29
NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105 1.0 Pengenalan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun 1990-an. Dalam era globalisasi ini, TMK merupakan satu alat yang mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan cara tradisional kepada satu kaedah yang lebih kompeten, fleksibel dan efektif. Kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada TMK seperti pembelajaran secara atas talian, sidang video dan sebagainya dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Salah satu cara pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu berbantukan komputer adalah dengan menggunakan aplikasi secara dalam talian dan di luar talian. Dalam proses pengajaran dan pembalajaran berbantukan komputer seorang guru harus mempunyai pengatahuan dan kepakaran dalam penggunaan, pembinaan, pengurusan, penyimpanan serta mengolah bahan pengajaran berkaitan ICT. Sebagai seorang bakal guru kami dikehendaki untuk membuat sebuah tapak pembelajaran yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah. Dalam tugasan kali ini, penulis telah diminta membina tapak pembelajaran menggunakan mana-mana perisian. Penulis juga diminta membina alat pengarangan elektronik bagi membantu pembelajaran Bahasa Melayu dalam bentuk brosur. Kemudian, penulis juga diminta menghasilkan satu pakej pembelajaran dengan menggunakan mana-mana aplikasi animasi yang sesuai. 1

BMM 3105 Nur E'zzati

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

1.0 Pengenalan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang

pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun

1990-an. Dalam era globalisasi ini, TMK merupakan satu alat yang

mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan

cara tradisional kepada satu kaedah yang lebih kompeten, fleksibel dan

efektif. Kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada TMK seperti

pembelajaran secara atas talian, sidang video dan sebagainya dapat

membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di

sekolah rendah. Salah satu cara pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu

berbantukan komputer adalah dengan menggunakan aplikasi secara dalam

talian dan di luar talian.

Dalam proses pengajaran dan pembalajaran berbantukan komputer

seorang guru harus mempunyai pengatahuan dan kepakaran dalam

penggunaan, pembinaan, pengurusan, penyimpanan serta mengolah bahan

pengajaran berkaitan ICT. Sebagai seorang bakal guru kami dikehendaki

untuk membuat sebuah tapak pembelajaran yang boleh digunakan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah

rendah.

Dalam tugasan kali ini, penulis telah diminta membina tapak

pembelajaran menggunakan mana-mana perisian. Penulis juga diminta

membina alat pengarangan elektronik bagi membantu pembelajaran Bahasa

Melayu dalam bentuk brosur. Kemudian, penulis juga diminta menghasilkan

satu pakej pembelajaran dengan menggunakan mana-mana aplikasi animasi

yang sesuai.

1

Page 2: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

2.0 Tapak Pembelajaran ‘Moodle’

Modular Object-Oriented Dynamic Learning atau Moodle dibangunkan

oleh Martin Dougiamas dengan tujuan untuk membantu pendidik membuat

kursus dalam talian dengan tumpuan kepada interaksi dan pembinaan

kerjasama kandungan dalam evolusi yang berterusan. Versi pertama Moodle

telah dilancarkan pada 20 Ogos 2002 dan sehingga Oktober 2012, pengguna

aplikasi ini telah pun mencecah sebanyak 70,793 pengguna melalui laman

web berdaftar dan telah disahkan. Moodle merupakan sumber e-

pembelajaran platform perisian percuma dan perisian ini juga merupakan

salah satu ‘Course Management System’ (CMS) yang juga dikenali sebagai

‘Learning Management System’ (LMS) atau ‘Virtual Learning Environment’

(VLE).

Moodle merupakan satu aplikasi web percuma yang boleh digunakan

oleh para pendidik untuk mewujudkan laman web pembelajaran yang efektif

dalam talian. Aplikasi ini semakin dikenali oleh golongan pendidik kerana

penggunaan aplikasi ini banyak membantu pendidik dalam melakukan aktiviti

pembelajaran bersama anak murid mereka dalam talian. Pembelajaran

berasaskan ‘moodle’ ini hanya memerlukan komputer sebagai medium

perantara di antara murid dan guru bagi memastikan sesi pengajaran dan

pembelajaran ini berlaku.

Penggunaan aplikasi ‘moodle’ sebagai bahan bantu mengajar sedikit

sebanyak membantu dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan efektif. Selain itu, penggunaan ‘moodle’ juga membantu guru

dalam mendedahkan penggunaan ICT kepada murid. ‘Moodle’ boleh

digunakan sebagai satu landasan untuk menjalani kursus dalam talian

sepenuhnya dan sesetengah pihak juga menggunakan program ini untuk

menambah kursus sampingan yang juga dikenali sebagai pembelajaran

pelbagai. Moodle mempunyai pelbagai ciri dan kriteria yang khusus dan

sesuai digunakan baik di sekolah mahupun institusi pendidikan sebagai bahan

bantu mengajar yang efektif.

