8
PENGENALAN Pendidikan Seni visual merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah sama ada pada taha satu atau tahap dua. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Kursus ini meminta saya untuk menyiapkan satu Kerja Kursus Projek PSV3073E mengenai perancangan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian serta menganalisiskan RPH tersebut. Dalam tugasan ini juga, saya dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan merangkumi Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah Tahun 4 bagi bidang catan. Di samping menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, saya juga dikehendaki untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan hasil aktiviti pendidikan seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Seperti yang dimaklumkan matlamat mata pelajaran seni visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah pendidikan Kebangsaan.Justeru, di harapkan kerja Kursus Projek ini dapat memberi input positif kepada kami semua.

kkp

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dd

Citation preview

PENGENALANPendidikan Seni visual merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah sama ada pada taha satu atau tahap dua. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan.Kursus ini meminta saya untuk menyiapkan satu Kerja Kursus Projek PSV3073E mengenai perancangan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian serta menganalisiskan RPH tersebut. Dalam tugasan ini juga, saya dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan merangkumi Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah Tahun 4 bagi bidang catan. Di samping menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, saya juga dikehendaki untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan hasil aktiviti pendidikan seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung.Seperti yang dimaklumkan matlamat mata pelajaran seni visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah pendidikan Kebangsaan.Justeru, di harapkan kerja Kursus Projek ini dapat memberi input positif kepada kami semua. http://notapismpks.blogspot.com/p/blog-page.html

APLIKASI STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSVStrategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi juga merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cubajaya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana ianya berpandukan kepada gelagat organisasi.Kaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Ianya adalah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajara untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Setiap orang akan menggunakan kaedah dalam kehidupan seharian mereka.Teknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasi-situasi yang tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang dicipta. Ianya merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektif. Selain itu, teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti pembelajaran bagi sesuatu hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar bahan pengajaran. Secara khususnya, teknik merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat penanggapan pelajar.Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, strategi yang telah saya gunakan bagi mengajar pelajar Tahun 4 bagi aktiviti catan adalah strategi berpandukan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan TMK dalam pembelajaran dan pengajran padan masa kini amat relevan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk jangka masa yang panjang di dalam kelas. Penggunaan TMK juga dapat membantu guru untuk menyampaikan sesuatu isi pengajaran dengan lebih berkesan dan jelas. Hal ini demikian, bukan semua perkara guru boleh sampaikan secara lisan. Oleh itu penggunaan TMK amat wajar dilakukan oleh setiap guru terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya telah mengaplikasikan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah pada set induksi dan set penutup. Dalam set induksi berdasarkan rph yang telah saya bina, pelajar dikehendakli untuk mendengar dan menonton video lagu bertajuk Taman Bunga. Pemilihan video tersebut adalah relevan dengan tahap pelajar dan mempunyai kaitan dengan tajuk yang ingin saya sampaikan kepada pelajar. Pada masa yang sama, melalui video tersebut juga saya dapat menarik pelajar untuk memberikan perhatian mereka kepada pembelajaran pada hari tersebut. Penggunaan TMK juga perlu direrapkan dalam kalangan guru supaya dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka. Disamping itu, menurut kajian Mohd Fadzri (2006) yang menyatakan kebanyakan guru didapati menggunakan komputer untuk proses penghasilan nota pengajaran berbanding dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Seterusnya, saya juga telah mengaitkan penggunaan TMK dengan menggunakan model ADDIE. Dalam situasi ini, model ADDIE boleh digunakan supaya penggunaan TMK dapat berjalan dengan lancer. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh saya adalah menganalisis (analysis) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian saya perlu menetapkan (design) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya saya boleh mengembangkan (development) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap menetapkan tujuan belajar. Pada peringkat pelaksanaan (implementation) pula, segala perancangan awal tadi dimasukan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan pelaksanaan guru. Sebagai contoh saya menyampaikan kandungan pengajaran tentang isi kandungan yang hendak disampaikan kepada pelajar untuk dinilai keberkesanan perancangan dan tindakan. Apabila situasi ini sentiasa diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan kaedah pengajaran guru menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir ini, saya perlu membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami kaedah pengajaran guru dengan jelas.Kesimpulannya TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV di dalam bilik darjah . Peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul. Golongan pendidik pula perlu bersikap terbuka dan positif menerima perubahan dalam era pendidikan. Kerjasama daripada semua pihak akan memacu sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan bertaraf dunia.Di samping itu, dalam penulisan RPH saya juga terdapatnya pendekatan pembelajaran kontekstual. Pendekatan kontekstual adalah sebuah pembelajaran yang berfokus dalam melibatkan pelajar secara aktif memperoleh informasi yang dilaksanakan dengan mengenalkan mereka pada lingkungan serta terlibat secara langsung dalam proses pembelajarannya. Jadi dalam pembelajaran ini guru lebih aktif memberikan strategi pembelajaran daripada informasi pembelajaran. Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan teknik tunjuk cara atau demonstrasi dalam penulisan RPH bagi mengajar aktiviti catan. Demonstrasi atau tunjuk cara nerupakan salah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Kaedah melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran. Kuliah memerlukan murid mendengar manakala demonstrasi memerlukan murid memerhati. Melalui kaedah tunjuk cara, pelajar dapat menguasai konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.Contohnya, dalam penulisan RPH saya dapat mengaplikasikan kaedah ini pada bahagian aplikasi seni. Berdasarkan kaedah tunjuk cara saya akan menunjukkan cara-cara ataupun prosedur bagaimana untuk melakukan aktivii mewarna dengan menggunakan warna air dengan betul. Oleh itu pelajar akan mudah untuk memahami dan mengingati apa yang disampaikan oleh saya dan dapat digunakan semasa melakukan aktiviti tersebut.Dengan adanya kaedah tunjuk cara atau demonstrasi, dapat meningkatkan lagi keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti sama ada secara individu atau secara berkumpulan di dalam kelas. Apabila pelajar dapat menguasai sepenuhnya pembelajaran tersebut, pelajar akan mempunyai keyakinan untuk melakukan aktiviti itu semula tanpa tingkah laku yang ragu-ragu dalam kalangan pelajar. Malahan, teknik tunjuk ajar atau demonstrasi akan membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan jelas. Menurut Thomas F. Green, beliau berpendapat bahawa teknik tunjuk ajar merupakan teknik yang digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar.Pendekatan kontekstual menurut Amri (2010;21) merupakan kaedah atau cara belajar yang membantu semua guru mempraktikkan dan mengaitkan antara bahan yang diajarkan dengan situasi yang ada di sekeliling pelajar pelajar. Sedangkan menurut Yoyo pendekatan kontekstual adalah konsep belajar yang membantu guru mengaitkan antara bahan yang diajarkan dengan situasi dunia nyata pelajar dan mendorong pelajar membuat hubungan antara pengetahuan yang dimilikinya dan penerapannya dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman melihat warna-warna bungan yang pernah dilihat oleh mereka di luar bilik darjah untuk di hasilkan dalam karya akhir mereka.Pendekatan kontekstual dalam RPH yang telah saya siapkan dapat dilihat pada bahagian ekspresi kreatif dimana pelajar boleh mewarnakan hasil karya pasu bunga yang telah siap dicetak mengikut warna yang disukai atau warna yang menarik bagi pelajar dengan bimbingan guru. Melalui pembelajaran kontekstual ini dapat member peluang kepada pelajar untuk menggunakan atau mengaplikasikan pengetahuan yang telah diketahui dengan pengalaman yang baru.

