7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 Tarikh : 29 Julai 2013 Masa : 9.00 10.00 pagi Tahun : 1 Cerdik Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tema : Mari Bertani Tajuk : Ternakan Haiwan Fokus Utama: Standard Kandungan: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran: 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks. Fokus Sampingan: Standard Kandungan: 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran: 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid-murid diharapkan dapat i. Menggunakan kata nama am yang mengandungi dua atau lebih suku kata terbuka dan tertutup dalam pelbagai situasi.

Rph Bm Permainan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rph Bm Permainan

Citation preview

Page 1: Rph Bm Permainan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Tarikh : 29 Julai 2013

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tahun : 1 Cerdik

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : Mari Bertani

Tajuk : Ternakan Haiwan

Fokus Utama:

Standard Kandungan: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

Standard Pembelajaran: 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.

Fokus Sampingan:

Standard Kandungan: 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran: 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pelajaran, murid-murid diharapkan dapat

i. Menggunakan kata nama am yang mengandungi dua atau lebih suku kata terbuka dan tertutup dalam pelbagai situasi.

ii. Membaca dan menyenaraikan kata nama am mengikut kategori.iii. Membina dan menulis sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat tunggal

dengan betul.

EMK: Kreativiti dan Inovasi, TMK

Page 2: Rph Bm Permainan

Kemahiran Bahasa: Kemahiran Bertutur, Kemahiran Menulis

Sistem Bahasa: Kata Nama Am

Pegisian Kurikulum:

Ilmu: Muzik, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral

Nilai: Kerjasama, kebersihan dan Berdikari

Kemahiran Bernilai Tambah:

i. Kemahiran Berfikir - mengumpul dan mengelas, menghubungkait dan memadan.

ii. Kontekstual - menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian.

iii. Kecerdasan Pelbagai - kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan muzik.

Bahan Bantu Mengajar: LCD, komputer, petikan lagu, kad imbasan, kad perkataan dan lembaran kerja.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid sudah mengetahui cara menjaga kebersihan.

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Aktiviti CatatanGuru Murid

Page 3: Rph Bm Permainan

(60 minit)

Set Induksi

(5 minit)

Nyanyian lagu:

"Pak Mamat Ada Kebun"

(Rujuk Lampiran 1)

Guru memaparkan seni kata lagu melalui skrin LCD.

Guru membimbing murid untuk menyanyikan lagu tersebut.

Guru mengait-kannya dengan isi pelajaran.

Murid memerhati seni kata lagu dengan teliti.

Murid mendengar lagu itu dengan penuh minat.

Murid menyanyikan lagu secara beramai-ramai.

Bahan Bantu Mengajar:LCD, Komputer

Kemahiran Bernilai Tambah:KemahiranVerbal Linguistik

Kemahiran PembelajaranKontekstual

Nilai:Kerjasama

Langkah1

(10 minit)

Kata Nama Am

Kata Nama Am:perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum.

Conton Kata Nama Am Binatang:

Kucing Itik Ayam Burung

Guru memberi penerangan tentang kata nama am yang terdapat di dalam seni kata lagu.

Guru mempamerkan kad yang mengandungi kata nama am dan meminta murid menyebut semula secara individu.

Murid menyebut semula kata nama am yang terdapat di dalam seni kata lagu secara kelas.

Beberapa orang murid dipilih untuk menyebut semula kad perkataan yang dipamerkan oleh guru.

Bahan Bantu Mengajar:Kad Imbasan

Kemahiran Bernilai Tambah:KemahiranVerbal Linguistik

Nilai:Disiplin

Page 4: Rph Bm Permainan

Langkah2

(15 minit)

Aktiviti Permaian Kad Perkataan

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan, satu kumpulan boleh terdiri daripada 4 atau 5 orang.

Guru menyediakan empat set kad perkataan. Setiap satu kumpulan mendapat satu set kad perkataan.

Apabila loceng dibunyikan seorang ahli kumpulan akan mengambil satu kad perkataan dan ditampalkan di papan hitam mengikut kategori.

Aktiviti ini akan diulang secara bergilir-gilir di dalam kumpulan masing-masing sehingga selesai.

Murid berada di dalam kumpulan masing-masing.

Murid berbincang dalam kumpulan.

Wakil kumpulan tampil mengambil satu set kad perkataan.

Murid bergilir-gilir menampal kad perkataan masing- masing apabila loceng dibunyikan.

Kumpulan yang dapat menghabiskan dalam masa yang paling singkat dan jawapannya tepat dikira sebagai pemenang.

Bahan Bantu Mengajar:Kad Perkataan

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir

Kemahiran Interpersonal

Nilai:Bertanggungjawab

Toleransi

Langkah3

(15 minit)

Penulisan Ayat

Guru meminta murid berbincang di dalam kumpulan untuk membina 5 ayat tunggal dengan kata nama am yang telah diagihkan.

Guru meminta ketua kumpulan menulis ayat

Setiap kumpulan berbincang untuk membina ayat berdasarkan kata nama am yang telah diagihkan oleh guru.

Ketua kumpulan

Bahan Bantu Mengajar:Lembaran Kerja

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir

Kemahiran Interpersonal

Page 5: Rph Bm Permainan

yang telah dibina.

Guru memper-betulkan ayat yang telah dibina oleh murid.

menulis ayat yang telah dibina di papan hitam.

Murid menulis ayat yang telah diperbetulkan oleh guru di dalam buku latihan.

Nilai:Toleransi

Berkerjasama

Langkah4

(10 minit)

Latihan Tatabahasa:

Kata Nama Am

(Rujuk Lampiran 3)

Guru mengedarkan lembaran kerja kata nama am kepada murid.

Guru meminta murid melengkapkan latihan kata nama am tersebut dengan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Guru menyemak lembaran kerja murid secara bergilir-gilir dan dari meja ke meja.

Murid masing-masing mendapatkan sekeping lembaran kerja kata nama am.

Murid diminta mengisi tempat kosong dengan kata nama am yang paling sesuai.

Bahan Bantu Mengajar:Lembaran Kerja Kata Nama Am - Isi Tempat Kosong.

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir

Kemahiran Intrapersonal

Nilai:Keyakinan diri

Penutup

(5 minit)

Penutup Sosial: Nyanyian Lagu

Haiwan

Guru merumus isi pelajaran dan meminta murid menyatakan nilai murni.

Guru meminta murid menyanyikan semula lagu

Murid menyatakan nilai murni dengan bimbingan guru.

Murid menyanyi sambil

Bahan Bantu Mengajar:LCD, Komputer

Kemahiran Bernilai Tambah:Kecerdasan Verbal Linguistik

Page 6: Rph Bm Permainan

"Pak Mamat Ada Kebun''

Guru bersoal jawab dengan murid dan membuat kesimpulan.

Guru memberi pujian atas penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan.

beraksi.Kecerdasan Muzik

Page 7: Rph Bm Permainan

LAMPIRAN 1

Seni Kata Lagu: “Pak Mamat Ada Kebun”

Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Di kebunnya banyak ayam iya iya yo

Dengan chick chick ni dan chick chick tu

Chick ni chick tu chick chick chick chick

Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Di kebunnya banyak itik iya iya yo

Dengan kueck kueck ni dan kueck kueck tu

Kueck ni kueck tu kueck kueck kueck

Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Di kebunnya banyak burung iya iya yo

Dengan twick twick ni dan twick twick tu

Twick ni twick tu twick twick twick

Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Di kebunnya banyak kucing iya iya yo

Dengan miao miao ni dan miao miou tu

Miao ni miao tu miao miao miao

Pak Mamat ada kebun iya iya yo