenar. Model ini adalah sebagai petunjuk kepada proses, sistem dan reka bentuk pengajaran. Model ASSURE digunakan oleh guru bagi merancang pengajaran setiap hari di dalam bilik darjah dengan menggunakan media. Model ASSURE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang boleh dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan pemilihan sesuatu media pengajaran. ASSURE ialah akronim bagi menghuraikan prosedur dalam pemilihan dan penggunaan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen yang dapat dihuraikan berpandukan tiap-tiap huruf berikut: A – analisis pelajar S – menyatakan objektif S – memilih kaedah, media dan bahan U – menggunakan media dan bahan R – memerlukan penyertaan murid E – menilai dan mengulangkaji Aplikasi model ASSURE dalam pengajaran dan pembelajaran

Tugasan 2 Model

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan 2   Model

Aplikasi model

Model ASSURE Heinich, Molenda dan Russell (1982)

Model ASSURE

Model ini memberi tumpuan pada perancangan persekitaran bilik darjah menggunakan media dalam keadaan sebenar. Model ini adalah sebagai petunjuk kepada proses, sistem dan reka bentuk pengajaran. Model ASSURE digunakan oleh guru bagi merancang pengajaran setiap hari di dalam bilik darjah dengan menggunakan media. Model ASSURE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang boleh dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan pemilihan sesuatu media pengajaran.

ASSURE ialah akronim bagi menghuraikan prosedur dalam pemilihan dan penggunaan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen yang dapat dihuraikan berpandukan tiap-tiap huruf berikut:

A – analisis pelajar

S – menyatakan objektif

S – memilih kaedah, media dan bahan

U – menggunakan media dan bahan

R – memerlukan penyertaan murid

E – menilai dan mengulangkaji

Aplikasi model ASSURE dalam pengajaran dan pembelajaran

1. Analisis PelajarTingkatan : 2Bilangan : 30 orang pelajarJantina : Semua pelajar perempuanKaum : Semua kaum cinaTahap Kecerdasan : Pelbagai

Analisis Pelajar

Tentukan Objektif

Memilih Bahan

Penggunaan Media & Bahan

Penglibatan Pelajar

Ulang dan Nilai

Page 2: Tugasan 2   Model

2. Objektifa. Menerangkan kepentingan persekitaran yang selamat dalam melindungi hak kanak-

kanak.b. Menyatakan perasaan dan keperluan kanak-kanak hidup dalam persekitaran yang

selamat.c. Mengambil tindakan untuk memelihara persekitaran yang selamat.

3. Pemilihan kaedah, media dan bahanKaedah pengajaran yang dipilih adalah pengajaran berpantukan komputer. Guru menggunakan papan layar putih, alat pemancar dan komputer untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan berkesan. Penggunaan perisian multimedia “power point” oleh guru dan pelajar turut dimuatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan memudahkan kefahaman pelajar tentang topik yang diajar. Kaedah ini dipilih berdasarkan tahap intelektual pelajar yang agak sederhana yang dapat membantu pelajar memahami topik pengajaran guru.

4. Penggunaan media dan bahanGuru akan menyemak proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan sebelum kelas bermula. Selain itu, guru juga akan memastikan komputer, papan layar putuh, alat pemancar di makmal komputer berfungsi dengan baik. Setiap komputer haruslah mempunyai program “power point” untuk penggunaan pelajar. Tempat duduk dan bilangan komputer di dalam makmal haruslah mencukupi untuk semua pelajar. Guru perlu memastikan penggunaan media elektronik di makmal komputer ini benar-benar menarik minat pelajar untuk mempelajari topik yang diajar.

5. Penyertaan muridPenyertaan murid berlaku dalam bentuk kumpulan dimana pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan dan terdiri daripada lima orang pelajar dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang bersama rakan-rakan mereka untuk melaksanakan aktiviti yang diberi oleh guru. Bagi menjawab soalan penilaian, guru akan menyuruh setiap pelajar menjawab soalan tersebut melalui komputer masing-masing.

6. PenilaianPenilaian dilakukan berdasarkan aktiviti kuiz yang disediakan oleh guru. Sekiranya pelajar dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul, bermakna penggunaan media dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru adalah sesuai dengan tahap kecekapan pelajar dan telah menarik minat pelajar. Sebaliknya, jika pelajar tidak dapat menjawab soalan penilaian, bermakna pemilihan media oleh guru tidak sesuai dengan tahap kecekapan pelajar yang menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Ini bermakna objektif pengajaran yang disediakan oleh guru tidak tercapai.

Page 3: Tugasan 2   Model