Kebanyakan pengguna ‘moodle’ menggunakan modul aktiviti seperti

forum, pangkalan data dan wiki bagi menyuarakan pandangan serta

2

Page 3: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

berkongsi pendapat di antara satu sama lain. Aktiviti ini turut membantu

penggunanya untuk memberanikan diri dalam menyuarakan pandangan dan

pendapat mereka sekali gus membina masyarakat yang bertoleransi dalam

menyuarakan dan menerima pendapat. Aplikasi ‘moodle’ ini juga turut

digunakan sebagai satu tapak pembelajaran dalam talian bagi menyampaikan

isi pembelajaran kepada murid melalui kewujudan pelbagai aplikasi yang

terdapat di dalam program ini seperti SCORM standard. Selain menggunakan

aplikasi ‘moodle’ ini untuk menyampaikan isi pembelajaran, para pendidik juga

menggunakan aplikasi ini untuk menilai keberkesanan pembelajaran yang

telah dijalankan melalui tugasan atau kuiz yang telah dimasukkan ke dalam

program ‘moodle’ ini.

Pengguna ‘moodle’ dapat memuat turun maklumat yang diingini secara

percuma. Bahkan orang awam yang ingin menjadi ahli juga dibenarkan

mendaftar sebagai ahli. Namun pemilik ‘moodle’ berhak untuk memilih

paparan yang sesuai dan merahsiakan paparan maklumat-maklumat tertentu

kepada orang ramai.

Bagi memenuhi kehendak tugasan penulis kali ini, penulis telah

membina satu tapak pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan ‘moodle’.

Penulis telah melampirkan beberapa keping gambar bagi memberi gambaran

terhadap tapak pembelajaran yang telah penulis bina. Penulis telah

menggunakan ‘moodle’ sebagai bahan bantu mengajar penulis dalam

menyampaikan isi pembelajaran yang penulis ingin sampaikan iaitu

‘Rencamnya Budaya Kita’ yang berfokuskan kepada murid Tahun 6. Berikut

merupakan tapak pembelajaran yang telah penulis bina melalui ‘moodle’.

Tapak pembelajaran yang telah dibina penulis dikenali sebagai ‘Wahana

Bahasa Melayu’.

3

Page 4: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 1: Muka depan tapak pembelajaran “Wahana Bahasa Melayu”

Gambar 2: Halaman pertama tapak pembelajaran ‘Wahana Bahasa Melayu’

sebaik sahaja pengguna login

4

Page 5: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 3: Terdapat tiga cabang “course” dalam tapak pembelajaran Moodle

yang telah dibina oleh penulis. Tiga bidang tersebut terdiri daripada:

1. Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia

2. Permainan Tradisional

3. Alat Muzik Tradisional Kebanggan Kita

Gambar 4: Terdapat empat topik dalam cabang “Tarian Tradisional

Masyarakat di Malaysia” yang telah penulis hasilkan iaitu:

5

Page 6: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

1. Set induksi

2. Langkah 1

3. Langkah 2

4. Langkah 3

5. Penutup

Gambar 5: Paparan isi yang terdapat di dalam topik ‘Set Induksi’

Gambar 6: Paparan isi yang terdapat di dalam topik ‘Langkah 3’

6

Page 7: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

3.0 Brosur

Brosur adalah terbitan tidak berkala yang dapat terdiri dari satu hingga

sejumlah kecil halaman, tidak terkait dengan terbitan lain, dan selesai dalam

sekali terbit. Menurut definisi UNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala

yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan), memiliki paling

sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di luar perhitungan

sampul.

Brosur memuat maklumat atau penerangan tentang sesuatu produk,

perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum atau dimaksudkan

sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam

bahasa yang ringkas dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu

yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian dan dicetak dengan

menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik

terhadap produk tersebut. Dalam tugasan kali ini, saya telah menghasilkan

dua jenis brosur yang berlainan tajuk iaitu ‘Etika Penggunaan Internet’ dan

‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer’.

Berikut merupakan brosur yang telah saya hasilkan.

