5
Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a

Citation preview

Page 1: Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Page 2: Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sehahagian danipada ayat induk itu.

Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pemhentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu:(i) Ayat relatif(ii) Ayat komplemen(iii) Ayat keterangan

Page 3: Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Relatif Ayat relatif ialah ayat yang dikenal dengan

penggunaan perkataan yang, seperti dalam contoh-contoh berikut:a) Saya membeli baju yang berwarna merah.b) Mereka menonton wayang yang amat lucu.

Ayat (a) sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu:a) Saya membeli baju.b) Baju itu berwarna merah.

Page 4: Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Relatif

Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat

Baju itu berwarna merah dipancangkan ke dalam

ayat induk Saya membeli baju.

Oleh sebab ungkapan baju diulang, maka baju

yang kedua itu digugurkan dan diganti dengan kata

relatif yang.

Page 5: Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Relatif

Proses ini boleh dianggap sebagai mengalami

tingkat-tingkat perubahan seperti yang berikut:

1) Pertama : Saya membeli baju + Baju itu

berwarna merah.

2) Kedua : Saya membeli baju + baju itu berwarna

merah.

3) Ketiga : Saya membeli baju yang herwarna

merah.