Transcript
Page 1: Human resource management jawapan

HUMAN RESOURCE MANAGEMENTJawapan

1a)

5 MASALAH YANG AKAN DI HADAPI OLEH ORGANISASI YANG TIDAK MEMPUNYAI

JABATAN SUMBER MANUSIAi- Pusing Ganti Pekerja yang Tinggi

Pusing ganti kerja adalah keluar masuk pekerja ke dalam sesebuah organisasi.

Sesebuahorganisasi yang tidak mempunyai jabatan sumber manusia akan menghadapi

masalah pusing ganti kerja yang tinggi akibat tiada pengurusan yang tersusun terhadap

sumber manusia. Pusing ganti kerja ini kebiasaanya berlaku akibat tiada kepuasan

terhadap kerja,stress atau kekaburan tugas. Oleh itu, pengurusan Sumber Manusia

atau Jabatan Sumber Manusia boleh membantu mewujudkan satu sistem yang

tersusun dan efektif bagimenguruskan sumber manusia di dalam organisasi.

ii-Tiada Pengawalan Dalam Masalah Disiplin Di Kalangan Pekerja

Sekiranya berlaku sebarang pertelingkahan, pergaduhan dan masalah tingkah

laku,ketiadaan Jabatan Sumber Manusia boleh menyebabkan tiada tindakan di ambil

danmenyebabkan organisasi berhadapan dengan masalah disiplin pekerja. Oleh itu,

dengankewujudan Sumber Manusia, masalah ini dapat di atasi mengikut prosedur

ynagsepatutnya melaui pelaksanaan fungsi-fungsi Pengurursan Sumber Manusia.

ii-Pemilihan pekerja yang tidak tepat untuk sesuatu tugas

Tanpa Jabatan Sumber Manusia, maka tiada panduan dalam pengambilan kerja

olehorganisasi. Contohnya tiada analisis kerja, Deskripsi kerja dan spesifikasi Kerja

yang boleh di gunakan sebagai panduan untuk membuat pemilihan pekerja yang tepat.

iv-Meningkatkan kos & kerugian syarikat apabila mengambil pekerja yang tidak sesuai

Organisasi akan mengalami kerugian sekiranya mengambil pekerja yang tidak

sesuai.Disamping itu, kos pengambilan pekerja juga akan meningkat apabila organisasi

terpaksamengambil pekerja lain yang lebih tepat untuk memenuhi jawatan tersebut.

Melalui

 

Jabatan Sumber Manusia, fungsi penstafan akan membantu organisasi untuk

membuat pemilihan pekerja dengan tepat dan cekap.

v-Tiada pengurusan untuk latihan untuk peningkatan prestasi pekerja

Page 2: Human resource management jawapan

Masalah lain yang mungkin di hadapi oleh organisasi adalah masalah

pembungunan pekerja. Ini bermaksud, sekiranya produktiviti pekerja

semakin berkurangan, organisasi perlu membuat analisis untuk memastikan sebab

mengapa masalah ini terjadi. TanpaJabatan Sumber Manusia, organisasi mungkin

mengahdapi kekaburan akan tindakan yangsepatutnya di lakukan. Lama kelamaan,

produktiviti organisasi juga akan menurunsekiranya masalah ini tidak di atasi.

Dengan itu, Jabatan Sumber Manusia beperananuntuk membantu organisasi untuk

melaksanakan analisis bagi menyediakan pembangunan sumber manusia sekaligus

meningkatkan produktiviti pekerja danorganisasi. b)

