RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KPR3974
LATIHAN MENGAJAR
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
K00864
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN D20112053154 0177500976
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ABDUL RAHIM RAZALLI
TARIKH SERAH: 16 APRIL 2015
RPH MINGGU KE-4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Kelas Ikhlas 4
Bil. Murid 5 orang
Masa 8.40 pagi - 9.40pagi (60 minit)
Tarikh 16 April 2015
Tajuk 3. Kemahiran Membaca
Standard Kandungan 3.2 Membaca perkataan
Standard Pembelajaran 3.2.1 Membaca perkataan KV + KVK
Tunjang lain yang
disepadukan
Ketrampilan, komunikasi, fizikal dan estetika
Objektif Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
1. Memadankan suku kata pertama dengan suku kata kedua
dengan betul.
2. Memadankan perkataan KV + KVK dengan gambarnya.
3. Membaca sekurang-kurangnya tiga perkataan KV + KVK
dengan betul dan lancar
Sistem bahasa Kata nama
Kosa kata Katak, lipan, tikus, gajah dan semut
Ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, sains, dan moral
Kemahiran berfikir Menjana Idea, mendiskriminasi dan menghubungkait.
Kemahiran Pengajaran Soal jawab
Kemahiran Belajar
Cara Belajar
Kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran
mendengar secara aktif
Kecerdasan Pelbagai Verbal-linguistik, muzik dan kinestetik.
Nilai Murni Memberi kerjasama, kebebasan bersuara, berani mencuba,
berterima kasih, yakin diri, bersungguh-sungguh, menghargai,
toleransi, kerjasama kumpulan, berani, bersungguh-sungguh,
kerjasama dan amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
Elemen Merentas
Kurikulum:
Teknologi maklumat dan komunikasi dan keusahawanan.
Bahan Bantu Belajar: Komputer riba, pembesar suara, kad bacaan, kad gambar dan kad
perkataan katak, gajah, semut, lipas dan tikus dan lembaran
kerja.
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
SET INDUKSI
(5 Minit)
Nyanyian dan
pergerakan dari
lagu Lompat si katak
lompat
1. Murid dikehendaki menyanyi lagu yang dengan iringan muzik serta
mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru.
2. Murid dikehendaki menyatakan nama binatang yang terdapat dalam
lagu tadi.
3. Guru mengaitkan lagu dengan pengajaran pada hari ini.
Bahan Bantu Belajar:
- Komputer riba
- Pembesar suara
Kemahiran Pengajaran :
- Soal Jawab
Kemahiran Berfikir (KB):
- Menjana idea
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
- Muzik
- Kinestetik
Elemen Merentas Kurikulum:
- Teknologi Maklumat dan
komunikasi
Nilai Murni:
- Memberi kerjasama
- Kebebasan bersuara
- Berani mencuba
LANGKAH 1
(10 Minit)
Mengeja dan membaca
dengan bimbingan guru
1. Murid dikehendaki mengambil kad gambar dari kotak yang
disediakan.
2. Murid dikehendaki menamakan haiwan tersebut.
3. Murid dikehendaki mengajuk perkataan yang guru sebut mengikut
suku kata yang betul.
4. Murid dikehendaki mengeluarkan jari mengikut bilangan suku kata
dari perkataan yang disebut.
5. Murid mengulangi membatangkan suku kata sambil mengira dengan
jari secara berkumpulan.
Bahan Bantu Belajar:
- Kad gambar dan kad
perkataan: katak, gajah,
semut, lipas dan tikus
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
- Verbal-linguistik
Nilai Murni:
- Berani mencuba
- Yakin diri
LANGKAH 2
(10 minit)
1. Murid dikehendaki memilih satu kad warna yang digemari.
2. Murid dikehendaki mengeja perkataan KV + KVK tersebut dengan
bimbingan guru.
Bahan Bantu Belajar:
- Kad gambar
- Kad suku kata
Mengeja dan membaca
secara individu
- Ka tak
- Ga jah
- Se mut
- Li pas
- Ti kus
3. Semua murid dikehndaki mengeja berulang kali dengan bimbingan
guru.
4. Murid dikehendaki membaca perkataan yang diminta oleh guru
secara individu.
Kemahiran Belajar Cara
Belajar:
- Kemahiran membaca
Nilai Murni:
- Berani mencuba
- Yakin diri
- Kerjasama
LANGKAH 3
(15 minit)
Latihan lembaran kerja
1. Murid menerima lembaran kerja dan mengucapkan terima kasih
kepada guru.
2. Murid mendengar arahan yang terdapat pada lembaran kerja yang
dibacakan oleh guru dengan teliti.
