7
Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM) Format Rancangan Pengajaran Harian Sejarah KSSR Mata Pelajaran : Sejarah Kelas : 4 Cemerlang Bil Murid : 45 orang Masa : 8.10-9.10 pagi Tarikh : 2 April 2012 Tema : Sejarah Awal Negara Tajuk : Mari belajar Sejarah Sub-Tajuk : Pengertian Diri dan Keluarga Standard Kandungan : 1.2 Pengertian Diri dan Keluarga Standard Isi Pembelajaran: 1.2.1 1.2.2 K1.2.7 Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, murid dapat 1. Menyenaraikan latar belakang anggota keluarga dengan menyediakan carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan . 2. Menyebut kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang terhadap angota keluarga 3. Menghasilkan bahan kreatif seperti puisi/ kad ucapan/ album keluarga untuk menyatakan perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga Isi Kandungan : 1. Carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan murid 2. Kata-kata yang boleh menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga Kemahiran Berfikir: Penerapan Nilai: - Kasih sayang - Menghargai - Jujur

Format RPH Sejarah KSSR Contoh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RPH Sejarah tahun 4

Citation preview

Page 1: Format RPH Sejarah KSSR Contoh

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)

FormatRancangan Pengajaran Harian Sejarah KSSR

Mata Pelajaran : SejarahKelas : 4 CemerlangBil Murid : 45 orangMasa : 8.10-9.10 pagiTarikh : 2 April 2012Tema : Sejarah Awal NegaraTajuk : Mari belajar SejarahSub-Tajuk : Pengertian Diri dan KeluargaStandard Kandungan :

1.2 Pengertian Diri dan Keluarga

Standard Isi Pembelajaran: 1.2.1

1.2.2K1.2.7

Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, murid dapat

1. Menyenaraikan latar belakang anggota keluarga dengan menyediakan carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan .2. Menyebut kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang terhadap angota

keluarga3. Menghasilkan bahan kreatif seperti puisi/ kad ucapan/ album keluarga untuk

menyatakan perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga

Isi Kandungan :

1. Carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan murid2. Kata-kata yang boleh menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga

Kemahiran Berfikir:

Penerapan Nilai: - Kasih sayang- Menghargai- Jujur

Unsur Patriotisme - Berbangga dengan ahli keluarga.- Bersyukur

Pengetahuan Sedia ada:

- Murid mempunyai keluarga sendiri dan mengetahui peranan setiap ahli keluarga

Pentaksiran:

Elemen Merentas Kurikulum:

Page 2: Format RPH Sejarah KSSR Contoh

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)

Sumber P&P:

Radio dan KasetKertas SebakMarkerPlastik PerekatKad / kertas WarnaAlatan lukisanAlat tulis

1 buah8 helai

8 batang2 gulung40 keping10 keping

10 set

Prosedur Perlaksanaan Kemahiran Generik/ Pembestarian P&P

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Guru membaca keratan akhbar mengenai rintihan seorang tua yang ditinggalkan oleh anaknya di rumah orang tua.

Murid diminta untuk memberi pendapat mengenai isu tadi. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

KB :Menjana idea.

SPP: Keratan akhbar

Nilai Murni :Kasihsayang

Langkah 1 (10 minit)

1. Guru menunjukkan carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan, dan bersoal jawab dengan murid mengenai perbezaan kedua-dua carta berkenaan.

Contoh perbezaan: Keluarga asas hanya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak, manakala keluarga kembangan melibatkan datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu, selain daripada ahli keluarga asas murid itu sendiri.

2. Guru bersoaljawab dengan murid

TKP: Visual ruangSPP: carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan

Page 3: Format RPH Sejarah KSSR Contoh

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)mengenai sejauh mana mereka mengenali dan mengetahui latar belakang ahli keluarga masing-masing

3. Guru meminta murid menghasilkan carta salasilah keluarga asas masing-masing.

4. Guru meminta murid secara rawak bercerita mengenai keluarga asas mereka di hadapan kelas.

Langkah 2 (10 minit)

1. Guru membentuk 4 kumpulan dan mengedarkan kad arahan. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk menghasilkan kata-kata yang boleh digunakan untuk menunjukkan kasih sayang dan penghormatan kepada anggota keluarga

Contoh kata-kata:

Ibu… kaulah ratu hatikuAyah…kaulah sanjunganku (Contoh sajak dalam Lampiran 1)

2.Wakil kumpulan diminta membacakan kata-kata kasih sayang itu di hadapan kelas.

