of 31/31
Disediakan oleh : Rosdianah @ (Dyan) AYAT MAJMUK PANCANGAN http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Ayat majmuk pancangan ii

  • View
    6.228

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of Ayat majmuk pancangan ii

  • 1. AYAT MAJMUK PANCANGAN Disediakan oleh :Rosdianah @ (Dyan)http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

2. Definisi (Menurut Nik Safiah Karim) Ayat majmukpancangan ialah ayat yang terdiri daripadasatu ayat induk dan satu ayat ataubeberapa ayat kecil yang dipancangkanatau menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 3. Menurut Asraf (1997:48) pula menyatakan bahawa ayat pancangan terjadi daripadadua ayat tunggal sekurang-kurangnya, dengan salah satu ayat tunggalitu dipancangkan dalam bentuk klausaatau frasa pada ayat tunggal yang satu lagi.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 4. Ayat jenis ini mengandungi klausa-klausa yang tidaksetara dan salah satu daripada klausa dalam ayatmajmuk pancangan itu merupakan klausa tak bebas.Klausa yang satu adalah bebas dan yang satu lagiadalah klausa tak bebas. Oleh sebab itu, ayat majmuk pancangan ini disebutsebagai ayat majmuk bertingkat. Contoh:Klausa 1Pak Mat mengunjungi rumah kami ketikakami pulang ke kampung. Klausa 2 5. Berdasarkan contoh tersebut, hubungan antara klausa 1 dengan klausa 2 tidak setara.Salah satu klausa menjadi bahagian daripada klausa yang lain atau menduduki fungsi tertentu bagi klausa lain.Klausa 1 mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan klausa 2 mempunyai kedudukan yang lebih rendah kerana hanya berfungsi sebagai keterangan waktu bagi klausa. 6. KATA HUBUNG DALAM AYAT MAJMUKKata hubung subordinat yang digunakan adalah seperti ketika, jika, kerana, sejak, hingga, agar, supaya, bahawa, yang, untuk, dsb.Kata hubung dalam ayat majmuk pancangan mempunyai makna tertentu. 7. Makna kata hubung dalam ayat majmuk ialah;ketika, sebelum, sewaktu, Penanda masasetelah , sesudah Penanda akibat jadi, akibatnya, sehinggakerana, sebab, lantaran, Penanda sebaboleh sebab, oleh kerana Penanda harapanagar, supaya Penanda keadaanwalaupun, sungguhpun,meskipun, biarpun Penanda penjelasan bahawa 8. JENIS AYAT MAJMUK PANCANGANI. Ayat majmuk relatifII. Ayat majmuk komplemenIII. Ayat majmuk keterangan 9. AYAT RELATIFAyat relatif oleh Nik Safiah Karim ialah ayat yang wujud dalam binaan ayat majmuk pancangan. Ayat relatif ditandai oleh kata yang. Dari segi makna, kata yang menerangkan salah satu unsur yang terdapat dalam klausa bebas.Dalam ayat, yang digunakan sebagai penghubung antara salah satu fungsi ayat dengan klausa peluasannya. 10. Contohnya, dalam ayatSebahagian besar pendapatan yang akandiperoleh itu adalah daripada sewaan.Kata yang berfungsi mnghubungkan subjekayat, iaitu sebahagian besar pendapatan denganklausa peluasannya, iaitu akan diperoleh itu.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 11. Peluasan Subjek Peluasan PredikatKlausa relatifPeluasan Objek Peluasan KeteranganKlausa relatif dapat disisipkan ke dalam klausabebas untuk menerangkan dan memperluassubjek, predikat, objek dan keterangan dalam ayatmajmuk.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 12. PELUASAN SUBJEK Subjek dalam sebuah ayat dapat diperluas denganklausa yang menggunakan kata relatif yang.Contoh;Lelaki yang memukul adik saya datang meminta maaf. Berdasarkan contoh diatas, klausa relatif berfungsiuntuk menerangkan kata nama atau kata gantidengan lebih jelas. 13. Subjek diperluas dengan klausa yang memukul adik saya. Kata yang bertugas untuk menggantikan frasa nama subjekayat relatif, iaitu lelaki. Klausa tersebut bertindak sebagaipenerang bagi frasa nama subjek. Kata inti bagi setiap frasa nama yang berfungsi sebagaisubjek boleh boleh digugurkan dan mewujudkan beberapasubjek ayat:I.Yang memukul adik saya datang meminta maaf.II. Yang saya tahu orang itu tidak hadir. 14. PELUASAN PREDIKAT Menerangkan kata nama dalam predikat. Contohnya terdapat dua klausa iaitu anis (ialah)budak dan budak itu baik. Klausa Budak itu baik apabila menerima kata yangmenjadikan klausa tersebut yang budak itu baiksebagai klausa tak bebas. Perkataan budak boleh digugurkan dan predikatmengalami peluasan. 15. Contoh;1) Anis budak + Budak itu baik.2) Anis budak + yang budak itu baik.3) Anis budak yang baik. 16. PELUASAN OBJEK Contoh dalam ayat tersebut kehadiran klausa takbebas yang tumbang tidak jauh dari situ dan yangmenguntungkan saya menyebabkan frasa nama yangmenjadi objek iaitu pokok dan pekerjaan yangmenjadi peluasan;1. Bapa menebang pokok yang tumbang tidak jauh dari situ.2. Saya melakukan pekerjaan yang menguntungkan saya.