Hal ini demikian, disokong oleh D.A Kolb yang menyatakan bahawa suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi. Oleh itu, pendekatan kontekstual yang telah saya aplikasikan dalam RPH bagi mata pelajaran PSV dalam aktiviti catan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan satu karya yang menarik dan kreatif untuk ditunjukkan kepada rakan dan guru di akhir hasil pembelajaran.

Selain itu, pendekatan kecergasan pelbagai juga turut saya aplikasikan dalam penulisan RPH saya. Dalam kecergasan pelbagai ini terdapat 9 kecergasan yang telah diutarakan oleh Howard Gardner iaitu kecergasan Verbal - Linguistik, Logik - Matematik, Visual - Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. Dalam penulisan RPH saya kecergasan muzik merupakan yang paling diekankan. Hal ini demikian, kecergasan muzik ini dapat dilihat pada bahagian apresiasi seni. Pada bahagian tersebut saya meminta pelajar untuk bersama-sama menyanyikan lagu yang bertajuk Taman Bungan sebagai penutup sosial.

Sepertimana yang diketahui, kanak-kanak mata suka mendengar muzik lebih-lebih lagi muzik yang bersesuaian dengan tahap mereka. Oleh itu, guru perlu sedar dan mengetahui setiap kecergasan yang terdapat pada pelajar mereka supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan berjalan dengan lancer dan berkesan. Pada masa yang sama, penggunaan muzik dalam penutup juga dapat menghilangkan tekanan yang dirasai oleh pelajar sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Lebih menguntungkan lagi, pelajar dapat memahami dan mengingati setiap isi kandungan yang disampaikan oleh guru.

Pandangan ini turut disokong oleh Gardner. Menurut Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang didengari. Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan burung, deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Oleh itu, kecergasan muzik juga memainkan peranan yang penting kepada pelajar bagi menghasilkan satu karya yang menarik.