BMM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Citation preview

Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246), Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.Pendidikan pemulihan adalah pendidikan yang ditumpukan kepada murid-murid dalam mengatasi masalah penguasaan kemahiran 3M iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah.

Kemahiran Membaca Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca. Kemahiran Menulis Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.Kemahiran MendengarKemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Model pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah. Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik. Namun begitu, model yang baik itu sangat diperlukan kerana model tersebut mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik juga.Kemahiran BertuturBertutur merupakan cara utama manusia berkomunikasi. Bertutur memerlukan dua proses:i. Proses mental pengetahuan bahasaii. Proses fizikal menggunakan organ-organ ujaran untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.Terdapat pula dua unsur yang membantu menjadikan komunikasi lebih berkesan, iaitu:i. Unsur-unsur prosodi intonasi, nada, tekanan, kepanjangan, jeda.ii. Unsur-unsur paralinguistik penggunaan isyarat dan pergerakan anggota badan, mimik muda

Kemahiran Mendengar dan BertuturMasalah yang dialami murid dalam kemahiran mendengar seperti yang berikut: Sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi vokal, konsonan, diftong Tidak berupaya mengajuk bunyi Tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar Sukar mengingat fakta Sukar memahami dan mentafsir maksud Sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi Gagal mengikut aliran idea dalam perbualan Lemah ingatan pendengaran Gagal mematuhi arahanMasalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur seperti yang berikut: Kosa kata yang terhad Menggunakan dialek Menggunakan bahasa ibunda Lemah dalam kesantunan berbahasaKemahiran Membaca Keliru pada huruf yang hampir sama. Contohnya huruf b-d, m-w Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A, b-B Masalah disleksia. Contohnya [kail] [kali], [dada]-[baba] Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata Membaca secara berlagu Bacaan tidak lancar, tersekat-sekat Tidak mematuhi tanda baca Membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa kepala, suka - saku Lemah ingatan penglihatan Tidak faham kandungan bahan yang dibaca Sukar membuat hubung kait dan analisis Tidak dapat membuat urutan isi

Salah sebutan Murid salah menyebut perkataan-perkataan yang dibacanya berikutan mereka tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf. Oleh itu mereka akan cenderung untuk melakukan kesalahan dalam menyebut huruf atau perkataan tersebut. Contohnya perkataan, perkataan 'lidi' disebut 'lili', perkataan 'mari' disebut 'mali' atau perkataan 'lari' disebut 'lali'Kemahiran Menulis Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk Salah ejaan Kosa kata yang terhad Aliran pemikiran tidak lancar Lupa format penulisan Lemah dalam penyampaian idea Ayat yang tidak gramatis Lemah dalam penggunaan tanda bacaCara Mengesan Kesukaran PembelajaranGuru dapat mengenal pasti murid-murid yang memerlukan aktiviti pemulihan berdasarkan cara seperti yang berikut: Mengesan murid bermasalah melalui pemerhatian Mengesan murid bermasalah melalui rekod prestasi berdasarkan keputusan ujian Mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui ujian saringan dan ujian diagnostik Mengesan masalah murid melalui temu bual dengan guru kelas dan ibu bapa Mengesan punca masalah dari aspek fizikal, intelek dan emosi yang mengganggu pembelajaran. Guru juga dapat mengesan kesukaran pembelajaran dengan cara mengadakan ujian seperti yang berikut: Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf besar dalam abjad. Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf kecil dalam abjad. Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal pasangan nama huruf besar dan huruf kecil. Ujian pengamatan penglihatan untuk mengesan masalah songsang huruf atau pembalikan huruf. Ujian membezakan bunyi huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya. Ujian untuk kemahiran membatang dan mencantumkan suku kata yang mempunyai gugusan konsonan dalam perkataan. Ujian untuk kemahiran membezakan bunyi e taling [e] dan bunyi e pepet []. Ujian mengesan masalah kekeliruan sebutan yang disebabkan oleh sistem ejaan dan bunyi fonik yang berbeza antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ujian mengesan kesukaran mengecam bentuk perkataan yang disebabkan oleh masalah pengamatan penglihatan yang songsang.