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 17. Kata inti bagi frasa yang berfungsi sebagai objekboleh digugurkan. Contoh;1. Abu mengambil buah yang masak sahaja.2. Abu mengambil yang masak sahaja.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 18. PELUASAN KETERANGAN Fungsi keterangan dapat diperluaskan melalui klausadan dapat dilihat melalui contoh yang berikut;1. Dian berdiri di tepi jalan yang sibuk itu.2. Saya berjalan kaki di celah-celah orang yang berdiri.3. Rosdianah berdiri di ruang yang sempit itu. 19. Dalam contoh tersebut klausa yang sibuk itu, yang berdiri dan yang sempit itu meluaskan keterangan di tepi jalan, di celah-celah orang dan di ruang. 20. AYAT KOMPLEMEN Nik Safiah Karim menyatakan bahwa ayat komplemenmerupakan bahagian dalam binaan ayat majmuk yangberfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayattersebut.Contoh;1. Banyak orang sudah mengetahui bahawa dia tidak bersalah.2. Untuk kita mempercayai perkara itu memang sukar. 21. Kedua-dua klausa yang dipisahkan dapat membentukayat komplemen. Contoh;Saya tidak tahu bahawa dia akan ikut.I. Saya tidak tahu.II. Dia akan ikut. 22. Frasa namaJenis Frasa kerja Frasa adjektifhttp://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 23. Ayat Komplemen Frasa Nama Dalam ayat komplemen frasa nama, klausakomplemen tersebut dapat menjadi frasa namasubjek dan frasa nama objek tepat.1. Frasa nama subjekBahawa dia bersalah adalah tidak benar.2. Frasa nama objek tepatSiti mengakui bahawa perkara itu dusta.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 24. Ayat Komplemen Frasa Kerja Ayat komplemen frasa kerja ditentukan oleh katakerja tak transitif. Selain itu, ayat yang wujud selepas kata kerja itu tidakdapat dipastikan.Contoh;1. Kakak gagal untuk mendapat tempat pertama.2. Kami beranggapan bahawa cerita itu palsu.3. Ibu berkata bahawa bapa akan ke Mekah tahun ini. 25. Ayat Komplemen Frasa AdjektifBoleh diikuti oleh klausa komplemen.Contoh;1. Aku yakin bahawa dia tidak bersalah.2. Ali sedar bahawa lelaki itu banyak berjasa.3. Mereka insaf bahawa mereka miskin. 26. AYAT KETERANGANAyat majmuk keterangan atau ayat keterangan oleh Nik Safiah Karim ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut atau mempertegas makna kata kerja ayat induk. 27. Ayat keterangan boleh terdiri daripada klausabebas yang dihubungkan dengan klausa tak bebas.Oleh itu, tugas klausa tak bebas adalah untukmenerangkan klausa bebas. Contoh; - Aiman datang walaupun dia sakit. - Mira masih tidur ketika Siska pergi ke bandar. - Kerana ibunya sakit, Sathya tidak ke sekolah hari ini. Aiman / datang / walaupun dia sakit. SPket 28. Jenis klausa keterangan:i. Klausa keterangan waktuii. Klausa keterangan musababiii. Klausa keterangan akibativ. Klausa keterangan pertentanganv. Klausa keterangan syaratvi. Klausa keterangan caravii. Klausa keterangan tujuanviii. Klausa keterangan harapanix. Klausa keterangan perbandinganx. Klausa keterangan alat 29. Klausa keterangan waktu menerangkan masa sesuatuperbuatan atau kejadian. Contoh;Pak Ali datang ketika kami sedang makan. Klausa keterangan musabab menerangkan sebab ataualasan. Contoh;Aiman dibenci orang akibat sifat egonya Klausa keterangan akibat menyatakan kesan atau hasil.Contoh;Rantai itu mahal, jadi kakak tidak membelinya. Klausa keterangan pertentangan menerangkan sesuatuyang berlawanan. Contoh;Mereka datang meskipun tidak diundang. 30. Klausa keterangan syaratmenjelaskan tuntutanyang mesti dipatuhi. Contoh;Jika kita tidak berdisiplin, kita tidak akan berjaya. Klausa keterangan cara menyatakan caraperlaksanaan atau gaya. Contoh;Ayah menangkap ikan itu dengan menggunakanjala. Klausa keterangan tujuan menyatakan suatu tujuanatau harapan. Contoh;Demi menegakkan kebenaran, pemimpin itusanggup dipenjarakan. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 31. Klausa keterangan harapan menerangkan sesuatuyang diigini atau dihajati. Contoh;Ibu melihat dari jendela kalau-kalau bapa sudahpulang. Klausa keterangan perbandingan menyatakanperbandingan, kemiripan, atau rujukan. Contoh;Aku akan menolong kamu sebagaimana bapa kamutelah menolong aku. Klausa keterangan alat menyatakan alat yangdigunakan. Contoh;Siti ke Pulau Langkawi dengan menaiki kapal terbang. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/