Upload
kaiziq291
View
1.683
Download
32
Embed Size (px)
Citation preview
Isi Kandungan
1.0 Penghargaan 3
2.0 Pendahuluan 3
3.0 Objektif Kajian 4
4.0 Kawasan Kajian 4
4.1 Peta Negeri Perak 5
4.2 Peta Daerah Perak Tengah 6
4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian FELCRA Nasaruddin 7
5.0 Kaedah Kajian 8
6.0 Dapatan Kajian 8
6.1 Konsep migrasi penduduk 8
6.2 Pola migrasi penduduk 8
6.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 9
6.4 Kesan migrasi dalaman 11
6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman 13
7.0 Rumusan 14
8.0 Lampiran
8.1 Lampiran 1 : Surat pengenalan diri murid 15
8.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran melawat dan mendapatkan
maklumat 16
8.3 Lampiran 3 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 17
8.4 Lampiran 4 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 18
8.5 Lampiran 5 : Borang Soal Selidik 19
8.6 Lampiran 6 : Soalan Temu Bual 20
8.7 Lampiran 7 : Senarai Nama Responden 21
9.0 Rujukan 22
2
1.0 Penghargaan
Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus
Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya.
Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara
langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Puan Hajah Saftuyah selaku Pengetua SMK. Matang Jaya, yang memberi
galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.
Tidak lupa juga kepada guru kami Cikgu Badariah Bt. Sapiee sebagai guru geografi yang
banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian
ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sekitar
kawasan Taman Matang Jaya, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian
pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya
merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu Junaidi Bin Samsudin
dan Dena Bt. Udin serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Mohd. Hazwan Fikri dan Peter
Romario yang banyak membantu dari segi moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.
3
2.0 Pendahuluan
Nama saya Mohd Nur Haziq Irsyamuddin Bin Junaidi. Saya belajar di Tingkatan 3
Terbilang,Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya. Kami telah diberi tajuk Migrasi Dalaman
Penduduk di Matang Jaya, Jalan Matang, 93050, Kuching, Sarawak.
Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi
tingkatan tiga bagi tahun 2010. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya
berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang migrasi dalaman di kawasan Taman Matang Jaya
dan seterusnya mengenal pasti konsep migrasi di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat
jenis-jenis pola migrasi di kawasan kajian. Selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat faktor
yang mempengaruhi migrasi dalaman serta kesan migrasi dalaman terhadap kawasan kajian dan alam
sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman.
Rasional pemilihan Taman Matang Jaya adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tanah
rancangan yang terdiri dari tanah pamah yang rata. Sebahagian besar penduduk kawasan ini turut terlibat
dalam pekerja di dalam sektor perniagaan.
4
Dengan ini saya berpendapat kajian migrasi dalaman di kawasan Taman Matang Jaya mempunyai
pola migrasi dalaman yang unik serta faktor migrasi dalaman yang menarik. Mungkin kita juga boleh
melihat kesan dan juga langkah mengatasi dalam kajian ini nanti.
3.0 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini ialah:
1. Memahami konsep migrasi penduduk.
2. Mengenalpasti pola migrasi penduduk di Taman Matang Jaya.
3. Menjelaskan faktor migrasi dalaman penduduk di Taman Matang Jaya.
5
4. Menjelaskan kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Matang Jaya.
5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di Taman
Matang Jaya.
6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal.
6
4.0 Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah di Matang Jaya yang terletak di sekitar Kuching, Padawan.Lokasi
Bandar ini terletak di bahagian selatan Bandar Kuching .Jaraknya kira-kira 6 kilometer dari bandar
tersebut atau 30 minit perjalanan jika menguna kereta.Keluasan kawasan kajian ini ialah 8 kilometer
persegi dan berpusatkan Bandar Kuching .Kawasan kajian saya ini terletak di arah selatan dari sekolah
saya.
4.1 Peta Sarawak
7
4.2 Peta Daerah Kuching
Tidak Mengikut Skala
U
↑
8
9
4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian Matang
Jaya,Kuching,Sarawak.
10
5.0 Kaedah Kajian
Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya ialah
pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan
dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan kemudiannya
mencatat maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas.
Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya.Di samping itu
juga, soal selidik turut dibuat. Soal selidik akan dijalankan terhadap 30 responden, dan ini bertujuan
mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk muka bumi,
halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan empat kaedah
kajian ini maka sudah pasti menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh dipercayai.
11
6.0 Dapatan Kajian
6.1 Konsep migrasi penduduk
Secara umumnya migrasi bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari suatu kawasan
ke kawasan yang lain. Biasanya migrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk yang inginkan perubahan
hidup ke arah yang lebih baik. Tujuannya ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih
baik.
6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
12
Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
a) Migrasi bandar ke luar bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi
pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat
asal. Misalnya ada sebahagian penduduk Taman Matang Jaya yang bekerja sebagai tentera di
Semenanjung pulang semula ke Taman Matang Jaya selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga
segelintir yang menyambung belajar di Inti Kolej, pulang ke Taman Matang Jaya setelah tamat
belajar.
6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di
kawasan kajian
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah:
a) Melanjutkan pelajaran
Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM
yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti
Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya.