BROSUR 1: ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Gambar 7: Muka depan brosur ‘Etika Penggunaan Internet’

7

Page 8: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 8: Muka belakang brosur ‘Etika Penggunaan Internet’

BROSUR 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

BERBANTUKAN KOMPUTER

Gambar 9: Muka depan brosur ‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu Berbantukan Komputer’

8

Page 9: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 10: Muka belakang brosur ‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu Berbantukan Komputer’

4.0 Pakej Pembelajaran

Pakej pembelajaran merupakan satu koleksi cadangan strategi

pengajaran dan pembelajaran (P&P), aktiviti, bahan sumber dan prosedur

pelaksanaan yang dirancang untuk membantu pelajar menguasai bidang dan

hasil pembelajaran tertentu dalam spesifikasi kurikulum mata pelajaran.

Dalam pakej pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6, saya telah

menghasilkan rancangan pengajaran harian terlebih dahulu. Kemudian saya

telah menggunakan aplikasi ‘exe’ untuk menyampaikan isi pengajaran. Akhir

sekali, saya telah memasukkan ‘exe’ tersebut ke dalam tapak pembelajaran

Moodle untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran saya.

Dalam pakej pembelajaran ini, saya telah memilih untuk mengajar tajuk

“Pakaian Tradisional Masyarakat di Malaysia” kepada murid-murid Tahun 6.

Tema bagi tajuk tersebut ialah “Seni Tradisi Kebanggaan Kita”. Langkah

pertama yang saya buat sebelum saya mengajar ialah saya telah

9

Page 10: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

menyediakan Rancangan Pengajaran Harian terlebih dahulu sebagai

panduan mengajar. Berikut merupakan Rancangan Pengajaran Harian yang

telah saya hasilkan.

4.1 Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

Tarikh : 15 Februari (Rabu)Masa : 0720 – 0820 (60 minit)Tahun : Tahun 6 CemerlangTema : Seni Tradisi Kebanggaan KitaTajuk Pelajaran : Tarian Tradisional Masyarakat di MalaysiaBilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama 4.1 : Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang

sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.Aras 2 (i) : Menyumbang idea yang bernas dalam sesuatu diskusi dengan terperinci.

Fokus Sampingan 5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 (ii) : Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

8.3 : Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.

Aras 2 (i) : Menulis ayat dalam tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.

Pengetahuan Sedia Ada :i) Murid-murid sememangnya tahu tarian tradisional masyarakat di Malaysia.ii) Murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca

peringkat awal.

Objektif Eksplisit :Pada akhir pelajaran murid dapat :

i) Menjawab tiga daripada enam soalan yang dikemukakan oleh guru dan memberikan pendapat mereka tentang sesuatu situasi.

10

Page 11: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

ii) Membaca lancar tiga daripada lima perenggan petikan “Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia” dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan lembaran petikan yang diberikan.

iii) Menulis tiga daripada lima ayat berdasarkan perkataan yang diberikan dalam lembaran kerja.

Sistem Bahasa : i) Tatabahasa : Kata hubungii) Kosa kata : tradisional, menular, aktif, ragam dan gesekan

Pengisian Kurikulum :i) Ilmu : Kebudayaan, Muzikii) Nilai murni : Rasional, bersyukur

Kemahiran Bernilai Tambah : i) Kemahiran berfikir : Membanding dan membezakanii) Belajar Cara Belajar : Bacaan mentalis, bacaan mekanis dan

bacaan secara individu.

Isi Pelajaran :i) Gambarii) Petikan teks ”Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia” iii) Tatabahasa – kata hubungiv) Kosa kata

Bahan Sumber Mengajari. Petikan teks ii. Muzikiii. Gambariv. Lembaran Kerjav. LCD projektor & Laptop

11

Page 12: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Langkah / Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set induksi(5 minit)

Gambar: Tarian

Sumazau Tarian

Sewang Tarian

Zapin Tarian

Bharatanatyam

Tarian Singa

Contoh Soalan :1. Apakah yang

telah anda perhatikan di dalam paparan gambar tadi?

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan tarian tradisional masyarakat kita?

1. Guru menunjukkan gambar tentang beberapa jenis tarian tradisional yang terdapat di Malaysia.

2. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai gambar yang dipaparkan.

3. Murid digalakkan berbual dengan rakan dalam memberikan pendapat mereka tentang soalan yang dikemukakan oleh guru.

4. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan isi pelajaran.

