Topik 11 - Sajian Makanan 2

  • Upload
    kai-xin

  • View
    70

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

masakan

Citation preview

STE 3202

TOPIK: REKACIPTA MINUMAN

RBT 3114PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGIOBJEKTIF P&PDalam topik ini pelajar akan:Didedahkan kepada definisi minuman.Mengetahui jenis-jenis minuman serta klasifikasi minuman.Mendefinisikan apekah itu kuih tempatan.Mengenal kategori kuih tempatan, sertaJenis-jenis kuih tempatan

Minuman

Pengenalan Apakah itu minuman?Minuman didefinisikan sebagai cecair yang disediakan dan diminum untuk keperluan manusia.Minuman mengandungi air sebagai asas dan merupakan keperluan komposisi badan untuk kekal sihat.Minuman boleh terdiri daripada : air, jus, minuman ringan, susu, kopi, the, minuman beralkohol dll.Air Air terdiri daripada gabungan unsur oksigen (O) dan hidrogen (H).Keperluan air adalah dianggarkan dalam 6-8 gelas sehari (bergantung kepada peringkat umur, pekerjaan, saiz badan, dan aktiviti individu).Air merupakan elemen yang tidak berwarna, tiada rasa, bau dan lutcahaya.Ia merupakan keperluan badan dan perlu untuk mengelakkan penghidratan.sambunganDapat dianggarkan, 70% berat badan manusia terdiri daripada air.Antara fungsi air dalam badan ialah:Membantu sistem pencernaan.Mengawal suhu badan.Melicinkan membran dan sendi tubuh.Melembapkan permukaan sistem pencernaan, pernafasan dan membran mukus.Membantu sistem perkumuhan.Menyediakan medium pelarut bagi garam mineral dan tindakbalasnya.sambungan Terdapat juga kesan negatif kepada tubuh sekiranya kurang pengambilan air, iaitu:Turun berat badan.Sentiasa berasa dahaga, letih, dan lesu.Mengalami masalah kulit kering dan lebam.Jenis-jenis MinumanTerdapat lebih kurang 11 jenis minuman yang boleh diambil untuk keperluan tubuh, menyeimbangkan hidrasi badan, serta menampung keperluan nutrien harian.Jenis minuman Penerangan Air Air mineral merupakan air yang mengandungi kurang 250 part per million mineral larut. Kandungan mineral adalah bergantung kepada sumber air itu.Air mata air air yang bersumber dari bawah tanah secara semulajadi.Air tapis air yang telah melalui proses sulingan, pengionan, osmosis berbalik.

sambunganJenis minumanPenerangan Susu dan minuman berasas tenusuTerdapat pelbagai jenis susu, termasuklah susu penuh, susu skim, susu berperisa, susu bebas laktos, susu sejat.Susu merupakan sumber terbaik kalsium dan nutrient tambahan seperti vitamin D.Kandungan lemak dalam susu memberi kesan nilai kalori.

Minuman berasaskan soyaMinuman ini mengandungi kandungan nutrient seperti protein, karbohidrat, potassium, vitamin B, iron, fosforus.

sambunganJenis minuman Penerangan Jus 100%Pengambilan jus penuh yang disarankan ialah antara 4.5 cawan sehari (jus buah atau sayur).Jus semulajadi merupakan sumber potassium, folate, dan antioksida termasuk vitamin C dan beta-karotin.Jus boleh samada diperah, puri, dikisar.

Minuman jusMinuman jus mengandungi kurang 100% buah atau sayuran, tetapi dicampur bahan lain.Terdapat penambahan air, nutrient, perasa, pemanis.

sambunganJenis minumanPenerangan Kopi Terdapat pelbagai variasi kopi samada yang mengandungi kaffien, bebas kaffien, brew, panggang, segera, berperisa dan kopi sedia diminum.Kopi kosong dan espresso tidak menyumbang kepada kalori, tetapi mengandungi sedikit vitamin dan mineral dari air yang digunakan semasa brew kopi itu.Nilai kalori boleh ditambah dengan penambahan bahan lain seperti: krim, susu, gula, perisa.Kopi latte / mocha mampu memberi kalori sebanyak 340.Teh Teh juga terdiri daripada pelbagai variasi seperti: teh berherba, kaffien, dan teh sedia diminum.Seperti kopi, the kosong tidak mengandungi kalori, tetapi boleh ditambah dengan penambahan bahan lain.

