of 32 /32
1 . TAJUK KAJIAN: MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI SEKSYEN EMPAT, BANDAR BARU BANGI, HULU LANGAT, SELANGOR

Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

1 . TAJUK KAJIAN:

i

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI SEKSYEN EMPAT, BANDAR BARU BANGI,

HULU LANGAT, SELANGOR

Page 2: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

2. SENARAI KANDUNGAN

BIL ASPEK M/S

1 TAJUK KAJIAN i

2 SENARAI KANDUNGAN ii

3 PENGHARGAAN 1

4 PENDAHULUAN 2

5 OBJEKTIF KAJIAN 3

6 KAWASAN KAJIAN 4

7 KAEDAH KAJIAN 7

8 DAPATAN KAJIAN 8

9 RUMUSAN 17

10 LAMPIRAN

11 RUJUKAN

12 PENILAIAN UMUM

ii

Page 3: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

3. PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat nenyiapkan dapatan kajian ini pada masa yang

ditetapkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Jalan Empat , Bandar Baru Bangi , Pn Hajah Ronizan binti

Mohamad kerana membenarkan saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan(KGT) di

kawasan kajian. Beliau juga menyediakan borang kebenaran untuk menemu bual

responden di kawasan kajian. Selain itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

guru mata pelajaran saya , Pn.Rukiah binti Suhid kerana beliau banyak memberi

bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya.

Tidak ketingalan juga , ibu saya, Pn. Santhi A/P vello kerana banyak memberi

sokongan kepada saya .Beliau juga menolong saya untuk mendapatkan bahan-bahan yang

tertentu. Di samping itu , saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-

kawan saya iaitu Muhammad Wazif bin Sallehudin, Muhamad Aiman bin Rosli dan Syed

Najmi bin Syed Kamarulzaman .Kami bekerjasama antara satu sama lain untuk

menyiapkan kerja khursus geografi ini. Tidak terlupa , saya juga mengucap ribuan terima

kasih kepada pihak responden, En.Zamri bin Abu Bakar kerana memberi kerjasama

untuk mengisi borang soal selidik.

1

Page 4: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

4. PENDAHULUAN

Nama saya ialah Shaktivell A/L Sevasundram. Tajuk kerja khursus Kajian Geografi

Tempatan(KTG) ialah Migrasi Dalaman Penduduk di Seksyen Empat, Bandar Baru

Bangi, Selangor. Saya telah memilih Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat,

Selangor sebagai kawasan kajian saya.

Saya telah mengambil masa selama tiga bulan iaitu daripada bulan Mac 2010

hingga Jun 2010 untuk menyiapkan kerja khursus ini dengan sempurna.Faktor-faktor

saya memilih Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor sebagai kawasan

kajian saya kerana kawasan ini merupakan dinamik penduduk. Perpindaan penduduk

sentiasa berlaku.Peluang-peluang pendidikan dan pekerjaan merupakan faktor menarik

disini. Pemilihan tajuk migrasi dalaman penduduk akan dapat memberi banyak maklumat

tentang pola migrasi dalaman, kesan, masalah dan seterusnya membantu saya

memikirkan cadangan yang sesuai.

2

Page 5: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan
Page 6: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

5.OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Menyatakan dan menhuraikan konsep migrasi penduduk di Seksyen 4, Bandar

Baru Bangi, Selangor

Menyatakan dan menhuraikan pola migrasi penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru

Bangi, Selangor

Mengenalpasti dan menghuraikan faktor yang mepengaruhi migrasi dalaman di

Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

Menyenaraikan dan menghuraikan kesan migrasi penduduk di Seksyen 4, Bandar

Baru Bangi, Selangor

Menyatakan dan menghuraikan cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

penduduk Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

Menyatakan dan menyerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap Seksyen 4,

Bandar Baru Bangi, Selangor

3

Page 7: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

6.KAWASAN KAJIAN

Nama kawasan kajian saya ialah Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kawasan tersebut terletak di zon Bangi, daerah Selangor. Kawasan ini mempunyai

penduduk yang padat yang terdiri daripadi imigran dari negeri-negeri yang lain. Terdapat

juga imigran dari luar negara.

Dari segi lokasinya, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor terletak di kawasan

tanah beralun. Kawasan kajian ini disaliri dengan bantuan sungai-sungai yang utama

Sungai Kajang dan Sungai Ramal. Pada awalnya, kawasan ini merupakan kawasan

penanaman kelapa sawit dan getah yang diuruskan oleh pengurus ladang West Country.

Kini, kawasan ini dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS).

Bandar Baru Bangi dibangunkan dengan lima belas seksyen antaranya ialah Seksyen 4,

Bandar Baru Bangi, Selangor merupakan kawasan kajian saya

Kawasan kajian ini boleh dihubungi dengan bandar Kajang melalui Jalan Reko

dengan jarak lima kilometer sahaja. Sementara itu bandar raya Kuala Lumpur terletak di

utara kawasan kajian saya yang berjarak lima belas kilometer. Kawasan kajian ini amat

sesuai untuk menjalankan kajian saya yang bertajuk Migrasi Dalaman Penduduk di

Seksyen Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dari segi dinamik penduduk, kawasan ini

mempunyai perubahan penduduk sama ada dari segi saiz penduduk, jantina penduduk

dan golongan umur penduduk. Ini kerana kawasan kajian ini merupakan kawasan tarikan

untuk migrasi dalaman.

