10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2 Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 29 Ogos 2013, Khamis Maa : 30 minit Tah!n : 2 Cerdas "ilan#an M!ri$ : 30 T!njan# : Kecekapan Kemahiran Pergerakan Taj!k :Gimnastik Asas S!% Taj!k :Melakkan pergerakan !ang memerlkan im"angan dan sokongan "adan# Pen#ala&an e$ia a$a : Mrid$mrid telah pernah "ela%ar mengim"ang semasa "erada di &ahn 1# Stan$ar$ Pe&%elajaran : i'Melakkan im"angan di atas garisan dan peralatan# ii' Melakkan im"angan dengan tiga, da dan sat tapak sokongan menggnakan "ahagian "adan secara "erpasangan# iii'Melakkan rangkaian pergerakan lokomotor dan im"angan statik mengikt iringan m'ik#

RPH PJ

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RPH PJ

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTarikh: 29 Ogos 2013, KhamisMasa: 30 minitTahun: 2 CerdasBilangan Murid: 30Tunjang: Kecekapan Kemahiran PergerakanTajuk: Gimnastik AsasSub Tajuk: Melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan.Pengalaman sedia ada: Murid-murid telah pernah belajar mengimbang semasa berada di Tahun 1.Standard Pembelajaran: i.Melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan.ii. Melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian badan secara berpasangan.iii. Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan imbangan statik mengikut iringan muzik.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:i. Psikomotor: Melakukan imbangan dua tapak sokongan di atas bangku sambil berjalan dengan seimbang sekurang-kurangnya mencapai 3 daripada 5 kali percubaan.ii. Kognitif: Mengenal pasti kepentingan luas tapak sokongan bagi melakukan imbangan.iii. Afektif: Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan serta mementingkan aspek keselamatan semasa menjalankan aktiviti.Penerapan Nilai: Kesungguhan, Keberanian, KerjasamaKemahiran Berfikir: Menjana idea dan MenghubungkaitPenggabungjalinan: Kemahiran MengiraKesepaduan: MatematikBahan Sumber P&P: Topeng (5), gambar (3), bangku (2), tali skipping (5), wisel (1), skittle (6)Strategi Pengajaran: Kecerdasan Pelbagai kinestetik dan logik matematik

BAHAGIAN / MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASI KELASCATATAN / BAHAN BANTU MENGAJAR

PERMULAAN( 5 minit) Set Induksi Aktiviti Memanaskan Badan ReganganSet induksi: Beberapa orang murid dipilih untuk melakukan pergerakan imbangan dengan memakai topeng berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid yang lain akan memerhati jenis pergerakan yang dibuat oleh rakan-rakan mereka tersebut. Aktiviti Memanaskan Badan Regangan: Kepala:i. Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu.ii. Dongkak ke atas, bawah, kiri dan kanan perlahan-lahan dalam kiraan 8-10 saat. Tangan:i. Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu.ii. Tangan kanan menyilang ke kiri di hadapan.iii. Tangan kiri memegang siku kanan dan tarik ke arah bahu kiri.iv. Ulang dengan tangan kiri. Kiraan adalah sebanyak 10 untuk kedua-dua tangan. Pinggan:i. Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu.ii. Tangan diletakkan di pinggang.iii. Luruskan kedua belah tangan di belakang punggun dan siku dihalakan ke dalam.iv. Tolak tangan perlahan-lahan ke atas dalam kiraan 10. Kaki & Peha:i. Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu.ii. Bongkokkan badan dan siku dibengkokkan sedikit.iii. Menyentuh lantai dengan kedua belah tangan dan tahan dalam kiraan 10.

Murid berdiri dalam bentuk bulatan.

