9
YONG MEI LIM 790923045258 PSV 3073E Racangan Pengajaran Harian: Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual Kelas : 3 Kuning Bilangan Pelajar : 28 Orang Tarikh : 12 MAC 2015 Masa : 2.00 petang – 3.00 petang ( 1 jam ) Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Kemahiran / Jenis Kegiatan : Capan Tema : Objek Buatan Manusia Tajuk : Kad Ucapan Hari Jadi Bertema Bunga Standard Kandungan : 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, jalinan, warna, harmoni serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik capan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan corak teknik capan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak teknik capan. 1

rph seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1

Citation preview

YONG MEI LIM 790923045258PSV 3073E

Racangan Pengajaran Harian:

Mata Pelajaran: Dunia Seni VisualKelas : 3 KuningBilangan Pelajar: 28 OrangTarikh : 12 MAC 2015Masa: 2.00 petang 3.00 petang ( 1 jam )Bidang: Membuat Corak dan RekaanKemahiran / Jenis Kegiatan: CapanTema : Objek Buatan ManusiaTajuk: Kad Ucapan Hari Jadi Bertema BungaStandard Kandungan : 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, jalinan, warna, harmoni serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik capan.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan corak teknik capan.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak teknik capan.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

Standard Pembelajaran : 2.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan.2.1.1 Unsur Seni 2.1.1.1 Rupa organik atau geometri atau gabungan rupa 2.1.1.2 Jalinan tampak 2.1.1.3 Warna primer dan skunder2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni warna dan rupa 2.1.2.2 Ritma dan pergerakan susunan motif2.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik capan.2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya. 2.2.1.1 Alat berus lukisan, palet dan tumbuh-tumbuhan dan bahan kutipan yang sesuai. 2.2.1.2 Bahan kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera. 2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 Teknik - capan2.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman bahasa seni visual, media teknik dan proses dalam penghasilan karya.2.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif . 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual : rupa, warna, jalinan, harmoni serta ritma dan pergerakan dalam penghasilan karya. 2.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan .3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan-rakan.Hasil Pembelajran: Pada akhir pembelajaran , murid-murid dapat:1. Membuat corak dan rekaan dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan.2. Memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya corak teknik capan.3. Menghasilkan corak teknik capan dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan.Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenali sayur-sayuran yang biasa terdapat di pasar dan mengetahui cara memotong sayur tersebut.Keperluan: Alat berus lukisan, pellet dan pisau. Bahan warna air, kertas lukisan, surat khabar lama, akar teratai dan kacang bendi. Rujukan Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Pendidikan Seni Visual KSSR, bahan rujukan berkaitian contoh-contoh capan.Penerapan nilai: Keselamatan, kerjasama, kebersihan, ketelitian, peka dan sabar.KBKK : Berfikir, Mengenalpasti, Menjana Idea, Membanding IdeaStrategi : Teori Kecerdasan Pelbagai, Verbal Linguistik, Kinestetik, TMK, Bahan Bantu Mengajar: Contoh hasialan kerja guru, komputer ribra, papan putih dan pen marker.Keperluan: Alat : berus lukisan, palet dan tumbuh-tumbuhan dan kutipan yang sesuai. Bahan : kertas lukisan, cat air atau cat lukisan atatu cat tempera. Rujukan : Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Pendidikan Seni Visual KSSR

