View
18
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015
KRS 3013: KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
TUGASAN 2 : ESEI ILMIAH
PENGENALAN
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting dalam memahami erti bidang sains yang
sebenar iaitu sebagai asas kepada pendekatan inkuiri-penemuan yang membolehkan murid
mencari sesuatu jawapan dengan sistematik tanpa hanya memahami sesuatu teori sahaja.
Terdapat dua kemahiran yang terlibat apabila kita memperkatakan tentang kemahiran
saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan
mencari jawapan secara bersistem. Penguasaan kemahiran saintifik merupakan salah satu
domain yang diberi penekanan dalam kurikulum sains sekolah rendah. Kemahiran saintifik
yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan
penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990).
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti
mengikut kaedah saintifik.Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada 7 kemahiran proses sains asas iaitu
memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens,meramal,
berkomunikasi, dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. dan 5 kemahiran bersepadu
iaitu mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat
hipotesis, dan mengeksperimen.
Manakala kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains
yang membolehkan murid melakukan perkara berikut
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.
Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan
penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990).
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti
mengikut kaedah saintifik.Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Dalam tugasan ini saya memilih untuk membincangkan isu-isu serta penemuan terkini
kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains merupakan komponen penting dalam
pembelajaran sains yang kurang diberi perhatian dalam pengajaran sains oleh guru sains
terutamanya di sekolah rendah.
Sejauh mana kemahiran proses sains diterapkan dan diaplikasikan oleh guru Sains di
Sekolah Rendah merupakan isu yang harus diberi perhatian.
Pengajaran sains adalah meliputi pengajaran kemahiran proses sains. Kepentingan kemahiran
proses sains telah lama diperkatakan. Harlen (1999) mengesahkan bahawa kemahiran proses
sains adalah meliputi inkuiri sains dan mereka melihat ianya sebagai asas kepada inkuiri sains
(Gagne, 1965 dalam Rohaida,2004). Menurut Harlen (1999), terdapat matlamat utama dalam
pendidikan sains yang mana semua kemahiran tersebut bukan sahaja berguna untuk saintis
tetapi kepada semua orang dalam usaha untuk menjadi seorang yang mempunyai literasi
sains. Mereka boleh menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran ini dalam pelbagai aspek
kehidupan.
Pemupukan kemahiran proses sains di kalangan pelajar adalah satu agenda penting bagi
setiap guru sains. Seseorang guru sains boleh membantu murid memahami prosedur dan
piawai kerja saintis. Melakukan aktiviti dalam makmal dengan meniru budaya kerja saintis
membolehkan hasil daripada sebarang aktiviti sains itu betul dan tepat serta boleh diterima
pakai bukan sahaja oleh pelajar berkenaan tetapi juga orang-orang lain yang berminat. Antara
isu-isu dominan yang menghambat penguasaan pelajar dalam sains adalah kebolehan dan
kemahiran mengendali serta menguruskan aspek-aspek praktikal yang berhubung rapat
dengan kemahiran psikomotor dan kemahiran proses sains (Aminuddin, 1997).
Sejauh mana penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid sekolah
rendah
Menurut Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik oleh Eng Tek Ong, dan Bibi Hazliana
Mohd Hassan, inti pati hasil kajian ini menunjukkan bahawa (1) murid sekolah rendah tahap
II mencapai peratusan min di bawah penanda aras dua-pertiga atau 67% bagi kemahiran
proses sains asas (KPSA) secara keseluruhan, dan juga enam KPSA secara spesifik; (2) tiada
perbezaan dalam pencapaian KPSA secara keseluruhan dan juga secara spesifik berdasarkan
jantina, kecuali dalam kemahiran proses mengelas yang berpihak kepada murid perempuan;
(3) murid bandar mendapat pencapaian lebih baik daripada murid luar bandar dalam
kemahiran memerhati, mengelas, menginferens, meramal, dan berkomunikasi. Namun, dalam
kemahiran mengukur, tiada perbezaan antara murid bandar dan luar bandar; dan (4) tiada
perbezaan dalam pencapaian dalam setiap kemahiran proses sains asas berdasarkan aras
tahun, kecuali dalam kemahiran menginferens di mana murid Tahun 6 mencapai lebih tinggi
dan signifikan secara statistik berbanding dengan murid Tahun 4, dan 5.