3. Murid melengkapkan lembaran kerja.
4. Murid yang telah menyiapkan lembaran kerja yang pertama akan
diberikan lembaran kerja yang kedua setelah mereka dapat
menjawab dengan betul. Sekiranya terdapat kesalahan, murid
dikehendaki membetulkan kesalahan tersebut terlebih dahulu
dengan bimbingan guru.
Bahan Bantu Belajar:
- Lembaran 1
- Lembaran 2
- Lembaran 3
(Rujuk Lampiran)
Kemahiran Belajar Cara
Belajar:
- Kemahiran membaca
- Kemahiran menulis
Nilai Murni:
- Kesabaran
- Berterima kasih
- Toleransi
- Berani
- Bersungguh-sungguh
- Kerjasama
LANGKAH 4
(15 minit)
Permainan Roda
Bacaan
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Murid-murid ditayangkan slide permainan Roda Bacaan.
3. Murid dikehendaki menekan butang untuk memusingkan roda
bacaan dan membaca perkataan yang ditunjukkan oleh anak
panah yang terdapat pada roda bacaan tersebut.
4. Murid yang dapat membaca dengan betul akan menerima satu
bintang.
5. Kumpulan murid yang menerima banyak bintang dikira sebagai
pemenang dan mendapat hadiah.
Bahan Bantu Belajar:
- Komputer riba
- Pembesar suara
Kemahiran Berfikir(KB):
- Mendiskriminasi
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
- Verbal-linguistik
Elemen Merentas Kurikulum:
- Teknologi maklumat dan
komunikasi
- Keusahawanan
Nilai Murni:
- Toleransi
- Kerjasama kumpulan
PENUTUP
(5 minit)
Penerapan nilai-nilai
murni dan nyanyian.
1. Guru menyoal beberapa nama binatang yang telah dipelajari.
2. Penerapan nilai-nilai murni
- Menyedari kebesaran Allah kerana mencipta pelbagai jenis binatang
di muka bumi. Setiap binatang ada peranannya masing-masing. Allah
mewujudkan binatang yang suka kepada benda yang kotor agar kita
sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran agar tidak
didatangi oleh binatang yang kotor seperti lipas dan tikus.
3. Nyanyian dan pergerakan lagu lompat si katak lompat
4. Murid-murid dikehendaki bertepuk tangan tanda apresiasi kepada diri
sendiri.
Bahan Bantu Belajar:
- Komputer riba
- Pembesar suara
Kemahiran Belajar Cara
Belajar:
- Kemahiran mendengar aktif
Kemahiran Pengajaran:
- Penyoalan
Kemahiran Berfikir(KB):
- Menjana idea
- Menghubungkait
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
- Muzik
- Verbal-linguistik
Elemen Merentas Kurikulum:
- Teknologi maklumat dan
komunikasi
Nilai Murni:
- Menyedari kebesaran Allah
- Menghargai diri
- Menjaga kebersihan diri dan
persekitaran
REFLEKSI PENGAJARAN
Pada pengajaran kali ini saya masih lagi menerapkan aktiviti nyanyian dan pergerakan pada
set induksi bagi menarik perhatian murid. Hal ini kerana murid-murid sangat suka dengan aktiviti
nyanyian kerana mereka berasa puas dapat menyanyi dengan kuat. Setelah aktiviti nyanyian
mereka berasa seronok dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran seterusnya.
Seterusnya, saya juga menyediakan menerapkan aktiviti permainan dalam pengajaran yang
sememangnya digemari oleh murid-murid berkeperluan khas kerana aktiviti permainan
membuatkan mereka tidak berasa tertekan dengan pelajaran yang dipelajari tersebut. Namun
begitu, saya dapati kawalan murid agak kurang dalam aktiviti permainan menyebabkan kelas
menjadi bising. Justeru itu, saya mungkin perlu memikirkan cara yang sesuai bagi mengatasi
masalah tersebut.
Selain itu, saya turut menyediakan beberapa lembaran kerja sebagai persediaan sekiranya
ada murid yang telah dapat menyiapkan lembaran kerja dengan cepat maka mereka akan diberi
lembaran kerja seterusnya agar mereka tidak berasa bosan menunggu rakan-rakan lain menyiapkan
tugasan.
Pada langkah keempat saya telah menyediakan permainan yang mana mereka perlu
bersaing antara kumpulan yang merupakan pengukuhan tentang apa yang telah mereka pelajari
hari ini. Saya dapati murid-murid telah memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulan mereka
bagi memastikan kumpulan mereka menang pada permainan tersebut. Secara keseluruhannya,
saya dapati objektif pengajaran saya tercapai. Sekian.
LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA 1
LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA 2
LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA 3