sambunganJenis minumanPenerangan Minuman ringanMinuman ringan merupakan minuman tidak beralkohol tetapi berkarbonat mengandungi perisa tambahan, gula, dan bahan-bahan lain.Nilai kalori adalah bergantung kepada apa yang ditambah kedalam minuman.Minuman ini ditambah gas karbon dioksida dan gas ini bertindak menaikkan rasa dalam minuman itu.

Minuman sukanMengandungi tenaga cari karbohidrat yang ditambah elektrolit, termasuk sodium, potassium dan klorida.Kebanyakkan minuman sukan diformulakan untuk memberi jumlah tenaga mencukupi bagi menyokong keperluan optima aktiviti fizikal serta mengimbangi keperluan cecair dalam badan dengan mengantikan elektrolit yang hilang melalui pernafasan.

sambunganJenis minuman Penerangan Minuman tenagaMengandungi karbohidrat dan kaffien, dan ada juga yang mengandungi vitamin B, asid amino dan extrak herba.

Minuman beralkoholMengandungi kalori dari alkohol dan karbohidrat.Beer menyumbang sedikit jumlah protein, potassium dan fosforus.Alkohol mengandungi 7 kalori per gram.

Klasifikasi MinumanMinuman diklasifikasikan kepada:

Minuman yang menyegarkanMinuman yang merangsangkanMinuman yang berkhasiatMinuman yang Menyegarkan

Minuman yang MenyegarkanJus buah-buahan segar.Berfungsi untuk menyegarkan dan menghilangkan dahaga.Mengandungi vitamin A, C, karbohidrat dan garam mineral.

sambunganPrinsip penyediaan : Jus buah-buahan hendaklah dicampurkan dengan sirap yang sejuk.

Prinsip menghidang : Dihidangkan di dalam gelas dan ditambah ketulan ais.

Prinsip hiasan: Sesuai dengan bahan yang digunakan untuk membuat jus.

Minuman yang Merangsangkan

Minuman yang MerangsangkanTeh, kopi dan koko.Kandungan zat: jika disediakan diminum bersama gula dan susu akan menambah karbohidrat, protein, vit A,D, Kalsium dan Fosforus.

sambunganPrinsip penyediaan: Semua jenis teh, kopi dan koko dibiarkan terseduh di dalam air mendidih.

Prinsip menghidang :Dihidangkan berasingan dengan gula dan susu.Dihidangkan panas di dalam cawan yang beralas piring.

Minuman Berkhasiat

Minuman BerkhasiatSemua jenis susu, minuman penambah zat dan nutrisi.Berperanan untuk menjaga kesihatan terutamnya bagi golongan kanak-kanak, bayi, ibu menyusukan anak, ibu hamil, pesakit dan sipulih.

Kuih Tempatan

Pengenalan Kuih tempatan merupakan kuih yang diperbuat daripada bahan tempatan seperti gula melaka, kelapa, tepung beras, tepung pulut, ubi kayu, keledek, pisang, keladi dan sagu.Kuih tempatan tinggi karbohidrat dan lemak tetapi kurang protein dan garam mineral.Terdapat 2 jenis kuih tempatan : jenis manis dan jenis savouri.Kebanyakkan kuih tempatan dimasak dengan cara merebus, mengukus, membakar dan menggoreng.sambunganKuih tempatan biasa dihidangkan untuk sajian sarapan pagi, minum pagi, minum petang, dan hidangan majlis keramaian.