Pembelajaran Koperatif: Fan –N- Pick Round Robin

TKP: Interpersonal Intra-personal

SPP :Kad arahanKertas SebakMarker

Langkah 3 ( 20 minit)

1. Guru meminta setiap ahli kumpulan menghasilkan sekeping kad ucapan kepada anggota keluarga berdasarkan kata-kata yang telah ditulis oleh ahli kumpulan

2. Murid diminta mempamerkan kad ucapan yang telah dihasilkan.

3. Tiga ahli kumpulan diminta bergerak ke meja kumpulan lain untuk melihat dan memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan lain. Seorang ahli kumpulan perlu berada di meja kumpulan untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai kad yang dihasilkan oleh kumpulan mereka.

Kemahiran Pelbagai kecerdasan :

Visual Ruang Kinestetik Interpersonal Intrapersonal Linguistik

KB: Kreatif dan Kritis

Pembelajaran Koperatif One Stay

Three StrayPembelajaran Kolaboratif

Pendekatan

Nilai

Kerjasama

menghormati

SPP:

Kad manila

Alat tulis

Kertas warna

Page 4: Format RPH Sejarah KSSR Contoh

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)

4. Semua kad dipamerkan di hadapan kelas untuk dilihat murid.

Konstruktivisme

Langkah 4 (10 minit)

1. Guru meminta murid secara berkumpulan berbincang dan menghasilkan tugasan berkaitan kepentingan keluargaKumpulan 1 : kepentingan mewujudkan keluarga bahagia

Kumpulan 2 : Punca dan kesan ketiadaan kesejahteraan keluarga

Kumpulan 3: Bagaimana memelihara keharmonian keluarga

Kumpulan 4: Langkah penyelesaian masalah dalam keluarga

(Rujuk lampiran 2)2. Hasil kerja kumpulan dipamerkan di dinding kelas. Wakil kumpulan diminta menjelaskan hasil tugasan kumpulan .

Teknik TOC : Pokok/ Awan

TPK: Visual ruang

KB : Penyelesaian masalah

SPP: Contoh rajah Awan dan Pokok (TOC)

Penutup – 5 minit

Guru mengedarkan keratan ikrar Akujanji kepada murid untuk menjaga ahli keluarga mereka apabila mereka telah dewasa dan berjaya kelak.

Muzik dan lagu dimainkan mengiringi penulisan ikrar itu.

Guru meminta murid untuk membaca ikrar akujanji secara beramai-ramai.

Kecerdasan pelbagai: Muzik Intrapersonal Intrapersonal

Nilai:Kasih sayangMenghargaiMenghormatiBersyukur

Sumber: Lagu “ Ayah dan Ibu “ oleh Sudirman Hj Arshad

Refleksi :

P&P pada hari ini adalah baik. Semua objektif pembelajaran yang ingin dicapai telah tercapai. Kebanyakan murid menunjukkan minat dan melakukan semua aktiviti yang dirancang dengan aktif. Dalam aktiviti kumpulan pula, murid-murid kelihatan seronok dan bersemangat serta dapat membuahkan hasil perbincangan yang bernas. Melalui aktiviti kumpulan juga, guru dapat memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur di kalangan murid. Melalui aktiviti menghasilkan kad ucapan pula, kreativiti murid dapat dicungkil. Ini dapat dilihat melalui kad-kad

Page 5: Format RPH Sejarah KSSR Contoh

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)yang dihasilkan sangat menarik, kreatif dan unik. Arahan-arahan yang jelas dalam semua aktiviti yang saya rancangkan juga turut menjadi faktor penyebab kejayaan P&P saya pada hari ini.

Walaubagaimana pun terdapat beberapa kelemahan dalam pengajaran saya pada hari ini. Antaranya ialah pengurusan masa yang lemah. Saya kurang prihatin tentang penggunaan masa terutama sekali aktiviti kumpulan dalam langkah 3, iaitu aktiviti wakil kumpulan memberi komen terhadap hasil kumpulan lain tidak dapat dilaksanakan. Hal ini berlaku disebabkan pada awal pengajaran tadi, saya menghadapi masalah LCD tidak berfungsi seperti mana yang saya rancangkan. Pada masa akan datang saya akan lebih prihatin lagi dalam pemilihan dan penggunaan sumber P&P seperti memastikan ia berfungsi sebelum sesuatu P&P bermula.

Kelemahan-kelemahan lain dalam P&P saya pada hari ini ialah semasa sesi penilaian. Saya tidak memberi peluang kepada murid untuk menyemak jawapan masing-masing selepas membuat latihan. Sepatutnya saya meminta murid bertukar kertas soalan dengan rakan dan seterusnya menyemak jawapan rakan masing-masing.