TUGASAN MPU3123 (2)

  • View
    77

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

AEU

Transcript

TUGASAN

Jan 2015 SEMESTER

KOD KURSUS

MPU 3123

NAMA KURSUSTAMADUAN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PROGRAM

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN1Bahagian A 3 - 62Bahagian B7 11 3Bahagian C12 184Rujukan 19 - 20

Bahagian ABerdasarkan artikel tersebut yang mana membahas bagaimana kemunculan tamadun - tamadun di rantau Asia memberikan impak yang besar untuk dunia hari ini. Tamadun tamadun tersebut mencapai zaman kegemilangan masing masing dan melahirkan ramai tokoh tokoh ilmuwan atau cendekiawan yang cemerlang dalam bidang masing masing. Apa yang diperhatikan banyak penemuan yang dilakukan oleh para ilmuwan dalam tamadun tamadun tersebut memberikan impak yang besar kepada dunia Barat. Impak tersebut menjurus kepada perkembangan sains dan teknologi di mana ilmu ilmu yang diperoleh oleh para sarjana Barat dari tamadun Asia berjaya diolah dan dibuat penambahbaikan dan hasilnya adalah apa yang dirasai oleh masyarakat dunia hari ini. Dalam bidang matematik. Dalam bidang matematik misalnya, tamadun India kuno memberikan angka sifar kepada dunia. Dengan kelahiran beberapa teori matematik dan tersebar luas sejak zaman Islam, ilmu ini terus berkembang untuk digunakan di seluruh dunia. Penulis utama tentang matematik klasik India terdiri dari Aryabhata, Brahmagupta and Bhaskara II. Mereka menyumbangkan idea tentang sistem penomboran, sifar, nombor negatif, kira - kira dan algebra.[footnoteRef:1] Sehubungan itu ilmu matematik berkaitan dengan trigonometri adalah maju di India, dan, khususnya, takrif moden sinus dan kosinus telah dibangunkan. Konsep - konsep matematik tersebut telah diperkenalkan ke Timur Tengah, China, dan Eropah dan membawa kepada perkembangan lanjut yang kini membentuk asas dalam banyak bidang matematik. [1: Masson-Oursel, Paul. (1986). Ancient India and Indian Civilization. New Delhi:Anmol Publications.]

Astronomi klasik India tercatat dalam karya sastera dari Zaman Maurya (5 SM) sehingga Dinasti Mughal (16 TM). Penulis-penulis pertama yang mempelajari tentang astronomi lahir pada abad SM dan saat inilah dimulai astronomi India. Teori-teori seperti Aryabhata, Aryabhatiya, Pancha-Siddhantika dapat diperhatikan. Astronomi dan astrologi India berdasarkan beberapa perhitungan contohnya, kajian Brahmagupta terhadap gerakan planet, memberikan persamaan betul untuk parallax, dan beberapa maklumat yang berkaitan dengan pengiraan gerhana. Beliau juga telah mengemukakan teori bahawa setiap objek dengan jisim adalah tertarik dengan bumi Karya-karya beliau memperkenalkan konsep India matematik berdasarkan astronomi ke dunia Arab ( Hayashi, 2008)[footnoteRef:2]. [2: Hayashi, Takao. (2008). Brahmagupta, Encyclopedia Britannica.]

Sehubungan dengan itu, Tamadun China kuno juga tidak ketinggalan dalam bidang matematik dan astronomi, mulai dari dinasti Shang, tamadun tersebut telah maju sistem desimal. Sejak dari zaman awal, mereka telah memahami aritmetik, algebra, persamaan, dan nombor negatif dengan menghitung batang. Meskipun mereka lebih terfokus pada aritmetik dan algebra untuk penggunaan astronomi, mereka juga adalah pertama untuk mengembangkan nombor negatif, geometri algebra dan penggunaan desimal. Dalam bidang astronomi pula, tamadun China kuno mengembangkan tiga model kosmologi yang berbeza. Yang pertama adalah Gai Tian, atau kubah belahan, iaitu yang mengacu kepada langit sebagai belahan berbaring di atas bumi yang berbentuk kubah. Model kosmologi kedua, terkait dengan sekolah Hun Tian, melihat langit sebagai lingkup cakerawala tidak seperti model bola yang dikembangkan dalam tradisi Hellenistic dan Yunani. Kosmologi ketiga, terkait dengan sekolah Xuan Ye, iaitu melihat langit sebagai sesuatu tahap infiniti dan objek-objek angkasa yang mengambang sekitar pada jangka waktu yang langka. (Needham & Colin, 1993).[footnoteRef:3] [3: Needham, Joseph; Ronan, Colin (1993), "Chinese Cosmology", in Hetherington, Norris S., Cosmology: historical, literary, philosophical, religious, and scientific perspectives, New York: Garland Publishing, Inc.]

Tamadun Islam juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan yang signifikan dalam kedua - dua bidang tersebut. Terjemahan karya Al-Khwarizmi banyak memberi pengaruh matematik di Eropah. kebanyakan hasil awal algebra di Eropah sebenarnya mengiktiraf bahawa algebra pertama yang digunakan di benua tersebut yang adalah terjemahan dari karya al-Khawarizmi dan sarjana Islam yang lain juga turut menyumbangkan banyak pengetahuan dalam bidang trigonometri sfera. perkataan algoritma, berasal dari kata Latin Algorism yang diperkenalkan Al -Khwarizmi, dan algebra, berasal dari judul bukunya iaitu Hisab al-Jabr w'al-muqabala, Kitab al -Jabr wa-l-Muqabala yang merupakan kata pinjaman dari bahasa Arab. Dalam bidang astronomi pula, karya zij al-Khazini yaitu zij as Sanjari telah diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani oleh Gregory Choniades pada abad ke-13. Inovasi astronomi untuk model Ptolemeus yang dibuat oleh al-Battani dan Averroes menyebabkan model bukan Ptolemy dihasilkan oleh Mo'ayyeduddin Urdi, Nasir al-Din, al-Tusi dan Ibn al-Shatir, yang kemudian disesuaikan ke dalam model heliosentris oleh Copernicus. Karya - karya seperti Abu al-Rayhan al-Biruni Ta'rikh al-Hind dan Kitab al-Qanun al-Mas'udi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, masing-masing berjudul Indica dan Canon Mas'udicus (Katz, 2007)[footnoteRef:4].\ [4: Victor J. Katz, ed. (2007), The mathematics of Egypt, Mesopotamia, China, India, and Islam: a sourcebook, Princeton University Press, ISBN 978-0-691-11485-9, p.4]

