Author
htareh
View
241
Download
0
Embed Size (px)
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
1/24
SEKOLAH SRI TENBY, SETIA ECO PARK,SELANGOR
Nama Calon : Tan Jun Liang
Tingkatan : 2S
Nombor K/P :970911-10-5653
Nama Sekolah: Sekolah Sri Tenby
Tajuk Kerja Kursus : Migrasi Dalaman di Bandar Baru Klang
Guru Penilai : Cikgu Hadif Tareh
MIGRASI DALAMAN
PENDUDUK
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
2/24
Isi Kandungan
ASPEK MUKA SURAT
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Dapatan
6.1 Konsep6.2 Pola migrasi
6.3 Faktor migrasi
6.4 Kesan migrasi
6.4.1 Kesan Positif
6.4.2 Kesan Negatif
6.5 Cadangan
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
2
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
3/24
1.0 Penghargaan
Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus
Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya.
Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada
secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Lee Mei Leng, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk
melaksanakkan kajian yang menarik ini.
Tidak lupa juga kepada Cikgu Hadif Tareh yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar
serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.
Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung di
sekitar kawasan Permas Jaya, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakkan
kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga
saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu Chu Soo Ten dan
Tan Chong Seng serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Kevin Lum Hao Zheng dan Adib
Torres yang banyak membantu dari segi kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang
menyiapkkan kajian ini.
3
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
4/24
2.0 pendahuluan
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana-ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh
itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan sendiri
memandangkan-ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di Bandar Baru Permas Jaya,
sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampong ini disebabkan perkembangan sector
pekerjaan di kawasan sekitarnya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei
iaitu kira-kira 3 bulan.Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah
dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada
saya dan juga kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
4
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
5/24
3.0 Objektif KajianBerikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1) Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas
2) Menyatakan pola migrasi penduduk di kawasan kajian
3) Menyatakan faktor yang mempengaruh imigrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
4) Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
5) Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian.
# Penerapan nilai dan sistem patriotisme terhadap penduduk di Bandar Baru Klang. Mengenai
kepentingan migrasi.
5
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
6/24
4.0 Kawasan Kajian4.0.3 latar belakang lokasi:
Kajian ini telah dijalankan di Bandar Baru Klang. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira
0.5 kilometer dari Bukit Raja Jusco. Bandar Baru Klangadalah sebuah kawasan perumahan terletak di
Daerah Klang, barat daya Selangor, dan di bawah pentadbiran MPK. Untuk perjalanan pergi dan balik
yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah.
4.0.2 Lokasi
Lokasi Kawasan Kajian ialah Bandar Baru Klang yang di dalam daerah Klang. Jarak dari Kuala
Lumpur ada 40 kilometer, perjalanan pergi dan balik mengambil masa 30 minit.
6
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
7/24
4.1 Peta Negeri Bandar Baru
Klang
7
U
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
8/24
PETA LAKAR :
8
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
9/24
5.0 Kaedah Kajian
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah
menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah
digunakan:
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang berlaku
di kawasan Bandar Baru Klang
2) Temu Bual= seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan in untuk
mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kawasan saya. Temu bual dijalankan
kepada penduduk Bandar Baru Klang yang telah lama menetap di situ kerana mereka lebih
berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan Bandar Baru Klang.
3) Soal Selidik= saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk
sini yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik sila
rujuk lampiran )
3) Rujukan= selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.
9
Selat,
ang-LayangKiriPaloh
Dusun
Parit 4,5,6,7 dan 8
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
10/24
6.0 Dapatan Kajian
6.1 Konsep migrasi penduduk
Secara umum, migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan,
kawasan, negeri, Negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang
dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat
ketempat yang lain.
6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
a) Migrasi luar bandar ke bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Bandar Baru Klang yang berhijrah ke bandar-bandar
seperti Ipoh, Manjung, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang
selesa dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama
ada awam mahupun swasta. Terdapat 7 daripada 20 responden telah ke bandar untuk
melanjutkan pelajaran dan bekerja.
b) Migrasi bandar ke luar bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajarandi institusi
pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat
asal. Misalnya ada sebahagian penduduk Bandar Baru Klang yang bekerja sebagai tentera di
Kuala Lumpur pulang semula ke Bandar Baru Klang selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga
segelintir yang menyambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke
Kampung halaman setelah tamat belajar. Terdapat 13 daripada 20 responden telah kembali ke
Permas Jaya apabila sudah tamat perkhidmatan.