Petunjuk: = Murid = Guru

Kaedah: - Lakonan - Demonstrasi

Strategi:- Kinestetik - Interpersonal

BBM: - Wisel (1) - Gambar (3) - Topeng (5)

Nilai: - Disiplin

PERKEMBANGAN

Langkah 1 (5 minit)

Berjalan berpasangan di atas tali skipping.

i. 2 orang murid dipilih untuk membuat demonstrasi di hadapan murid-murid lain.ii. Murid berjalan di atas tali skipping secara berpasangan.iii. Murid saling memegang bahu rakan semasa berjalan.

Aktiviti berpasangan: Murid mencari pasangan yang sama jantina masing-masing.

LP

Kaedah:- Demonstrasi

Strategi:- Interpersonal

BBM: - Tali skipping (5) - Wisel (1)

Nilai: - Bekerjasama

Langkah 2(10 minit)

Imbangan dua tapak sokongan di atas bangku sambil berjalan.

i. 2 orang murid dipilih untuk tunjuk cara berjalan di atas bangku dengan imbangan dua tapak sokongan.ii. Murid berjalan di atas bangku dengan bergilir-gilir mengikut kumpulan.iii. Murid mesti mendepakan tangan untuk imbangan.iv. Murid mengira jumlah langkah berjalan semasa berjalan di atas bangku.v. Murid diberi 5 kali percubaan dan dikehendaki mencapai sekurang-kurang 3 daripada 5 percubaan.

Aktiviti berkumpulan: Murid dibahagi kepada 2 kumpulan dalam 2 barisan.

Kumpulan 1:

Kumpulan 2:

Kaedah:- Demonstrasi

Strategi:- Logik Matematik

BMM:- Bangku (2)- Wisel (1)

Nilai:- Keberanian

Kemuncak

Permainan Kecil(7 minit)

Imbangan dengan isyarat A.B.C. Stop

i. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.ii. Dalam setiap kumpulan, salah satu orang murid dipilih untuk memberi isyarat A.B.C. STOP.iii. Murid-murid lain akan menuju ke arah rakan tersebut semasa rakan tersebut memberi isyarat.iv. Apabila isyarat A.B.C STOP tersebut dihentikan, murid-murid lain harus berdiri dengan imbangan satu tapak sokongan secara seimbang dan tidak bergerak. v. Sekiranya terdapat murid yang berdiri dengan tidak seimbang atau bergerak, maka murid tersebut akan menggantikan rakan yang memberi isyarat tersebut.

A.B.C.STOP

Kaedah:- Bermain

Strategi:- Kinestetik - Interpersonal

BBM:- Skittle (6)

Nilai:- Toleransi

Penutup(3 minit)

Aktiviti Menyejukkan Badan Regangan Tarik Nafas Perbincangan

Aktiviti Menyejukkan Badan - Regangan: Pinggang, lutut dan kaki:i. Kaki kanan dihulurkan ke hadapan sambil menekan lutut kanan dengan tangan kanan dalam kiraan 8.ii. Memusingkan badan ke arah kanan dalam kiraan 8.iii. Tangan kiri memegang kaki kiri yang lurus dalam kiraan 8.iv. Ulang dengan menukar posisi kaki. Bahu dan lengani. Bahu dijongketkan dengan tangan lurus bersama badan digerakkan ke kanan dan ke kiri dalam kiraan 8.ii. Kedua-dua bahu dijongketkan sekaligus dengan pergerakan yang sama.iii. Tangan diangkat lurus ke atas kepala sambil kaki melangkah satu langkah ke depan dan undur satu langkah kembali ke kedudukan asal.iv. Ulang 3 kali. Kepala:i. Pusing kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah.

Tarik Nafas:i. Menarik nafas sebanyak 3 kali.ii. Hembus dengan kuat pada kali yang ke-3.

Perbincangan:i. Murid menjawab soalan guru.Soalan:i. Apakah yang anda pelajari hari ini?ii. Mengapakah imbangan itu penting?

Murid berdiri dalam bentuk bulatan.

Petunjuk:= Murid = Guru

Kaedah:- Demonstrasi

Strategi:- Kinestetik - Visual-ruang

BMM:- Wisel (1)

Nilai:- Disiplin