48

pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

  • Upload
    others

  • View
    79

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana
Page 2: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

1

KANDUNGAN 1

PRAKATA 2

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN TAMAN LAUT 4

FUNGSI JABATAN 5

PUNCA KUASA 6

STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN 8

SENARIO PERUBAHAN PERSEKITARAN 9

KEKANGAN 12

RINGKASAN EKSEKUTIF 14

VISI, MISI, DAN MOTO JABATAN TAMAN LAUT 15

NILAI BERSAMA 16

OBJEKTIF STRATEGIK 17

CARTA ORGANISASI JABATAN TAMAN LAUT 20-21

PELAN STRATEGIK 22-23

STRATEGI PELAKSANAAN DAN PELAN TINDAKAN 24

RANGKAIAN STRATEGIK 25

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN 42

PENUTUP 45

Kandungan

perkara Muka surat

Page 3: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

2

KETUA PENGARAHJABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA

Malaysia tergolong di dalam 12 buah negara mega biodiversiti di dunia. Sumber biodiversiti marin yang tinggi ini jika tidak dipulihara

dan diurus secara efisien akan terancam dan pupus dalam jangka waktu terdekat. Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) telah diberi tanggungjawab bagi memulihara dan menguruskan biodiversiti marin negara terutama sumber-sumber yang terdapat di dalam kawasan perlindungan marin. Untuk memenuhi tanggungjawab ini, JTLM telah menyediakan satu Pelan Strategik yang menjurus ke arah pengekalan sumber biodiversiti marin agar terus berkekalan dan dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan yang akan datang.

Pelan ini menyediakan perancangan masa hadapan dari tahun 2011 hingga 2015 bagi menghadapi cabaran yang mendatang dalam memulihara dan mengurus sumber biodiversiti marin yang kompleks dan unik. Ia merangkumi kerjasama dengan semua agensi kerajaan yang berkaitan, penduduk tempatan, badan bukan kerajaan (NGOs), dan pihak

yang berkepentingan.Kaedah konservasi secara komprehensif terhadap biodiversiti marin

ini dapat dilihat melalui objektif dan sasaran Pelan Strategik yang telah ditetapkan sebagai kayu pengukur tahap kejayaan jabatan. Untuk mencapai matlamat ini, JTLM akan berusaha gigih dan terus mencari

pendekatan terbaru berasaskan ilmu bagi memastikan biodiversiti marin terus terpulihara.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah

memberi kerjasama dalam menyediakan Pelan Strategik ini.

DR. SUKARNO BIN WAGIMANJanuari 2011

Prakata

Page 4: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

3

p e n d a h u l u a n

Bab1

Page 5: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

4

Pada tahun 1983, YAB Perdana Menteri telah mengarahkan penubuhan kawasan perlindungan marin bagi memulihara sumber laut di perairan Malaysia. Untuk mencapai tujuan tersebut, pada tahun 1985 sejumlah 22 buah pulau telah diwartakan di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317) sebagai Kawasan Perlindungan Marin.

Pada tahun 1987, Kabinet telah meluluskan penubuhan Tabung Amanah Taman Laut dan Rizab Laut dengan sumbangan awal RM10 juta sebagai dana bagi usaha pemuliharaan, pengurusan, penguatkuasaan, serta penyelidikan dan pembangunan di kawasan Taman Laut dan Rizab Laut.

Pada tahun 1994 dan 1998, kawasan Taman Laut dan Rizab Laut telah diwartakan semula sebagai Taman Laut Malaysia melalui Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia [Warta No: P.U.(A) 401/94, P.U.(A) 121/98]. Pada tahun tersebut, 40 buah pulau telah diwartakan iaitu di negeri Kedah (4 pulau), Terengganu (11 pulau), Pahang (9 pulau), Johor (13 pulau), dan W.P. Labuan (3 pulau).

Pada tahun 2004, Kabinet membuat keputusan supaya Cawangan Taman Laut dipindahkan daripada Jabatan Perikanan Malaysia ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Kabinet pada 16 Julai 2007, telah meluluskan penubuhan Jabatan Taman Laut Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir kawasan-kawasan perlindungan marin negara terutamanya kawasan Taman-Taman Laut Malaysia. Sejumlah 154 jawatan baru telah diwujudkan sebagai tambahan kepada 86 jawatan sedia ada.

Pada tahun 2008, Pulau Yu Besar dan Pulau Yu Kecil di Terengganu telah diwartakan sebagai kawasan Taman Laut Malaysia. Ini menjadikan keseluruhan kawasan perairan Taman Laut berjumlah 42 buah pulau.

Sejarah PenubuhanJABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA

Page 6: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

5

Fungsi jabatan

Mengurus, memulihara, dan melindungi biodiversiti marin

Membaikpulih habitat marin yang rosak

Memulihara dan mengurus hidupan marin terancam

Menjalankan dan menggalakkan penyelidikan biodiversiti marin

Menguatkuasakan Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan Taman Laut

Mengawalselia aktiviti rekreasi dan lain-lain aktiviti

Meningkatkan kesedaran awam mengenai ekosistem marin

Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran mengenai ekosistem marin

Page 7: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

6

1. Akta Perikanan 1985

Di bawah Akta Perikanan 1985 (Seksyen 41-45), segala aktiviti yang boleh memudaratkan dan memusnahkan terumbu karang serta ekosistem marin adalah dilarang dan menjadi satu kesalahan. Sebahagian daripada aktiviti tersebut adalah menangkap dan membunuh ikan, memiliki dan menggunakan tempuling/ spear gun, mengutip dan memungut batu karang, cengkerang, dan organisma hidupan marin, melabuh sauh di atas terumbu karang (anchoring), dan membina atau mendirikan apa-apa bahan/ struktur di Perairan Taman Laut.

2. Akta Fi 1951, Perintah Fi (Taman Laut Malaysia) 2003 [P.U.(A) 266]

Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana Taman Laut Malaysia.

3. Perintah Penubuhan Taman Laut 1994 [P.U.(A) 401/1994]

Berkuatkuasa pada 15 Disember 1994, sebanyak 38 pulau Taman Laut telah diwartakan.

4. Perintah Penubuhan Taman Laut 1998 [P.U.(A) 121/1998]

Berkuatkuasa pada 26 Februari 1998, penambahan Pulau Nyireh dan Pulau Tenggol di Terengganu menjadikan jumlah pulau yang diwartakan sebanyak 40 buah pulau.

5. Perintah Penubuhan Taman Laut 2000 [P.U.(A) 306/2000]

Pindaan Jadual Pertama kepada Jadual Kedua, iaitu perubahan had kawasan dua batu nautika kepada satu batu nautika di beberapa buah pulau di W.P. Labuan iaitu Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar, dan Pulau Rusukan Kecil.

punca kuasa

Page 8: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

7

6. Perintah Penubuhan Taman Laut 2008 [P.U.(A) 33/2008]

Perubahan Jadual Pertama kepada Perintah Taman Laut 1994, iaitu dengan penambahan Pulau Yu Besar dan Pulau Yu Kecil di Terengganu. Berkuatkuasa pada 11 Januari 2008.

7. Waran Perjawatan E.51/2007

Sebanyak 154 pertambahan jawatan dari sedia ada (86 jawatan) telah diluluskan melalui Waran Perjawatan E.51/2007, maksud Bekalan B23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 16 Julai 2007.

8. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998

Dasar ini untuk memulihara kepelbagaian biologi Malaysia dan memastikan komponennya digunakan secara berkekalan bagi kemajuan dan pembangunan sosioekonomi negara.

9. Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 1996

Pelan ini merupakan konsep pelancongan berdasarkan alam semulajadi dan kebudayaan yang boleh mengelakkan kerosakan alam sekitar serta membaiki kerosakan yang tidak dapat dielakkan. Ianya merupakan alat yang berkuasa untuk mendapatkan keuntungan dari segi ekonomi, sosiobudaya, dan alam sekitar.

10. Rancangan Fizikal Negara 2005

Perancangan fizikal pulau-pulau bertujuan untuk membantu pihak berkuasa tempatan serta pemaju di dalam menetapkan aktiviti pembangunan, perletakan, kepadatan, dan sebagainya pada sesuatu projek kemajuan pulau.

Page 9: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

8

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

KEMENTERIAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN SAINS DAN TEKNOLOGI (MOSTI)

AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN

AGENSI KERAJAAN NEGERI/UPEN

SWASTA

NGOs

PENGUSAHA PELANCONGAN

PENDUDUK TEMPATAN/PULAUNELAYAN

PELANCONG

StakeholdeRsdan pelanggan

STAKEHOLDERS

PELANGGAN

Page 10: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

9

SenarioPERUBAHAN PERSEKITARAN

Dalam usaha kerajaan melahirkan azam untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dan selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, berlaku perubahan-perubahan di dalam persekitaran yang memerlukan usaha yang gigih dan keazaman yang tinggi untuk mengatasinya.

Beberapa perubahan dan cabaran yang perlu ditangani oleh JTLM telah dikenalpasti dalam menjayakan Pelan Strategik JTLM.

1) Program Transformasi Kerajaan (Government Transmission Programme)

Dalam melaksanakan transformasi kerajaan dengan kaedah baru yang radikal iaitu melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), beberapa elemen perlu diserap dan dihayati oleh semua warga JTLM. Di antara elemen yang diperkenalkan adalah seperti berikut:-

menginstitusikan kaedah bekerja baru (contohnya Makmal, Mini Lab, Kem Kerja, dan Program Pemantapan Modal Insan) termasuk pendekatan atau ‘enjin’ yang menumpukan pada pelaksanaan dan penambahbaikan serta yang membawa semua kakitangan awam terbaik ke dalam pasukan antara-agensi bagi mencari dan membangunkan penyelesaian terperinci serta mewujudkan keberhasilan yang besar dan pantas;

secara proaktif, mengumpulkan input dan maklum balas daripada rakyat melalui soal selidik, hari terbuka, internet, dan SMS;

menerbitkan pelan hala tuju jabatan; danmenterai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

2) Rancangan Malaysia Ke-10 Sejak Rancangan Malaysia ke-8 (RMK8) sehingga Rancangan

Malaysia ke-9 (RMK9), kerajaan telah menitikberatkan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dalam usaha pembangunan negara. Usaha kerajaan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah membuat ketetapan di mana projek/ program yang akan dicadangkan untuk tempoh RMK10 oleh agensi-agensi di bawahnya harus menerapkan tiga teras utama iaitu:

1. Pembangunan Ekonomi - Pengurusan dan Pembangunan Sumber Asli

2. Konservasi Alam Sekitar - Pengurusan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

3. Pembangunan Sosial Berdaya Saing - Sokongan Kepada Sistem Penyampaian

Page 11: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

10

3) Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang dikurniakan dengan kekayaan flora dan fauna yang menjadi warisan kebanggaan kita. Untuk memastikan pengekalan warisan biologi yang unik ini untuk kepentingan generasi masa kini dan akan datang, maka Dasar Kepelbagaian Biologi telah diwujudkan. Dasar ini bertujuan memberi hala tuju kepada agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan strategi, pelan tindakan, serta rancangan-rancangan berkaitan dengan kepelbagaian biologi supaya dipulihara dan sumbernya digunakan secara berkekalan.

4) Perubahan Iklim

Ancaman semula jadi yang utama bagi kemusnahan karang negara adalah disebabkan oleh kelunturan karang (coral bleaching). Kenaikan suhu air laut melebihi suhu biasa (28oc - 29oc) pada tahun 1997 dan 1998 telah menyebabkan kelunturan dan seterusnya kematian karang yang banyak. Ia berpunca daripada fenomena El Nino pada tahun 1997 dan diikuti oleh La Nina mulai Jun 1998. Contohnya pada tahun 1998 apabila suhu air laut mencapai 32oc, lebih kurang 30% - 40% karang luntur di kawasan Pulau Gaya/ Taman Tunku Abdul Rahman, Sabah.

Pada tahun 2010, kelunturan karang berlaku lagi di kawasan Taman Laut dan hasil pemantauan menunjukkan bahawa peratus kelunturan di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tenggol (Terengganu) adalah 5% - 60%; Pulau Tioman, Pulau Chebeh, Pulau Tulai, dan Pulau Rengis (Pahang) adalah 50% - 70%; Pulau Tinggi, Pulau Mentinggi, dan Pulau Sibu (Johor) adalah 10% - 80%; dan Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca, dan Pulau Segantang (Kedah) adalah 10% - 70%. Suhu air laut di kawasan ini telah mencecah 30oc - 32oc. Lain-lain punca kematian karang adalah disebabkan oleh pemangsaan spesies tapak sulaiman (mahkota berduri), penyakit, kemasukan spesies asing merbahaya (IAS), dan ombak besar terutama semasa monsun.

5) Menjamin Kepentingan Negara Dalam Antarabangsa

Negara kita telah komited untuk mengurangkan kehilangan habitat semula jadinya menerusi Konvensyen Biodiversiti (Convention on Biological Diversity [CBD]). Dengan ini, adalah menjadi obligasi kepada negara untuk memastikan habitat semula jadi dipelihara. Perjanjian ini adalah untuk memastikan negara ahli mengambil perhatian serius dalam usaha pemuliharaan. Selain dari CBD, Malaysia turut menandatangani beberapa perjanjian antarabangsa seperti Coral Triangle Inniciative (CTI) dan Bay of Bengal Large Marine Ecosystem (BOBLME).

Page 12: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

11

Perjanjian ini ditandatangani kerana pembangunan sesebuah negara amat bergantung kepada sumber asli yang terdapat di negara berkenaan. Sekiranya pengeksploitasian tidak dikawal, sumber tersebut berisiko menghadapi kepupusan dan seterusnya menjejaskan keseluruhan ekosistem yang turut menjejaskan sumber-sumber lain.

6) Pembentukan Akta Taman Laut Dalam melaksanakan pengurusan dan pemuliharan Taman Laut, JTLM

menggunapakai Akta Perikanan 1985, bahagian IX, seksyen 41-45. Namun peruntukan seksyen dalam Akta ini tidak mencukupi dan menyeluruh disebabkan peredaran masa dan zaman.

Page 13: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

12

1. Pembangunan Modal Insan

Perpindahan Jabatan Taman Laut Malaysia daripada Jabatan Perikanan Malaysia ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengubah fungsi dan objektif Taman Laut agar ianya selaras dengan hala tuju Kementerian baru. Program pembangunan modal insan akan membekalkan Jabatan dengan tenaga kerja berpengetahuan di lapangan bagi menangani sebarang isu berkaitan pemuliharaan sumber marin di samping mampu menangani pelbagai isu yang timbul.

2. Kekangan Kewangan

Jabatan Taman Laut Malaysia sebagai sebuah Jabatan yang baru tidak mempunyai aset yang lengkap bagi menjalankan fungsi pemuliharaan yang sempurna. Ini adalah kerana Jabatan berkongsi aset seperti bangunan pejabat, pangkalan hadapan, kakitangan, bot peronda laju dan peralatan penguatkuasaan, serta peralatan dan kepakaran penyelidikan dengan Jabatan Perikanan sebelum berpindah ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada Mac 2004. Setelah perpindahan tersebut, Jabatan kehilangan sebahagian besar aset yang membantu melaksanakan fungsi-fungsi pemuliharaan dan pengurusan Taman Laut.

