13
PENGENALAN Topik ini menampilkan konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam kemahiran penulisan sekolah rendah. Selain itu, dibicarakan strategi dan aplikasi kemahiran bagi penulisan. KONSEP PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH Bagi pengetahuan anda, terdapat dua jenis pengajaran tatabahasa wacana yang diuji, iaitu pengajaran penulisan berformat dan tidak berformat. Konsep pengajaran ini bergantung kepada: (a) Pecahan isi dan markah bagi aspek isi penulisan. Contohnya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 9.1): 9.1 T T o o p p i i k k 9 9 AplikasiPengajaran TatabahasaWacana dalamPengajaran KemahiranPenulisan SekolahRendah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan konsep pengajaran tatabahasa wacana bagi penulisan sekolah rendah; dan 2. Menjelaskan maksud pengaplikasian wacana tatabahasa yang tepat dan bernas dalam penulisan sekolah rendah.

55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

PENGENALAN

Topik ini menampilkan konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam kemahiran penulisan sekolah rendah. Selain itu, dibicarakan strategi dan aplikasi kemahiran bagi penulisan.

KONSEP PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Bagi pengetahuan anda, terdapat dua jenis pengajaran tatabahasa wacana yang diuji, iaitu pengajaran penulisan berformat dan tidak berformat. Konsep pengajaran ini bergantung kepada:

(a) Pecahan isi dan markah bagi aspek isi penulisan. Contohnya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 9.1):

9.1

TTooppiikk

99

Aplikasi Pengajaran

Tatabahasa Wacana

dalam Pengajaran

Kemahiran Penulisan

Sekolah Rendah

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan konsep pengajaran tatabahasa wacana bagi penulisan sekolah rendah; dan

2. Menjelaskan maksud pengaplikasian wacana tatabahasa yang tepat dan bernas dalam penulisan sekolah rendah.

Page 2: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN !

KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 137

Jadual 9.1:Pecahan Markah untuk Aspek Penulisan

ISI MARKAH

Pendahuluan 1

Isi Pertama 2

Isi Kedua 2

Isi Ketiga 2

Isi Keempat 2

Penutup 1

Jumlah 10

(b) Pecahan markah bagi aspek biasa. Contohnya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 9.2):

Jadual 9.2: Pecahan Markah untuk Aspek Bahasa

BAHASA MARKAH

(i) Perbendaharaan Kata 3

(ii) Struktur Ayat 3

(iii) Penggunaan Imbuhan 3

(iv) Tanda Baca 3

(v) Ejaan 3

Jumlah 15

(i) Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan mempunyai pengenalan, isi (lebih daripada tiga) dan penutup.

(ii) Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika penulisan mengandungi aspek wacana yang mantap, selain tidak melakukan sebarang kesalahan.

(iii) Jika ada kesalahan dalam bahagian (iii), (iv) dan (v), setengah markah akan ditolak. Bagi bahagian (i) dan (ii), markah akan diberi mengikut Âbudi bicaraÊ dengan berdasarkan keseluruhan penulisan.

(iv) Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3 markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan.

(v) Bagi penulisan yang terpesong pula, 5 markah sahaja diberi.

Page 3: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM

PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 138

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Bahagian ini menyentuh tentang strategi pengajaran kemahiran wacana dalam penulisan bagi sekolah rendah. Perbincangan dalam strategi ini berhubung dengan tatacara pengajaran yang diasimilasikan dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran wacana dalam penulisan.

9.2.1 Strategi Pengajaran

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan (Kamarudin Hj. Husin, 1988), iaitu seperti berikut:

(a) Sebelum Penulisan

(i) Fahami kehendak soalan dan format penulisan (jika karangan berformat).

(ii) Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.

(iii) Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Terdapat pelbagai cara untuk mencatat isi. Antaranya adalah dengan menggunakan konsep peta minda dan penomboran.

(b) Semasa Penulisan

(i) Menulis berdasarkan isi / kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).

(ii) Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.

(iii) Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan lanjut serta contohnya.

(iv) Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan wacana.

9.2

AKTIVITI 9.1

Dengan perkataan anda sendiri, huraikan konsep pengajaran wacana tatabahasa sekolah rendah.

Page 4: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN !

KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 139

(c) Selepas Penulisan

(i) Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai perkara, iaitu:

Format

Isi / Huraian

Imbuhan

Struktur Ayat

Ejaan

Tanda Baca

Perbendaharaan Kata

(ii) Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.

Kelemahan Murid dalam Penulisan

Dalam pengajaran, guru wajar berhati-hati dengan beberapa kelemahan murid dalam penulisan. Berdasarkan komen pemeriksa kertas, ramai murid didapati lemah dalam aspek wacana: Isi

Murid tidak mengemukakan isi yang menepati tajuk atau kehendak soalan.

Isi yang dikemukakan tidak mencukupi (iaitu kurang daripada empat).

Penulisan panjang, tetapi isi yang dikemukakan berulang.

Murid tidak menghuraikan isi yang dikemukakan.

Tidak memberikan contoh untuk menguatkan isi yang dikemukakan.

Tidak mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan satu isi yang lain.

Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan isi atau ayat.

Tidak menggunakan kosa kata yang sesuai.

Struktur ayat tidak kemas, selain terdapat kesalahan ejaan.

Page 5: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM

PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 140

Panduan bagi Penghasilan Wacana Penulisan Cemerlang

Banyakkan membaca bahan bacaan tambahan berfaedah seperti akhbar, majalah dan buku cerita yang bersesuaian untuk meneliti kesinambungan isi-isi.

Sentiasa merujuk kepada kamus untuk mengetahui erti perkataan atau kosa kata baharu bagi penulisan.

Baca dan semak semula penulisan yang telah ditanda oleh guru.

Teliti pengajaran guru berdasarkan pengolahan wacana yang tepat dan kemas. Elakkan tanda tanya dalam wacana.

WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Bahagian ini mengenengahkan kepada anda pengaplikasian kemahiran wacana dalam penulisan bagi sekolah rendah. Kemahiran diaplikasikan dengan berdasarkan beberapa peraturan dan perancangan penulisan yang jitu, selain lengkap dengan beberapa contoh yang khusus.

9.3.1 Aplikasi Kemahiran Wacana dalam Penulisan Sekolah Rendah

Subtopik ini akan menerangkan aplikasi kemahiran wacana di dalam penulisan sekolah rendah (rujuk Jadual 9.3).

9.3

AKTIVITI 9.2

Jelaskan strategi pengajaran wacana tatabahasa sekolah rendah.

Page 6: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN !

KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 141

Jadual 9.3: Tajuk/Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran dan KBKK

Tajuk / Objektif Kemahiran Media Pengajaran KBKK

Penulisan Fakta

Murid boleh:

(i) Memberikan

pendapat dan

menyusun isi

mengikut

turutan serta

dapat

menulis

semula

dengan baik

1.16 Menjawab soalan

tentang isi sesuatu

bahan

1.49 Menyatakan

pendapat yang

bernas dalam

perbincangan

3.35 Menulis semula

maklumat

yang diterima

dengan teratur

3.40 Menulis karangan

dalam bentuk prosa

Gambar

Kad jalur

Carta

Keratan akhbar

Menjana idea

Menyusun mengikut

keutamaan

Penulisan -

Menyambung

cerita

Murid boleh:

(i) Menulis

tentang tajuk

yang diberi.

1.16 Menyoal untuk

mendapatkan

maklumat

2.26 Memberikan

pendapat tentang

sesuatu pernyataan

yang diketahui

atau dibaca.

3.28 Menulis kesudahan

cerita

Gambar

Kad perkataan

Keratan akhbar

Sumbang saran

Menyusun mengikut

urutan

Penulisan - Biografi

Murid boleh:

(i) Memberikan

pendapat

dalam

perbincangan

serta dapat

menulis

tentang tajuk

yang diberi

1.26 Menjawab soalan

tentang isi sesuatu

cerita

1.16 Menyoal untuk

mendapatkan

maklumat

2.20 Menyatakan

maklumat penting

dalam bahan

bacaan

Papan gulung

Kad jalur

Gambar Tokoh

Menjana minda

Menyusun mengikut

urutan

Page 7: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM

PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 142

3.32 Mencatatkan isi-isi

penting daripada

bahan yang dibaca

atau

diperdengarkan

3.40 Menulis bentuk

prosa

Penulisan - Surat

Kiriman Tidak

Rasmi

Murid boleh:

(i) Membaca,

menghayati

dan memberi

pendapat

serta

menjawab

latihan

penulisan

dengan betul

1.37 Melaporkan sesuatu

peristiwa yang

didengar atau

dilihat dengan

betul dan ringkas

1.19 Menyoal mengikut

urutan dalam cerita

atau bahan bacaan

2.15 Membaca rangkai

kata, ayat dan

perenggan

2.19 Menyatakan

maklumat penting

dalam bahan

bacaan

3.35 Menulis semula

maklumat yang

diterima dengan

teratur

Bahan sebenar -

Surat Rasmi dan

Surat Tidak Rasmi

Lembaran kerja

Kad perkataan

Membanding beza

Membuat

kesimpulan

Penulisan - Surat

Kiriman Tidak

Rasmi

Murid boleh:

(i) Membezakan

antara Surat

Kiriman

Tidak Rasmi

dengan Surat

Kiriman

Rasmi

1.16 Menyoal untuk

mendapatkan

maklumat

2.15 Membaca rangkai

kata, ayat dan

perenggan

2.26 Memberikan

pendapat tentang

sesuatu pernyataan

yang dibaca

berpandukan peta

minda

Bahan edaran

Kad perkataan

Transparensi - bahan

bacaan.

Peta minda

Memberikan

pendapat

Page 8: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN !

KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 143

(ii) Memahami

peta minda

dan menulis

tentang tajuk

yang diberi.

3.45 Menulis surat

kiriman mengikut

format

(a) Kerangka Penulisan Perkara paling penting untuk diimbas kembali sebelum penulisan, murid hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan. Selepas itu, fikirkanlah pula tentang:

Pengenalan;

Isi-isi; dan

Penutup.

