7
TEORI PEMBELAJARAN 1.0 Pengenalan Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia. Manusia sentiasa belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara formal iaitu di peringkat sekolah, kolej dan universiti, secara tidak formal melalui persekitaran seperti televisyen, asuhan ibu bapa serta pergaulan dengan rakan-rakan dan juga secara bukan formal iaitu kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang dilakukan di luar pembelajaran formal sebagai tambahan. Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu termasuklah bidang psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R. L. Atkinson (1975) dalam buku Introduction to Psychology mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010). Jadi, teori-teori pembelajaran boleh didefinisikan sebagai huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan maklumat. 2.0 Teori Pembelajaran Konstruktisvisme

Teori pembelajaran konsruktivisme

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teori pembelajaran konsruktivisme

TEORI PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan

Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia.

Manusia sentiasa belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran

melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.

Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara formal iaitu di peringkat

sekolah, kolej dan universiti, secara tidak formal melalui persekitaran seperti

televisyen, asuhan ibu bapa serta pergaulan dengan rakan-rakan dan juga

secara bukan formal iaitu kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang dilakukan

di luar pembelajaran formal sebagai tambahan.

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu

termasuklah bidang psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R.C. Atkinson

dan R. L. Atkinson (1975) dalam buku Introduction to Psychology

mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar

melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan

membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok

Soon Sang, 2010). Jadi, teori-teori pembelajaran boleh didefinisikan sebagai

huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling

bergantung dalam penguasaan ilmu dan maklumat.

2.0 Teori Pembelajaran Konstruktisvisme

Konstruktisvisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran

adalah aktif dan dinamik serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang

hayat seseorang individu. Seseorang individu akan membina atau “konstruk”

ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada

orang lain. Teori ini menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu

proses yang aktif dan pelajar membina konsep baharu atau pengetahuan

baharu berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan

pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran

Page 2: Teori pembelajaran konsruktivisme

berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan

maklumat baharu.

Para pengerak mazhab konstruktisvisme terdiri daripada ahli-ahli

psikologi dan pakar pendidikan seperti Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev

Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert. Menurut penyokong

konstruktivisme, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak

diketahui, mereka akan ingin memahaminya. Menurut teori konstruktivisme,

pengetahuan adalah produk minda yang dibina dengan pengalaman dan

input baharu yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi. Justeru

itu, pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan dinamik. Ia

terhasil daripada pengubahsuaian idea-idea yang sedia ada dengan input

melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam skema.

3.0 Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif

untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi,

pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis

menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda

tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu

pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara

pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.

4.0 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya adalah ciri pembelajaran

konstruktivisme yang penting. Guru mesti sedar tentang corak mental pelajar

yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian

untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori ini, pembelajaran bukan

merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul

diberikan oleh guru-guru. Selain itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-

Page 3: Teori pembelajaran konsruktivisme

isu berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar yang dapat

menarik minat pelajar.

Guru perlu menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam sebuah

konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada.

Guru sebagai fasilitator perlu membantu proses ini dengan menggunakan

strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaran yang menggalakkan pelajar-

pelajar untuk membuat analisis, tafsiran dan ramalan kendiri. Guru juga

harus mendorong proses pembelajaran pelajar dengan mengemukakan

soalan-soalan terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan di

kalangan pelajar-pelajar.

Teori konstruktivisme tidak menggalakkan penilaian sumatif yang

berpusat, sebaliknya dengan penilaian formatif dan berterusan serta

dijalankan serentak dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh

itu, penggubal kurikulum konstruktivisme perlu menggalakkan pembinaan

kurikulum yang dinamik dan berubah-ubah berdasarkan pengetahuan sedia

ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal.

5.0 Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Bilik Darjah

Dalam teori konstruktivisme, guru tidak memberikan pengetahuan kepada

pelajar-pelajar. Sebaliknya, pelajar-pelajar harus berusaha sendiri

membangunkan ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental

mereka. Selain itu, guru menggalakkan pembelajaran melalui penemuan.

Interaksi antara guru dengan pelajar berlaku secara aktif di samping guru

menyesuaikan pengajaran mengikut kefahaman pelajar. Guru juga akan

menjadi ‘role model’ ataupun ikutan yang paling efektif untuk memberi

pengetahuan kepada pelajar. Antara implikasi teori konstruktivisme yang lain

adalah seperti berikut:

(i) Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri

Page 4: Teori pembelajaran konsruktivisme

Pelajar membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman, interaksi sosial

dan persekitaran. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling

mempengaruhi di antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru.

Proses pembinaan pengetahuan adalah berterusan yang melibatkan

penjanaan idea, pemeriksaan dan penstrukturan semula idea-idea tersebut.

(ii) Penaakulan dan Penggunaan Logik Diaplikasikan Secara Aktif

Pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak

serasi dengan penerangan baharu, pelajar tersebut akan bermotivasi untuk

membetulkan ketidakseimbangan dalam dirinya. Pelajar berusaha menerima

informasi baharu dan menganalisisnya sebelum menerima atau menolak.

(iii) Penggunaan Bahan Bantu Belajar

Pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik disediakan oleh guru untuk

membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri dan cepat menguasai

ilmu baharu. Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru haruslah

menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar.

(iv) Penglibatan Secara Aktif

Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pelajaran. Pelajar perlu

menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-

maklumat baharu dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman

terhadap maklumat baharu ini. Pelajar juga terlibat dalam proses

metakognitif iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara

kognitif dalam minda mereka. Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam

proses-proses menilai dan mentaksir pemikiran kendiri melalui refleksi dan

renungan.

(v) Strategi Pembelajaran

Page 5: Teori pembelajaran konsruktivisme

Guru perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif,

pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi

peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri

mereka. Pelajar perlu merancang strategik pembelajaran yang berkesan

untuk diri sendiri serta membuka refleksi dan menilai tentang pembelajaran

yang telah berlaku.

6.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, dapat diandaikan bahawa teori konstruktivisme ini

amat menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif

dan dinamik. Para pelajar dapat membina konsep dan pengetahuan baharu

berasaskan pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi. Melalui

pengalaman mereka, setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan

sendiri. Pembelajaran ini seterusnya berlaku apabila ketidakseimbangan

berlaku di antara kerangka dengan maklumat baharu. Teori ini amat sesuai

sekali untuk diaplikasikan ke dalam proses pembelajaran dan pelajaran

seiring sistem pendidikan masa kini yang menuntut supaya setiap individu

yang berkaitan mengaplikasikan kemajuan teknologi yang tersedia pada

masa kini.