15
TUGASAN 2 : BERKUMPULAN A. Kenal pasti satu topik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan rancang cara mengajar topik tersebut. RANCANGAN MENGAJAR 2 WAKTU UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK YANG MENGGUNAKAN KIT KOTAK KASUT Mata pelajaran : Sains Kelas : 5 Nilam Tarikh : 20 Mac 2015 Masa : 10.30-11.30 (60 minit) Bilangan murid : 28 orang Tema : Menyiasat alam fizikal Bidang pembelajaran : Elektrik Objektif pembelajaran : Memahami litar bersiri dan litar selari. Hasil pembelajaran : 1. Mengenalpasti perbezaan susunan litar bersiri dan selari. 2. membina litar bersiri dan selari. 3. Membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.

TUGASAN 2

  • Upload
    edmodo

  • View
    229

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lok

Citation preview

TUGASAN 2 : BERKUMPULAN

A. Kenal pasti satu topik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan rancang cara mengajar topik tersebut.

RANCANGAN MENGAJAR 2 WAKTU UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK YANG MENGGUNAKAN KIT KOTAK KASUTMata pelajaran : SainsKelas : 5 NilamTarikh : 20 Mac 2015Masa : 10.30-11.30 (60 minit)Bilangan murid : 28 orangTema : Menyiasat alam fizikalBidang pembelajaran : ElektrikObjektif pembelajaran : Memahami litar bersiri dan litar selari.Hasil pembelajaran : 1. Mengenalpasti perbezaan susunan litar bersiri dan selari. 2. membina litar bersiri dan selari. 3. Membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.

Pendekatan / strategi : Pendekatan inkuiri penemuanStrategi mengeksperimen dan perbincangan.FasaIsi kandunganAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Orientasi 5 minitSimulasi membina litar lengkapSimulasi Guru memberi gambar mentol, bateri dan suis dan di gantung pada murid untuk menghasilkan satu litar.Soalan : Adakah mentol akan menyala ? Murid berpegang tangan untuk menunjukkan satu litar eletrik lengkap. ( murid sudah ada pengetahuan bina litar ) Murid yang memakai gambar suis melepaskan tangan.Soalan : Adakah mentol akan menyala ? Seterusnya guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari itu.

Kemahiran berfikir :Membuat gambaran mental.

Nilai murni :Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam.

Pencetusan idea (10 minit)Terdapat dua jenis susunan litar lengkap iaitu litar selari dan litar bersiri. Murid menyiapkan permainan jigsaw puzzle litar bersiri dan litar selari.

Murid mencari perbezaan 2 jenis litardaripada puzzle yang telah dilengkapkan. Murid membuat ramalan litar yang paling baik.Strategi/teknik:

Teknik penyoalan seluruh kelas.

Sumber :

Permainan jigsaw puzzle litar.

Menstruktur semula idea( 25 minit )Mentol litar selari lebih cerahberbanding litar bersiri Dengan menggunakan kit kotak kasut penyambungan litar, murid menjalankan eksperimen, membuat pemerhatian dan merekodkan keputusan penyiasatan. (rujuk lampiran 1) Kumpulan yang tidak Berjaya diberikan pemulihan.Strategi/teknik:

Inkuiri penemuan, eksperimen.

Sikap saintifik dan nilai murni:

Sistematik,jujur dalam merekod dan bekerjasama.

Aplikasi idea (15 minit )Kita menggunakan litar selari dirumah. Murid berbincang didalam kumpulan : Kelebihan dan kelemahan litar bersiri dan litar selari Membezakan susunan komponen eletrik secara selari dan bersiri.Strategi :

Perbincangan kumpulan.

Refleksi (5 minit)Mentol lebih cerah dalam litar selari berbanding litar bersiri. Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari itu. Murid membuat pengurusan grafik perbandingan litar bersiri dan litar selari.