4

Page 8: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan
Page 9: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

7.KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk memenuhi kehendak dapatan kajian saya.

Antara kaedah kajian yang saya telah gunakan ialah:

1. Pemerhatian

Saya memerhati aktiviti harian penduduk Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,

Selangor. Terutamanya 20 orang responden yang saya pilih sebagai sampel kajian

saya.

2. Soal selidik

Saya mengunakan borang soal selidik untuk mengkaji kawasan Seksyen 4,

Bandar Baru Bangi, Selangor. Melalui borang soal selidik, saya memperolehi

maklumat seperti data bangsa, jantina, bilangan ahli keluarga, taraf pendidikan,

pekerjaan, dan sebab, kesan dan langkah migrasi penduduk.

3. Rujukan

Saya mengunakan kaedah kajian rujukan dengan melayari internet seperti laman

web (http//:www.worldmap.com)

7

Page 10: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan
Page 11: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

8.DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep migrasi penduduk

Migrasi penduduk merupakan pergerakan penduduk dari satu kawasan ke satu

kawasan yang lain yang disebabkan oleh faktor tarikkan dan tolakan. Faktor tarikan

seperti peluang pekerjaan, pendidikan, kemudahan infrasruktur dan lain-lain lagi. Faktor

tolakan adalah seperti kekurangan hiburan, kurang kemudahan asas dan lain-lain lagi.

Contohnya, pergerakan penduduk dari luar bandar ke bandar untuk melanjutkan pelajaran

di universiti-universiti tempatan seperti Universiti Melaya dan Institusi Swasta.

8.2 Pola migrasi penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

Pola migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar terdapat di kawasan kajian saya.

Dari dapatan kajian saya, semua responden seramai 20 orang responden merupakan

penduduk yang berpindah masuk ke kawasan kajian ini. Contohnya, hampir lapan

belas(80%) orang reponden mencari peluang pekerjaan di samping meningkatakan taraf

hidup.

Pola migrasi dari bandar ke luar bandar dapat dikesan di kawasan kajian saya. Faktor

tolakan seperti kos hidup yang tinggi menyebabkan dua orang responden berpindah dari

kawasan kajian saya ke bangi lama(luar bandar) yang teretak 20 kilometer di selatan

kawasan kajian.

8

Page 12: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Nilai patriotisme yang diamalkan oleh penduduk Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,

Selangor ialah berbanga diri dengan kemajuan yang dicapai oleh kawasan kajian saya.

8.3Faktor-foktor yang mempengaruhi migrsi dalaman

Faktor peluang pekerjaan kilang-kilang seperti Sony Malaysia Sendirian Berhad ,

Hitachi Snd.Bhd, Denso Snd.Bhd dan lain-lain lagi yang menawarkan peluang

pekerjaan dengan intestif gaji pokok berserta bonus dan cuti perubatan dan tahunan.

Faktor arahan majikan yang mendorong penduduk berpindah masukke kawasan

kajian saya. Pegawai-pegawai kerajaan seperti guru, pensyarah dan kakitangan perubatan

berpindah masuk atas arahan kenaikan pangkat atau penempatan semula. Contohnya,

perpindahan masuk pensyarah ke Universiti Kebangsaan Malayasia dan guru ke Sekolah

Menengah Jalan Empat. Daripada dapatan kajian saya hampir 12 respondan (60%) seperti

dalam jadual 1 dan graf 1.merupakan penduduk yang diaraahkan berpindah oleh majikan.

Peluang pendidikan juga merupakan faktor tarikan yang mendorong perpindahan

masuk penduduk. Daripada dapatan kajian saya, lima keluarga(25%) dari negeri lain

menetap di kawasan kajian untuk mendapat peluang pendidikan di institusi pengajian

tinggi seperti Universti Kuala Lumpur, Politek MARA, Institut Perguruan Islam dan

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faktor darjah kertersampaian merupakan faktor yang amat menarik minat responden

9

Page 13: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

kerana kawasan kajian Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor di hubungi secara

langsungmelaui lebuhraya PLUS ke bandaraya Kuala Lumpur dengan hanya jarak 15

kilometer dan 10 minit jangka masa untuk sampai ke pusat bandar raya. Hampir lima

belas responen(75%) memilih faktor darjah ketersampaian.

Nilai patriotisme mencintai negara Malaysia mendorong penduduk di Seksyen 4,

Bandar Baru Bangi, Selangor menghayati keindahan-keindahan kota raya Kuala Lumpur.