Sebagai usaha untuk membangunkan jabatan supaya boleh berfungsi dengan efisien, Jabatan telah memohon sebanyak RM236 juta semasa Rancangan Malaysia ke-9. Walau bagaimanapun, siling yang diluluskan hanyalah RM40 juta. Bagi dua tahun pertama (2011-2012) Rancangan Malaysia ke-10, Jabatan telah memohon sebanyak RM108 juta untuk melaksanakan 18 projek pembangunan yang telah dikenal pasti. Namun demikian, hanya lima projek sahaja diluluskan dengan siling sebanyak RM31 juta.

3. Perundangan

Jabatan Peguam Negara telah memberikan pandangan perundangan berhubung penggubalan Rang Undang-Undang Taman Laut di mana pembentukan Rang Undang-Undang baru tidak digalakkan dan digubal tetapi sebaliknya meminda Akta Perikanan 1985 yang sedia ada. JTLM telah membentuk satu draf Akta Taman Laut baru dengan kerjasama pihak Peguam Negara, NRE, dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

KEKANGAN

Page 14: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

13

4. Penstrukturan

Memandangkan peranan dan tanggungjawab Taman Laut kini lebih meluas, penstrukturan semula adalah amat diperlukan sesuai dengan peranannya sebagai satu agensi yang mampu berdiri sendiri bagi memastikan ekosistem marin yang diwartakan terpelihara dan berkekalan. Penstrukturan ini akan dapat memastikan pengurusan yang lebih bersepadu, sistematik, serta menyeluruh terhadap kesemua pulau Taman Laut.

Page 15: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

14

Pelan Strategik JTLM ini merupakan dokumen perancangan Jabatan bagi tempoh 2011 – 2015. Ianya menggariskan visi, misi, objektif, dan strategi bagi melaksanakan Mandat Perkhidmatan Teras iaitu Pengurusan Biodiversiti Marin. Pelan ini berlandaskan dua objektif strategi iaitu:

(i) Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut kepada 50% berdasarkan indeks IUCN/ World Bank pada 2015.

(ii) Menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber biodiversiti marin secara berkekalan.

Pelan ini adalah selaras dengan Teras 1 Pelan Tindakan Perancangan Strategik Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Menuju 2020, iaitu Pengurusan dan Pembangunan Sumber Asli Bernilai Tinggi. Ianya juga adalah seiring dengan Misi Nasional Teras 4 (Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup) dan Teras 5 (Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan).

Pelan yang diwujudkan ini diharap akan dapat dimanfaatkan sewajarnya oleh semua warga JTLM, jabatan, agensi kerajaan, serta badan bukan kerajaan (NGOs) demi menjaga aset kepelbagaian biologi marin negara untuk generasi masa ini dan masa depan. Seterusnya, Pelan Strategik ini juga akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi mempertingkatkan pemuliharaan dan pengurusan kepelbagaian biologi marin dan mengekalkan kestabilan alam sekitar marin negara.

RINGKASANEKSEKUTIF

Page 16: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

15

Peneraju Dalam Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti Marin Taman Laut Yang Berkekalan di Asia Tenggara Pada 2015

Memulihara dan Mengurus Sumber Marin di Taman Laut Secara Saintifik Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara

Taman Laut Khazanah Negara

VISI

MISI

MOTO

Page 17: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

16

NILAI BERSAMABagi mencapai visi dan misi, warga Jabatan Taman Laut berpegang kepada nilai-nilai berikut:

1. Profesional Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pemuliharaan

dan pengurusan sumber biodiversiti.

2. Responsif Peka dan prihatin kepada kehendak dan keperluan pelanggan.

3. Bekerjasama Menjalankan tugas secara kolektif dan saling membantu antara satu

sama lain.

4. Kerja Berpasukan Menggembleng tenaga, pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran

melalui semangat kerja berpasukan.

5. Komited Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab demi memastikan

biodiversiti marin terus terpulihara.

6. Berintegriti Berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab, telus, dan penuh

komitmen berdasarkan Pelan Integriti Nasional.

7. Berpengetahuan Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam

melaksanakan tugasan.

Page 18: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

17

Pengurusan Taman Laut Berkekalan (Sustainable Marine Park Management)

1. Meningkatkan keberkesanan Pengurusan Taman Laut kepada 50% berdasarkan Indeks IUCN/ World Bank pada 2015.

2. Menggalakkan Pembangunan dan Pengurusan Biodiversiti Marin secara berkekalan.

Objektif strategik

Page 19: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

18

Page 20: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

19

c a r t a o r g a n i s a s i

Bab2

Page 21: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

20

Carta organisasi JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA

KETUA PENGARAH TAMAN LAUT JUSA CDr. Sukarno Bin Wagiman

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKSYEN PENTADBIRAN SEKSYEN KEWANGAN

BAHAGIANPERANCANGAN DAN

PENGURUSAN TAMAN

BAHAGIANKEJURUTERAAN

SEKSYEN PENGURUSAN

TAMAN

SEKSYEN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN

20

Page 22: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

21

TIMB. KETUA PENGARAH (G54)

JTLM JOHOR JTLM TERENGGANU JTLM PAHANG JTLM KEDAH

JTLM W.P. LABUAN

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INVENTORI SUMBER

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN INTERPRETASI

MAKLUMAT

BAHAGIANPENGUATKUASAAN &

PERLESENAN

SEKSYEN INVENTORI

SUMBER

SEKSYEN PENYELIDIKAN

SEKSYEN PENGUATKUASAAN SEKSYEN

PERLESENAN

SEKSYEN PENDIDIKAN & INTERPRETASI MAKLUMAT

SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT

21

Page 23: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

22

BIDANG UTAMA

Pelan strategik JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA 2011-2015

TERAS

MATLAMAT

STRATEGI

SUMBER ASLI (BERNILAI TINGGI)

BIODIVERSITI

SustainableForest

Management

Eko-pelancongan

R&D Konservasi habitat dan spesieshidupan liar

1) Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut kepada 50% berdasarkan Indeks IUCN/ World Bank pada 2015.

Page 24: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

23

ALAM SEKITAR DAYA SAING

TANAH AIR

Pengurusan konflik manusia dan

hidupan liar

Pengurusan Taman Laut Berkekalan (Sustainable Marine Park

Management)

Mangrove

2) Menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber biodiversiti marin secara berkekalan.

Page 25: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

24

A. MATLAMAT

Pengurusan Taman Laut Secara Berkekalan.

B. STRATEGI PELAKSANAAN

Di dalam menyokong usaha untuk merealisasikan pelaksanaan Matlamat 1, terdapat dua strategi pelaksanaan sepertimana berikut:

a. Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut kepada 50% berdasarkan Indeks IUCN/ World Bank pada 2015; dan

b. Menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber biodiversiti marin secara berkekalan.

C. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG PENCAPAIAN MATLAMAT 1

1. Strategi Pelaksanaan 1

Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut kepada 50% berdasarkan Indeks IUCN/ World Bank pada 2015.

1.1 Latar belakang Taman Laut yang umumnya merupakan ekosistem terumbu karang

adalah kawasan yang produktif dan kaya dengan biodiversiti marin. Ia juga merupakan khazanah dan aset negara yang tidak ternilai harganya. Ekosistem ini merupakan penyumbang utama kepada penyediaan sumber makanan iaitu sumber protein dan pengekalan kekayaan biodiversiti menerusi pengkayaan dan pembesaran bank genetik (genetic bank) dalam menghasilkan baka-baka makanan laut yang baru dan lebih efisien. Ini akan dapat menjamin bekalan makanan negara (food security) yang mencukupi serta dapat mengurangkan penggantungan kepada import dan mengurangkan aliran wang keluar negara.