10
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
11/24
6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di
kawasan kajian
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah:
a) Melanjutkan pelajaran
Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM
yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti
Malaya Kuala Lumpur, Taylors College, Inti College dan sebagainya. Oleh kerana di kawasan
Bandar Baru Klang tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka mereka terpaksa berhijrah untuk
melanjutkan pelajaran.Terdapat 6 daripada 20 responden telah melanjutkan pelajaran ke
bandar.
b) Peluang Pekerjaan
Terdapat anak peneroka di Bandar Baru Klang yang behijrah ke bandar-bandar seperti Shah
Alam Selangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya untuk mencari peluang
pekerjaan yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan
dan perkhidmatan. Ini kerana di kawasan Bandar Baru Klang peluang pekerjaan yang ada amat
terhad .Terdapat 5 daripada 20 responden telah mendapat peluang pekerjaan di bandar.
c) Bersara
Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi
dalaman di kawasan Bandar Baru Klang. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini
yang pernah berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampung
halaman setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai
tentera di negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke Bandar Baru Klang
ataupun Klang dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi
masa lapang dan menampung hidup.Terdapat 4 daripada 20 responden telah kembali ke Klang
apabila sudah tamat perkhidmatan.
11
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
12/24
d) Kemudahan asas
Oleh kerana Klang merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang ada terhad
seperti sekolah, masjid, air elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan keselesaan hidup
maka mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih maju
dan selesa seperti berpindah bandar-bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Hal ini kerana
di kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan
yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.Terdapat 5 daripada 20 responden ke
Klang atas faktor kemudahan asas.
e) Penerapan Unsur Patriotisme
kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan
damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.
12
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
13/24
Peta Minda 1:Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan kajian
13
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
14/24
6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian
Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:
a) Kesan positif
a. Penduduk bertambah
i. Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di
kampong saya telah meningkat walaupun terdapat penduduk yang telah
berhijrah keluar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan
oleh factor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walaubagaimana pun
penduduk di kawasan saya masih stabil dan masih l agiada kawasan yang
belum dihuni oleh penduduk.
b. Taraf hidup meningkat
i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Shah Alam untuk melanjutkan
pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di Klang dan
memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan
sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa
serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa.
c. Pasaran bertambah
i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak
langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap
semakin bertambah.
14
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
15/24
b) Kesan negatif
a. Masalah pengangguran
i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju.
Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asingseperti Nepal
dan Bangladesh ke Klang telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh
secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan
penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
Dengan ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian ini.
b. Masalah sosial
i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan Klang ini, maka
wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan dadah di
kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan
hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi di samping
tiada pekerjaan.
c. Komposisi penduduk berubah
i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum
lelaki dan belia yang berusia diantara 18 40 tahun. Dengan ini komposisi
lelaki di kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan
orang tua lebih ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit
keadaan ini secara tidak langsung menyebaban kadar kelahiran berkurang
dan dalam jangka masa yang panjang.
d. Nilai dan patriotisme
i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Klang mempunyai peluang
pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.
15
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
16/24
Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian
6.5 Cadangan mengatasi kesanmigrasi dalaman penduduk di
kawasan kajian
a) Mewujudkan peluang pekerjaan
Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Klang pihak berwajib boleh
16
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
17/24
mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini
bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang
pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan industri makanan
ringan seperti kerepek dan juga kuih karas dan sebagainya.
b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang
Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan Klang dengan kerjasama penduduk
boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi mengatasi
masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada masa
yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti
polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku.
c) Meningkatkan kemudahan kesihatan
Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi
menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan
penduduk dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa.
Dengan adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat.
Dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan
belia yang aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di
Klang.
d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni di
samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.
Peta Minda3:Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman
Penduduk kawasan kajian
17
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
18/24
7.0 Rumusan
Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di
Klang iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke luar bandar. Terdapat
18
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
19/24
beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah
melanjutkan pelajaran di IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara
selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa
seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif
dan kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup
penduduk meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga
masalah pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah
mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun
tetangga dan kuatkuasa undang-undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat
kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi
politik,
pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan
malaysia sebuah negara yang terkenal di mata dunia.
19
LAMPIRAN
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
20/24
20
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
21/24
21
SOALAN
TEMU BUAL
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
22/24
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Baru Klang, Daerah Klang, Selangor
Nama : Chu Soo Ten
1. Saudara berasal dari mana?
Saya Berasal Dari Selangor.
2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan Bandar Baru Klang ?
Sudah 10 tahun
3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?
Jurutera
4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?
Tujuh ahli keluarga.
5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di
kawasan ini ?
Faktor pekerjaan.
Nama : Tan Chong Seng
22
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
23/24
1. Saudara berasal dari mana?
Saya Berasal Dari Perak.
2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan Bandar Baru Klang?
Sudah 1 tahun.
3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?
Bersara.
4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?
Tiga ahli keluarga.
5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di
kawasan ini ?
Faktor ekonomi.
Nama : Aaron Ngiam
23
8/4/2019 54171334 31188683 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 (1)
24/24
1. Saudara berasal dari mana?
Saya Berasal Dari Kedah.
2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan Bandar Baru Klang?
Sudah 6 tahun.
3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?
Guru.
4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?
Lima ahli keluarga.
5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di
kawasan ini?
Faktor sosial.