11
Pasar Perasaan T. Alias Taib Pasar Perasaan T.Alias Taib

Pasar perasaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pasar perasaan

Pasar Perasaan

T. Alias Taib

Pasar Perasaan

T.Alias Taib

Page 2: Pasar perasaan

Maksud Rangkap

Rangkap 1:Pelbagai ragam masyarakat dapat dilihat di warung-warung . Misalnya ,di warung terdapat penjual sentimental dan para pengunjung yang terlalu mengikut emosi.

Rangkap 2:Golongan tersebut memperkatakan sesuatu menurut kata hati dan bukannya berfikir secara rasional dan menggunakan akal yang waras.

Rangkap 3:Golongan ini berhujah tanpa asas yang kukuh dan hujah itu pula mudah disangkal.

Rangkap 4:Di warung itu,masyarakat lebih banyak berbual-bual kosong .

Page 3: Pasar perasaan

Rangkap 5:Golongan ini hanya berkata-kata dengan berbekalkan akal yang cetek dan pengetahuan yang dangkal semata-mata.

Rangkap 6:Penyair mendapati mereka berada di warung itu kaya dengan perasaan tetapi kurang bijaksana dalam bercakap atau bertindak.

Rangkap 7:Penyair mendapati pasar itu dipenuhi pengunjung yang tidak menggunakan akal fikiran dalam berurusan ,tetapi penuh dengan hiruk-pikuk yang tidak mempunyai apa-apa makna.

Page 4: Pasar perasaan

Sajak ‘’Pasar Perasaan’’ bertemakan kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung. Masyarakat ini menyuarakan pendapat mengikut perasaan tanpa menggunakan akal.

TEMA

Page 5: Pasar perasaan

Persoalan

Pengunjung warung yang penuh dengan pelbagai sifat manusia.

Sikap emosional ketika berkata-kata atau berhujah.

Kepelbagaian isu semasa diperkatakan oleh pengunjung warung.

Perbincangan golongan tertentu yang berasaskan fikiran dan pendapat yang dangkal.

Page 6: Pasar perasaan

Bentuk Sajak

Sajak ‘’Pasar Perasaan’’ berbentuk bebas.Sajak ini tidak terikat dengan ciri-ciri khusus seperti pantun dan syair.Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada enam hingga lima belas suku kata.Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama juga,iaitu antara tiga hingga lima patah kata dalam satu baris.

Page 7: Pasar perasaan

Gaya Bahasa

1.Simile.Contohnya:i) yang rapuh dan lapuk Bagai kayu buruk-rangkap 3,baris 3.ii)Yang mudah dipatahkan bagai ranting kering-rangkap 3,baris 5.

2.Metafora.Contohnya :pasar perasaan

3.Penggunaan kata pinjaman.Contohnyai)sentimental-rangkap 1,baris 2.ii)emosional-rangkap 1 ,baris 3.

4.Responsi Yang terbit daripada kalbu Bukan terbit daripada akal-rangkap 2,baris 3 dan 4.

Page 8: Pasar perasaan

Unsur bunyi

Asonansii)Perulangan vokal a-ini pasar perasaan-rangkap 1,baris 1-ini pasar tidak berakal-rangkap 7,baris 1.-di dalamnya mengalir sungai manusia-rangkap 4 ,baris 2.

ii)Perulangan vokal e-mereka memperdagangkan kata-kata –rangkap 2 baris2.-di tengah-tengah penjual dan pembeli.-rangkap 6,baris3.

iii)Perulangan vokal i-bagai ranting kering-rangkap 3,baris 5.-tetapi miskin dengan kebijaksanaan –rangkap 6 ,baris 5.

iv) Perulangan vokal o-yang menghilirkan suara kosong –rangkap 4,baris3.-yang diriuhkan kekosongan-rangkap 7,baris 2.

Page 9: Pasar perasaan

Aliterasi

i)Perulangan bunyi konsonan p-ini pasar perasaan-rangkap 1,baris 1.

ii)Perulangan bunyi konsonan m-mereka memperdagangkan hujah-rangap 3,baris 1.-mereka memperdagangkan kata-kata.-rangkap 2 baris 2.

III)Perulangan bunyi konsonan d-di dalamnya mengalir sungai manusia-rangkap 4,baris 2.

iv) Perulangan konsonan s-khususuri sungai sibuk ini.-rangkap 6,baris 2.

NadaSajak ‘’Pasar Perasaan’’ ini bernada sinis.Nada sajak ini sesuai kerana menyindir

segelintir masyarakat yang bercakap mengikut perasaan tanpa menggunakan akal.

Page 10: Pasar perasaan

Nilai

1. Nilai berhati-hati.Contohnya ,berhati-hati ketika menyuarakan pendapat .

2. Nilai kebijaksanaan .Contohnya,bijak berkata-kata dengan menggunakan akal ,dan bukannya menurut hati atau perasaan.

3. Nilai rasional .Contohnya,bersikap rasional dalam setiap tutur kata atau tindakan supaya tiada masalah yang timbul.

Page 11: Pasar perasaan

Pengajaran

Kita perlu bijak dalam menyampaikan pandangan atau menyuarakan perasaan.Kita hendaklah bersikap rasional dalam apa-apa jua perkara.Kita sewajarnya menggunakan akal apabila berhujah dengan pihak lain.