3 FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

i-

Penstafan

Penstafan adalah proses untuk organisasi memastikan bilangan pekerja mencukupi

danmempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan organisasi. Pekerja

yangdipilih juga bersesuaian dengan bidang di mana dia di tempatkan. Proses

penstafan perlulah dijalankan dengan berhati-hati supaya dapat memastikan sumber

manusiaorganisasi adalah adalah produktif dan mampu menjayakan segala

perancanganorganisasi. Penstafan melibatkan analisis kerja, perancangan sumber

manusia, pengambilan dan pemilihan.Analisis kerja adalah proses sistematik untuk

menentukan kemahiran, tugas dan pengetahuan yang di perlukan bagi melaksanakan

tugas dalam organisasi. Analisis kerjamember kesan ke atas perancangan sumber

manusia, pengambilan dan pemilihan.Perancangan sumber manusia pula merupakan

proses yang sitematik dalam menilaikeperluan sumber manusia untuk memastikan

bilangan pekerja adalah mmencukupidengan kemahiran yang diperlukan. Pengambilan

adalah proses menarik perhatianindividu yang berkelayakan dan menggalak kan

mereka untuk memohon pekerjaandengan sesebuah organisasi. Pemilihan

adalah proses di mana organisasi akaknmelakukan pemilihan daripada sekumpulan

pemohon yang bersesuaian dengan jawatan

 

yang diiklankan. Kesemua komponen dalam proses penstafan ini amat penting

dalammenentukan kejayaan da kegagalan pengurusan sumber manusia organisasi.

Page 3: Human resource management jawapan

ii-Pampasan dan Faedah

Sistem pampasan organisasi yang baik menyediakan pekerja dengan ganjaran

yangmencukupi dan adil atas sumbangan pekerja dalam mencapai matlamat

organisasi.Pampasan melibatkan semua ganjaran yang di terima oleh individu hasil

pekerjaanmereka. Ganjaran terdiri daripada beberapa kombinasi iaitu ganjaran

kewangan yang diterima oleh individu kerana melaksanakan kerja tersebut. Faedah

sampingan merupakantambahan kepaa ganjaran kewangan yang di terima iaitu cuti

sakit, cuti tahunan, insurans perubatan dan sebagainya, manakala ganjaran yang

bukan berbentuk kewanganmemberikan keselesaan kepada individu dalam

melaksanakan tugasnya seperti persekitaran tempat kerja yang baik, hubungan yang

baik dengan ketua dan penghargaanyang di berikan oleh majikan.

iii-Keselamatan & Kesihatan

Keselamatan melibatkan perlindungan pekerja daripada kecederaan yang di

sebabkanoleh kemalangan yang berkaitan dengan kerja. Kesihatan merujuk kepada

pekerja yang bebas penyakit serta berada dalam keadan fizikal dan mental yang baik.

Aspek-aspek tersebut perlulah mendapat keutamaan bagi sesebuah organisasi kerana

pekerja yang bekerja dalam persekitaran yang selamat dan kesihatan yang baik akan

menjadi lebih produktif dan menghasilkan faedah jangka panjang kepada organisasi.

Memandangkanisu ini semakin di abaikan oleh majikan dan kos yang melibatkan

keselamatan dankesihatan organisasi semakin meningkat, maka kerajaan turut campur

tangan dalammemastikan isu-isu yang berkaitan dalam keselamatan dan kesihatan di

tempat kerjatidak di abaikan.2a)

2 PERANAN PERANCANGAN STRATEGI OLEH SUMBER MANUSIA

i-berperanan untuk menyediakan perancangan dan menyusun suatu cara yang

sistematik dengan tujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Contohnya

perancangan strategik  boleh di gunakan dalam meramal keperluan tenagan kerja

organisasi di masa hadapan.Perancangan strategik dan prinsip-prinsipnya perlu

difahami dengan jelas oleh pekerja

 

dan pengurus supaya usaha yang tinggi dapat dilakukan bagi mencapai matlamat yang

ditetapkan.ii-Untuk meningkatkan produktiviti pekerja di samping menyumbang

Page 4: Human resource management jawapan

kepada peningkatan output organisasi. Melalui perancangan straategik ini, para pekerja

akanmempunyai arah tuju dan garis panduan untuk dicapai selari dengan matlamat

yang diingini oleh organisasi. Oleh itu, arah tuju yang hasil yang jelas untuk di capai

membantu pekerja untuk lebih bermotivasi sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja

dan outputorganisasi.

( [email protected] )