Dapatan kajian yang menunjukkan kegagalan dalam mencapai penanda aras oleh murid
sekolah rendah Tahap II mungkin disebabkan oleh sains yang diajar di sekolah rendah
melalui kaedah didaktik dengan menggunakan buku teks dan buku latihan sambil
melaksanakan aktiviti secara teori.
Kajian oleh Alexander dan Kulikowich (1994) menunjukkan bahawa pembelajaran yang
pasif dan yang melibatkan penghafalan serta pengingatan fakta adalah membosankan, mudah
dilupa dan tiada nilai aplikasi.
Manakala menurut Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik oleh Faridah Binti
Darus ,Rohaida Mohd Saat dan Abd. Razak Zakaria ,dapatan kajian menunjukkan bahawa
peserta kajian mempunyai tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis yang rendah
dengan tidak menguasai konsep pemboleh ubah, keupayaan yang rendah dalam membezakan
antara pemboleh ubah dan jenis pemboleh ubah, kurangnya kemampuan dalam membuat
padanan antara pemboleh ubah dengan jenis pemboleh ubah, ketidakupayaan dalam
menyatakan hubungan antara pemboleh. Peserta kajian juga lemah dalam konsep hipotesis,
serta tidak mempunyai keupayaan untuk mengaitkan hipotesis dan eskperimen dalam
pengujian hipotesis.
Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid untuk pencapaian objektif
pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai. Guru perlu meningkatkan kemahiran dan
budaya profesionalisme khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru sendiri
perlu membezakan antara keberkesanan penyampaian maklumat, pemerolehan pengetahuan
dengan penerapan kemahiran kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah latih tubi dan penekanan kepada peperiksaan akan menghasilkan murid yang menjadi
penghafal fakta dan maklumat, namun tandus dari segi pemikiran kreatif dan kemahiran
penyelesaian masalah. Penggunaan strategi pengajaran yang berkesan dengan memberi fokus
kepada penglibatan murid bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan dalam pencapaian
sains, turut telah meninggalkan kesan positif terhadap pengajaran guru (Mant, Wilson, &
Coates, 2007). Inilah anjakan yang perlu dilakukan oleh guru.
Kemahiran merujuk kepada keupayaan melaksanakan sesuatu prosedur yang tertentu (White
& Gunstone,2000). Sama seperti kemahiran pembelajaran yang lain, kemahiran membuat
hipotesis memerlukan pemikiran aras tinggi dan kompleks. Kemahiran membuat hipotesis
mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran berfikir aras tinggi, (Akinbobola, 2010).
Penguasaan kemahiran membuat hipotesis membolehkan kemahiran intelektual dapat
dikembangkan dan ini harus menjadi agenda utama para guru. Walaupun terdapat pelbagai
langkah dan strategi, namun penulis mencadangkan beberapa bentuk transformasi yang
mampu dilaksanakan dengan syarat guru meningkatkan kemampuan dan kemahiran sedia ada
serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara berkesan.
Pelaksanaan aktiviti hand’s on dan mind’s on yang berkesan
Penguasaan kemahiran membuat hipotesis memerlukan murid menguasai penguasaan
kemahiran berfikir, memikirkan tentang hubungan antara sebab dan akibat serta dapat
menjelaskan fenomena yang berlaku dalam kehidupan seharian. Penyediakan persekitaran
yang kondusif, interaktif dan berbantukan peralatan yang sesuai menjadi rangsangan dalam
pengalaman pembelajaran murid. Rangsangan pembelajaran perlu diwujudkan oleh guru
dalam membantu murid dalam penguasaan kemahiran membuat hipotesis. Pelbagai bentuk
rangsangan boleh disediakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah
untuk membolehkan murid berinteraksi dengan bahan dan persekitaran.
Oleh yang demikian guru harus memantapkan diri dan menjadi seorang yang kreatif untuk
menyediakan rangsangan yang berorientasikan aktiviti “hand’on” dan “mind’s on”.
Pendekatan pengajaran secara latih tubi dan penekanan aspek hafalan tidak membantu murid
dalam penguasaan kemahiran membuat hipotesis. Penyediaan bahan untuk melaksanakan
eksperimen dan pelaksanaan pembelajaran berorientasikan aktiviti mendedahkan murid
kepada aktiviti “hand’s on”. Aktiviti “hand’s on” ini dikaitkan secra langsung dengan
“mind’s on” bukan berlaku secara terpisah. Kecenderungan murid dalam eksperimen kini
lebih berinteraksi dengan objek iaitu secara “hand’s on” berbanding dengan melibatkan
pemikiran iaitu “mind’s on”, (Abraham & Millar, 2008).
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh
dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan
pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta
pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya
Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada 7 kemahiran proses sains asas dan 5
kemahiran proses sains bersepadu. Tujuh kemahiran proses sains asas terdiri daripada:
memerhati,
mengelas,
mengukur dan menggunakan nombor,
membuat inferens,
meramal,
berkomunikasi, dan
menggunakan perhubungan ruang dan masa.
Lima kemahiran proses sains bersepadu pula terdiri daripada
mentafsir data,
mendefinisi secara operasi,
mengawal pembolehubah
membuat hipotesis, dan
mengeksperimen.
Memerhati
Kemahiran memerhati yang merupakan asas kepada semua kemahiran proses sains,
melibatkan proses pengumpulan maklumat tentang sesuatu objek, peristiwa atau
fenomena dengan menggunakan sebahagian atau kesemua deria (pancaindera), iaitu deria
lihat, deria dengar, deria sentuh, deria bau, dan deria rasa. Dengan itu, memerhati dalam
konteks sains adalah jauh lebih luas dan mendalam maknanya berbanding dengan
kefahaman sehari-harian di mana “memerhati” hanya dikaitkan atau terhad kepada deria
lihat menggunakan mata sahaja.
Mengelas
Kemahiran mengelas ialah kebolehan untuk menyusun, mengasing dan mengumpulkan
objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan sesuatu kriteria atau
sifat tertentu
Secara amnya, terdapat tiga bentuk pengelasan. Bentuk pengelasan pertama ialah
Pengelasan Tahap Tunggal yang melibatkan pengasingan satu set objek kepada dua atau
lebih subset berdasarkan sekurang-kurangnya satu sifat yang nyata. Bentuk pengelasan
kedua ialah Pengelasan Peringkat Tahap, di mana ianya merupakan pengelasan tahap
tunggal yang berulang-ulang. Dengan erti kata yang lain, satu kumpulan objek
dibahagikan secara pengelasan tahap tunggal kepada dua subset, dan kemudiannya, setiap
subset tadi dibahagikan pula secara pengelasan tahap tunggal kepada dua subset lagi
menjadikan empat subset kesemuanya. Bentuk pengelasan yang ketiga ialah Penyusunan
Bersiri di mana objek-objek disusun berdasarkan sejauh mana ianya memaparkan sesuatu
sifat tertentu. Bergantung kepada tujuan pengelasan, sekumpulan objek boleh disusun
berdasarkan saiz, bentuk, berat, kekerasan dan pelbagai sifat yang lain
Mengukur Dan Menggunakan Nombor
Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor melibatkan pemerhatian secara
kuantitatif dengan menggunakan alat-alat pengukuran standard seperi pembaris meter dan
termometer yang mempunyai unit pengukuran piawaian untuk mengukur isipadu, jisim,
berat, suhu, luas, panjang, dan masa. Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor
juga merangkumi kebolehan mengukur dan menganggar sama ada menggunakan unit
pengukuran piawaian atau bukan unit piawaian. Pengukuran menjadikan pemerhatian kita
lebih tepat dan jitu.
Membuat Inferens
Kemahiran membuat inferens merupakan kemahiran untuk menjelas, menerang atau
menginterpretasikan sesuatu pemerhatian berasaskan maklumat daripada pengalaman
yang lampau dan/atau data yang baru diperhatikan melalui deria kita. Inferens merupakan
suatu pernyataan yang cuba untuk menginterpretasi atau menerangkan satu set
pemerhatian. Lantas, setiap inferens mesti diasaskan pada satu atau lebih pemerhatian.