Sumber Kuih TempatanSumber Penerangan Ubi kayu Merupakan sayuran berubi yang tinggi kanji.Ubi kayu biasanya diparut sebelum digunakan untuk membuat kuih seperti kuih ubi kayu kukus dan lepat ubi kayu.Keledek pula direbus dan kemudian dilecek.Sagu Diperbuat dari empulur pokok palma sagu.Terdapat 2 jenis :sagu mata ikan, dan sagu telur ikan.Dimasak dengan bahan-bahan lain seperti santan, kelapa dan gula.

sambunganSumber Penerangan Tepung berasDigunakan untuk membuat bater penyadur.Juga digunakan untukmembuat kuih yang dikukus seperti : kuih kasui, kuih lompang dan kuih lapis.Gula melakaDibuat daripada nyira pokok kelapa.Berwarna perang dan memberi warna kepada masakan.Contohnya, ia digunakan untuk membuat inti kuih ketayap.Kelapa Tinggi kandungan lemak dan vitamin.Digunakan dalam bentuk santan atau parutan.

sambunganSumber Penerangan Beras pulut Beras yang melekat apabila dimasak.Biasa digunakan untuk membuat kuih dengan cara merebus (memasak beras) dan mengukus kemudian (seperti kuih talam).

Pisang Kaya dengan karbohidrat dan sikit vitamin.Digunakan dari pisang mentah dan masak.Biasa dibuat dessert, bubur, kek dan cekodok.

Kekacang Kaya dengan protein dan karbohidrat.Perlu direndam dahulu sebelum di masak. Contoh : Kuih vadai, masalodeh .

sambunganSumber Penerangan Daun pandanMemberi perasa , mewangikan kuih dan memberi warna hijau.

Daun pisang Untuk membalut kuih atau mengalas kuih dan pinggan hidangan sebagai hiasan.

Ciri dan Khasiat Kuih TempatanKhasiat kuih tempatan boleh ditambah dengan :

Menggunakan inti dari daging, telur, kentang dan sayuran seperti untuk pankek savouri.

Menambah bahan berzat protein dan vitamin seperti dalam adunan cucur.

Menghias kuih dengan lapisan berzat seperti serikaya di atas kuih seri muka, bawang atau udang goreng di atas cucur udang, udang kering, daun sup dan cili di atas kuih talam keladi dsb

sambunganMenambah rasa lebih manis dan sedap dengan:

Gula melakaGula biasaTelurKelapa parutSantanAir pandan dsb

Jenis-jenis Kuih TempatanKuih MelayuKuih IndiaKuih CinaKuih SarawakKuih SabahBerasaskan baterBerasaskan dohBerbalutBerasaskan bijirin

Jenis-jenis kuih Tempatan dan TradisionalKuih Melayu

Jenis-jenis kuih Melayu

Kuih keriaLepat pisangBuah melakaCekodok pisang Kuih rengasKuih Cina

Kuih angkuPau Pulut daun terataiDumpling itikPopia Kuih India

Kuih vadaiMaruku Info TambahanTerdapat 4 kaedah memasak kuih tempatan seperti menggoreng, membakar, merebus dan menggoreng.Ketika menggoreng pastikan minyak penuh untuk memastikan kuih digoreng sekata dan minyak cukup panas, untuk mengelakkan kuih menyerap banyak minyak.Untuk membakar, panaskan oven pembakar dahulu.Merebus adalah kebiasaannya untuk ubi-ubian dan kekacang.Untuk mengukus, perlu mengikut tips berikut Mengukus Gunakan pengukus yang mempunyai penutup yang tinggi supaya wap menjadi seimbang.Sentiasa periksa air didalam pengukus, pastikan air mencukupi.Jika air berkurangan, masukkan air panas untuk menambahnya.Balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap air tidak keluar.Tutup loyang adunan dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke permukaan kuih.sambunganPastikan api dapur tidak terlalu besar atau terlalu kecil.Adunan kuih talam khususnya yang menggunakan tepung beras seeloknya dimasak sebentar diatas dapur sebelum mengukus. Adunan tepung beras akan mendap sekiranya tidak dikacau, masaknya akan menjadi tidak sekata apabila terus dimasukkan kedalam pengukus.