10

Page 14: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Tajuk : Jadual menunjukkan factor penghijrahan respondan ke kawasan kajian

Bil. Faktor Penghijrahan Respondan Peratus

1. Arahan majikan 12 60%

2 Peluang pendidikan 5 25%

3 Dargah ketersampaian 15 75%

Sumber : Soal selidik 2010

11

Page 15: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Tajuk : Graf bar menunjukkan faktor penghijrahan respondan ke kaw kajian

Arahan majikan Peluang pendidikan Darjah ketersampaian0

1

2

3

4

5

6

7

8

Darjah ketersampaianPeluang pendidikanArahan majikan

8.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

Pertambahan penduduk merupakan kesan positif di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,

Selangor. Bilangan penduduk bertambah bagi setiap isi keluarga. Daripada dapatan kajian

saya semua responden seramai 20 orang sudah berkeluarga dan mempunyai bilangan

anggota keluaraga antara empat hingga enam orang anak.

Taraf hidup meningkat memberi kesan positif kepada penduduk Seksyen 4, Bandar

Baru Bangi, Selangor. Purata pendapatan isi rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,

12

Page 16: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Selangor ialah RM 6000- RM 10 000. Kebanyakan penduduk(80%) memiliki rumah

sendiri dan ada responden memiliki rumah yang kedua yang disewakan. Keseua

responden yang diberi borang soal selidik mempunyai pendidikan yang tinggi.

Kesan negatif seperti kesesakan jalan raya tidak dapat di atasi terutamanya “peak

hours”. Pada waktu pagi dari pukul tujuh hingga tujuh setenggah pagi, waktu kesekolah

9

dan dari tujuh setenggah hingga lapan pagi waktu masuk kerja, kesesakan jalan raya

berlaku diseluruh Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Begitu juga dengan waktu

petang iaitu dari pukul lima setenggah petang hingga lapan petang.

Pencemaran alam sekitar merupakan antara kesan negatif daripada migrasi dalaman

penduduk di kawasan kajian saya. Pencemaran udara berpunca daripada asap kenderaan.

Pencemaran bunyi daripada kenderaan dari jalanraya-jalanraya utama tidak dapat

dielakan, pencemarai air sungai Ramal dan Sungai Kajang berpunca daripada penduduk

yang berlebihan.

Masalah sosial merupakan kesan negatif yang mengancam golongan remaja di Seksyen

4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Kebanyakan golongan remaja tidak diawasi oleh ibu

bapa yang sibuk dengan urusan kerja. Kemudahan-kemudahan hiburan seperti kafe siber,

pencapaian internet dengan jalur lebar, kemudahan taman-taman rekriasi dan outlet

perniagaan seperti makanan segera, burger dan lain lain lagi mengalakkan budaya kuning

13

Page 17: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

di kalangan remaja di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

Nilai patriotisme yang diamalkan oleh penduduk kawasan kajian, yang sentiasa ingin

meningkatakan taraf hidup ialah bangga diri dengan kemajuan yang dicpai oleh kawasan

kajian saya.

14

Page 18: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Tajuk :Rajah menunnjukkan kesan migrasi dalaman di kawa kajian

a) Pertambahan penduduk a) Kesesakan jalan raya b) Taraf hidup meningkat b) Pencemaran alam sekitar

c) Masalah sosial

15

Kesan Migrasi dalaman

Kesan positif Kesan negatif

Page 19: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

8.5 Cadangan untuk mengatasi kesanmigrasi dalaman penduduk

Pembinaan rumah pangsa akan dapat mengatasi kesesakan penduduk di kawasan

kajian saya. Tapak perumahan baharu perlu dikhaskan untuk pembinaan rumah pangsa

dengan kemudahan “lift”, keselamatan dan tempat letak kereta.

Pembinaan jejantas, penambahan unit polis trafik, penambahan bas sekolah akan dapat

mengurangkan kesesakan lalulintas di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Mewujudkan rukun tetangga membantu mengurangkan masalah sosial di kawasan

kajian saya. Anggota-anggota sukarelawan rukun tetangga boleh mengadakan rondaan di

“hotspot” untuk mengawal masalahkeruntuhan akhlak remaja.

Nilai patriotisme prihatin terhadap masyarakatan perlu diamalkan oleh setiap warga

Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

16

Page 20: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

9.RUMUSAN

Dapatan kajian menunjukkan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor merupakan

tarikan kepada migrasi pedalaman penduduk. pelbagai faktor tarikan seperti peluang

pekerjaan, kemudahan infrastuktur dan darjah ketersampaian bukan sahaja meningkatkan

taraf hidup penduduk, malah meninggalkan beberapa kesan negatif seperti kesesakan

penduduk dan jalan raya.

Penebus pengunaan tanah terbiar seperti bekas paya air tawar untuk tujuan

perumahan akan dapat mengurangkan kesesakan penduduk. Penduduk seharusnya

memberi kemudahan insentif modal untuk membinarumah kediaman di kawasan luar

bandar yang terletak dalam dargat ketersampaian.

Nilai patriotisme bertanggungjawab dan menhargai sumber utama tanah supaya

setiap ruang tanah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor mengunakan ruang tanah

dengan produktif.

17

Page 21: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

10.LAMPIRAN

Page 22: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Lampiran 1

Page 23: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Lampiran 2

Page 24: Migrasi Dalaman Penduduk Di Seksyen Empat Tambahan

Lampiran 3