Inferens bukanlah suatu tekaan kerana tekaan lumrahnya dibuat berdasarkan sedikit atau
tiada bukti. Walaupun inferens yang dibuat mungkin benar atau mungkin tidak benar,
namun inferens perlu munasabah dan logic
Meramal
Meramal merupakan satu jangkaan tentang pemerhatian yang akan datang atau berlaku,
dan ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang lampau, data-data yang sedia ada, pola-pola
data yang diperhatikan, atau graf yang dilukis daripada data-data awal. Terdapat dua jenis
ramalan: ramalan secara interpolasi, dan ramalan secara ekstrapolasi. Suatu ramalan
secara interpolasi merupakan ramalan yang dibuat dalam atau antara pemerhatian
pemerhatian yang diketahui, manakala ramalan secara ekstrapolasi pula merupakan
ramalan yang dibuat melampaui pemerhatian-pemerhatian yang diketahui.
Berkomunikasi
Kebolehan berkomunikasi merupakan kebolehan mempersembahkan idea atau maklumat
dalam pelbagai bentuk, misalnya secara lisan, secara tulisan, menggunakan graf, rajah,
model, jadual, dan simbol. Kebolehan berkomunikasi juga merangkumi kebolehan untuk
mendengar idea orang lain dan merespon terhadap idea tersebut.
Perhubungan Ruang Dan Masa
Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa merupakan kemahiran dalam
memerihal dan menjelaskan perubahan-perubahan dalam parameter (seperti lokasi, arah,
bentuk, saiz, isipadu, suhu dan jisim) dengan masa. Antara petunjuk prestasi kemahiran
ini ialah menghuraikan kedudukan, pergerakan, arah, susunan dalam ruang, simetri dan
bentuk suatu objek mengikut masa atau perbandingan dengan objek lain. Juga, kemahiran
ini melibatkan kemahiran menyusun kejadian atau peristiwa mengikut kronologi.
Mentafsir Data
Kemahiran mentafsir data merupakan kemahiran dalam memberikan penerangan yang
rasional tentang suatu objek, peristiwa, pola daripada maklumat yang dikumpul.
Maklumat-maklumat yang dikumpul ini terdiri daripada bentuk-bentuk yang berlainan.
Mendifinisi Secara Operasi
Kemahiran mendefinisi secara operasi merupakan kemahiran mendefinisi sesuatu konsep
atau pembolehubah dengan menyatakan secara spesifik apa yang mesti dicerap dan
bagaimana pembolehubah tersebut dapat diukur.
Mengawal Pembolehubah
Kemahiran mengawal prmbolehubah merupakan kemahiran mengenal pasti
pembolehubah-pembolehubah yang dimalarkan, pembolehubah yang dimanipulasikan,
dan pembolehubah bergerak balas dalam sesuatu penyiasatan sains. Pembolehubah yang
dimanipulasikan diubah untuk melihat hubungannya dengan pembolehubah
bergerakbalas, dan pada masa yang sama, semua pembolehubah yang dimalarkan itu
diangkatapkan
Membuat Hipotesis
Kemahiran membuat hipotesis merupakan kemahiran untuk meramal bagaimana satu
pembolehubah boleh memberikan kesan kepada pembolehubah kedua. Hipotesis adalah
penting kepada seseorang penyiasat kerana ia menetapkan satu fokus yang tepat untuk
penyiasatan sains dilaksanakan. Kadang-kadang, hipotesis juga dikenali sebagai “inferens
yang boleh diuji” kerana ia merupakan satu penerangan yang munasah yang dinyatakan
dalam bentuk satu “ujian” (misalnya, ujikaji yang boleh dilaksanakan).
Kemahiran merujuk kepada keupayaan melaksanakan sesuatu prosedur yang tertentu
(White & Gunstone,2000). Sama seperti kemahiran pembelajaran yang lain, kemahiran
membuat hipotesis memerlukan pemikiran aras tinggi dan kompleks. Kemahiran
membuat hipotesis mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran berfikir aras
tinggi, (Akinbobola, 2010). Penguasaan kemahiran membuat hipotesis membolehkan
kemahiran intelektual dapat dikembangkan dan ini harus menjadi agenda utama para
guru.
Penguasaan kemahiran membuat hipotesis memerlukan murid menguasai penguasaan
kemahiran berfikir,memikirkan tentang hubungan antara sebab dan akibat serta dapat
menjelaskan fenomena yang berlaku dalam kehidupan seharian. Penyediakan persekitaran
yang kondusif, interaktif dan berbantukan peralatan yang sesuai menjadi rangsangan
dalam pengalaman pembelajaran murid. Rangsangan pembelajaran perlu diwujudkan oleh
guru dalam membantu murid dalam penguasaan kemahiran membuat hipotesis. Pelbagai
bentuk rangsangan boleh disediakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains di
sekolah untuk membolehkan murid berinteraksi dengan bahan dan persekitaran.
Oleh yang demikian guru harus memantapkan diri dan menjadi seorang yang kreatif
untuk menyediakan rangsangan yang berorientasikan aktiviti “hand’on” dan “mind’s on”.
Pendekatan pengajaran secara latih tubi dan penekanan aspek hafalan tidak membantu
murid dalam penguasaan kemahiran membuat hipotesis. Penyediaan bahan
untuk melaksanakan eksperimen dan pelaksanaan pembelajaran berorientasikan aktiviti
mendedahkan murid kepada aktiviti “hand’s on”. Aktiviti “hand’s on” ini dikaitkan
secara langsung dengan “mind’s on” bukan berlaku secara terpisah. Kecenderungan
murid dalam eksperimen kini lebih berinteraksi dengan objek iaitu secara “hand’s on”
berbanding dengan melibatkan pemikiran iaitu “mind’s on”, (Abraham & Millar, 2008).
Kesedaran guru terhadap kaedah pengajaran yang diamalkan yang selama ini tidak akan
Menyumbangkan sesuatu untuk pembangunan kemahiran membuat hipotesis dalam
kalangan murid. Maka inilah anjakan yang perlu dilakukan oleh guru di mana guru
perlu merangka pengajaran dan pembelajaran mengikut kreativiti guru dan kemampuan
murid dan memberikan peluang yang lebih luas untuk penglibatan murid secara aktif.
Atas pelbagai sebab dan masalah guru perlu memberi noktah kepada kaedah pengajaran
yang tidak berpusatkan murid sebaliknya menggalakkan kaedah eksperimen dan
penglibatan murid yang menyeluruh
Mengeksperimen
Mengeksperimen merupakan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis. Proses
mengeksperimen melibatkan penggunaan semua atau gabungan kemahiran-kemahiran
proses sains yang lain. Semasa mengeksperimen, kebiasaannya langkah-langkah saintifik
berikut diikuti:-
Rujukan
http://jpsmm.upsi.edu.my/images/Vol3No2Dec2013/artikel%206-%20eng%20tek
%20ong.pdf
http://repository.um.edu.my/1397/1/Artikel_5_Bil_1_Isu3.pdf
http://apjee.usm.my/JPP_15_1997/Jilid%2015%20Artikel%2003.pdf
file:///C:/Users/S12/Dropbox/kemahiran+sainstifik.pdf
http://www.academia.edu/4052214/Kemahiran_Saintifik
http://vvyjanettha.blogspot.com/2013/12/kepentingan-kemahiran-saintifik-dalam.html
https://docs.google.com/presentation/d/
1IVtYhBTjTRfExo7YhyiN08AYgbZ98FWrm3WdnvwbyWo/edit?
pli=1#slide=id.p58
http://azaiza.blogspot.com/2011/04/kemahiran-proses-sains-kemahiran.html
http://eprints.usm.my/9342/1/TAHAP_PENCAPAIAN_DAN_PELAKSANAAN.pdf
https://www.academia.edu/Documents/in/Kemahiran_Proses_Sains
http://jpsmm.upsi.edu.my/images/Vol3No2Dec2013/artikel%206-%20eng%20tek
%20ong.pdf
Recommended