TKP- Verbal

linguistik- Interpersonal

Strategi- Berpusatkan

murid

BSM- Gambar

Teknik:- Soal jawab

Penilaian HPFU 4.1 Aras : 2(i)

PerkembanganLangkah 1(20 minit)

Petikan”Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia”

Soalan Kefahaman1. Apakah yang

dimaksudkan dengan

1. Guru mengedarkan petikan teks bertajuk ” Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia” kepada murid.

2. Murid-murid diminta untuk membaca teks petikan secara senyap terlebih dahulu.

3. Guru meminta murid-murid membaca petikan beramai-ramai

Strategi : BCB:- Bacaan

mentalis- Bacaan

mekanis- Bacaan

secara individu

TKP:- Verbal

12

Page 13: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

“Zapin”?2. Mengapakah

tarian tradisional perlu dikekalkan?

3. Kenal pasti istilah dan ayat yang menarik dalam teks.

dengan intonasi yang betul

4. Beberapa orang murid membaca petikan secara individu.

5. Guru membimbing murid lemah membaca teks dengan lancar dan dengan intonasi yang betul

6. Guru menyoal murid mengenai isi petikan yang dibaca berdasarkan soalan kefahaman yang diberikan.

linguistik- Interpersonal- Kinestetik

Nilai murni:- Bersyukur- Menghargai

BSM:- Petikan teks- Slaid

Powerpoint

Penilaian HPFS 5.2 Aras 1(ii)

PerkembanganLangkah 2(15 minit)

Sistem BahasaKosa kata:1. Tradisional2. Menular3. Aktif4. Ragam5. Gesekan

1. Guru mengedarkan petikan teks bertajuk ”Tarian Zapin” kepada murid-murid

2. Murid-murid membaca kosa kata yang dimerahkan dalam petikan.

3. Murid dibimbing mencari makna perkataan yang terdapat didalam petikan tersebut.

4. Guru memaparkan perkataan mengenai kosa kata pada paparan slaid dan meminta beberapa orang murid meneka makna perkataan tersebut.

5. Guru meminta murid-murid membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut dalam bentuk tulisan berangkai.

Kemahiran Berfikir:

- Menjana idea

TKP:- Verbal

linguistik- Interpersonal- Naturalis- kinestetik

Ilmu:- Kebudayaan

Nilai:- Bersyukur- Menghargai

BSM:- Slaid

powerpoint- Petikan teks

Penilaian HPFS 5.2 Aras 1(ii)FS 8.3 Aras 2 (i)

13

Page 14: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Langkah 3(15 minit )

Latihan bertulis

Kata hubung

Penerapan Tatabahasa:

Kata hubung – digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

PemulihanMenjawab soalan aneka pilihan dengan kata hubung yang sesuai.

PengayaanMengisi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

1. Guru menerangkan maksud kata hubung kepada murid.

2. Guru memaparkan contoh ayat yang menggunakan kata hubung pada paparan slaid.

3. Guru meminta murid membaca ayat-ayat yang menggunakan kata hubung yang dipaparkan pada slaid.

4. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

5. Guru membahagikan lembaran kerja mengikut tahap kecerdasan murid-murid.

Pemulihan- Guru meminta

murid-murid menjawab soalan aneka pilihan dengan pilihan jawapan yang tepat.

- Guru membimbing murid-murid menjawab soalan pada lembaran kerja tersebut.

Pengayaan- Guru mengedarkan

sebuah petikan teks yang bertajuk “Kisah Si Adik Kecil” kepada murid-murid.

- Guru meminta murid-murid mengisi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

- Guru membimbing

TKP :1. Verbal

linguistik2. Intrapersonal

Sistem Bahasa3. Kata hubung

Strategi4. Pendekatan

Deduktif

Kemahiran Berfikir5. Menjana

Idea

BSM- Slaid

Powerpoint- Lembaran

kerja

Penilaian HPFU : 4.1 Aras 2 (i)FS : 5.2 Aras 1 (ii)

14

Page 15: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

murid-murid menjawab soalan tersebut.

Penutup(5 minit)

Nyanyian lagu Wau Bulan

Rumusan isi pelajaran.

-Kita hendaklah sentiasa menghargai seni tari di negara kita.

1. Guru memaparkan lagu ‘Wau Bulan’ menggunakan slide power point

2. Murid membaca lirik lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul

3. Guru memainkan muzik lagu ‘Wau Bulan’

4. Murid dan guru menyanyi bersama-sama

5. Guru meminta murid secara sukarela menyatakan isi pelajaran dan nilai-nilai yang telah dipelajari.

TKP:- Verbal

linguistik- Muzik

Nilai murni:- Bersyukur- Menghargai

Ilmu :Muzik

Penilaian HPFU : 4.1 Aras 2(i)

Aktiviti susulan : Murid membuat buku skrap yang mengandungi kepelbagai jenis tarian tradisional masyarakat di Malaysia.