(i) Pengenalan Setiap penulisan mestilah mempunyai pendahuluan atau pengenalan.

Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Murid hendaklah menarik perhatian pembaca supaya membaca penulisan itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pendahuluan penulisan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca.

(ii) Isi-Isi Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu tajuk penulisan itu.

Penulisan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi perkara pokok, tetapi mungkin akan menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan khusus. Isi yang utama mestilah didahulukan. Sebaik-baiknya, satu isi bagi satu perenggan, kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Hal ini demikian kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Pastikan isi supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan penggunaan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi penulisan hendaklah asli, iaitu tidak ditiru bulat-bulat daripada penulisan lain. Dalam mendapatkan isi yang berkualiti, murid hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, menyaksikan sendiri dan daripada

Page 9: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM

PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 144

pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Tip Penulisan

Antara kaedah mengenal pasti isi ialah (mengikut kaedah pertanyaan):

Apa?

Siapa?

Bila?

Mengapa?

Di mana?

Bagaimana?

(iii) Penutup Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti sesuatu penulisan, maka kesimpulannya juga hendaklah memberikan sesuatu kepuasan kepada pembaca (Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid, 1990). Kesimpulan menjadi rumusan atau akhiran bagi sesuatu penulisan. Dalam kesimpulan digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan penamatan penulisan secara mengejut atau tergantung.

(b) Cara-cara Menulis

Sebelum menulis perkara yang dilakukan adalah seperti berikut:

(i) Pemilihan Tajuk atau Soalan

Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.

Fahami bentuk soalan, sama ada jenis berformat atau tidak berformat.

Pilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai.

Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan.

(ii) Penyusunan Rangka Penulisan

Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi.

Senaraikan semua isi penting secara ringkas.

Page 10: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN !

KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 145

Susun isi mengikut urutan dan kepentingan.

Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.

Elakkan pengulangan isi utama.

(iii) Penulisan

Semasa menulis, mulakan dengan penulisan pendahuluan dalam satu perenggan.

Setiap isi yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan dan disertai dengan contoh.

Bahagian-bahagian penulisan yang ideal

Perenggan pendahuluan

Perenggan isi pertama

Perenggan isi kedua

Perenggan isi ketiga

Perenggan isi keempat

Perenggan penutup

(iv) Penyemakan Penulisan

Setelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakan untuk memastikan jika ada tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.

Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisan

(v) Secara umumnya, berikan peruntukan masa untuk sesebuah penulisan, iaitu:

4 minit untuk mendapatkan isi

24 minit untuk menulis

2 minit untuk menyemak semula

Contoh: Bagaimanakah murid hendak menulis dialog dengan baik?

Berikut adalah contoh yang sesuai untuk menulis dialog:

Page 11: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM

PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 146

Contoh:

„Kamu baru pulang?‰

„Baru sebentar tadi,‰jawab saya. „Tentu kamu tertunggu kepulangan saya.‰

„Memang saya tertunggu-tunggu,‰ luah Jamal, lembut.

(c) Panduan Khusus bagi Penulisan

Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas dalam fikiran, kemudian susun mengikut isi yang lebih penting.

Tulis berdasarkan rangka yang disediakan.

Penulisan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Bagi penulisan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai tiga isi (seelok-eloknya cari empat isi) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.

Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan mempunyai perkara yang ditetapkan, iaitu pengenalan, isi yang lebih daripada tiga dan penutup.

Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika penulisan mengandungi wacana yang mantap, selain tidak melakukan sebarang kesalahan.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Bincangkan wacana tatabahasa dalam penulisan sekolah rendah.

2. Huraikan strategi penulisan yang menggunakan wacana tatabahasa yang luas bagi sekolah rendah.

.

Page 12: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN !

KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 147

Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3 markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan.

Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya 5 markah sahaja diberi.

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik.

Fahami kehendak soalan dan format penulisannya (jika karangan berformat).

Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.

Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Pelbagai cara mencatat isi, antaranya menggunakan konsep peta minda dan penomboran.

Menulis berdasarkan isi/kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).

Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.

Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau keterangan lanjut serta contohnya. Memadai dengan tiga atau empat ayat.

Penutup juga ringkas sebagai rumusan atau kesimpulan. Memadai dengan satu atau dua ayat.

Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai perkara, iaitu:

(a) Format

(b) Isi / Huraian

(c) Imbuhan

(d) Struktur Ayat

(e) Ejaan

(f) Tanda Baca

(g) Perbendaharaan Kata

Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.

Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca.

Penutuplah yang menjadi wacana kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu penulisan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.

Page 13: 55534086 Aplikasi Pengajaran a Wacana Dalam Pengajaran Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM

PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH 148

Ejaan

Format

Isi

Kaedah

Kerangka

Kesimpulan

Pemilihan Isi

Pendahuluan

Pendekatan

Penggunaan Imbuhan

Penutup

Perbendaharaan Kata

Perancangan

Strategi

Struktur Ayat

Tanda Baca

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.