5

Click here to load reader

Teori kepimpinan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teori kepimpinan

Teori-Teori Utama Kepemimpinan dalam Pengurusan Konvensional

Posted in Umum - 25 July 2011 - No comment

Pengenalan

Pengurusan, pentadbiran dan kepemimpinan dibincangkan dan dikaji di barat dari sudut saintifik sehingga melahirkan aliran-aliran pemikiran dan falsafah yang pelbagai. Yang pastinya kajian-kajian ini kemudian membuahkan teori-teori khusus dan dikembangkan oleh para pemikir barat di seluruh dunia.

Melalui dasar emperialisme dan kolonialisme, mereka melaksanakan teori-teori tersebut bagi tujuan khusus. Yang pastinya kesemua teori-teori ini sekilas dilihat sangat baik dan praktikal serta sistematik, namun di balik kosmetik yang dilabelkan itu terdapat satu kelompongan besar yang tanpa sedar telah menyebabkan manusia seakan kembali ke zaman kegelapan, zaman jahiliyah.

Pihak barat yang menguasai hampir dua pertiga dunia melalui dasar „White People Burden‟ kemudiannya meninggalkan khazanah pemikiran ini yang sudah membentuk sistem khusus di mana-mana tanah jajahannya termasuk Tanah Melayu yang kini dipanggil Malaysia. Hasilnya, sehingga saat ini hampir kesemua sistem yang sedang berfungsi bagi menguruskan kehidupan seharian bermula daripada pengurusan seorang rakyat kepada pengurusan tertinggi di peringkat kerajaan, semuanya menggunakan teori-teori yang dijanakan daripada barat.

Sejarah Kebangkitan Teori Kepemimpinan

Niccolò Machiavelli adalah seorang negarawan dan ahli srategis politik yang berasal dari Itali. Beliau percaya bahawa kejayaan seorang pemimpin itu adalah ditentukan bentuk pemerintahan yang dibangunkan oleh seseorang pemimpin atau ketokohan sebagai seorang negarawa. Antara kayu ukur bagi melihat seseorang pemimpin itu dikatakan berjaya dalam pemerintahannya maka lihatlah bagaimana dia menggunakan kekuasaannya bagi terus berkuasa. Sejarah merakamkan pelbagai cara sudah dilakukan termasuklah dengan cara yang zalim dan kejam.

The Prince, yang ditulis Machiavelli tahun 1513, menyatakan bahawa semua pemimpin harus menggunakan penipuan dan akal licik, untuk mencapai tujuan mereka. Dengan lain perkataan, seorang pemimpin harus tahu bila ia harus berperanan sebagai singa, bila bertindak seperti musang, dan sebagainya. Perubahan karakter seorang pemimpin itu harus mengikuti keadaan. Ini bererti juga seorang pemimpin itu harus memberikan kesan di depan rakyat bahwa ia seorang yang lembut, pemurah, bahkan pro agama. Namun ia pun dapat berbuat jahat dan mengabaikan rasa sayang dan moral jika diperlukan.

Teori kepemimpinan yang diusung oleh Machievelli itu merupakan salah satu model kepemimpinan yang banyak digunakan oleh para pemimpin diktator. Bagi penentang teori ini, Machiavelli dianggap sebagai simbol kediktatoran dan kekejaman. Teori kepemimpinan Machievelli cenderung menghalalkan segala cara untuk mempertahankan suatu kekuasaan. Inilah menjadi pegangan yahudi yang amat bertentngan dengan islam.

Ia juga membenarkan sistem pemerintahan yang dijalankan penguasa bertangan besi, yang menolak pertimbangan moral dalam hal politik praktis.

Page 2: Teori kepimpinan

Oleh kerana itu, tidak hairan jika para Machiavellis, terutama para penguasa yang menjalankan prinsip Machiavelli ini dianggap sebagai individu dan kumpulan manusia yang membenarkan dusta, penipuan, penindasan, dan pembunuhan, termasuk pengingkaran sejarah asal stabiliti kekuasaannya mantap dan tidak tergugat.

Menurut Machiavelli, penguasa yang menjalankan aturan-aturan konvensional seperti petunjuk-petunjuk moral (agama) yang menekan justru akan menghancurkan kekuasaannya sendiri. Ia menganjurkan seorang penguasa itu mengabaikan pertimbangan moral secara total dan mengandalkan kekuatan dan kelicikan, termasuk mewujudkan kekuatan militeri yang dilengakp persenjataan terbaik. Seorang penguasa juga harus dikelilingi oleh menteri-menteri yang mampu dan setia, terdiri dari penjilat untuk mencapai kejayaannya.