Taman Laut juga merupakan kawasan nurseri dan pembiakan yang penting bagi lebih kurang 25% daripada semua hidupan marin. Ia juga merupakan habitat kepada satu per tiga (1/3) spesies ikan yang dijumpai di dunia. Pada masa ini, penggunaan sumber marin khususnya sumber perikanan telah menjangkau tahap yang maksimum. Oleh itu, kawasan Taman Laut ini memberi limpahan kepada sumber perikanan yang secara berterusan menyumbang kepada pembangunan industri perikanan negara.

Taman Laut turut menyumbang kepada sektor pelancongan. Biodiversiti dan ekosistem marin yang terpelihara di kawasan ini

Page 26: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

25

dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk tempatan melalui pewujudan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan alternatif yang berkait dengan pelancongan.

Di Malaysia, pengurusan Taman Laut dilaksanakan melalui pendekatan pengawalan kemusnahan karang oleh aktiviti manusia, pengawalseliaan dan penguatkuasaan, pengawalan haiwan pemangsa, pemuliharaan habitat, pembersihan pantai dan karang, serta kawalan pelancong.

Selain itu, aspek polisi dan pelan pengurusan merupakan dua elemen penting dalam pengurusan Taman Laut. Pada masa ini, Jabatan menggunapakai Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (1998) dalam menguruskan Taman Laut dan memulihara biodiversiti marin di dalamnya kerana Jabatan belum mempunyai Dasar dan Pelan Pengurusan spesifik.

Penyelidikan adalah penting sebagai pembekal maklumat kepada perancangan dan pengurusan biodiversiti marin. Dalam hal ini, penyelidikan yang telah dijalankan oleh JTLM masih terhad disebabkan ianya adalah sebuah Jabatan baru dengan kapasiti dan keupayaan yang minimum. Untuk mengatasi kekangan ini, beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan secara kerjasama dengan universiti, institusi penyelidikan dan beberapa pihak lain.

Untuk memastikan keberkesanan usaha-usaha pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin seperti mengurangkan kes-kes pencerobohan, pelanggaran peraturan, dan kemusnahan terumbu karang maka masyarakat pelbagai kumpulan perlu terus diberi pendidikan dan kesedaran. Program kesedaran awam juga merupakan aktiviti berterusan dan dirancang secara sistematik dengan fokus kepada beberapa kumpulan sasar yang memberi impak besar seperti nelayan dan pelancong dalam membentuk sikap yang bertanggungjawab dan penggunaan sumber marin secara berkekalan.

Kejayaan pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin juga bergantung kepada penyertaan komuniti (community participation). Pada masa ini, Jabatan telah mewujudkan Rakan Park dan Park Rangers yang merupakan perantara untuk merapatkan hubungan antara JTLM dan masyarakat tempatan. Ahli-ahli Rakan Park dan Park Rangers merupakan wakil masyarakat tempatan dari setiap kampung atau komuniti di setiap pulau Taman Laut. Rakan Park dan Park Rangers merupakan sebuah program yang bersifat community oriented consultative management dan smart partnership melalui pendekatan yang jelas, mudah, bersepadu, dan berterusan. Pembabitan masyarakat tempatan menerusi ahli-

Page 27: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

26

ahli Rakan Park dan Park Rangers ini adalah sebagai ‘mata dan telinga’ kepada Jabatan di samping menggalakkan interaksi dua hala antara kedua-dua belah pihak melalui siri perbincangan, aktiviti latihan, bengkel, kursus, dan lain-lain.

1.2 Matlamat Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut kepada 50%

berdasarkan Indeks IUCN/ World Bank pada 2015.

1.3 Status Masa Kini Pada tahun 2010 dianggarkan keberkesanan pengurusan Taman

Laut berada pada tahap 40%. Angka ini adalah hasil penilaian yang telah dibuat oleh JTLM berasaskan kepada beberapa indikator biofizikal yang disediakan oleh pihak Kesatuan Pemuliharaan Antarabangsa (IUCN) dan juga penilaian dalaman yang meletakkan status kasar pengurusan Taman Laut pada tahap 38% terurus (16 pulau), 36% separa terurus (15 pulau), dan 26% kurang terurus (11 pulau).

1.4 Isu Dan Cabaran Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam usaha untuk

meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut adalah seperti berikut;

a. Keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut boleh dicapai menerusi satu rangka institusi bagi pengurusan biodiversiti marin yang kukuh. Pada masa ini, beberapa badan pembuat dasar dan jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan telah ditubuhkan tetapi koordinasi dan keahlian masih belum mantap dan boleh dipertingkatkan seperti Majlis Penasihat Taman Laut dan Rizab Laut. Selain itu terdapat juga pertindihan peranan di kalangan agensi serta ketidakseragaman kaedah dan sistem pengurusan sumber biodiversiti.

b. Kawasan Taman Laut yang diwujudkan perlu diurus secara efektif dan ianya memerlukan elemen perundangan dan penguatkuasaan, dasar dan pelan pengurusan yang baik. Pada masa ini, terdapat kelemahan dalam aspek-aspek ini. Di antaranya termasuklah ketiadaan perundangan khusus untuk perlindungan biodiversiti marin; perundangan sedia ada yang tidak menyeluruh; ketidakjelasan sempadan perundangan antara kerajaan pusat dan negeri; pertindihan bidang kuasa antara kerajaan dan agensi yang berkaitan; kekurangan dan ketiadaan dasar yang jelas; peraturan-peraturan yang kemas dan pelan pengurusan yang menyeluruh. Pada masa ini, pengurusan Taman Laut menggunapakai Akta Perikanan 1985 sementara Dasar dan Pelan Pengurusan Taman Laut masih di peringkat penggubalan. Sebagai contoh, kekurangan kakitangan adalah ketara.

Page 28: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

27

c. Peningkatan kapasiti modal insan sangat penting dan ianya boleh mempercepatkan usaha untuk mencapai pengurusan Taman Laut yang berkesan. Pegawai kompeten yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran di dalam aspek pemuliharaan biodiversiti dan mempunyai sikap positif ke arah rancangan dan tindakan untuk menguruskan kawasan Taman Laut adalah sangat diperlukan. Tahap kapasiti pegawai dan anggota masih lemah dan perlu dipertingkatkan.

d. Maklumat mengenai biodiversiti marin terutama spesies, status populasi, ancaman dan pengurusan adalah terhad. Ini akan merencatkan pengurusan Taman Laut secara berkesan. Isu kekurangan maklumat ini juga dikaitkan dengan kurangnya perkongsian dan jaringan kerjasama antara pihak pengurusan, para penyelidik, dan pelbagai pihak lain yang berkaitan termasuk agensi dan pertubuhan tertentu di luar negara.

e. Memantapkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengurusan dan pemuliharaan dalam biodiversiti marin serta pembangunan dan peningkatan kapasiti fizikal (termasuk penstrukturan jabatan, pembangunan ICT dan keselamatan data, aset penguatkuasaan, dan menaik taraf infrastruktur pengurusan dan pemuliharaan) dapat mempercepatkan pencapaian usaha-usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut. Namun pada masa ini prestasi kecemerlangan dalam pengurusan dan pemuliharaan belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Contohnya, kekurangan kakitangan adalah ketara di mana sejumlah 242 kakitangan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Jabatan ini perlu melindungi dan mengurus kawasan Taman Laut seluas 2,357 km2, iaitu pada nisbah keupayaan 9.7 km2 bagi setiap orang.