Oleh kerana di kawasan Taman Matang Jaya tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka
mereka terpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.
b) Peluang Pekerjaan
Terdapat anak peneroka di Taman Matang Jaya yang behijrah ke bandar-bandar seperti
Limbang, Miri, Sibu dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih selesa
dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini
kerana di kawasan Taman Matang Jaya peluang pekerjaan yang ada amat terhad iaitu
bidang perniagaan sahaja.
13
(c) Bersara
Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi
dalaman di kawasan Taman Matang Jaya. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini
yang pernah berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke tempat
tinggal asal setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat
sebagai tentera di negeri Kedah selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke Taman
Matang Jaya dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi
masa lapang dan menampung hidup.
(d) Kemudahan asas
Oleh kerana Taman Matang Jaya merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang
ada adalah terhad seperti sekolah, masjid, air, elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan
keselesaan hidup maka mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang
lebih maju dan selesa seperti berpindah ke bandar-bandar seperti Sibu dan Kuala Lumpur. Hal
ini kerana di kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan
pengangkutan yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.
(e) Nilai atau Patriotisme
kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan damai
di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.
14
Peta Minda 1: Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan kajian
Faktor mempengaruhi
migrasi dalaman di Taman Matang
Jaya
15
6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian
Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:
a) Kesan positif
a. Penduduk bertambah
i. Migrasi dalaman dari luar bandar ke bandar atau bandar ke bandar
menyebabkan penduduk bertambah. Hal ini secara tidak langsung menyumbang
kepada tenaga buruh yang lebih ramai. Pertambahan penduduk di bandar pula
merancakkan lagi kegiatan ekonomi.
b. Taraf hidup meningkat
i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Kota Samarahan untuk melanjutkan
pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di Taman Matang Jaya
dan memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan
sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa
serta mampu memiliki rumah sendiri yang lebih selesa.
c. Pasaran bertambah
i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung
menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin
bertambah.
b) Kesan negatif
a. Masalah pengangguran
i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya
penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan
16
Bangladesh ke Taman Matang Jaya telah menyebabkan lambakkan tenaga
buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan
penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan
ini maka berlakulah masalah pengangguran di kawasan kajian ini.
b. Masalah sosial
i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan Taman Matang
Jaya ini, maka wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan
dadah di kalangan penduduk tempatan di kawasan tersebut. Hal ini kerana desakan
hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi di samping tiada
pekerjaan.
c. Komposisi penduduk berubah
i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum
lelaki dan belia yang berusia diantara 18 – 40 tahun. Dengan ini komposisi lelaki di
kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan orang tua lebih
ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit. Keadaan ini secara tidak
langsung menyebaban kadar kelahiran berkurang dan dalam jangka masa yang
panjang.
d.Nilai dan patriotisme
i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Taman Matang Jaya
mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang
selesa.
17
Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian
Kesan positif dan negatif
migrasi dalaman di Taman
Matang Jaya
18
6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di
kawasan kajian
a) Mewujudkan peluang pekerjaan
Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Taman Matang Jaya pihak berwajib boleh
mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini bertujuan
mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang pekerjaan yang
boleh diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan industri makanan ringan seperti kerepek
dan juga kuih karas dan sebagainya.
b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang
Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan Taman Matang Jaya dengan kerjasama
penduduk boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi
mengatasi masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada
masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti
polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku.
c) Meningkatkan kemudahan kesihatan
Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi
menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan penduduk
19
dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa. Dengan
adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat. Dengan
mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang
aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di Taman Matang Jaya.
d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni di
samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.
Peta Minda 3: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk
di kawasan kajian
Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman
Wujudkan peluang pekerjaan
Wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-
undang
Meningkatkan kemudahan kesihatan
20
7.0 Rumusan
21
Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di
Taman Matang Jaya iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke bandar. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah
melanjutkan pelajaran di IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara
selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa
seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan
kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk
meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah
pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah
migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-
undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya
berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan
mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang
terkenal di mata dunia.
22
8.0 LampiranLAMPIRAN 1
KEPADA YANG BERKENAAN Tarikh:………………
Tuan,
Pengenalan Diri Murid Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)
Pembawa surat ini …………………………………………………… bernombor kad pengenalan …………………………………… ialah seorang murid tingkatan ………… di SMK.Seri Iskandar , 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak. Pelajar ini sedang membuat Kerja Kursus Geografi untuk memenuhi syarat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti mana yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.
2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
23
Saya yang menurut perintah,
…………………………….....(Mashitah Binti Ismail)Pengetua,Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,32610 Parit, Perak Darul Ridzuan.
LAMPIRAN 2
Kepada Yang Berkenaan……………………………………………………………………………… Tarikh:
Tuan,
Kebenaran Melawat Dan Mendapatkan Maklumat Bagi Tujuan Kajian Geografi Tempatan (KGT)
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini sedang menjalankan Kerja Kursus Geografi sebagai sebahagian syarat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
3. Kerja Kursus Geografi ini juga merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.
4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan
5. kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA:
Saya yang menurut perintah,
24
…………………………….....(Mashitah Binti Ismail)Pengetua,Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,32610 Parit, Perak Darul Ridzuan.
