PENGURUSAN TINGKAH LAKU (tesis)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/8/2019 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (tesis)

    1/6

  • 8/8/2019 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (tesis)

    2/6

    vi. Pengasingan diri

    Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku inijuga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripadaberkomunikasi dengan orang lain.

    vii. Ponteng sekolah

    Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibubapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atautaman permainan.

    viii. Enggan ke sekolah

    Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanakini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan

    kawasan rumahnya.

    ix. Mencuri

    Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakansekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakansekelas.

    Punca salah laku

    Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktortertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkahlaku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusantingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telahmenyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

    i. persekitaranii. tekanan psikologikaliii. ketakutan dan fobiaiv. peneguhan yang kurang sesuaiv. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhadvi. kesukaran tugasan

    vii. aktiviti dan tahap rangsanganviii. kesihatan dan perubatanix. jangkaan tingkah laku

    Faktor persekitaranSesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising,sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanyabagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.

  • 8/8/2019 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (tesis)

    3/6

  • 8/8/2019 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (tesis)

    4/6

    TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

    Pelupusan dan peningkatan tingkah laku

    Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambilkira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan

    juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

    Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;

    ganjaran (reinforcers)Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu;i. ganjaran primer makanan, minuman dllii. ganjaran social- senyuman, pujian dll

    iii. ganjaran sekunder token, kupon, mainan, bintang dll

    dendaan (punishment)- tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak

    pengasingan (isolation)- mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih- asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya

    pembentukan (shaping)- pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh muridyang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki.

    prompting- digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atauklu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan,gerak badan (gesture) dan fizikal.

    fading (pelunturan)- mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan

    modeling- menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk

    diteladani oleh murid

    kejelakan/Kebosanan (satiation)- membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya danberhenti sendiri- Over Correction adalah satu teknik kejelakan.

    desensitization

  • 8/8/2019 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (tesis)

    5/6

    - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atautakut yang berlebihan takut bercakap di depan kelas, fobia dll

    bimbingan dan kaunseling- pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi ataumenangani masalah tingkah laku

    terapi muzik/seni- menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, danmelepaskan perasaan yang tertekan

    penamatan/pelupusan (extinction)- memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkahlaku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baruyang positif

    pengasingan (time-out, suspension)

    - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas)- mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan

    kontrak perjanjian (contigency contracting)- persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan ataubertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih.Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah danmurid faham akan kesan yangakan berlaku.

    LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAHLAKU

    Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telahdirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkansatu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.

    Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini bolehdiubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.

    Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku;

    - memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan- membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut- menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour)- mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat- memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai- menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment)menjalankan program- melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation)

  • 8/8/2019 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (tesis)

    6/6

    - tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai- memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telahdipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan

    Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambilperhatian terlebih dahulu,iaitu;

    - Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?- Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?- Bila tingkah laku itu berlaku?- Kekerapan tingkah itu berlaku.- Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?- Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?