f. Pada masa sekarang, aspek perancangan dan pengurusan kawasan Taman Laut adalah dilakukan oleh pihak kerajaan dan penglibatan komuniti serta stakeholders adalah sangat minimum. Model pengurusan kawasan Taman Laut yang berjaya di dunia banyak memberi penekanan kepada penglibatan dan penyertaan komuniti serta stakeholders. Ini boleh diterima pakai dengan mengambil kira kesesuaian di dalam persekitaran Malaysia.

g. Kerjasama dan usaha sama pelbagai pihak yang lemah boleh menghalang kepada usaha-usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut. Aspek kerjasama dan usaha sama serta koordinasinya masih kurang memuaskan dan boleh dipertingkatkan. Kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh melicinkan lagi usaha-usaha pengurusan. Terdapat beberapa

Page 29: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

28

Badan Bukan Kerajaan (NGOs) tertentu yang mempunyai rangkaian antarabangsa dan mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai isu pemuliharaan biodiversiti serta kapasiti dari segi kewangan dan kepakaran. Pihak-pihak ini boleh membantu mempercepatkan usaha-usaha pengurusan kawasan Taman Laut.

h. Keberkesanan pengurusan Taman Laut boleh dipertingkatkan jika semua pihak di institusi dan orang ramai memahami aspek biodiversiti marin dan kepentingan pemuliharaannya kepada pengekalan keseimbangan ekologi, keselamatan bekalan makanan negara, sumbangan ekonomi dan peningkatan taraf hidup masyarakat. Kekurangan kesedaran juga menimbulkan perbezaan kepentingan (conflict of interest) antara pelbagai pihak dan boleh melengahkan usaha mempertingkatkan keberkesanan pengurusan.

i. Secara umumnya, aspek pemuliharaan biodiversiti termasuklah pengurusan kawasan Taman Laut masih menerima sumbangan kewangan yang rendah daripada pihak kerajaan berbanding dengan sektor pembangunan, perindustrian, dan lain-lain. Sumber kewangan ini boleh dipertingkatkan menerusi peningkatan kesedaran kepada pembuat dasar dan ahli politik mengenai kepentingan dan manfaat melindungi serta memulihara Taman Laut yang merupakan khazanah dan aset negara yang tidak ternilai. Usaha perlu dibuat untuk mencari sumber kewangan alternatif bagi menyokong pengurusan kawasan Taman Laut yang telah diwujudkan.

1.5 Bidang Tumpuan Yang Kritikal Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif

kewangan yang memberi tumpuan kepada mengoptimumkan sumber-sumber kewangan sedia ada. Secara lebih jelas, strategi ini melibatkan tumpuan-tumpuan kepada isu-isu berkaitan dengan kewangan di dalam perkara-perkara berikut:

a. Untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut, rangka institusi bagi pengurusan biodiversiti marin yang kukuh perlu ditubuh atau diperkasakan. Usaha dalam aspek koordinasi dan penyeragaman kaedah dan sistem pengurusan sumber biodiversiti perlu dipertingkatkan.

b. Untuk memantapkan dasar dan perundangan bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut, semakan dan kajian semula dasar dan perundangan sedia ada perlu dibuat untuk menilai kelemahan dan ketidakcukupannya dan membuat penambahbaikan yang bersesuaian. Juga ketiadaan pelan pengurusan boleh merencatkan usaha-usaha untuk meningkatkan pengurusan.

Page 30: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

29

c. Untuk meningkatkan kemahiran, keupayaan, dan kecekapan pegawai dan kakitangan dalam pengurusan kawasan Taman Laut, usaha-usaha seperti pembentukan road map latihan, pelaksanaan latihan strategik, penglibatan di dalam bengkel, seminar dan persidangan di peringkat nasional dan antarabangsa, serta penyertaan dalam program latihan on the job adalah di antara tindakan yang perlu diambil.

d. Untuk mengurangkan jurang maklumat dan memantapkan penghasilan maklumat dan pengetahuan, penyelesaiannya boleh dibuat menerusi penyelidikan dan pembangunan sistem pengurusan maklumat, perkongsian maklumat dan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan di peringkat nasional dan antarabangsa.

e. Untuk memantapkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin, pembangunan dan peningkatan kapasiti fizikal perlu juga diberi penekanan.

f. Untuk memastikan kejayaan dalam pengurusan kawasan Taman Laut selaras dengan panduan Kesatuan Pemuliharaan Antarabangsa (IUCN) yang memberi penekanan kepada penglibatan komuniti di dalam perancangan dan pengurusan, maka usaha perlu dibuat untuk memasukkan elemen ini di peringkat perancangan dan pengurusan kawasan Taman Laut.

g. Untuk menggalakkan kerjasama dan usaha sama pelbagai pihak di peringkat nasional dan antarabangsa bagi tujuan pengurusan Taman Laut, usaha perlu dibuat menerusi beberapa kaedah. Antaranya termasuklah memperkemaskan rangka institusi, menyediakan mekanisme insentif, meningkatkan koordinasi, mewujudkan perkongsian manfaat, dan membabitkan penyertaan swasta dan NGOs.

h. Untuk meningkatkan kesedaran institusi, usaha dan inisiatif perlu ditumpukan kepada semua pihak termasuk pembuat dasar dan ahli politik supaya memahami aspek biodiversiti marin dan kepentingan pemuliharaannya. Peningkatan kesedaran awam hendaklah dibuat secara sistematik dengan pelbagai pendekatan dan kaedah melibatkan kumpulan sasaran yang bersesuaian di dalam aspek komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA).

i. Untuk memantapkan mekanisme pembiayaan, usaha-usaha yang perlu dibuat termasuklah mengkaji mekanisme pembiayaan sedia ada dan membuat penambahbaikan dengan memberi tumpuan kepada peningkatan dana dari sumber bukan kerajaan dan juga sistem kutipan yang lebih efisien.

Page 31: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

30

1.6 Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 sehingga 2015, petunjuk prestasi dan pengukuran yang digunakan adalah seperti berikut:

Jadual 1.6PENGURUSAN BIODIVERSITI

TINDAKAN PENGUKURAN (INDIKATOR)SASARAN

2011 2012 2013 2014 2015

Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut kepada 50% berdasarkan Indeks IUCN/ World Bank pada 2015

Bilangan Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut 2 2 2 2 2

Bilangan Mesyuarat Majlis Perundingan Industri UNDP 5 5 4 4 4

Bilangan dasar pengurusan diwujudkan 1 0 0 0 1

Pindaan Akta Perikanan 1985 dimuktamadkan 1 0 0 0 1

Bilangan pelan pengurusan 1 1 1 1 1

Bilangan garis panduan pengurusan 1 1 1 1 1

Bilangan peraturan taman 0 1 1 2 2

Bilangan aktiviti penguatkuasaan (rondaan) 300 310 320 330 340

Bilangan bot diperiksa 200 210 220 230 240

Bilangan operasi penguatkuasaan bersama 3 3 3 3 3

Meningkatkan pembangunan kapasiti

Pewujudan dokumen Training Road Map 1 0 0 1 0

Peratus peningkatan penyertaan latihan teknikal warga jabatan 10% 10% 10% 10% 10%

Peratus peningkatan penyertaan latihan orang awam 5% 5% 5% 5% 5%

Peratus peningkatan penyertaan latihan berjadual (7 hari/tahun) 75% 80% 85% 100% 100%

Bilangan penyertaan warga jabatan dalam seminar/ bengkel/ persidangan di peringkat nasional dan antarabangsa:- Bilangan kakitangan- Bilangan seminar/ bengkel

