Transcript
Page 1: 4875845 teori-pembelajaran

Manusia belajar melalui berbagai-bagai cara.

Cara belajar dibahagikan kepada mazhab behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Mazhab behavioris menganggap pembelajaran sebagai perubahan dalam tingkahlaku.

Mazhab Kognitif menganggap pembelajaran sebagai satu proses dalaman yang tidak diperhatikan secara langsung

Mazhab Humanis menekankan perbezaan individu dan kehendak sikap dalam pembelajaran.

Mazhab Sosial menganggap pembelajaran meliputi aspek yang lebih daripada tingkahlaku yang nyata.

Page 2: 4875845 teori-pembelajaran

RogersMaslow

Kemanusiaan ,Sempurna kendiri, Keperluan asas dan meta.

Humanis

BanduraPrestasiPemodelan

Sosial(neo behavioris)

Koffka/Kohler,BrunerGagne ,Ausuble

Pemikiran, Celik akal, Penemuan, Kategori pembelajaran, Resepi

Kognitif(Gestalt)

PavlovWatsonGuthrieThorndikeSkinner

Tingakahlaku, Pelaziman klasik (emosi) ,(tabiat)Pelaziman Operan, cuba-ralat dan peneguhan

Behavioris

Tokoh PsikologiUnsur BerkaitanTeori Pembelajaran

Page 3: 4875845 teori-pembelajaran

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORAL

Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku.

Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran.

Pembelajaran memerlukan penyususunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan.

Page 4: 4875845 teori-pembelajaran

BEHAVIORIS

PELAZIMAN KLASIKPembelajaran haiwan dan Manusia yang terhasil

daripada gerak balas automatik terhadap sesuatu rangsangan yang mula-mula tidak memberikan sebarang kesan.

Behaviorisme adalah perhubungan antara rangsangan (R) dengan gerak balas (G)

Tingkahlaku adalah gerakbalas yangnyata dan dapat diramalkan.

Page 5: 4875845 teori-pembelajaran

Jadual: Pelaziman klasik Pavlov

Rangsangan tak terlazim (makanan)

Gerak balas tak terlazim (perembesan)

DANRangsangan Terlazim

(bunyi loceng)

Gerak balas terlazim (perembesan)

Eksperimen2.Bunyi loceng3.Tunggu sementara4.Diberikan makanan5.Proses berulang-ulang

Rangsangan tak terlazim

(Makanan)

Gerak balas tak terlazim

(perembesan)

TETAPIRangsangan

neutral(bunyi loceng)

Tiada gerak balas(tiada

perembesan)

Selepas pelaziman

Proses pelaziman

Sebelum pelaziman

Page 6: 4875845 teori-pembelajaran

Pavlov mengenalpasti 3 proses lain, 1.  Generalisasi•      Anjing juga akan mengeluarkan air liur sebagai respons pada bunyi dan juga bunyi yang hampir sama.2.  Diskriminasi•      Anjing respons pada 1 atau 2 ‘tone’ dengan memastikan makanan diberi selepas 1 ‘tone’. 3.Pemunahan•      Rangsangan lazim diberi conyohnya bunyi tapi tidak diikutidengan makanan.•      Gerak balaslazim (salivating) semakin tiaadan akhirnya hilang terus.

Page 7: 4875845 teori-pembelajaran

Guru memberi pujian(rangsangan tak terlazim)

Murid gembira(Gerak balas tak terlazim)

Kehadiran guru(rangsangan terlazim)

Murid gembira(gerak balas terlazim)

Pelaziman

Page 8: 4875845 teori-pembelajaran

IMPLIKASI PADA GURU Kemungkinan reaksi emosi seseorang kepadapelbagai situasi mungkin dipelajari melalui pelaziman lazim. Contohnya:

Seseorang merasa gementar apabila melihat guru disiplin. Mungkin sebelum ini dia telah melakukan kesalahan dan telah didenda. Ini menyebabkan ia takut. Pembelajaran tetang emosi, sikap, idea dapat dipelajari disekolah.Kadang-kadang pembelajaran emosi dapat menganggu pembelajaran akademik.

Page 9: 4875845 teori-pembelajaran

Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”.Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov.Perbezaan antara manusia ialah pengalaman.Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang burukRangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.