PELAKSANAAN

RefleksiPada 12 September 2013, saya sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual telah mengambil kesempatan untuk mendidik murid-murid Tahun 3 dalam masa 1 jam. Sebelum memulakan kelas saya, saya telah menyuruh semua murid untuk menyediakan peralatan dan bahan supaya dapat menjalankan tugasan seni ini tanpa mengganggu kawan yang lain. Selepas saya menghabiskan pemeriksaan semua murid tentang penyediaan bahan dan peralatan seni, saya pun memulakan pengajaran dan pembelajaran ini.Kenapa saya memilih tajuk dan kemahiran ini menjadi kandungan pengajaran saya saya? Sebabnya ialah aktiviti ini dapat menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan(Aras 1) . Murid-murid dapat menggunakan kreativiti diri dan kemampuan meneroka untuk mencipta gambaran dengan bahan yang disediakan. Bahan yang disediakan adalah sayur dan buah-buhan yang dapat menghasilkan gambar yang cantik. Kedua, murid-murid dapat memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar (Aras 2) .Beginilah murid-murid harus pandai memilih dan menggunakan pelbagai alat yang selalu digunakan iaitu gunting, pisau, warna air dan sebagainya.Tambahan pula, murid-murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan (Aras 3). Aras ini adalah semacam interaksi antara aras 1 dan aras 2. Murid-murid harus penuh menguasai aras 1 dan aras 2 baru dapat mencuba untuk Aras 3. Ketiga-ketiga aras adalah penting untuk seseorang kanak meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan kerja seni yang sempurna.Dengan menjalankan kerja seni visual ini pula, Pada akhir pengajaran, murid dapat mempelajari beberapa kemahiran asas tetapi penting dalam kehidupan harian. Contohnya, menggambar dengan menggunakan sayuran yang mempunyai jalinan dalam isinya: akar teratai dan kacang bendi. Guru-guru tidak boleh memberi murid-murid untuk mengecopkan corak dengan sesuka hati sahaja di atas kertas tetapi harus mengajar mereka untuk menghasilkan corak-corak yang cantik. Di samping itu, memotong sayuran yang digunakan dengan potongan secara menegak atau melintang adalah merupakan satu kaedah yang betul supaya dapat menghasilkan bentuk dan corak yang cantik. Kedua-dua kemahiran seperti menggambar dengan susunan secara berpusat dan mempamerkan hasil kerja yang lengkap dan seterusnya dapat membuat apreasiasi juga adalah wajar diutamakan dalam menghasilkan kerja yang kemas dan berkualiti. Guru-guru tidak boleh mengabaikan langkah ini.Idea kerja seni ini adalah saya rujuk daripada kumpulan guru KSSR semasa melayari Facebook. Saya yakin bahawa menjalankan kerja seni juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir iaitu Kritis yang dapat membanding dan membezakan dan Kreatif yang dapat menjana idea murid-murid. Kemahiran dan kandungan pembelajaran adalah saya dapatkan daripada Rancangan Tahunan Pembelajaran Dunia Seni Visual Tahun 3. Saya berasa kerja seni ini bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid dan juga dapat murid-murid mendapatkan idea yang bernas untuk menghasilkan kerja seni yang lain. Kerja ini dikategorikan sebagai sejenis kerja yang mudah dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.Kerja seni ini juga mempunyai beberapa tema yang nyata yang telah dinyatakan dalam rancangan tahuanan Dunia Seni Visual. Contohnya, Persepsi Estetik yangbermaksud Mengenal,memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng muka. Kaedah dan teknik yang diutamakan dalam kerja ini adalah membuat corak dan rekaan. Persepsi dan pemahaman bahasa seni (unsur seni danprinsip rekaan: rupa, warna, jalinan, harmoni, dan kesatuan )yang terdapat pada objek buatanmanusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik capan. Selain itu, aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media danteknik dalam penghasilan catan dan penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologid alam penghasilan catan serta presiasi terhadap karya sendiridan rakan berpandukan bahasaseni visual, sejarah seni, danbudaya.Dalam kerja seni ini pula, beberapa kaedah dan teknik juga harus ditekankan. Kemahiran memotong harus diajarkan oleh guru-guru dengan teliti supaya tidak terluka dan berdarah semasa memotong sayur-sayuran. Selepas itu, murid-murid menggunakan kaedah cop untuk mewarna dan mencorakkan kertas lukisan. Akhirnya,murid-murid menulis perkataan ayat Selamat Hari Jadi sebagai tanda komunikasi.Kesimpulannya, saya berasa bangga kerana telah berjayar mengajar murid-murid menghasilkan kerja seni visual yang kreatif, kemas dan cantik. Oleh sebab, kerja ini adalah bukan agak susah, jadinya kerja ini adalah sesuai dijalankan oleh murid-murid Tahun 3.

3