4.2 EXE

Berikut pula merupakan EXE yang telah saya hasilkan bagi membantu

menyampaikan isi pengajaran.

15

Page 16: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 11: EXE saya yang pertama mengandungi set induksi yang

memaparkan beberapa jenis tarian tradisional yang terdapat di Malaysia dan

beberapa soalan untuk sesi soal jawab juga telah disediakan.

Gambar 12: EXE saya yang kedua pula memaparkan petikan “Tarian

Tradisional Masyarakat di Malaysia” dan beberapa soalan kefahaman juga

disediakan.

Gambar 13: Dalam EXE yang ketiga ini pula, saya telah membawa murid

mengenalpasti beberapa kosa kata yang terdapat di dalam petikan “Tarian

16

Page 17: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Zapin” dan mencari makna kosa kata tersebut. Kemudian, saya meminta

murid membina ayat bagi kosa kata tersebut dalam tulisan berangkai.

Gambar 14: Bagi EXE yang keempat ini, saya telah membawa murid

mempelajari ilmu tatabahasa Kata Hubung. Dalam EXE ini juga, terdapat dua

cabang latihan iaitu Pemulihan dan Pengayaan.

Gambar 15: Bagi latihan pemulihan, saya telah membawa murid menjawab

soalan aneka pilihan seperti yang ditunjukkan dalam EXE di atas.

17

Page 18: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 16: Bagi latihan pengayaan pula, saya telah membawa murid

mengisi tempat kosong bagi kata hubung yang sesuai seperti yang

ditunjukkan dalam gambar di atas.

Gambar 17: Akhir sekali, saya telah membawa murid menyanyikan lagu “Wau

Bulan” sebagai penutup bagi sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk

tersebut.

18

Page 19: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

4.3 Moodle

Berikut pula merupakan Moodle yang telah saya hasilkan:

Gambar 19: Masukkan “Username” dan “Password” untuk masuk ke dalam

Moodle. Tekan “Login” untuk masuk ke dalam tapak pembelajaran

Gambar 20: Halaman depan Moodle “Wahana Bahasa Melayu”. Moodle akan

memaparkan tiga course yang terdapat dalam tapak pembelajaran seperti

yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

19

Tekan sini.

Page 20: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 21: Jika pengguna ingin melihat maklumat yang lebih lanjut tentang

tajuk “Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia”, pengguna perlu menekan

“Tarian Tradisional Masyarakat di Malaysia”

Gambar 22: Kemudian, Moodle akan memaparkan tajuk “Pakaian Tradisional

Kebanggaan Kita” dan tekan pada bahagian tersebut untuk melihat topik

pengajaran

20

Tekan sini.

Tekan sini.

Page 21: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 23: Terdapat beberapa cabang dalam “Pakaian Tradisional” seperti

yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Sekiranya pengguna ingin melihat

Set Induksi, pengguna perlu tekan pada bahagian tersebut dan begitu juga

untuk bahagian yang seterusnya seperti Langkah 1, Langkah 2, Langkah 3

dan Penutup.

Gambar 24: Sekiranya pengguna ingin melihat isi pembelajaran yang lain,

pengguna perlu menekan ‘exit activity’ untuk keluar.

21

Tekan sini.

Page 22: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

Gambar 25: Sekiranya pengguna ingin melihat isi pembelajaran yang

terkandung dalam Pengayaan, pengguna perlu tekan pada ‘Pengayaan’.

Gambar 26: Sekiranya pengguna ingin keluar dari Moodle, maka pengguna

perlu menekan pada bahagian ‘Logout’.

22

Tekan sini.

Page 23: BMM 3105 Nur E'zzati

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3105

5.0 Rumusan

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara

kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan

masa kini kerana mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan

penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Namun begitu guru Bahasa

Melayu  menghadapi beberapa masalah dan kekangan dalam melaksanakan

pengajaran menggunakan komputer .

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Encik Yahya Othman,Phd

dan .En Roslan Baki Phd dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,

UPM  menunjukkan guru menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan

komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer.

Namun begitu  kursus yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran

multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang

diberikan perhatian.

Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak

positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Namun kekangan utama

yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan

komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran

manakala pelajar pula kurang berminat dalam pembelajaran.

Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu

mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu

komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu

bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan

pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

23