20

6

20

6

20

6

20

6

20

6

Bilangan warga jabatan mengikuti program pasca ijazah 1 1 1 1 1

Bilangan majlis/ forum ilmu diadakan 12 12 12 12 12

Page 32: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

31

Meningkatkan Pengetahuan Saintifik dan R&D

Bilangan projek penyelidikan 6 6 6 6 6

Bilangan penerbitan- Teknikal- Pengurusan

6 6 6 6 6

Peratus peningkatan bajet R&D 10% 10% 10% 10% 10%

Bilangan hasil kajian diaplikasikan atau dipatenkan 1 2 3 4 6

Peratusan pengemaskinian data inventori marin 5% 5% 5% 5% 5%

Peratusan pengemaskinian dalam pangkalan data MPMIS (Marine Park Monitoring Information System)

10% 10% 10% 10% 10%

Penilaian Keberkesanan Pngurusan Taman Laut 1 1 1 1 1

Peningkatan Indeks Biofizikal- Coral Cover- Focal Species Abundance- Water Quality

1% 1% 1% 1% 1%

Menubuhkan Pusat Kecemerlangan

Penubuhan Pusat Taman Laut Pulau Tioman sebagai Global Biodiversity Hub (GBH) for Marine Live Site

1 1 1 1 1

Bilangan pusat kecemerlangan penyelidikan/ latihan/ pengurusan diwujudkan

0 1 1 1 0

Penubuhan kumpulan pakar penyelidikan dan pemuliharaan biodiversiti marin serantau

1 - - - -

Bilangan jawatan diisi 220 242 - - -

Bilangan aset bot penguatkuasaan 26 31 36 36 36

Bilangan Pusat Taman Laut- Baru- Dinaiktaraf

-1

-1

11

11

11

Indeks Kepuasan Pengunjung 55% 65% 75% 80% 90%

Meningkatkan penyertaan komuniti dan pihak berkepentingan (stakeholders) di dalam perancangan dan pengurusan

Pengurangan ketidakpatuhan perundangan/ pencerobohan Taman Laut 5% 5% 5% 5% 5%

Kekerapan mesyuarat perundingan bersama komuniti tempatan 6 7 8 9 10

Peningkatan bilangan penyertaan komuniti 5% 5% 5% 5% 5%

Bilangan program bersama media 2 2 2 2 2

Bilangan program bersama komuniti 2 2 3 3 3

Bilangan CSR 2 2 2 2 2

TINDAKAN PENGUKURAN (INDIKATOR)SASARAN

2011 2012 2013 2014 2015

Page 33: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

32

Menggalakkan kerjasama dan usahasama pelbagai pihak

Bilangan perkongsian pintar (MoU) dengan universiti/ swasta 3 2 2 2 3

Bilangan program kerjasama nasional 2 2 3 3 3

Bilangan program kerjasama serantau/ antarabangsa 2 2 2 2 2

Meningkatkan kesedaran institusi dan awam

Penyediaan dan pengemaskinian Pelan Tindakan Komunikasi 1 1 1 1 1

Bilangan aktiviti kesedaran awam/ institusi 30 35 40 45 50

Peningkatan tahap kesedaran awam 5% 5% 5% 5% 5%

Memantapkan mekanisma pembiayaan (sustainable financing)

Peningkatan amaun dana 5% 5% 5% 5% 5%

1.7 Pelan Tindakan

Bagi meningkatkan pengurusan kawasan perlindungan marin dan menggiatkan usaha-usaha ke arah ini, maka tindakan-tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

a. Memperkukuhkan rangka institusi bagi pengurusan biodiversiti marin.

b. Memperkemaskan perundangan dan penguatkuasaan serta mewujudkan Dasar dan Pelan Pengurusan yang baik.

c. Meningkatkan kemahiran, keupayaan dan kecekapan modal insan.

d. Memantapkan penghasilan maklumat dan pengetahuan menerusi penyelidikan, perkongsian maklumat dan kerjasama pelbagai pihak berkaitan.

e. Membangunkan pusat-pusat kecemerlangan pengurusan dan pemuliharaan dalam biodiversiti marin.

f. Meningkatkan penglibatan dan penyertaan komuniti serta stakeholders.

g. Menggalakkan kerjasama dan usaha sama nasional dan antarabangsa.

h. Meningkatkan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran (CEPA) institusi dan awam; dan

i. Memantapkan mekanisme pembiayaan.

2. Strategi Pelaksanaan

Menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber biodiversiti marin secara berkekalan.

TINDAKAN PENGUKURAN (INDIKATOR)SASARAN

2011 2012 2013 2014 2015

Page 34: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

33

2.1 Latar belakang

Taman Laut yang umumnya merupakan ekosistem terumbu karang adalah kawasan yang produktif dan kaya dengan biodiversiti marinnya. Ia juga merupakan khazanah dan aset negara yang tidak ternilai harganya. Ekosistem ini merupakan penyumbang utama kepada penyediaan sumber makanan iaitu sumber protein dan pengekalan kekayaan biodiversiti menerusi pengkayaan dan pembesaran bank genetik (genetic bank) dalam menghasilkan baka-baka makanan laut yang baru dan lebih efisien. Ini akan dapat menjamin bekalan makanan negara (food security) yang mencukupi dan dapat mengurangkan penggantungan negara kepada import dan mengurangkan aliran wang keluar negara.

Taman Laut juga merupakan kawasan nurseri dan pembiakan yang penting bagi lebih kurang 25% daripada semua hidupan marin. Ia juga merupakan habitat kepada satu per tiga (1/3) spesies ikan yang dijumpai di dunia. Pada masa ini, penggunaan sumber marin khususnya sumber perikanan telah menjangkau tahap yang maksimum. Oleh itu, kawasan Taman Laut ini memberi limpahan kepada sumber perikanan yang secara berterusan menyumbang kepada pembangunan industri perikanan negara.

Taman Laut turut menyumbang kepada sektor pelancongan. Biodiversiti dan ekosistem marin yang terpelihara di kawasan ini dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong dan ia menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk tempatan melalui pewujudan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan alternatif.

Pengurusan Taman Laut telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) menerusi beberapa pendekatan yang telah dihuraikan dalam teks pada Matlamat 6 Strategi 1. Di antaranya termasuklah kawalan, perundangan dan penguatkuasaan, kesedaran awam, penyertaan komuniti dan disokong oleh penyelidikan dan pemantauan.

Selain itu, aspek pembangunan dan penggunaan berkekalan sumber biodiversiti marin merupakan satu lagi elemen penting dalam pengurusan Taman Laut. Ianya termasuklah mengenal pasti dan menggalakkan penggunaan berkekalan komponen biodiversiti marin serta memastikan pengagihan faedah yang adil kepada negara dan masyarakat tempatan disamping mengambil langkah yang boleh mengurangkan ancaman dan kesan buruk aktiviti manusia terhadap biodiversiti marin.

2.2 Matlamat

Menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber biodiversiti marin secara berkekalan.

Page 35: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

34

2.3 Status Masa Kini

Kawasan Taman Laut dengan ekosistem terumbu karang yang terpelihara baik boleh memberikan daya tarikan dan sumbangan kepada sektor pelancongan dan meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan melalui pewujudan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan alternatif. Data-data kehadiran pelancong ke Taman Laut di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan iaitu daripada sejumlah 423,229 orang pada tahun 2000 kepada 530,758 orang pada tahun 2009. Sejumlah 56% daripada pelancong yang melawat Taman Laut adalah pelancong tempatan dan selebihnya 44% adalah pelancong dari luar negara.

Populariti kawasan Taman Laut sebagai tarikan pelancongan boleh merangsang pertumbuhan aktiviti pembangunan seperti hotel, resort, chalet, dan industri hiliran berkaitan. Sebagai contoh, pembangunan di Pulau Redang, Pulau Perhentian, dan Pulau Tioman adalah pesat berbanding dengan beberapa pulau yang lain. Namun kepesatan ini boleh memberi kesan negatif kepada ekosistem terumbu karang jika ianya tidak dikawal dengan baik atau diurus secara berkekalan.