Machiavelli juga mengajukan dua pilihan perbincangan, apakah seorang penguasa itu lebih baik dicintai atau dibenci atau ditakuti. Menurutnya penguasa sebaiknya ditakuti dan dicintai, tapi kedua pilihan ini ini tak boleh disandang sekaligus, lebih mudah bagi seorang penguasa adalah ditakuti, kerana bila dia memilih untuk dicintai maka ia harus siap-siap untuk mengorbankan kepentingan demi rakyat yang mencintainya.

Dalam sejarah dunia, ada begitu banyak penguasa yang mengikuti teori kepemimpinan Machiavelli ini. Napoleon, Stalin, Hitler, Benito Mussolini, Slobodan Milosevic, Pinochet, hingga Pol Pot merupakan tokoh-tokoh yang mengambil langkah radikal dalam kepemimpinannya. Mereka menciplak habis teori Machiavelli untuk bertahan dalam tampuk kekuasaannya. Mereka diktator ulung pada masanya. Mussolini memuji-muji Machievalli di depan umum sebagai tokoh inspirator. Bahkan Napoleon menyelitkan “The Prince” di bawah bantalnya agar boleh membacanya berulang-ulang.

Jenis-Jenis Teori Kepemimpinan Barat

Thomas Carlyle (4 December 1795 – 5 February 1881) memperkenalkan teori yang dipanggil Great Man Theory yang menyatakan bahawa setiap zaman memiliki pemimpin besarnya yang tersendiri. Perubahan sosial biasanya akan berlaku apabila pemimpin besar dari kalangan mereka memimpin bagi memulakan perubahan dan menghalang sesiapa sahaja yang membawa maksud yang berlawanan dengan mereka.

Gordon Willard Allport (November 11, 1897 – October 9, 1967) pula adalah antara pemikir terawal yang mengutarakan Trait Theory. Teori ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu memiliki peribadi dan karakter yang berbeza dengan kebanyakan orang. Sebagaimana contohnya, seseorang pemimpin itu mempunyai kelebihan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling secepat mungkin, kepekaan sosial, seorang yang bercita-cita tinggi dan besar, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, mempunyai keinginan mendominasi, energetik, yakin dengan dirinya sendiri, kalis daripada tekanan dan sedia memikul tanggungjawab.

Prof Emeritus Dr James E. Grunig (1997) adalah seorang akademis yang mula-mula membangunkan Situational Theory berpendapat sesebuah kepimpinan biasanya dipengaruhi oleh situasi di mana factor-faktor tertentu daripada situasi yang khusus menentukan pemimpin yang sesuai bagi keadaan tersebut.

Paul Hersey (1969) dalam karyanya yangt berjudul Situational Leader akhirnya melahirkan sebuah gagasan kemudiannya berkembang menjadi Personal Situational Theory. Antara lain mengatakan bahawa situasi tidak memadai bagi melahirkan pemimpin. Seseorang pemimpin itu masih memerlukan bantuan dan sokongan bagi muncul dan seterusnya memimpin.

Page 3: Teori kepimpinan

Robert House (1971) pula adalah pengemuka Path Goal Theory, menurut beliau pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang mampu menunjukkan kepada orang yang dipimpin olehnya apakah balasan atau habuan dan mereka juga ditunjukkan cara bagaimana bagi mendapatkan habuan tersebut.

Joan Woodward (1958) melalui Contigency Theory mengatakan bahawa tahap efektif seseorang pemimpin itu berorientasikan tugasannya (task oriented) dan mungkin juga berorientasikan hubungan dengan orang bawahan yang dipimpinnya (relation oriented), ianya bergantung kepada tuntutan terhadap situasi, kehendak serta keperluan semasa.

Leader Role Theory pula berkenaan dengan karekteristik individu dan situasi yang menyebabkan pemimpin dengan corak tertentu akan muncul. Situational Theory (Hersey & Blanchard‟s) mengfokuskan kepada tingkat kematangan orang bawahan. Ia khususnya bagi kematangan:

1. Kematangan kerja

2. Kematangan psikologi.

Transactional Theory (Burn, 1978) mentakrifkan teori ini sebagai memotivasikan orang bawahan melalui pemberian habuan atas apa yang mereka lakukan. Pemimpin jenis ini peka dan cakna terhadap:

