18
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU 3 TAHUN RPH 1 3 BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TARIKH : 27 /10/ 2015 (SELASA) MASA : 1200 - 0100 (60 MINIT) TEMA : TRADISI KITA TAJUK : PAKAIAN TRADISIONAL 1

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tyuyu

Citation preview

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH : 27 /10/ 2015 (SELASA)

MASA : 1200 - 0100 (60 MINIT)

TEMA : TRADISI KITA

TAJUK : PAKAIAN TRADISIONAL

1

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)(KEMAHIRAN MEMBACA)

Tarikh /Hari : 27.10.2015Hari : SelasaTahun : 3 UnguBil Murid : 28 orangMasa : 1200-0100 (60 minit)Mata Pelajaran : Bahasa MalaysiaTema : Tradisi KitaTajuk : Pakaian Tradisional

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN2.2 Membaca dan memahami perkataan frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, 24 daripada 28 orang murid dapat:

i. Membaca dan memadankan tiga daripada empat gambar dengan keratan ayat dengan sebutan yang betul.

ii. Membaca dan menyenaraikan dua daripada tiga nilai yang terkandung dalam petikan imlak.

iii. Membaca dan memahami lima daripada enam ayat dalam perenggan denggan sebutan yang betul.

2

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

Sistem Bahasa

Sebutan dan Intonasi: Membaca ayat dengan sebutan jelas dan intonasi yang betul

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Pendidikan Moral Kemahiran : Kemahiran Membaca dan Mendengar Nilai Murni : Hormat menghormati, Tolong menolong, Baik hati. Kreativiti : Memadankan gambar dengan pernyataan yang sesuai

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemhiran Berfikir : Menghubung kait, menjana idea Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, Interpersonal. Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait , Menjana idea

Bahan bantu mengajar

Jenis Bilangan1 Kad Bergambar “Malaysiaku” 1 keping

2 Gambar Ransangan 16 keping

3 Dialog “Pakaian Tradisional Kebangganku” 4 helai

4 Lembaran Kerja 28 helai

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid tahu akan kepelbagaian kaum di Malaysia

Murid-murid dapat membaca ayat pada peringkat awal.

3

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

4

Langkah

/masa

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set Induksi

1200 - 1205

(5 minit)

Kad Bergambar: “Malaysiaku”

(Rujuk Lampiran 1)

Soalan:

1. Apakah yang anda dapat perhatikan dalam gambar tersebut?

2. Siapakah yang terlibat di dalam gambar tersebut?

3. Bilakah gambar tersebut berlaku?

Guru menunjukkan kad bergambar yang

bertemakan “ Malaysiaku” kepada murid-murid.

Guru meminta murid memerhati gambar yang

ditunjukkan.

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai

kad bergambar tersebut.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk

pelajaran pada hari tersebut

BBM

Kad Bergambar “Malaysiaku”

KB

Menghubung kait, menjana idea

Strategi

Berpusatkan Murid dan Bahan

Kecerdasan Pelbagai

Verbal-Linguistik

Teknik :

Soal Jawab

Langkah 1

1205 –1220

(15 minit)

Gambar Ransangan:

(Rujuk Lampiran 2)

Memadankan gambar pakaian tradisional dengan ayat yang sesuai.

Guru membentuk 4 kumpulan pelajar pelbagai

aras dan kebolehan

Guru mengagihkan 4 keping gambar

ransangan kepada setiap kumpulan pelajar

Guru menerangkan secara ringkas gambar

yang diberi kepada murid-murid.

Guru menugaskan pelajar berbincang dan cuba

untuk memadankan gambar pakaian tradisional

dengan pernyataan yang sesuai.

Murid secara dalam kumpulan membacakan

BBM

Gambar ransangan

KB

Verbal linguistik

Interpersonal

Kinetik

Nilai Murni

Saling Bekerjasama

Strategi

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

Aktiviti Susulan: Menyenaraikan tarian tradisional yang menggunakan baju tradisional di negara kita.

PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN RPH(Diserahkan kepada/pensyarah pembimbing sebelum melaksanakan sesi P&P)

Disemak oleh pensyarah pembimbing/guru pembimbing

Catatan:

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Disemak oleh Guru Besar:

Catatan:

Tandatangan :Nama :Tarikh :

5

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

PENULISAN CATATAN REFLEKSI MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA

ISU BUKTI TINDAKAN SUSULANKekuatan:

Kelemahan:

6

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

SET INDUKSI

(KEMAHIRAN BERTUTUR)LAMPIRAN 1 (Induksi) : Malaysiaku.

7

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

LANGKAH 1

(KEMAHIRAN MEMBACA)

LAMPIRAN 2 (Langkah 1)

ARAHAN : PADANKAN GAMBAR DENGAN PERNYATAAN YANG BETUL.

8

Page 9: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

Pernyataan :

9Wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan berlengan panjang yang dinamakan baju kurung dan dipakai bersama kain sarung. Lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai bersama seluar yang longgar beserta kain yang dikenali sebagai samping yang diikat di pinggang.

Page 10: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

10

Wanita India memakai pakaian tradisional yang dinamakan sari. Sari merupakan pakaian tradisional yang cantik dan berwarna-warni. Sari boleh digunakan sama ada pada hari perayaan mahupun hari biasa.

Cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi wanita berbangsa Cina. Cheongsam biasanya digunakan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Cheongsam biasanya berwarna cerah dan kelihatan menyerlah.

Pakaian tradisional bagi kaum berbangsa Iban dikenali sebagai ‘ngepan’ bagi kaum wanita. Pakaian bagi kaum lelaki pula dikenali sebagai ‘baju burung’ . Pakaian ini dikenakan semasa mempersembahkan tarian tradisional.

Page 11: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

LANGKAH 2

(KEMAHIRAN MENULIS DAN MEMBACA)

LANGKAH 3

11

“ PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGANKU”

Laila : Wah, cantiknya baju tradisional awak Flora! Apakah nama baju tradisional awak?

Flora : Baju tradisional saya digelar sebagai “ngepan”. Ia digunakan semasa mempersembahkan tarian tradisional kaum Iban.

Laila : Oh begitu.. Baju tradisional awak juga sangat cantik Anna Sui. Apakah nama baju tradisional awak?

Anna Sui : Baju tradisional kaum wanita Cina ini digelar sebagai cheongsam. Warna merah ini merupakan warna kegemaran saya. Saya tertarik melihat baju yang digunakan oleh Hadi. Adakah itu baju tradisional awak?

Hadi : Ya Anna Sui. Ini merupakan baju tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Kain yang melilit pinggang saya digelar sebagai sampin. Baju ini biasanya digunakan pada musim perayaan. Jemputlah datang ke rumah saya pada Hari Raya ini rakan-rakan.

Jeeva : Bolehkah saya mengenakan baju Melayu sekiranya saya ke rumah awak pada Hari Raya ini Hadi?

Hadi : Sudah tentulah boleh kerana ia boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira bangsa. Ini menunjukkan sifat saling menghormati antara kaum di negara kita.

Jeeva : Wah, terima kasih Hadi. Jika begitu Flora dan Anna Sui juga boleh menggunakan baju kurung semasa ke rumah awak nanti Hadi.

Flora : Ya, saya, Laila dan Anna Sui akan menolong awak menghidangkan minuman kepada para tetamu nanti.

Hadi : Terima kasih kawan-kawan. Kalian amat rajin dan baik hati.

Page 12: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malay

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3TAHUN RPH 13

“PENGAYAAN DAN PEMULIHAN”

Aktiviti Pengayaan:

Murid diminta menulis ayat menggunakan nilai murni yang terkandung dalam dialog di dalam buku latihan masing-masing.

Aktiviti Pemulihan:

Guru membimbing murid melengkapkan semula ruang kosong di dalam petikan dialog.

12