2.4 Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut adalah seperti berikut:

a. Taman Laut yang diwujudkan perlu diurus secara efektif dan ianya memerlukan elemen perundangan dan penguatkuasaan. Dasar dan Pelan Pengurusan yang baik mengambil kira elemen pembangunan dan penggunaan berkekalan. Pada masa ini, terdapat kelemahan dalam aspek-aspek ini termasuklah ketiadaan perundangan khusus, dasar yang jelas, peraturan yang kemas, dan pelan pengurusan yang lengkap untuk melindungi biodiversiti marin yang memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan penggunaan berkekalan terutama berhubung kait dengan pelancongan.

b. Ancaman-ancaman daripada aktiviti manusia dan juga faktor-faktor alam semulajadi adalah stressor utama yang menyebabkan kemusnahan ekosistem terumbu karang di kawasan Taman Laut. Langkah-langkah pengurusan yang bersesuaian antaranya termasuklah pelaksanaan program-program baikpulih ekosistem dan pemuliharaan spesies terancam dan spesies-spesies yang menghadapi ancaman kepupusan.

c. Pada masa sekarang, aspek perancangan dan pengurusan kawasan

Page 36: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

35

Taman Laut adalah dilakukan oleh pihak kerajaan dan penglibatan komuniti serta stakeholders adalah sangat minimum. Pengurusan kawasan yang berjaya perlu memberi penekanan kepada penglibatan dan penyertaan komuniti serta stakeholders supaya pembangunan dan penggunaan berkekalan dapat diterapkan.

d. Kerjasama dan usaha sama pelbagai pihak yang lemah boleh menghalang kepada usaha-usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut. Aspek kerjasama dan usaha sama serta koordinasinya masih kurang memuaskan dan boleh dipertingkatkan. Kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh melicinkan usaha-usaha pengurusan. Terdapat beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGOs) yang mempunyai rangkaian antarabangsa dan kesedaran yang tinggi mengenai isu pemuliharaan biodiversiti serta kapasiti dari segi kewangan dan kepakaran. Pihak-pihak ini boleh membantu mempercepatkan usaha-usaha pengurusan kawasan Taman Laut demi mengambil kira pembangunan dan penggunaan berkekalan.

e. Keberkesanan pengurusan Taman Laut boleh dipertingkatkan jika semua pihak di institusi dan orang ramai memahami aspek biodiversiti marin dan kepentingan pemuliharaannya kepada pengekalan keseimbangan ekologi, keselamatan bekalan makanan negara, sumbangan ekonomi dan peningkatan taraf hidup masyarakat. Kekurangan kesedaran boleh juga menimbulkan perbezaan kepentingan (conflict of interest) antara pelbagai pihak dan menghalang usaha-usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dengan memastikan pembangunan dan penggunaan sumber biodiversiti dibuat secara berkekalan.

f. Keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut boleh dicapai menerusi satu rangka institusi bagi pengurusan biodiversiti marin yang kukuh dengan mengambil kira kesan negatif pembangunan dan penggunaan yang tidak berkekalan. Pada masa ini, beberapa badan pembuat dasar dan jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan telah ditubuhkan tetapi koordinasi dan keahlian masih belum mantap dan boleh dipertingkatkan. Di antaranya terdapat agensi-agensi dan kerajaan negeri yang mempunyai perbezaan kepentingan dan juga wujudnya ketidakseragaman kaedah dan sistem pengurusan sumber biodiversiti.

g. Memantapkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengurusan dan pemuliharaan dalam biodiversiti marin serta pembangunan dan peningkatan kapasiti fizikal (termasuk penstrukturan jabatan, pembangunan ICT dan keselamatan data, aset penguatkuasaan dan menaiktarafkan infrastruktur pengurusan dan pemuliharaan) dapat mempercepatkan pencapaian usaha-usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan Taman

Page 37: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

36

Laut. Walau bagaimanapun, pada masa ini tahap kecemerlangan dalam pengurusan dan pemuliharaan belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan dalam mana isu-isu pembangunan dan penggunaan sumber biodiversiti marin di dalam kawasan Taman Laut belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

h. Secara umumnya, aspek pemuliharaan biodiversiti termasuklah pengurusan kawasan Taman Laut masih menerima sumbangan kewangan yang rendah daripada pihak kerajaan berbanding dengan sektor pembangunan, perindustrian, dan lain-lain. Sumber kewangan ini boleh dipertingkatkan menerusi peningkatan kesedaran kepada pembuat dasar dan ahli politik mengenai kepentingan dan manfaat melindungi serta memulihara Taman Laut yang merupakan khazanah dan aset negara yang tidak ternilai. Usaha perlu dibuat untuk mencari sumber kewangan alternatif bagi menyokong pengurusan kawasan Taman Laut yang berkekalan.

2.5 Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif kewangan yang memberi tumpuan kepada mengoptimumkan sumber-sumber kewangan sedia ada. Secara lebih jelas, strategi ini melibatkan tumpuan-tumpuan kepada isu-isu berkaitan dengan kewangan di dalam perkara-perkara berikut:

a. Untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut termasuk pengurusan penggunaan dan pembangunan supaya ianya adalah berkekalan, pemantapan perundangan khusus berkaitan dengan pembentukan garis panduan dan pewujudan kawasan penampan (di luar kawasan yang diwartakan) bagi aktiviti manusia yang bertujuan mengurangkan tekanan kepada kawasan Taman Laut perlu dibuat.

b. Untuk memperbetul dan memulihkan kerosakan yang telah berlaku kepada eksosistem di kawasan Taman Laut akibat ancaman manusia dan alam semulajadi, program dan aktiviti baik pulih ekosistem seperti pembinaan tukun tiruan dan penanaman semula karang dan pemuliharaan spesies terancam perlu diperkenalkan dan diteruskan pelaksanaannya.

c. Untuk memastikan kejayaan dalam pengurusan kawasan Taman Laut selaras dengan panduan Kesatuan Pemuliharaan Antarabangsa (IUCN) yang memberi penekanan kepada penglibatan komuniti di dalam perancangan dan pengurusan, maka usaha perlu dibuat untuk memasukkan elemen ini di peringkat perancangan dan pengurusan kawasan Taman Laut

Page 38: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

37

selain daripada program alternative livelihood.

d. Untuk menggalakkan kerjasama dan usaha sama pelbagai pihak di peringkat nasional dan antarabangsa bagi tujuan merealisasikan pengurusan penggunaan secara berkekalan, usaha-usaha perlu dibuat menerusi beberapa kaedah. Antaranya termasuklah pensijilan hijau dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan operator pelancongan serta pensijilan Blue Flag (pembersihan pantai) dengan kerjasama Kerajaan Negeri, stakeholders dan komuniti.

e. Untuk meningkatkan kesedaran institusi, usaha dan inisiatif perlu ditumpukan kepada semua pihak termasuk pembuat dasar dan ahli politik supaya memahami aspek biodiversiti marin dan kepentingan pemuliharaannya. Peningkatan kesedaran awam hendaklah dibuat secara sistematik dengan pelbagai pendekatan dan kaedah melibatkan kumpulan sasaran yang bersesuaian di dalam aspek komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) dengan memberi juga penekanan kepada pengurusan pembangunan dan penggunaan berkekalan.

f. Untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut, rangka institusi bagi pengurusan biodiversiti marin yang kukuh perlu ditubuhkan atau diperkasakan. Usaha dalam aspek koordinasi dan penyeragaman kaedah dan sistem pengurusan sumber biodiversiti perlu dipertingkatkan.

g. Untuk memantapkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin, pembangunan dan peningkatan kapasiti fizikal perlu diberi penekanan.

h. Untuk memantapkan mekanisme pembiayaan, usaha-usaha yang perlu dibuat termasuklah mengkaji mekanisme pembiayaan sedia ada dan membuat penambahbaikan dengan memberi tumpuan kepada peningkatan dana dari sumber bukan kerajaan dan juga sistem kutipan yang lebih efisien.