1. Keinginan orang bawahan

2. Memberikan habuan atau janji

3. Responsif terhadap kepentingan orang bawahan

Transformational Theory (Burn, 1978 & Bass, 1985) menyatakan teori ini bertujuan memotivasikan orang bawahan bekerja demi mencapai sasaran organisasi dan memuaskan kehendak mereka pada tahap yang lebih tinggi. Antara lain ianya juga melibatkan:

1. Meningkatkan dorongan dan kesedaran bagi mencapai target

2. Mendahulukan kepentingan kelopok

3. Meningkatkan kehendak orang bawah disebabkan tekanan yang dicipta

Charismatic Theory (Wennis) meletakkan beberapa kriteria pemimpin yang seumpanya. Antara kriteria tersebut adalah:

1. Kemampuan merumus visi

2. Kemampuan memberikan komunikasi visi dengan jelas, sehingga orang bawahan terdorong dengan sendirinya bagi terus berkhidmat

3. Konsisten dan betah menjalankan visi dan menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta organisasi.

Kesimpulan

Page 4: Teori kepimpinan

Antara intipati kesemua teori di atas (termasuk yang tidak dimasukkan) adalah idea-idea yang dijana melalui proses pemikiran kreatif dan cerapan data-data sains yang berasal daripada barat. Seakan tidak ada pusat latihan khusus di Universiti Malaya (UM) atau Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang membicara dan menggagaskan teori pengurusan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Sekalipun ada adalah untuk melepaskan batu di tangga.

Apapun metode dan teori yang diajarkan di barat sana, namun kita sebagai orang Islam sepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada sumber Ilahiyat dalam agama kita iaitu al-Quran dan Sunnah itu sendiri. Soal ada metode atau tidak bukan soal pokok, soalnya adalah siapakah calon terbaik bagi dijadikan role model, qudwah hasanah. Sebagaimana pesan Allah taala yang bermaksud:

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Terang lagi bersuluh bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang terbaik dari segenap sudut khususnya kepemimpinan sebagaimana yang dinukilkan oleh Michael H. Hart dalam bukunya 100 Most Influential Person In The World. Beliau meletakkan Nabi Muhammad di tempat yang pertama mengalahkan 99 individu dengan katanya tidak ada manusia yang dikenang dan diperincikan segenap perkara mengenai hidupnya dan beliau mampu membina sebuah tamadun yang gemilang dengan hanya mengambil masa 23 tahun malah mampu menjadi contoh dari sudut emosi, spiritual dan keduniaan dengan begitu berjaya sekali.

Rujukan:

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Niccol%C3%B2_Machiavelli 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Niccol%C3%B2_Machiavelli#The_Prince 3. Niccollo Machievali, 2008. The Prince (edisi terjemahan bahasa Inggeris oleh W. K.

Marriot). England: W. Foulsham & Co. Ltd. 4. Ibid. 5. Carlyle, Thomas, 1888. On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History. New

York: Fredrick A. Stokes & Brother. 6. Saul Kassin, 2003. Psychology. USA: Prentice-Hall, Inc. 7. Grunig, J. E., 1997. A situational theory of publics: Conceptual history, recent

challenges and new research. In D. Moss, T. MacManus, & D. Vercic (Eds.), Public relations research: An international perspective. London: International Thomson Business Press.

8. Hersey, P., 1985. The situational leader. New York, NY: Warner Books. 9. House, Robert J., 1971. “A path-goal theory of leader effectiveness”. Administrative

Science Quarterly 16: 321–339. 10. http://en.wikipedia.org/wiki/Niccol%C3%B2_Machiavelli 11. http://en.wikipedia.org/wiki/Niccol%C3%B2_Machiavelli#The_Prince 12. Niccollo Machievali, 2008. The Prince (edisi terjemahan bahasa Inggeris oleh W. K.

Marriot). England: W. Foulsham & Co. Ltd. 13. Ibid. 14. Carlyle, Thomas, 1888. On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History. New

York: Fredrick A. Stokes & Brother. 15. Saul Kassin, 2003. Psychology. USA: Prentice-Hall, Inc. 16. Grunig, J. E., 1997. A situational theory of publics: Conceptual history, recent

challenges and new research. In D. Moss, T. MacManus, & D. Vercic (Eds.), Public

Page 5: Teori kepimpinan

relations research: An international perspective. London: International Thomson Business Press.

17. Hersey, P., 1985. The situational leader. New York, NY: Warner Books. 18. House, Robert J., 1971. “A path-goal theory of leader effectiveness”. Administrative

Science Quarterly 16: 321–339.