Page 10: 4875845 teori-pembelajaran

Watson ‘Little Albert Experiment’ Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning) Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejutdan terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.Kesimpulannya,

Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

Page 11: 4875845 teori-pembelajaran

Pembelajaran (melalui perkaitan) berlaku melalui padanan sekali sahaja antara rangsangan dengan gerak balas, padanan tidak perlu diulangi.Mentakrif pembelajaran sebagai pembentukan tabiat.Tabiat dapat dimusnahkan (tidak diingini) dan diganti (diingini)

Page 12: 4875845 teori-pembelajaran

Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.

Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia.

Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas.

Motivasi, ganjaran dan denda amata penting dalam proses pembelajaran.

Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan Gerak balas)

Page 13: 4875845 teori-pembelajaran

Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu :

Hukum Kesediaan (HK), Hukum Aneka Gerak Balas (HAGB) dan Hukum Latihan dan Hukum Kesan.(HL&K)

Page 14: 4875845 teori-pembelajaran

ImplikasiTeori Thorndike dalam Pengajaran-Pembelajaran · Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai.· Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas pelajar dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikai, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokan.· Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak bala yang betuldaripada pelajar.· Memberi peluang kepada pelajar untukmenikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Page 15: 4875845 teori-pembelajaran

Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran

Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas.

Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

Page 16: 4875845 teori-pembelajaran

Berinteraksi dengan guru

Berbual-bual dengan kawanBermain dengan sesuatu

Membaca bukuKomikMembaca kerja lain

Berbagai-bagai gerak balas (pelajar)

Terdapat pelbagai gerakbalas yang ditunjukkan oleh pelaajr terhadap pengajaran guru

Guru senyum, puji dan beri /tunjuk kasih sayang

Berinteraksi dgn guru

GanjaranGerak balas

SEBELUM PELAZIMAN : Keadaan dalam bilik darjah

PROSES PELAZIMAN

Page 17: 4875845 teori-pembelajaran

SELEPAS PELAZIMAN

Berinteraksi dengan guru (menumpu terhadap

pelajaran)

Guru sedang mengajar

Gerak balasRangsangan

Peneguhan mengakibatkan gerak balas berlaku dengan lebih kerap

Rajah: Pelaziman operan dalam bilik darjah

Page 18: 4875845 teori-pembelajaran

PERHUBUNGAN: Pembelajaran melalui pertalian.

PELAZIMAN KLASIK:Menghasilkan gerak balas automatik dengan rangsangan baru

PELAZIMAN OPERAN:Mencuba gerak balas baru

RUMUSAN: Pelaziman operan

dapat dilaksanakan melalui:

Peneguhan diberi pada tingkahlaku positif.

Berikan peneguhan yang banyak untuk memelihara kesinambungan tingkahlaku itu.

Page 19: 4875845 teori-pembelajaran

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Diaplikasikan kepada fenomena seperti pembelajaran konsep,pemikiran, taaklukan, penyelesaian masalah, pemindahan, pembelajaran kemahiran yang kompleks (greeno, Collins, Resnik, 1996, Mayor & Wittrock, 1996).

Prinsip pembelajaran kognitif menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby, 1993).

Lebih menumpukan kepada apayang pelajar ‘tahu’dan ‘bagaimana’ mereka mengetahuinya.

Page 20: 4875845 teori-pembelajaran

Pembelajaran satu proses yang aktif Pelajar ada kebolehan mental utk mengelola,

menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya.

Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada senantiasa menentukan apa-apa yang akan dipelajari, diingati dan dilupakan.

Koffka, Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel ahli-ahli psikologi pendidikan yang berpengaruh dan terkemuka terhadap teori pembelajaran kognitif.

Page 21: 4875845 teori-pembelajaran

Kajian Kohler menunjukkan pembelajaran yang kompleks berlaku semata-mata melalui cuba ralat.

Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa disebut celik akal yang membolehkan mereka memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks.

Page 22: 4875845 teori-pembelajaran

Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat urutan yang ketara.

Menurut Jean Piaget, perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:

1. sensori motor 2. operasi3. Operasi yang konkrit 4. operasi

formal

Page 23: 4875845 teori-pembelajaran

JEROME BRUNER Mengkaji

perkembangan kebolehan mental manusia dan

Bagaimana pemikiran berlaku semasa proses pembelajaran.

