of 26/26
SMK BANDAR TASIK SELATAN KUALA LUMPUR ______________________________ _____ MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR TASIK SELATAN KUALA LUMPUR NAMA: Muhammad Syukri Bin Jalulidin TINGKATAN:3 Bestari NAMA GURU:Encik.N.Kanesan

Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Tasik Selatan

  • View
    1.024

  • Download
    4

Embed Size (px)

Text of Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Tasik Selatan

SMK BANDAR TASIK SELATAN KUALA LUMPUR ___________________________________ MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR TASIK SELATAN KUALA LUMPURNAMA: Muhammad Syukri Bin Jalulidin TINGKATAN:3 Bestari NAMA GURU:Encik.N.Kanesan TARIKH HANTAR:

SENARAI KANDUNGAN

Bil

Aspek

M/S

PENGHARAGAAN

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, saya Muhammad Syukri Bin Jalulidin berada di tingkatan 3 Bestari,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izin- Nya,saya telah Berjaya menyiapkan folia geografi ini.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu saya semasa menjalankan kajian ini.Saya juga ingin berterima kasih kepada guru mata pelajaran geografi iaitu Encik.N.Kanesan kerana telah banyak member tunjuk ajar dalam menyiapkan folio ini,tidak lupa juga kepada Nur Syafiqah Binti Jalulidin dan Mohd Fauzee Bin Jalulidin iaitu abang dan kakak saya kerana telah memberi banyak sumbangan dari masa,tenaga dan wang ringgit.Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden-responden iaitu Nurlisa Alias,Wan hazrul Wan Suhaimy,Noorazita Mat Salleh kerana telah memberi banyak maklumat tentang Bandar Tasik Selatan,Kuala Lumpur.

PENDAHULUAN

Tajuk kajian bagi folio geografi ini adalah Migrasi Dalaman Penduduk Bandar Tasik Selatan,Kuala Lumpur.Saya telah memilih kawasan kajian ini adalah kerana banyak migrasi dalaman yang telah berlaku di Bandar Tasik Selatan,migrasi ini terjadi kerana di pengaruhi oleh infrastruktur yang kondusif.Kawasan kajian juga sedang membangun pesat dan menyebabkan berlakunya migrasi dalaman.Tempoh masa yang telah di ambil semasa kajian di lakukan adalah selama 1 bulan 15 hari.

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah Objektif-Objektif Kajian yang telah saya jalankan:

1) Konsep migrasi penduduk. 2) Pola migrasi penduduk. 3) Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk. 4) Kesan migrasi dalaman penduduk. 5) Cadangan mengatasi kesan migrasi. 6) Penerapan nilai atau unsur patriotisme terhadap penduduk Bandar Tasik Selatan

tentang Migrasi dalaman penduduk.

KAWASAN KAJIAN

Bandar Tasik Selatan adalah kawasan kajian yang telah diberi,Saya membuat kajian lokasi Bandar Tasik Selatan merupakan sebuah perbandaran utama di selatan Kuala Lumpur, Malaysia. Bandar ini ditubuhkan pada 1991. Perbandaran ini berdekatan dengan Bandar Tun Razak dan Sungai Besi. Bandar Tasik Selatan ialah sebuah pertukaran yang dihubungi oleh pelbagai rangkaian rel yang melalui pertukaran tersebut seperti KTM Komuter, KLIA Transit, KLIA Ekspres dan Aliran Sri Petaling.Sejarah Bandar Tasik Selatan adalah merupakan sebuah bekas lombong yang terbesar di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu dan telah di tebus guna untuk membina penempatan baharu.Bandar Tasik Selatan berdekatan dengan bandar-bandar besar yang lain seperti Shah Alam,Klang,Kuala Lumpur dan Ampang,jarak antara Bandar tersebut dengan Bandar Tasik Selatan tidak melebihi 20 kilometer.

PETA DAERAH /ZON/BAHAGIAN

PETA KAJIAN KAWASAN

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya

telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual 3 orang penduduk Bandar Tasik

Selatan untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang Migrasi Dalaman Penduduk. Temu bual dijalankan kepada penduduk Bandar Tasik Selatan yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan Bandar Tasik Selatan.2) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh

penduduk Bandar Tasik Selatan yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan.

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Migrasi Penduduk

Migrasi penduduk melibatkan perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke tempat yang lain.Migrasi dalaman melibatkan perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan dalam sesebuah negara.

8.2 Pola Migrasi PendudukSetelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat 2 pola migrasi yang sering berlaku di Bandar Tasik Selatan. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

1) Luar Bandar Ke Bandar 2) Bandar Ke Bandar

Migrasi Ini paling banyak berlaku di Bandar Tasik Selatan.Migrasi ini belaku kerana Melanjukan Pelajaran,Ikut Keluarga,Perkhawinan,Kemudahan Asas,Petempatan Baru

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Tasik Selatan

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh 5 faktor. Antara berikut adalah :-

IKUT KELUARGAMigrasi berlaku kerana apabila penduduk di luar Bandar mingikut keluarga ke Bandar di atas sebab-sebab yang tertentu.

MELANJUTKAN PELAJARANMigrasi di Bandar Tasik Selatan juga berlaku kerana melanjutkan pelajaran.terdapat sebuah Universiti di Bandar Tasik Selatan iaitu Universiti Pertahanan Malaysia di Kem Sungai Besi .Keadaan ini menyebabkan ramai orang dari luar datang ke Bandar Tasik Selatan.

PERKHAWINANPerkhawinan juga akan menyebabkan migrasi berlaku,kerana salah satu pasangan berasal dari luar dan akan menambahkan pertambahan penduduk di kawasan Bandar Tasik Selatan.

KEMUDAHAN ASAS

Migrasi di Bandar Tasik Selatan juga berlaku kerana kemudahan asas.Bandar Tasik Selatan mempunyai system rel bersepadu seperti Komuter,ERL,LRT,Perkhidmatan Rapid KL dan akan datang ialah stesen bas domestic bagi selatan semenanjung Malaysia.

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan Bandar Tasik Selatan mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman.

8.4 KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR TASIK SELATANKegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

KESAN POSITIF1) PENDUDUK BERTAMBAH Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di Bandar Tasik Selatan telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar.

Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor ikut keluarga dan perkahwinan. 2) MASYARAKAT MAJMUK Migrasi yang berlaku ini menyebabkan pertambahan penduduk.Oleh kerana

itu,masyarakat di Bandar Tasik Selatan lebih majmuk.

KESAN NEGATIF1) MASALAH SIOSIAL Pertambahan penduduk juga telah menyebabkan masalah social seperti pecah rumah,rompak dan pergaulan yang melampaui batas.

2) PERSAINGAN PEKERJAAN Kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan Bandar Tasik Selatan. 3) PENGANGGURAN Masalah di atas akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan Bandar Tasik Selatan saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.

8.5 CADANGAN MENGATASI KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

WUJUDKAN RUKUN TERTANGGA

Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan Bnadar Tasik Selatan sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

WUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN

Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

KUAT KUASA UNDANG-UNDANG

Kuat kuasa undang-undang perlu di jalankan untuk mengurang kan masalah sosial seperti pecah umah rompakan dan lain-lain jenayah.

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISMESebagai penduduk saya berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa Bandar Tasik Selatan ini merupakan tempat tinggal yang paling selamat.

BAHAN GRAFIK

RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan Bandar Tasik Selatan.

LAMPIRAN

RUJUKAN