LAMPIRAN :Kod aktiviti : 5/3/2/2.2/6Bidang kajian : 2. ElektrikObjektif pembelajaran : 2.2 memahami litar bersiri dan litar selari.Hasil pembelajaran : 2.2.6 membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.Kaedah : eksperimen Radas/ Bahan : Dua bateri, empat mentol, wayar, dua suis, empat pemegang mentol.Langkah-langkah :1. Bina litar bersiri seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2. Pasang suis dan perhatikan kecerahan mentol.3. Bina litar selari seperti yang di tunjukkan dalam rajah dibawah.

4. Pasang suis dan perhatikan kecerahan mentol dan catatkan pemerhatian.Latihan Pengukuhan :1. Pemerhatian :

Jenis litarKecerahan mentol

Litar bersiri

Litar selari

2. Berdasarkan penyiasatan nyatakan :

I. Pembolehubah yang di manipulasi.________________________________________________________

II. Pembolehubah yang bergerakbalas.________________________________________________________

III. Pembolehubah yang dimalarkan.

3. Nyatakan sebab kenapa mentol dalam litar bersiri malap ?

4. Kesimpulan :

B. Reka bentuk satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk mengajar topik tersebut yang dikenali sebagai Kit Kotak Kasut. Di dalam Kit BBM mengandungi manual penyediaan kit, manual penggunaan kit dan bahan-bahan yang terlibat dalam PdP topik yang dibincangkan dalam (a).

(I) MANUAL PENYEDIAAN KIT KOTAK KASUTPENGENALANPenyediaan kit kotak kasut ini adalah bertujuan untuk membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Selain itu juga dengan adanya kit kotak kasut ini murid-murid lebih mudah untuk memahami konsep, prinsip dan hokum sains. Kit kotak kasut yang kami hasilkan ini adalah berkait dengan topik litar eletrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Selain tajuk litar bersiri dan litar selari guru-guru juga boleh menggunakan kit kotak kasut ini untuk mengajar tajuk bahan konduktor dan bahan penebat. Kit ini turut dilengkapi dengan manual penggunaan yang lengkap dengan langkah-langkah pemasangan litar serta dilengkapi dengan lukisan skematik supaya murid lebih mudah memahami penyiasatan yang dijalankan.Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat kit litar eletrik :1. Satu kotak kasut

2. Pemegang bateri 2 pcs

3. Suis pisau 2 pcs

4. Pemegang mentol 4 pcs

5. Mentol 4 pcs

6. Wayar merah dan hitam 1 meter

7. Pemutar skru 1 batang

Anggaran kos

JENIS BARANGHARGA

1. Kotak kasut-

2. Pemegang bateri 4 pcsRM 7.60

3. Suis pisau 2 pcsRM 3.00

4. Mentol 4 pcsRM 3.80

5. Pemegang bateri 2 pcsRM 4.00

6. Wayar merah /hitam 1meter-

7. Pemutar skru-

JUMLAHRM 18.40

(II) MANUAL PENGGUNAAN KIT KOTAK KASUTKIT PENYAMBUNGAN LITAR ELETRIK

PENGENALANKit ini memudahkan anda menjalankan eksperimen berkaitan topik litar eletrik sains tahun 5. Setiap projek mempunyai langkah kerja untuk menyambungkan litar eletrik. Projek didalam set ini mengikut sukatan sains tahun 5. Walau bagaimanapun set litar ini juga boleh di ubah suai untuk tujuan eksperimen yang lain seperti menguji bahan konduktor dan penebat.

KANDUNGAN

Pemegang bateri 2 biji Suis pisau 2 biji

Pemegang mentol 4 biji Mentol 4 biji

Pemutar skru 1 batang Wayar merah /hitam 1 meter

LANGKAH KERJA1. Pasang wayar pada pemegang bateri

2. Pasang wayar pada suis pisau

3. Pasangkan mentol pada pemegang mentol

MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR SESIRI

MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR SELARI