Upload
lee-kar-bee
View
327
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PJM 3110 Kurikulum & Pedogogi Pendidikan Jasmani1
ISL MINGGU 2KEPENTI NGAN PENDI DI KAN JASMANI DARI ASPEK PERKEMBANGAN
SOSIALDisediakan oleh : Belinda Lee Ye Fei Tan Hooi Wen Ooi Zi Ying Lee Kar Bee Moon Shi Yan
Perkembangan Sosial2
Definisi :Hubungan sosial merupakan hububngan antara manusia yang saling memerlukann. (Sunarto & Hartono 1999).
Perkembangan sosial:Pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi bagi melibatan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama. (Syamsu Yusuf 2007).
Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam Aspek Perkembangan Sosial3
Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam Aspek Perkembangan Sosial4
Membolehkan seseorang individu berupaya berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat. Para
pemain perlu berhubung atau berkomunikasi untuk memberi atau menerima sesuatu mesej. Mesej boleh dihantar secara verbal ataupun nonverbal. Contoh (1) : Dalam sesuatu perlawanan bola keranjang, para peserta akan menggunakan kontak mata untuk membuat penghantaran bola kepada pihak tertentu. Contoh (2) : Dalam setiap permainan sudah pastinya mempunyai pemimpin untuk berbincang strategi ataupun taktik permainan bersama ahli-ahlinya, tanpa komunikasi, sesebuah pasukan itu tidak akan mencapai kejayaan.
Penerapan Nilai-nilai Murni5
Untuk
membina insan yang sempurna dan seimbang dengan menekankan kepada jasmani, sosial dan intelektual. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), aspek nilai murni seharuslah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penerapan nilai nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia.
Penerapan Nilai-nilai Murni6
Antara aspek yang terdapat dalam nilai murni iaitu
menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membencikan keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai disiplin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugasn dengan penuh dedikasi.
Penerapan Nilai-nilai Murni7
y Dalam aktiviti P&P, nilai murni yang biasa diterap:
BerdikariBekerjasama
BersyukurBersikap positif Cintakan negara
Sabar
Penerapan Nilai-nilai Murni8
Manakala sebagai seorang pengajar nilai yang baik
turut seharusnya ditunjukan secara langsung dan tidak langsung terhadap pelajar. Pengajar semestinya menunjukkan sifat-sifat seperti berikut:Menepati masa Bersopan Berobjektif Mempelbagaikan kaedah
SabarPeka kepada masalah pelajar
Penerapan Nilai-nilai Murni9
Contoh-contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani :(1)Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan aktiviti berpasangan dan berkumpulan. (2) Tema yang digunakan dapat mengambarkan nilai murni. (3)Latihan yang digunakan mengandungi permainan dan kemahiran yang menggunakan kaedah mencabar . [Nilai berdikari dan yakin diri dapat diterapkan]
Penerapan Nilai-nilai murni10
y Contoh-contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani :(4 )Penggunaan alatan dan arahan dalam P&P semestinya tidak bercanggah dengan aspirasi dan nilai agama, budaya serta norma masyarakat Malaysia.
(5)Penggunaan bahasa dan ayat dalam arahan yang jelas dan sopan bagi melambangkan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa..
Penglibatan Aktif dalam Aktiviti11
Murid-murid akan mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan secara sukarela jikalau interaksi antara satu sama lain dapat dijalan dengan lancar. Justeru, boleh dikatakan bahawa penglibatan aktivit dalam aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi sebuat tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakat seperti : melakukan kerja berkumpulan, permainan berpasukan. Di samping itu, situasi ini jikalau boleh difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian seumur hidup. Contoh : penubuhan persatuan badminton. (BAM)
Pembentukan Sahsiah12
Menurut Kamus Dewan sahsiah yang membawa maksud keperibadian. Kagan J dan Segal J (1988) mendefiniskan sahsiah sebagai personaliti seseorang individu yang merangkumi proses befikir, merasa tingkah laku dan hubungan dengan sekitar. Menurut Eysenck mentaksirkan sahsiah sebagai cara individu penyesuaian yang unik terhadap sekitaran. Justeru, sahsiah merujuk kepada pembentukkan peribadi seseorang individu secara keseluruhan dengan merangkumi perangai, kecergasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, interaksi, cita-cita dan nilai.
Pembentukan Sahsiah13
Pendidikan Jasmani boleh dilihatkan merangsangkan pembentukan sahsian yang baik kepada peserta. Dengan nilai-nilai yang disemai menerusi aktivii pendidikan jasmani turut dapat merangsangkan pembentukan sahsiah. Di samping itu, aktiviti - aktiviti fizikal yang dirancang dengan teliti turut akan merangsang pembentukan personaliti yang baik. Pendek kata, keupayaan pelajar berinteraksi dengan rakan sebaya akan menjadikan pelajar menyumbangkan terhadap kemantapan sahsiah. Aktiviti
KESIMPULAN14
Pendidikan Jasmani merupakan medium yang dapat membantu dalam perkembangan sosial sebagai contohnya pembangunan sosial menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling masyarakat. Justeru, sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial.
Sekian Terima Kasih !15