Dalam bidang perubatan pula, tamadun Islam contohnya telah melahirkan ramai ilmuwan yang terkenal dalam bidang tersebut sehinggakan karya karya dan hasil kerja mereka diiktiraf oleh Dunia Barat. Warisan yang ditinggalkan oleh Hipocrates (360M) dan Galen (210M) dianggap pelopor awal dalam bidang perubatan. Hasil dari pengamatan dan penelitian oleh ilmuan Islam, telah diterjemahkan dan diterapkan oleh sarjana Islam dengan beberapa penambahan yang lebih baik. Ilmu-ilmu ini telah diintegrasikan dengan ilmu perubatan Nabi Muhammad s.aw. yang telah diwarisi semenjak tahun pertama Hijrah. Menurut Sayyed Hossein Nasr (1984)[footnoteRef:5] Sarjana terkenal seperti Ibnu Sina di mana salah satu karya perubatan beliau yang terkenal yang diterjemahkan adalah The Canon of Medicine (Alqanun fi altibb) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan kemudian disebar luas dalam bentuk manuskrip dan cetakan di seluruh Eropah. Ia kekal sebagai buku teks perubatan standard di Eropah sehingga zaman moden awal, dan dalam abad ke-15 dan ke-16 sahaja, karya tersebut telah diterbitkan lebih daripada tiga puluh lima kali. [5: Sayyed Hossein Nasr (1984). Science and Civilization in Islam, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam]

Tamadun India juga memperkenalkan pengetahuan dalam bidang perubatan di mana pengamalan perubatan tradisi Ayurveda telah dipraktikkan pada masa Buddha. Ketika itu dua bahan kimia iaitu merkuri dan sulfur digunakan dalam penyediaan ubat. Nagarjuna adalah praktis terkenal yang melahirkan banyak pil untuk beberapa penyakit. Ayurveda terus dipelihara oleh orang-orang India sebagai kehidupan sains tradisi, meskipun teknik perubatan Barat mulai dipraktikkan dengan wujudnya klinik dan penggunaan ubat - ubatan Barat tetapi dalam tahun 70an keberkesanan praktis ini mulai diakui yang mana pada hati teknik perubatan Ayurveda dikenali di seluruh dunia (Bongard-Levin, 1985)[footnoteRef:6] [6: Bongard-Levin, G.M. (1985). Ancient Indian Civilization. New Delhi:Arnold-Heinemann.]

Tamadun tamadun di Asia juga adalah cemerlang dalam bidang teknologi, contohnya tamadun China telah menyumbangkan empat hasil teknologi yang terkenal iaitu kompas, serbuk letupan, penghasilan kertas dan percetakan. kertas dan percetakan adalah ciptaan yang pertama di mana percetakan yang pertama dicatatkan di China adalah semasa Dinasti Tang. Keempat-empat penemuan tersebut mempunyai kesan besar kepada pembangunan tamadun Cina dan juga memberi kesan secara global. Serbuk letupan, sebagai contoh, diperkenalkan bangsa Arab pada abad ke-13 dan kemudiannya ke Eropah. Menurut Needham dan Colin (1993)[footnoteRef:7], teknologi percetakan, serbuk letupan dan kompas telah mengubah seluruh muka dan keadaan benda di seluruh dunia; pertama dalam kesusasteraan, yang kedua dalam peperangan, yang ketiga dalam pelayaran; dari manakah diikuti perubahan terkira, dalam begitu banyak yang tidak empayar, tidak ada mazhab, tiada bintang seolah-olah telah memberikan kuasa yang lebih besar dan pengaruh dalam hal-ehwal manusia daripada penemuan mekanikal. [7: Needham, Joseph; Ronan, Colin (1993), "Chinese Cosmology", in Hetherington, Norris S., Cosmology: historical, literary, philosophical, religious, and scientific perspectives, New York: Garland Publishing, Inc.]

Interaksi atau pertembungan antara tamadun terjadi ketika sesebuah tamadun bersikap terbuka dan bersedia menerima pembaharuan di samping menyaring dan menilai agar tidak melanggar nilai-nilai sosial masyarakat karena input tersebut kana menghasilkan efek negatif dan positif. Setiap peradaban harus belajar dari pengalaman lalu untuk menciptakan hubungan yang baik antara peradaban dalam upaya menghadapi tantangan-tantangan yang melanda dunia saat ini. Interaksi langsung peradaban - peradaban di Asia memperlihatkan sumbangan yang bersifat komprehensif terutama dari segi sumbangan sains dan teknologi kepada dunia baik pada era peradaban - peradaban tersebut berkembang atau pada hari ini iaitu sumbangan setiap peradaban tersebut menjadi warisan yang bernilai kepada kelangsungan tamadun manusia hari ini.

Bahagian BPerkataan tamadun digunakan untuk menggambarkan kemajuan suatu masyarakat khasnya dari aspek ilmu pengetahuan dan fizikal. Selain itu, perkataan tersebut mengacu kepada penc