LAMPIRAN 3
Tarikh:
Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin
Makluman Kepada Ibu Bapa Atau Penjaga Mengenai Kewajipan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi.
Merujuk perkara di atas, semua calon Penilaian Menengah Rendah bagi sesi 2010 yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah pada hujung tahun ini DIWAJIBKAN menjalankan SATU kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi seperti mana yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
2. Selain daripada itu, perlaksanaan kerja kursus ini juga bertujuan memenuhi Sukatan mata pelajaran Geografi tingkatan tiga.
3. Saya berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan membantu anak-anak dalam melaksanakan Kerja Kursus Geografi.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Sekian, Terima Kasih.
Yang benar,25
…………………………….....(Mashitah Binti Ismail)Pengetua,Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,32610 Parit, Perak Darul Ridzuan.
LAMPIRAN 4
Tarikh:
Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin
Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)
Merujuk perkara di atas, saya ……………………………………………….. membenarkan anak saya …………………………………………… dari tingkatan………Untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010.
2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.
Sekian, Terima Kasih.
Yang benar,
……………………………….( )
26
Alamat:………………………………..……………………………….……………………………….……………………………….No.Telefon:
LAMPIRAN 5 Borang Soal Selidik:
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak
Sila Tandakan ( √ ) di petak berkenaan.
1. berapakah tempoh tinggal di kawasan kajian Kurang 5 tahunLebih 10 tahunLebih 20 tahun
2. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Nyatakan jika perlu di ruangan berkenaan.
Bilangan Jenis Kegiatan Yang terlibatTandakan
( ⁄ )
1 Kelapa Sawit2 Padi Sawah3 Penoreh Getah4 Pembuatan / Perkilangan / Perindustrian5 Lain-Lain (sila nyatakan):
3. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Faktor mempengaruhi migrasi dalaman
Bilangan Jenis Kegiatan Yang terlibatTandakan
( ⁄ )
1 Arahan majikan2 Ikut keluarga3 Melanjutkan pelajaran4 Peluang pekerjaan5 bersara6 perkahwinan7 Bencana alam
27
8 Dasar governan9 Kemudahan asas10 Kadar upah11 Petempatan baru12 Meningkatkan taraf hidup13 Darjah ketersampaian
4. Nyatakan kesan-kesan migrasi di kawasan kajian...........................................................................................................................................................................
5. Nyatakan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian............................................................................................................................................................................LAMPIRAN 6
Soalan Temu Bual
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak
1. Saudara berasal dari mana?
2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?
3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?
4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?
5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan
ini ?
6. Pada pendapat saudara, apakah kesan baik atau buruk migrasi dalaman di kawasan ini?
7. Boleh saudara jelaskan cadangan bagi mengatasi masalah migrasi di kawasan ini?
8. Apakah harapan saudara melalui kajian ini?
28
LAMPIRAN 7
Senarai Nama Responden
Bil NamaNo.K/P
1 WILDAN BIN MAUN 47079382 MOHD SAID BIN ZAR 6301270854833 YUSSOF BIN ABDULLAH 6101220850584 JAMALUDIN BIN TALIB 6210180860795 HJ MOKHTARUDIN 5210140859516 ISMAIL BIN ALI PIAH 5205020853317 ABDUL RAHMAN BIN DIN 45420798 YAZID BIN YAHYA 6504230859519 DAUD BIN KARIM 433826310 SAPIAN BIN AHMAD 64032208579511 M. ZABIDI MAT TALIB 39101408520312 MOHAMAD SIDI B YAHYA 52101508587313 SARI BIN MAT YOB 259430214 SHUKUR BIN HASHIM 50100902506715 DAUD ITMA LANI 45012908507116 MANGSOR BIN AZIZ 37010609511117 ANAS BIN ABDUL GHANI 52041008636118 RAZALI BIN SALIM 923437519 SAID BIN WAHAB 53080402530920 NASRUDIN BIN SAID 510422025383
29
9.0 Rujukan1. Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim,2004. Buku Teks Geografi Tingkatan
Tiga. PTS Publicators Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.
2. Ismail Bin Ahmad, Prof.Madya Sulong Bin Mohamad, Chan Mee Lee,2003. Buku Teks Geografi
Tingkatan Lima. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Selangor Darul Ehsan
3. Richardson H.W., 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar.Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
4. Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa., 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan
Wilayah.Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang
5. Laporan Perancangan Daerah Perak Tengah 2002-2015. Peta guna tanah m/s 62 - 146.
Orang Sumber
1. ANAS BIN ABDUL GHANI, 43 tahun, orang awam, No 21. Lorong Bunga Raya, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
2. JAMALUDIN BIN TALIB, 38, orang awam, Batu 4 ¾ Lorong Kasimiah, FELCRA Nasaruddin , 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
3. GHAZALI BIN ISMAIL, 36, orang awam, No. 3 ¾ Lorong Bunga Cempaka, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
4. MOHAMAD SIDI B YAHYA, 51, orang awam, Lot 119, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
5. Razak Bin Ahmad, 47 , orang awam, lot 43, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
30