2
1.1 Sinopsis Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah yang boleh menjadi sumber pendapatan. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Sukan juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan rakyat. Aktiviti sukan sangat berharga kerana menjadi medan untuk memupuk disiplin, semangat bekerjasama dalam satu pasukan selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan peserta. Peserta sukan juga yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam beberapa aktiviti sukan seperti bola sepak negeri, pertandingan-pertandingan sukan yang pelbagai di sekolah serta perlawanan besar antara negara-negara dapat mengeratkan lagi persahabatan. Lantas, menjadi pemangkin perpaduan negara. Melihat kepada aktiviti sukan yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), sukan dan permainan yang telah diadakan samada sukan fakulti ataupun sukan antara universiti telah disertai oleh pelajar-pelajar yang terdiri daripada kaum India, Cina, Melayu dan lain-lain. Hal ini menunjukkan kebersamaan kaum dalam aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan pemangkin perpaduan negara. Berdasarkan desas

Sinopsis sukan sebagai pemangkin perpaduan etnik di utem

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sinopsis sukan sebagai pemangkin perpaduan etnik di utem

1.1 Sinopsis

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk

pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah yang boleh menjadi sumber pendapatan. Sukan ialah

aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan peraturan-

peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah

kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan

sebagainya.

Sukan juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan rakyat. Aktiviti sukan

sangat berharga kerana menjadi medan untuk memupuk disiplin, semangat bekerjasama

dalam satu pasukan selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan

peserta. Peserta sukan juga yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam beberapa aktiviti

sukan seperti bola sepak negeri, pertandingan-pertandingan sukan yang pelbagai di sekolah

serta perlawanan besar antara negara-negara dapat mengeratkan lagi persahabatan. Lantas,

menjadi pemangkin perpaduan negara.

Melihat kepada aktiviti sukan yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka

(UTeM), sukan dan permainan yang telah diadakan samada sukan fakulti ataupun sukan

antara universiti telah disertai oleh pelajar-pelajar yang terdiri daripada kaum India, Cina,

Melayu dan lain-lain. Hal ini menunjukkan kebersamaan kaum dalam aktiviti-aktiviti tersebut

boleh dikatakan pemangkin perpaduan negara. Berdasarkan desas desus yang mengatakan

terdapat masalah perpaduan yang dialami oleh pelajar-pelajar di universiti contohnya,

pelajar-pelajar Melayu hanya bersukan sesama mereka sahaja, maka dengan itu kami ingin

menyelongkar kenyataan tersebut demi membuktikan bahawa sukan adalah pemangkin

perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di UTeM.

Dalam kajian lapangan ini, kami akan cuba membuat kajian yang berkaitan dengan

menemuramah mereka-mereka yang terlibat dan membuat soalan-soalan untuk ditujukan

kepada pelajar UTeM umumnya. Segala perbincangan dan analisa yang akan dibuat berkaitan

dengan tajuk ini akan dibentangkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain.