Upload
asyrafmn
View
40
Download
13
Embed Size (px)
DESCRIPTION
untuk kelas 30 minit
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh : 05 April 2014 (Ahad)
Masa : 8.15am – 8.45am (30 Minit)
Tempat : Gelanggang Bola Jaring
Tahun (Kelas): Empat Amanah
Bilangan Murid: 18 orang ( 9 orang lelaki & 9 orang perempuan )
Tunjang Pembelajaran: 2. Kemahiran
Tajuk : 2.1 Permainan (Bola Jaring)
Sub-tajuk : iv. Menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:
Psikomotor : i. Melakukan jaringan menggunakan kedua-dua belah tangan ke arah sasaran yang
disediakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 percubaan.
ii. Melakukan jaringan menggunakan kedua-dua belah tangan semasa permainan kecil
dengan betul dan tepat.
Kognitif : i. Mengenal pasti pemain atau posisi manakah yang layak melakukan jaringan dalam
permainan sebenar.
ii. Menyatakan peraturan-peraturan asas yang perlu dipatuhi semasa melakukan jaringan
sekurang-kurangnya 3 daripada 5 dengan betul.
Afektif : i. Menunjukkan kesungguhan untuk belajar semasa mengikuti aktiviti kemahiran
menjaring.
ii. Mengamalkan sikap bertoleransi antara satu sama lain semasa melakukan aktiviti.
Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada: Murid-murid telah mempelajari kemahiran hantaran, menerima dan gerak kaki
pada sesi pengajaran minggu lepas.
Penerapan nilai: Mematuhi arahan, disiplin
Penggabungjalinan: Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.
BSPP : Bola (9), gelung rotan (9), jaring (2), bip (1 set)