Page 39: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

38

2.6 Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 sehingga 2015, petunjuk prestasi dan pengukuran yang digunakan adalah seperti berikut:

Jadual 2.6:PENGURUSAN BIODIVERSITI - Pembangunan dan Penggunaan

Sumber Biodiversiti Marin Secara Berkekalan

TINDAKAN PENGUKURAN (INDIKATOR)SASARAN

2011 2012 2013 2014 2015

Menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber biodiversiti marin secara berkekalan

Pembangunan garis panduan penggunaan berkekalan

Bilangan garis panduan Best Practices

0 1 1 2 2

Pembangunan Marine Park Guideline

Bilangan Marine Park Guideline

1 1 1 1 1

Penyediaan dan pengemaskinian Garis Panduan Pensijilan Hijau (Eco-certification) untuk operator resort di Taman Laut

Bilangan garis panduan Pensijilan Hijau

1 0 0 0 1

Pewujudan Zon Penampan (Buffer zone)

Bilangan Zon Penampan

0 1 2 2 3

Program membaik pulih ekosistem- tukun- Closed area- Closed season

Bilangan program membaik pulih ekosistem

1 1 1 1 1

Pemuliharaan spesies terancam marin

Bilangan projek pemuliharaan

1 1 2 2 3

Program alternative livelihood

Bilangan program alternatif

2 2 2 2 2

Page 40: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

39

2.7 Pelan Tindakan

Bagi meningkatkan pengurusan kawasan perlindungan marin dan menggiatkan usaha-usaha ke arah ini, maka tindakan-tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

a. Pembangunan Garis Panduan Penggunaan Berkekalan.

b. Pembangunan Marine Park Guideline.

c. Penyediaan dan pengemaskinian Garis Panduan Pensijilan Hijau (Eco-certification) untuk operator resort di Taman Laut.

d. Pewujudan Zon Penampan (Buffer Zone).

e. Program membaik pulih ekosistem.

f. Pemuliharaan spesies terancam marin.

g. Mengadakan program alternative livelihood.

Page 41: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

40

Page 42: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

41

elemen penentu kejayaan

Bab3

Page 43: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

42

PENGURUSAN ILMU (KNOWLEDGE MANAGEMENT)

Ilmu, pengetahuan dan amalan terbaik berkaitan pemodenan pentadbiran serta sistem penyampaian perkhidmatan akan dikongsi dan ditambah nilai melalui penggunaan Sistem Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management (KM) Jabatan Taman Laut Malaysia. Penggunaan optimum KM akan memastikan penggunaan sumber ilmu secara berkesan dalam mencapai objektif strategik Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tumpuan akan diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Pendekatan mentor-mentee, coaching dan pengurusan pembangunan kerjaya akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja serta meningkatkan institutional memory.

SUMBER MANUSIA

Bilangan kakitangan yang mencukupi dapat menjamin kejayaan pelaksanaan pelan yang dirangka. Pengisian jawatan yang belum diisi akan dibuat segera dan akan juga disokong dengan pengambilan staf sambilan dan kontrak.

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan yang kukuh adalah penentu kejayaan di dalam pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan Taman Laut Malaysia.

TEKNOLOGI

Penggunaan teknologi terkini dapat membantu pelaksanaan pelan strategik dengan menjimatkan kos, masa dan tenaga manusia.

elemenPENENTU KEJAYAAN

Page 44: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

43

MEKANISME PELAKSANAAN

Bagi memastikan setiap warga JTLM memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam tempoh lima tahun (2011– 2015) ini, strategi dan tindakan di dalam pelan ini akan dipantau dan dibuat semakan semula mengikut jadual perancangan seperti pada Jadual 1. Penilaian pencapaian pelan strategik ini akan dijalankan pada setiap tahun. Untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan objektif strategik, strategi, program, dan tahap penyampaian sasaran prestasi yang ditetapkan, satu semakan semula pelan strategik dan kajian keberkesanan akan dibuat pada setiap enam bulan. Kajian tersebut akan turut mengambil kira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik Jabatan Taman Laut Malaysia.

Jadual 1:Jadual Perancangan Pemantauan dan

Penilaian Pelan Strategik Jabatan

Bil PERKARA CADANGAN

1. Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik Setiap 6 bulan

2. Penilaian Pencapaian Setiap 1 tahun

3.Penilaian keberkesanan dan semakan semula Pelan Strategik

2013

MEKANISMEPELAKSANAAN

Page 45: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

44

Selepas perancangan strategik ini dilaksanakan yang berakhir pada tahun 2015, peranan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) diharap akan lebih menyerlah dalam aspek pemuliharaan dan pengurusan sumber biodiversiti marin. Oleh kerana agenda pemuliharaan dan pengurusan ini adalah agenda yang berterusan, maka perancangan strategik lima tahun bukanlah satu tempoh yang secukupnya untuk mengukur pencapaian secara holistik. Akan tetapi perancangan ini perlu diteruskan lagi bagi membangun dan memantapkan lagi transformasi pemuliharaan dan pengurusan sumber biodiversiti marin berdasarkan kepada keperluan semasa.

Selepas tahun 2015, Jabatan Taman Laut Malaysia mempunyai gagasan dan berwawasan untuk mencapai ke tahap seperti berikut:-

a) Menjadi agensi terunggul di Malaysia dalam pemuliharaan dan pengurusan sumber biodiversiti marin.

b) Mengekalkan kepelbagaian biologi marin di negara ini.

c) Sumber marin yang terancam dan hampir pupus terpelihara.

d) Habitat yang rosak, terjejas, dan tercemar akan dipulihara dan dibaikpulih.

e) Daya tarikan, produk dan aset ekopelancongan marin terpelihara.

f) Rekreasi marin dapat dimajukan secara mapan dan keselamatan pelancongan akan meningkat.

g) Peluang dan galakan ke atas aktiviti penyelidikan dan pemantauan meningkat.

h) Peluang pendidikan dan pembelajaran di kalangan penuntut dan orang awam meningkat.

i) Peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan bertambah dengan bertambahnya sektor perkhidmatan pengangkutan di laut, makanan dan minuman, perhotelan dan pemandu pelancong.

THE WAY FORWARD

Page 46: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

jabatan taman laut malaysiapelan strategik

45

Rancangan Malaysia Ke-10 telah mengenal pasti sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap sebagai kunci kepada kejayaan pelaksanaan program-program sosial dan ekonomi yang digubal kerajaan.

Pelan Strategik JTLM telah mengenalpasti tiga objektif strategik utama iaitu perkhidmatan teras, kapasiti, dan kolaborasi strategik ke arah mencapai matlamat strategik kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10. Pelan Strategik ini juga akan dijadikan sebagai rangka kerja kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi serta meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

PENUTUP

Page 47: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

pelan strategik jabatan taman laut malaysia

46

Page 48: pelan strategik jabatan taman laut malaysia Kandunganmarinepark.dof.gov.my/files/BUKU PELAN STRATEGIK... · pelan strategik jabatan taman laut malaysia 4 Pada tahun 1983, YAB Perdana

Jabatan taman Laut maLaysiaKementerian sumber asLi Dan aLam seKitar

aras 11, Wisma sumber aslino.25, Persiaran Perdana, Presint 4

62574 Putrajaya