Beliau menyarankan pengajaran harus merangkumi ciri-ciri berikut:

PERSEKITARAN UNTUK BELAJAR

STRUKTUR PENGETAHUAN

URUTAN PENEGUHAN

Page 24: 4875845 teori-pembelajaran

JEROME BRUNER Mengikut Bruner, peringkat

pembelajran berubah dalam tiga urutan iaitu:

enaktifikoniksimbolik

Page 25: 4875845 teori-pembelajaran

Enaktif Pembelajaran melalui tindakan

manipulatif dan tidak melibatkan bahasa. Bahan maujud perlu dipegang dan

digunakan untuk memperoleh pengertian. Contoh: Memegang api - panas, Melontar bola – melambung

Page 26: 4875845 teori-pembelajaran

Ikonik Sanggup membentuk persepsi dan

membina gambaran dalam mental. Contoh: Bahan tajam – luka Air didih - panas

Page 27: 4875845 teori-pembelajaran

Simbolik Simbol seperti perkataan, bahasa

dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak.

Turutan pembelajaran haruslah berkembang mengikut urutan: peringkat motor – sensori (enaktif) konkrit (ikonik) – abstrak (simbolik).

Page 28: 4875845 teori-pembelajaran

Pengajaran dirancang Maklumat persekitaran perlu disusun

dalam bentuk tertentu. Menyediakan situasi masalah yang

merangsang murid membuat penemuan.

Guru mengendalikan kelas- pelajar aktif.

Page 29: 4875845 teori-pembelajaran

ROBERT GAGNE Mengkategorikan kedayaan pembelajran

ke dalam lima kelompok utama iaitu:Kemahiran kecerdasanStrategi kognitifMaklumat berbahasaKemahiran motor dan sikap

Terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya.

Page 30: 4875845 teori-pembelajaran

KEMAHIRAN KECERDASAN

PERTAMA

DISKRIMINASI KONSEP

HUKUM

Page 31: 4875845 teori-pembelajaran

Strategi Kognitif Kebolehan memproses maklumat yang           membolehkan si pelajar:

   Memikir

   Menumpukan perhatian

   Memilih

   Mengingat

   Menggunakan maklumat

Page 32: 4875845 teori-pembelajaran

Kemahiran Motor Melakukan pergerakan koordinasi

dalam aktiviti fizikal. Memerlukan pemikiran dan

penguasaan kemahiran kognitif. Berkait secara langsung dengan

perasaan, tingkahlaku, minat dan kesediaan pembelajaran seseorang pelajar

Page 33: 4875845 teori-pembelajaran

Teori ini tidak dapat menerangkan semua proses pembelajaran.

Pengumpulan maklumat tambahan dapat dilaksanakan.

Pembelajaran melalui pengamatan Pelbagai konsep membolehkan

pengalaman baru difahami dan masalah diselesaikan.

Page 34: 4875845 teori-pembelajaran

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Gabungan teori peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik.

Pelajar menggunakan pemikiran dalaman

Tidak bergantung hanya kepada pelaziman atau operan.

Page 35: 4875845 teori-pembelajaran

ALBERT BANDURA Teori ini menyarankan pembelajaran

sebagai perolehan dan tingkahlaku sebagai prestasi yang dapat diperhatikan.

Teori behavioris kurang lengkap menerangkan tentang tingkahlaku manusia.

Teori ini menekankan kepentingan peranan pengalaman (orang lain), simbol dan pengawalan sendiri dalam pross pembelajaran.

Page 36: 4875845 teori-pembelajaran

ALBERT BANDURA

•  Manusia dan haiwan dapat belajar dengan memerhatikan cara orang atau haiwan lain membuat sesuatu.

• Pemerhatian model penting dalam pembelajaran.

•Peneguhan dalam pemodelan boleh mendorong pembelajaran.

Page 37: 4875845 teori-pembelajaran

Pemodelan boleh digunakan untuk mencapai tiga kesan iaitu:Mengajar tingkahlaku yang baru.Menggalakkan pengukuhan tingkahlaku yang lama. mengukuhkan atau melemahkan sesuatu halangan untuk tujuan membantu murid mengatasi perasaan takut atau malu.

ALBERT BANDURA

Page 38: 4875845 teori-pembelajaran

Teori ini menegaskan kepentingan cara pengajaran-pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya.

Carl Rogers dengan sarana pertamanya iaitu terapi tumpuan orang (terapi berpusatkan klien)

Guru membantu klien mengenalpasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.

Page 39: 4875845 teori-pembelajaran

Fenomenologi Sarana kedua yang melambangkan

penaruhan perhatian terhadap dunia seperti yang diamati oleh individu, bukan semata-mata mengikut anggapan yang difikirkan benar.

Fenomenologi mementingkan pandangan peribadi individu terhadap persekitarannya.

Page 40: 4875845 teori-pembelajaran

CARL ROGERS

Setiap individu merupakan pusat kepada pengalaman perubahan dunia yang berterusan.

Organisma bertindakbalas kepada suatu medan mengikut pengaslaman dan pengamatannya terhadap medan itu. Medan pengamatan itu merupakan realiti kepada individu itu.

Setiap organisma mempunyai kecenderungan mencapai sempurna kendiri (self-actualization)

Prinsip-prinsip yang berlandaskan pelbagai pendekatan pendidikan humanis Rogers adalah seperti berikut:

Page 41: 4875845 teori-pembelajaran

Kefahaman tingkahlaku seseorang seelok-eloknya diperoleh daripada rujukan dalam indiividu itu.

Struktur kendiri terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran dan penilaian pula diperoleh daripada interaksi dengan orang lain.

Tingkahlaku yang ditonjolkan oleh sesuatu organisma adalah selaras dengan konsep kendiri

CARL ROGERS

Page 42: 4875845 teori-pembelajaran

Kita bersikap sama seperti apa yang kita fikirkan sendiri.

5. Tingkahlaku kita selaras dengan pengertian kendiri.

Kita mengetahui diri sendiri melalui pengalaman secara langsung serta mengintegarsikan pandangan orang lain terhadap kita.

4. Konsep kendiri terbentuk oleh individu itu sendiri.

Cara yang paling baik untuk memahami tingkahlaku seseorang ialah mengambilkira pendapat dirinya sendiri melalui komunikasi terbuka.

3. Tingkahlaku seseorang dipengaruhi oleh realiti

peribadinya.

Setiap orang mempunyai kecenderungan menjadi individu yang menyeluruh, sihat dan cekap melalui kawalan diri.

2. Tingkahlaku digerakkan oleh kehendak mencapai sempurna

kendiri.

Pengamatan realiti diperoleh daripada pengalaman peribadi dan perasaan individu. Orang lain sukar hendak memahaminya.

1. Realiti adalah fenomenologikal

MaksudCiri personaliti

Jadual: Ciri-ciri personaliti manusia mengikut Rogers.

Page 43: 4875845 teori-pembelajaran

IMPLIKASI TEORI HUMANIS TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN Menitikberatkan perkembangan

persendirian individu sosial yang sihat. Programnya berorientasi penemuan dan

tidak mementingkan pembelajran resepsi (penerimaan)

Perasaan dan keinginan murid serta autonomi individu senatiasa dihormati.

• Matlamat utamanya ialah mencapai sempurna kendiri bagi setiap individu.

Page 44: 4875845 teori-pembelajaran

Penegasan terhadap perasaan dan pemikiran dan kurang kepada perolehan pengetahuan

Penggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positifPenumpuan perhatian atas perkembangan perhubungan manusia yang positif dan komunikasi yang jujur.Pengiktirafan kepentingan nilai peribadi dan perkembangan nilai yang positif.

Penerangan Kesan

(efek)

Konsep

Komunikasi

Nilai peribadi

Penegasan

Jadual: Penegasan asas menurut pendekatan humanis dalam pendidikan

Page 45: 4875845 teori-pembelajaran

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

Konstruktivis mengandalikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan/ membayangkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya.

Konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.

Page 46: 4875845 teori-pembelajaran

Pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.

Perkembangan proses metakognitif, operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran secara kognitif.Melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, operasi merancang, mengarah dan menilaipemikirannya.

Pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan, menilai dan membuat refleksitentang pembelajarannya.Proses ilmu konstruktivitisme mengandungi ciri perkembangan dan evolusi dan sering berubah.

Page 47: 4875845 teori-pembelajaran

•Dalam situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak sama